Monday 27 August 2012

Susahnya tak ada orang gaji!!

Huhu.. Stress!!!
Sejak maid aku cabut, aku duduk dengan mertua aku. Sebab rumah baru masih tengah tunggu kunci. Rumah kuarters tu kalau takde maid memang la aku malas nak duduk situ. Sebab? Rumah tu ada kelawar. Masa ko tengah nyaman tengok tv tetiba makhluk ni terbang tah datang dari mana.. Stress wei. Takut dia gigit anak aku. Lepas tu habuk nya subhanallah banyak gila..

Tiap- tiap hari kena sapu sebab habuk kayu dari siling tu jatuh macam seminggu punya banyak. Maka aku pun pindah duduk rumah mak mertua aku. Sebahagian barang aku dah pack.

Barang yang guna hari-hari tu aku dah angkut. Yang lain-lain tu tinggal sikit lagi.

Aku bersyukur gila mak mertua aku sangat supportive. Dia tolong tengok2 kan anak aku bila aku mandi or makan. Bila aku pergi kerja, mak mertua aku jaga kakak. Adik hantar rumah pengasuh.

Pagi aku bersiap gi kerja. Blk petang ambil adik kat rumah pengasuh. Balik letak adik dalam walker, say hi and kiss kakak then solat. Lepas tu basuh kain, sidai kain, angkat kain yang dah dibasuh.

Lepas tu adik pula jerit2 minta susu. Selalunya mak mertua aku la tolong time ni. Kot-kot aku nak masak(kalau rajin la, biasa husband aku kalau tengok muka aku penat, dia akan keluar order veto dia- makan luar. Yeay!!).. Haha.

Lepas tu mandikan kakak. Biasanya mandi dengan aku la. Lepas tu dinner. Lepas tu basuh pinggan, kemas dapur. Selalunya husband aku tolong. Then solat maghrib.

Lepas maghrib mengulit adik sampai tidur. Lepas tu lipat kain, gosok baju. Kena basuh botol semua, sterilize, kemas bilik, vakum apa yang patut.Sambil tu aku pula jerit2 sebab kakak kacau aku. Huhu..

Lepas isya boom.. Terus tidur. Penat. Esok mula cycle sama.

Penat wei...

Kalau weekend nak keluar lagi la penat. Nak siap barang anak lagi-baju,diapers,susu etc. Lepas tu dalam kereta adik biasanya lasak, nak berdiri la. Dia takkan duduk dalam car seat melainkan dia dah nyenyak tidur.

Lepas sampai destinasi, kakak duduk dalam stroller. Adik pula duduk dalam kangaroo style carrier. Nak makan nanti satu hal, kena cari tempat makan yang luas, untuk letak stroller, yang tak panas kalau tak adik meragam dengan kitorang sekali temper nanti.

Masa makan tu sorang pegang adik sorang entertain kakak. Nak makan la nak minum la nak sudu la. Haih pening.

Lepas tu bila dah sampai rumah dulu orang gaji ambik barang dan dia settlekan diapers kotor, baju kotor, refill susu dalam dispenser, basuh botol, refill thermos, mandikan anak. Jadi aku dapat la mandi dengan aman. Sekarang? Huhu aku buat sendiri semua. Penat wei..

Dah la aku ni jenis tak tahan tengok anak aku comot. Dulu senang.'bik, mandikan kakak!' . Sekarang? Aku kena bawa gi bilik air, mandikan, pakaikan baju. Adik pula dah menjerit2 nak susu la, nak minta dukung la. Haih. Husband aku pun tak boleh tolong sebab dua-dua nak kat aku.. Huhu

Bila siang sorang tidur, sorang jerit dah dua- dua bangun. Apa lagi pening la kepala aku dengan husband.

Husband aku lagi kesian. Dia jenis ringan tulang tolong aku tapi masalahnya dia nak exam and tengah study. Takkan nak panggil dia assist aku je memanjang kan.. Haih.. Ngeluh lagi..

Lepas tu aku pun discuss dengan husband. Bincang punya bincang kitorang decide nak ambik balik maid lama

Yes.. Maid lama. Haha.. Aku pun contact ejen lama tu dia kata kak yah- maid lama dah bersedia nak datang malaysia balik. Aku pun ngam ho je la. Sekarang tunggu dia samapi dari acheh. Duit passport dgn tiket dah di'western union' kan.

