Wednesday 30 January 2013

Adapting..

Today is my third day at new workplace. New life. New system and new pay..haha

Anyway I am a little bit stress out. Yup adjusting to a new environment is tiring though. But I love the shifts system. I have time to rest, cook and spend time with the children.

The workload not so much an issue but the pressure yes. So gotta to calm down a bit and lots pray du'a..

Ok will update again. I am pm shift today and tomorrow will be my first night shift. *scared*

Monday 28 January 2013

New life

Salam.

Hari ni start kerja tempat baru. New life. New.schedule. Harap-harap semua berjalan lancar
..

Anxious. That's the best word so far to describe how i feel right now.

K, chow

Will update later on the progression. C ya!

Saturday 26 January 2013

Swimming

Hari ni chem datang mandi pool. Pagi tadi aku da mandi. So tghari nak temankan je bebudak ni mandi. Oh lupa nak cerita, aku dah pindah duduk apartment ni sejak bulan 12.

Kitorang dapat kunci pertengahan bulan 12. Masa tu dua minggu berulang dari kuala selangor nak cari rumah sewa. Rata-rata rumah yang available semua jauh atau sewaahal gila. Kitorang nyaris berputus asa..

Tapi bantuan Allah tak pernah putus. Alhamdulillah kitorang dapat apartment ni dekat dengan tempat kerja husband (within walking distance) and relatively murah.

Yang bagus apartment ni ialah management office dia. Sangat effective. Gated, guarded and ada swimming pool!!!

Kat apartment ni pun ada kedai makan yang juga jual gas dibuka 24 jam yang mana delivery provided and free!

So haritu masa tagging sekejap balik malam dah penat call je and dia hantar depan pintu:)

Sejak duduk sini alhamdulillah kitorang swim almost every other day. Selain exercise, seronok oi main air hehe..

Ok chow!

Wednesday 23 January 2013

Contraception: jom rancang keluarga!



Sebab boring maka menulis blog. Hehe.. Aku tengah tunggu suri abis kerja untuk masukkan iucd. Apa itu iucd? Iucd tu intra uterine copper device. Alat masuk dalam rahim. Untuk contraception. Cemas weh..haha kalau masukkan kat orang tak rasa apa tapi kalau sendiri kena..takut tak hengat..haha  

Sebenarnya contraception or perancangan keluarga ni banyak.

Nak senang kita bahagi dua;

1. Guna hormon
2. Tanpa hormon  

Untuk yang tanpa hormon:  

1. Ikut tarikh  
Maknanya pompuan tu kena ada period yang regular atau tetap datang setiap bulan lebih kurang waktu yang sama. Jadi korang kena kira hari pertama datang period tu sebagai hari pertama kitaran.   Dan korang kena elak "bersama" pada hari ke12 hingga ke 16 kitaran.   Method ni ada peratusan yang tinggi untuk gagal sebab kadang-kadang telur korang tak boleh dijangka nak 'menetas' bila..haha dah macam ayam bunyinya.

2. Buang kat luar  
Haha..direct ko method ni. Method ni bila korang bersama, agak-agak suami nak sampai kemuncak, dia kena tarik dan buang kat luar. Faham? Aiseh kalau tak faham tatau la..hehe  
Method ni failure rate sangat tinggi sebab memerlukan suami tu sangat gigih dan beriktikad untuk buang ke luar.. Boleh ke cik abang korang buat?  

3. Kondom  
Hmm..yang ni ok juga. Ini korang kena pakai sebelum penetration berlaku ok. Jangan buat idea gila bila nak ke kemuncak baru gelabah cari sarung. Big NO NO. Dan belilah kondom yang mahal sikit..
Jangan la korang rembat yang tah pape nye brand, ada perasa bagai tuh. Bukan apa. Takut bocor, koyak etc..  

4. Ikat  
Ikat apa? ikat salur peranakan perempuan. Sebab, untuk kehamilan berlaku, benih suami kena bersemai dengan benih isteri. Untuk membolehkan itu berlaku benih isteri akan bergerak dari kilang benih menuju ruang rahim (tempat baby membesar) dan benih suami kena berenang naik untuk bertemu benih isteri.   Jadi ikat ni adalah ikat salur yang benih isteri lalu maka tiadalah kehamilan berlaku. Sebab dah ada roadblock maka tak jumpalah benih tadi. Dan takdelah pregnant. Ok?

Masalah dengan sistem ini korang memang tak boleh patah balik. Maksudnya jangan lah tetiba nak mengandung balik bila dah ikat ni. Jadi sebelum korang decide method ni pastikan korang dah bincang dalam-dalam dengan suami pasal penambahan ahli keluarga. Jangan suami korang tetiba nak anak pulak kan dah haru. Tak pasal korang dapat 'kawan' nanti.hehe..  