Oh kak yah, cepat lah datang. Aku tak larat da nih! Hik hik!

Thursday 16 August 2012

Housemanship- surgical department

Aku graduate 2008. Habis exam march 2008 lepas tu berjimba selama dua bulan. Then bulan mei 2008 kena panggil untuk BTN. Lepas habis BTN, hari tu juga husband drive pergi hotel selesa pasir gudang untuk kursus induksi. Masa tu best gila. Ye la, belum kerja kan, duit pun takde sangat lepas tu duduk hotel dua minggu, hari- hari dengar benda yang aku pun kadang- kadang tak faham, makan 6 kali sehari, duduk sebilik dengan husband. Kan best tuh?? Haha

Habis je kursus 9jun2008, terus kena lapor diri ke hospital seremban esok tu. Lepas lapor diri, maka bermula lah episod suka duka, pahit manis, penat lelah dan macam-macam lagi.

Masa tu aku posting surgery dan husband posting medical. Masa tu kena tagging 2 minggu. Tagging ni maksudnya tak payah buat oncall.. TAPI..... Hari-hari balik malam dan kena buat semua kerja. Masa tu tak ada istilah buli ok sebab kalau ko malas nak buat semua benda iaitu malas nak buatkan kerja orang lain sepanjang dua minggu tu, nanti bila ko dah start on call matilah ko sorang- sorang. Siapa nak tolong wei?? MO(medical officer) iaitu senior officer ko tak kan adanya berbaik hati jiwa raga nak tolong ambik darah kalau ko fail atau, tolong masuk venofix( yang orang cucuk kat urat tu untuk masuk air) atau pergi turun tingkat bawah dari tingkat 8 dengan tangga( sebab lif lembab yang amat) untuk dapatkan urgent scan,MRI atau ultrasound.

Cuma tinggal ko lah.. Yes engko sorang. Jadi nak tak nak masa tagging la kena belajar buat semua. Kenapa? sebab masa tu kalo ko fail or silap, kurang-kurang member yang on call ada untuk tolong dan ajar. Masa tu ko akan rasa terhutang budi kat member yang banyak ajar tips and tricks untuk survive sebagai houseman.

Masa tu aku bangun pukul 6.30, solat subuh, mandi, tak breakfast, pergi kerja. Pukul 7 mesti dah start buat round sebab pukul 7.45 specialist dah datang buat round. Masa tu kalo ko tak tau patient ko punya details, huh memang mati la kena maki depan patient. Kena jerit, kena perli, kena hina.. Ouwh sedihnya masa tu tuhan je lah yang tahu. Lepas habis round dalam pukul 9, kena siapkan order yang specialist bagi. Contoh dia nak ujian darah, masuk drip, dapatkan scan, discaj, refer dan sebagainya. Masa tu ko kena pandai susun kerja kalau tak memang ko tak lunch la jawabnya. Bayangkan masa aku( yang super senior kata dah ramai ho zaman ni) ada 4 ho satu wad maknanya satu houseman(ho) in-charge satu cubicle yang ada 12 patient, maka apa-apa jadi kat 12 patient tu, sama ada result darah hilang ke, kena refer tapi dr yang direfer tak datang review atau patient tu mati ke collapse ke, ko lah orang yang bertanggungjawab. Houseman lain kalo free biasanya akan datang tolong tapi diorang pun busy gila. So, mati lah ko sorang- sorang. Kalo ko dah senior macam dah buat 4 atau 5 posting biasanya ko akan cool, chewah. Dah terer kan, dah nak jadi mo. Tapi kalau baru first poster macam aku masa tu, berdebarnya aku Allah je yang tahu..

Masa tagging tu, aku memang tak breakfast langsung. Lunch pun biasanya tak sempat. Jadi masa tu kalau aku kena turun pergi book urgent scan ke Ultrasound ke, aku akan curi-curi pergi kiosk kedai runcit yang ada kat tepi hospital untuk beli milo kotak dengan coklat dengan roti krim.

Kenapa milo? Sebab sedap dan mengenyangkan. Kenapa coklat? Sebab aku stress!!!!, kenapa roti? Sebab kedai tu tak jual nasi.. Huhu.

Lepas settle semua urusan tu, tghari adalah waktu lepak kejap dan solat sebab surau kat tingkat 8 tu kecik gila. Berebut la dengan patient, pelawat semua untuk solat. Jadi waktu sejam tu memang singkat. Sebab kalau banyak masalah haritu, maka burn la lunch hour. Contoh banyak masalah ialah kalau patient pagi tu masa round ramai. Round habis lambat. Lepas tu pulak specialist order macam2. Kemudian ada pulak kes nak buat pembedahan kecemasan, so kena prepare patient untuk buat operation. Ni nanti aku cerita. Lepas tu masa ambik darah asyik fail, member try pun fail. Dah sangkut kat situ. Lepas tu pulak ada patient kritikal kat cubicle kita tu dr bius datang review minta kita ambik darah sejam sekali sebab nak tengok perubahan sebab dia asyik tukar setting mesin pernafasan patient. Lepas tu masuk pulak kes baru dari emergency. Kena clerk pulak. Kena ambik darah. Lepas tu call MO dan inform. Kalau habis kat situ takpe lagi, ada patient yang dibenarkan pulang tu kena pula diselesailan discaj dia(surat discaj, surat rujukan, slip ubat, slip mc). Dan bila kita tengah sibuk tu la relative patient datang tanya pasal sedara dia tu keadaan mcm mana. Kita dah terang kat sorang, datang lagi 3 kena terang lagi 3 kali. Tu belum patient yang tak sabar nak balik. Asyik datang kaunter tanya bila surat discaj nak siap. Tensen wei!!! Tu belum ada yang time tu patient collapse lagi. Nak resusc bagai..

Benda kat atas ni biasa jadi seminggu aku kerja mungkin 4 hari mesti busy macam tu. maka burn la lunch hour aku. Lepas tu pukul 2 sharp specialist datang lagi untuk round. Tak tercekik ko? Masa tu diorang expect ujian darah yang diambil pagi tadi dah ready, patient baru masuk dah clerk, patient untuk pembedahan kecemasan dah ready tip top, patient yang collapse dah revive atau dah tapau. Yang diorang tau, benda settle. Diorang tak peduli ko ok ke, dah makan ke, ko ada jumpa laki ko ke tak sejak 3 hari lepas, mak ko sihat ke, apa masalah ko sepanjang nak menyiapkan kerja yang disuruh, NO diorang tak peduli. Yang diorang tau kerja siap!

Stress wo.. Maka lepas round petang, cycle yang sama akan berulang. Tau-tau dah petang. Kalau ko dah habis tagging dan tak on call,pukul 5 ko boleh angkat beg dan punggung dan cabut tapi sebab aku tagging lagi maka masa tu lah aku gi solat jap, beli makanan mcm nasi ke mee goreng baki tghari nye kat cafe or makan diet untuk orang on call yang disediakan kat pantry untuk doktor kat tingkat 8.

Lepas tu pukul 6 aku akam ambik alih kerja orang on call dimana aku alan clerk semua case yang baru masuk, ambik darah, prepare patient untuk emergency operation atau jadi assistant untuk houseman lain yang oncall kat tempat lain. Masa tu la kalo ada prosedur diorang alan panggil tagger macam aku ni untuk observe and belajar.

Mujur masa aku tagging ada 2 lagi tengah tagging dengan aku. Nama diorang anez dan Ian. Anez sekarang MO kat medical department kat hospital seremban lepas tu abis district posting. Ian pula jadi MO kat surgical department lepas habis district attachment. Jadi masa tu kitorang selalu lah bekerjasama..konon hikhik.. Selalunya melepak sama lepas clerk new case dan semua dah settle sementara tunggu specialist oncall datang untuk night round atau tengah tunggu 10pm supaya kitorang boleh balik.

Masa tu pukul 10 je anez dengan ian akan blah terus tapi husband aku masa tu tagging kat medical. Yang mana lagi azab dari segi workload sebab patient ramai nak mampus. Lepas tu tagging star 7am-11pm. Maka sejam yang ada tu aku gi solat isya pastu tidur kat bilik oncall houseman. Tidur kat kusyen je ok sebab katil tu houseman oncall yang tidur.