Satu lagi ikat ni kena buat dalam bilik bedah. Jadi ramai pompuan undecided sebab takut masuk bilik bedah. Dia bedah pun sikit je. Lepas sehari kalau takde masalah boleh balik umah.  

5. Ikat salur suami  
Ini pun lebih kurang macam yang atas cuma yang diikat adalah salur benih suami. Proses ni sekejap je. Walk in je gi klinik. Tapi tak ramai lelaki suka cara ni. Hilang macho katanya. Shooting blanks...kihkih  

6. Alat dalam rahim IUCD  
Ok alat ni dipasang dalam rahim. Korang sedar ye masa proses ni dibuat. Alat ni biasanya dipasang masa hari ke lima period. Sebab masa ni pangkal rahim korang terbuka jadi senang nak pasang. Kalau nak buat waktu lain pun boleh. Provided korang tak pregnant masa tu(check kencing etc)  

Downsides dia biasanya heavy menses la. Kadang-kadang ada sesetengah orang ada jangkitan atau alat tu tanggal. Tapi jarang sangat berlaku. Biasa lepas pasang ni korang akan ada sikit discaj. After few days it will disappear.    

Ok, sekarang kita citer pasal hormonal contraception pulak

1. Pill  
Ok pil kita boleh bahagi dua kepada jumlah hormon yang terkandung dalam pil tu.

Satu POP(progestogen only pill) dan COCP (combined oral contraceptive pill).  

COCP- ok pill ni ada combination estrogen dan progesteron. Pil ni sesuai kalau korang yang nak merancang keluarga bukan tengah menyusu anak dan dalam masa sama nak rawat masalah jerawat dan senggugut atau haid tak teratur.  

Pil ni ada 21 biji dan korang kena ambil masa hari kelima kitaran haid untuk kali pertama la. Ini kita panggil first pack. Maksudnya hari kelima datang haid lepas tu ambil selama 21 hari. Lepas genap 21 hari. Hari ke 22 hingga ke 27 tu korang kena berhenti. Korang mungkin akan datang period pada hari ke 22 atau beberapa hari selepas tu dan berlanjutan melebihi hari ke 27 atau tak datang period langsung. Biasanya period korang memang sikit kalau makan COCP ni.  

Pada  hari ke 28, tak kira la menses ko datang ke, datang lambat ke, sikit ke, atau tak datang langsung, macam mana pun korang kena start pack baru(second pack la maknanya).
Dan teruskanlah makan macam first pack tadi. Makan 21 hari. Off 7 hari.  

Ok, kalau makan pil ni korang tak boleh miss. Maknanya kalau korang jenis pelupa tak payah la ngengada nak makan pil. Sebab sekali korang miss korang akan jadi subur. Pil ni satu lagi ko kena ambik lebih kurang waktu yang sama. Kalau malam, malam je. Kalau siang, siang je.

Ini pengalaman aku la. Aku amik dalam kul 10pm. Agak2 da dekat nak tidur. Jadi kalau aku terlupa pun aku masih ada grace period-12jam dari waktu kebiasaan. Kalau ko biasa amik kul 10pm. Kalao terlupa, ko boleh amik pil yg terlupa sebelum 10am esok pagi. Dan malam tu mkn la pil seterusnya macam biasa. So kalo malam tu terlupa biasanya masa subuh tu mesti teringat. So ngap la. Selamat.  

Tapi.....kalau ko lupa sampai selepas 10am. Ko still kena amik pil yang terlupa tu dan malam tu makan pil seterusnya macam biasa tapi bila ko bersama tu ko kena la pakai double protection. Kondom.  

Faham? Tak faham?  

Ok, camni. Contohnye hari ni selasa malam rabu. Ko terlupa ambik. Esok ko gi keje, masa lunch pukul 1 baru teringat. Maknanya ko dah terlepas grace period kan?. Tapi takpe ko telan je pil selasa tu macam biasa. Dan malam tu ko telan pil hari rabu (malam khamis) macam biasa tapi ko kena pakai kondom kalo nak bersama. Sebab ko dikhuatiri dah subur. Berapa lama? Sampai ko datang period dan dah start pack seterusnya baru ko boleh berhenti melawat watson untuk beli sarung..hehe  

Satu lagi tips ialah ko letak pack pil perancang tu dalam purse. Bukan apa kalo la ko balik kampung ke outstation ke kurang la possibility untuk ko miss pil ko. Ok?  

Cth pil cocp- diane, desilon, mercilon, marvelon,   yasmin     POP- Ok ni pil yang ada hormon progesteron je. Pil ni sesuai kalau ko menyusu badan. Sebab hormon progesteron tak affect susu badan tapi estrogen does. So biasa ibu-ibu yang menyusu badan sepenuhnya dan jenis sangat disiplin sesuai sangat amik pil ni. Cuma masalah nye yang orang selalu komplen adalah weight gain. Sebab progesteron does retain water. Jadi tu yg ada orang naik badan macam belon. Ada yang lain boleh je maintain. So depends la badan korang.  