Kalau nasib baik tu pukul 11 husband aku terpacak la kat situ. Kalau tak pukul 12 la baru balik sebab kerja tak siap. Penat wei.. Penat...

Balik tu sampai je hostel(kitorang duduk hostel kuarters), mandi terus tidur. Tak sempat borak pun. Kitorang akan berbual masa dalam kereta on the way balik tu. sampai hostel semua mencari bantal je. Makan pun tak tau. Tu yang masa houseman mula-mula tu aku susut gila( bila lah nak dpt berat tu balik)

Lepas tu esok tu bermula lah rutin yang sama..

Sampai lah dah habis tagging. Rutin yang sama tetap berjalan cuma kalau tak oncall pukul 5 tu dapat lah balik. Masa hari pertama habis tagging tu seronoknya Allah je yang tahu. Masa tu lepas dua minggu baru nampak matahari. Yelah pergi kerja hari gelap, blk dah tgh malam. Masa tu yang tak best kalau oncall la. Sebab kita masa siang jaga 12-14 patient je tapi masa oncall tu seluruh wad tu adalah tanggungjawab kita.. Huhu sedih aku. Kalo dapat oncall teruk tengah malam buta masuk les accident yang kena jahit kepala la. Dah la gelap. Nurse memang takkan tolong la. Diorang memandang houseman ni hina betul. Macam kuli bawahan dia je. Geram aku. Tapi masa tu dalam hati aku doa'satu hari nanti ko akan datang merayu minta tolong aku. Aku mcm mana pun doktor dan ko tetap nurse'. Ada nurse yang baik tapi ramai yang lorat dan keji. Sengaja takbuat nursing care ikut apa houseman tulis dalam fail patient. Sengaja lambat buat benda yang houseman suruh. Yelah semua benda aku buat takkan nak basuh berak patient or tolak patient pergi xray pun aku juga kena buat. Bila dah kerja baru aku faham kenapa MO dengan Specialist garang sangat dengan nurse.


Tapi tu semua kisah masa aku houseman. Masa kerja kat hospital besar. Tapi bila aku kerja kat hospital daerah, nurse semua bagus. Effective, rajin, jujur, sopan. Uh, sayang kamu semua!! (dedicated to all staff nurses at hospital port dickson and hospital tg karang)

Masa tu husband aku super busy. Dia buat 13 call sebulan. Bayangkan aku jumpa dia selang sehari je. Kalo kebetulan on call sama boleh la esok tu jumpa. Kalau tak ada yang 3 hari straight tak jumpa. Ye la orang kata kerja satu hospital pun tak jumpa ke? Ye kak, tak jumpa. Sebab masa aku free untuk gi makan dia sibuk. Masa dia free aku pulak sibuk. Haih.. Mcm tu lah rutin kami. Sebab tu bila sedara mara tanya kenapa berdua je bila nak bertiga kami tak tau nak jawab apa!

Weekend pun kalau aku off dia tetap kena kerja hari-hari sampai pukul 1 pm. Jadi nak keluar beli barang pun payah. Aku hari-hari balik pukul 5 pm dia balik pukul 6 pm. Tu pun bagus. Selalunya maghrib baru call minta aku ambik.

Masa tu bulan 9 puasa. Aku sedih gila masa tu. kami terpaksa bawa microwave untuk panaskan lauk sahur. Tiap hari rutin aku balik kerja kalau tak oncall ialah pergi bazar ramadhan kat depan klinik kesihatan rasah tu untuk beli air tebu atau soya dengan lauk sahur dan buka dan nasi putih 4 peket polisterine.

Balik tu mandi, solat, tidur dalam 15 mins lepas tu hidang lauk. Pukul 7 lebih husband call and pergi jemput dia. Masa tu kami pakai satu kereta je. Iswara aeroback yg mak mertua bagi. Lepas buka,solat maghrib, borak jap then solat isya then zzzzzzz.. Penat.

Esok kul 5 bgn panaskan lauk yg simpan dlm fridge, sahur then terus gi kerja...

Kalau oncall, kitorang balun je la lauk yg unit dapur sediakan. Sedap tak sedap belakang kira. Dah kebulur la katakan.

Masa aku habis posting tu dah nak raya. Masa tu aku ada baki cuti 10 hari so aku dapat la cuti raya selama13 hari. Haha!! Tapi husband dapat cuti lima hari je.. Haih.. Masa tu aku isi masa lapang mengemas dan menghias rumah sebab masa tu baru start menyewa. Ada hal menyebabkan aku pindah ke rumah sewa dalam masa 48 jam dari kuarters. Nanti aku citer..


Lepas habis surgery aku buat Obstetric and gynaecology, paediatric, orthopedic,medical and lastly emergency and trauma. Nanti aku cerita satu- satu pengalaman aku kat those department.

Thursday 9 August 2012

Orang Gaji Aku Lari!!!

Salam. Dah lama tak menulis. Bukan apa, sebab penat dan nak adjust masa kat rumah. Dulu blog guna tab, sekarang husband guna untuk monitor side income dia. PC pula masih ada kat kuarters. Sekarang ni aku dengan rasminya duduk dengan mertua. Perkara yang paling kami suami isteri telah cuba elak dari mula kahwin dulu..tak kira la parents aku or parents husband. Bukan apa, parents kami berdua pun memang tak gemar sangat anak-anak duduk sekali. Takde privacy untuk dua- dua pihak dan bak kata orang la'dekat bau taik, jauh bau bunga'. Betul tak? Hehe

Kenapa kami akhirnya melanggar prinsip kami ni? Sebab orang gaji aku lari!!! Rasa nak mencarut je tiap kali terfikir pasal minah indon ni. Asalnya dalam seminggu sebelum puasa tu dia dah ada signal sikit-sikit tapi aku tak notice sangat. Dia kata dia demam selsema. Masalahnya tak ada pula aku dengar bersin ke batuk masa aku kat rumah. Lepas tu bila check temperature normal je. Jadi aku pun bagi la ubat untuk puaskan hati dia. Almost tiap hari aku amik ubat kat klinik tu untuk dia.

Masa awal puasa tu dia ok lagi sampai la pada 27 july tu masa aku sahur dia pergi tidur. Aku pun pelik juga sebab selalunya dia akan tunggu aku habis sahur baru dia pergi tidur lepas kemas meja makan semua. Dia pun tak puasa sebab dia ada kencing manis. Tak larat katanya. So aku kata tak payah lah puasa. Nanti fidyahnya aku bayar la. Berbalik pada isu dia tidur tu aku dah tak sedap hati tapi aku tak lah kisah pun sebab masa awal- awal dia datang kerja dulu aku dah pesan, keutamaan kerja ialah jaga anak aku. Kalau rasa penat nak delay buat kerja rumah, nak tidur ke apa lantak lah. Aku tak kisah. Yang penting kebajikan anak aku terjaga.

Jadi aku biar lah dia tidur, penat agaknya kot. Lepas subuh tu masa breastfeed khadijah aku pun tumpang tidur sekaki. Lepas tu entah mcm mana pukul 7 tu aku dengar bunyi mesej masuk kat handphone. Oh bibik mesej katanya tak sihat, pening tak larat bangun. Aku pun melompat turun katil pergi bilik dia. Tengok muka sembab mcm baru lepas nangis. Aku malas nak argue, terus call kak pah(dr sharifah) inform aku EL sebab maid sakit. Syukur yg she is so understanding. Mujur baru pukul 7 lebih sebab Dr Sara tak keluar lagi. So dia continue la kerja 24 jam jawabnya.

So aku pun sinsing lengan basuh pinggan, kemas dapur, basuh kain bagai. Lepas anak-anak dah bersiap aku suruh bibik bersiap. Aku bawak dia pergi ED(emergency department). Letak dia kat observation bay then register. Lepas tu aku pun check la dia. Anak aku letak dalam stroller sebab husband tengah buat round kat wad masa tu. Lepas tu aku minta MA (medical assistant) masukkan drip, ubat and ambil darah. Vital signs dia masa tu memang normal.