POP ni pil nye 28 biji. Beza dengan cocp yang 21 biji je. POP ko takyah kira bape ari tinggal bila nak restart pack baru etc. Pil ni ko ngap setiap hari. Aturan ambik sama macam cocp-lebih kurang waktu yang sama dan tak boleh miss. Cuma ko takde gap. Ko makan sampai abis. Lepas tu esok sambung terus pack baru.  

Cuma pop ni ko boleh nak start masa  hari kelima haid atau bila-bila ko suka (asalkan ko tak mengandung). Sebab ada ibu-ibu lepas bersalin memang tak datang  period langsung jadi nak merancang keluarga gak, so check kencing kalo negative boleh la start amik.

Cuma nak makan pil ni tak kira POP atau COCP kena hati-hati sebab kalo ko ada penyakit macam kencing manis, darah tinggi, salur darah beku, atau tinggi kolesterol etc korang kena jumpa doktor kat klinik. So diorang boleh check ko dan darah semua2 sebelum prescribe ko pil.

Aku korang leh tanya je tapi tak sama dengan face to face nye consultation ok.  
Satu lagi kalo ko ada migraine korang tak digalakkan untuk makan pil sebab takut sakit kepala makin teruk.  


2. Suntikan  
Ini ramai juga orang suka. Sebab senang. Ko cek samada ko mengandung ke tak then cucuk kat punggung. Dah, korang dah tak subur. Hehe Lepas 3 bulan datang lagi untuk cucuk.   Suntikan ni ada progesteron. Jadi sesuai untuk orang yang menyusu badan. Lepas tu kalo ko jenis pelupa yang jeniS pil pun ko tak ingat letak mana apatah lagi untuk memakannya, maka ini method sesuwai bangat.  

Tapi...ha, ada je tapi nya. Ada sesetengah orang tak serasi dan boleh jadi debab sikit. Sebab water retention. Dan ada sesetengah tu dapat intermenstrual bleeding. Maknanya, ada turun darah diantara haid. So tak syok la kan..  

Ada yang ngam tu ngam betul. So depends la pada badan korang.  


3. Alat dalam rahim  
Ni kita panggil mirena. Yang takde hormon tu iucd. Cara masukkan sama cuma alat ni ada slow release hormon. So ko takkan ada menses (haip..suker ye ko) dan dalam masa sama ko tak subur. So cool kan.

Maksimum ko boleh pasang 3 tahun. Kalo sebelum 3 tahun tu tetiba meroyan nak ngandung ko boleh jumpa doktor untuk cabut. Prosedur nya tak sakit cuma tak selesa sikit. Biasanya ada discaj sikit lepas masukkan alat ni baik iucd atau mirena tp after few days it will disappear. No harm.  

4. Susuk...  
Hah..susuk? Yup tp ni bukan susuk bomoh hokey... ni susuk perancang keluarga. Kalo ko jenis memang rasa nak beranak lagi 5 tahun (max5thn) ko boleh la amik susuk ni. Mahal sikit tapi proses dia senang je.  

Ko walk in gi klinik then doktor bagi ubat bius sikit kat lengan then cucuk macam amik darah and masukkan alat ni. Then siap. Senang  kan? Cuma ada sesetengah orang tak serasi so ada weight gain sikit and kadang-kadang ada intermenstrual bleeding.

Ok dah. Panjang entry kali ni. Sekadar ank share tapi papehal pon korang tetap kena jumpa doktor sebab doktor akan discuss dan decide what best for you.  

Apa yang aku tulis ni cuma nak bagi rough idea so kurang-kurang bila doktor discuss option yang ada tak la korang ternganga..  

Okeh? Chow!!
posted from Bloggeroid

Tuesday 22 January 2013

Transfer...again

It has been some times from my last blog.
Arghh..I am too tired. Too busy with daily works.
This blog should be posted in december and it is already January. I ve been married for 6 years last November. How fast time flies!

And we already moved in to our new house!!
We moved in last october. Mid of october if I am not mistaken. We got the key on 7 of september 2012. After minor renovation I.e build up a store room, upgrade to 3phase wiring, painting, etc.. so the house is officially livable by mid of october..

I felt So blessed to live here. There is still lots of empty houses. I got few neighbours. We just say hi hi and bye bye. Not bother to talk to much. Dont know why. We prefer that way. Less is more..:)

And here the sad story comes...

My husband got his transfer letter!

We just stayed here less than three months !
Initially we planned to move to Ampang and rent an apartment. While awaiting my transfer letter than I Will still be Working at Hospital Tanjung Karang.

After went through discussions with husband, he did not allow me to go to and fro daily from Ampang And Tg. karang.

too far and not cost friendly.

We prayed a lot and Alhamdulillah I got transfered to Hospital Ampang and I Should report duty on 2nd January 2013.

'
posted from Bloggeroid