Untuk buat bibik aku puas hati aku pun tunggu lah dekat situ sampai drip habis. Keputusan darah pun cuma viral picture. So dia basically just demam batuk selsema biasa je la. Aku pun tak order x- ray sebab peparu dia memang clear. Lepas tu kami terus balik rumah, bagi dia ubat and stronger antibiotic. Aku suruh dia rehat. Aku pun kemas beg baju sebab cadang nak tidur rumah mak aku malam tu nak buka puasa kat sana.

Pukul 4 lebih tu bila aku panggil suruh bersiap, dia minta izin nak stay kat rumah sebab nak rehat. Aku mula tak nak bagi. Ye lah, kan tak sihat. Nanti kata aku zalim pula tinggal dia sorang kat rumah. Dia insist kata tak apa. Dia yakin akan ok, top up ada penuh and janji akan call kalau ada apa- apa. Aku pun pergi rumah mak aku tidur sana. Esok pagi tu aku pergi klang. Cadangnya nak belikan bibik baju raya. Ingat nak beli lah yg fesyen sekarang ni ada sulam,manik kat dada, lengan dengan hujung baju. Survey punya survey tak ada yang berkenan. Lepas tu kitorang terus ke rumah mak mertua aku pulak. Cadang nak buka puasa kat situ and malam sikit baru balik rumah. Ala, jarak antara kuala selangor dengan tanjung karang ni 13 km je..

So petang tu masa kat bazar aku teringat kat bibik. Kesian pula fikir tah apa dia makan petang tu. Aku pun call expecting she will be better than yesterday sebab by right dia akan ok dengan ubat berkepuk-kepuk yang aku bagi semalam. Kemudian dia kata'bibik masihnya panas badan buk. Ditambah cirit birit. Selera makan tak ada langsung".

Aku dah tak sedap hati sebab sejak yang dia kononnya 'sakit' ni dia tak lalu makan. Mana pula datang najis kalau asyik minum nescafe. Aku suruh makan sebelum ni kata tak selera la, gastrik la. Lauk yang dia masak dia sendiri tak pernah makan. Tapi kalau aku bawak balik kfc ke, kek secret recipe ke, double cheese burger ke licin pulak tu dilantaknya. Aku ngadu kat husband. Husband pula cool je kata"ala kita kan doktor, kita tau dia kena viral urti. Esok baik la tu. Kita pun kan tak sihat". Oh aku lupa yang kitorang anak beranak pun tengah demam selsema. Tapi pergi juga kerja.hidup berjalan je macam biasa. Aku pun buat biasa tapi dah rasa ada yang tak kena sebab dia insist yang dia sakit.

Balik dari bazar aku terus letak beg, tanggal tudung dan ke dapur tolong mak mertua aku masak. Tak perasan rupanya dia ada sms aku. Malam tu masa on the way nak balik tg karang aku terperasan dia sms aku kata "Bdan tu panas blk.d tambah cirit birit.bibik esok nak mnta izin nak ambil anak.insya allah klau dah sembuh blk lg krja.sbb skrg bbik tk kuat krja malu dgn ibu bpk.bbik cm dlu lg.klu dekat anak ada yg jaga trm kash"

Wth??? Aku terkejut badak baca mesej dia. What?? Aku terus terbayang sape nak jaga anak aku isnin tu aku nak kerja. Aku bincang jap dengan husband dalam kereta pastu husband terus call agent kitorang and inform masalah ni. Naik angin terus agent tu. Dia kata nanti dia call bibik and 'basuh' dia. Dia kata mengarut je sesuka hati nak pergi jalan rumah anak dia. Agent pun terkejut kata tak tau rupanya dia ada saudara mara kat sini. Setahu dia masa dia ambik bibik tu dulu kat indon, bibik tu tak pernah dtg malaysia dan takde sesiapa kat sini.

Balik je rumah husband terus panggil dia. Mujur anak dah tidur senang la nak bincang. Bila kami kata dia sihat sebenarnya tak sakit terus dia nangis- nangis bersumpah kata tak sihat. Bila husband kata darah semua normal dia dengan muka selenga kata"agaknya rindu anak mungkin".. Wth?? Ko dtg nak kerja kan? Ko dulu kerja kat jeddah dulu takde pulak meroyan rindu anak. Hampeh betul.

Husband aku ni jenis tegas gila kalau bab-bab macam ni. Muka husband aku tenang tapi aku tau dia mcm nak tempeleng je bibik tu. Husband pun kata" beginilah bik, kalau bibik nak pergi sangat, ok saya hantar bibik ke rumah pak lan(agent) di putrajaya isnin ni sebab esok saya on call. Kalau bibik nak ke rumah anak, bibik suruh anak jemput di rumah pak lan. Tapi macam bibik janji, kalau bibik tak balik dan bibik tipu, saya haramkan semua duit yang bibik pinjam dan gaji bibik bulan ni saya
tahan dulu. Bila bibik balik saya bayar semula"

Berubah terus riak muka dia. Oh ko ingat kitorang nak terkena lagi??

Sebenarnya bibik ni dulu aku amik awal december 2011 sebab masa tu bibik lama dah cukup dua tahun dan nak balik acheh katanya sebab rindu anak. So masa mula ambil dia aku kena bayar tiket kapalterbang dia. Then bayar upah agent then kitorg kena urus sendiri permit dengan fomema. Ambik masa sebulan juga la. Kitorang habis lebih kurang lapan ribu masa tu.

Agent kata gaji rm 550 sebulan. Dan 3 bulan pertama kerja tanpa gaji. Tapi masa tu bibik ni request dibayar gaji juga sebab anak dia kat indon masih sekolah. So aku deal dengan agent kitorang akan bayar gaji separuh untuk 6 bulan pertama.

Bila dia dah kerja dalam seminggu tu dia minta nak pinjam duit rm 400 sementara tunggu gaji pertama. Husband aku ni sebenarnya lembut hati. Dia pun kata- ok je. Lepas tu patut bayar gaji dia separuh iaitu rm275. Kemudian husband kata kesian pula, kami pun bayar rm 300.

Happy bukan main dia masa tu. Masa tu dia kerja agak bagus. Tak payah disuruh- suruh dia buat sendiri kerja rumah. Pandai masak juga. Masa tu baru aku tahu yang dia ni dah banyak pengalaman kerja as maid. Dia pernah kerja di jeddah lima tahun. Kerja di brunei 2 tahun lebih dan dalam 5-7 tahun kerja di malaysia ni. Jadi dia sangat mahir jalan-jalan di kl, pj, ampang, chow kit(of course lah kan).

Terkejut gak aku. Berpotensi minah indon ni nak lari dalam hati aku. Tapi masa tu aku tawakal je. Aku tak zalim dengan dia aku harap Allah je lah perlindungan kami anak beranak.

Dia pun cerita la perangai buruk majikan dulu. Dia je lah yang baik dalam dunia ni. Aku senyum je tiap kali dia cerita. Sebab setahu aku kitorang tak pernah buat apa yg majikan terdahulu buat kat dia(tah ye tah idak cerita dia). Dia berani gak ngaku dia berpengalaman lari dari majikan. Gulp!

Lepas tu masa aku bersalin anak no 2, sebab husband aku kata kesian tgk dia keje sungguh2 husband pun kata kami bayar gaji penuh la bulan ke4 ni. Tak payah tunggu bulan ke 7. Hutang tu pun husband aku halalkan je.

Happy tak ingat apa wei dia masa tu. rupa2 nya kerja bagus masa dalam warranty. Lepas aku bersalin tu dah nampaklah belang tu sikit2. Basuh pinggan pun kurang bersih. Aku tegur sekali, dia dengan muka innocent ngok dia kata"maaf buk,mata bibik kurang jelas"

Aku tak marah pun masa tu. husband pun kata takde orang boleh jaga anak sebaik kita jaga dan takde org lain boleh jaga rumah kita sebaik kita jaga. Aku pun senyap. Malas nak fikir panjang. Just berlapang dada. Lepas tu satu- satu la aku nampak kemalasan dia. Basuh punggung anak aku tak bersih, basuh botol susu tak bersih, masak lauk banyak2 tapi dia tak makan lauk2 tu, akhirnya buang ake. Kabinet dapur sentiasa dihurung semut. Bila tegur dia salahkan rumah kuarters tu dah buruk. Tapi bila aku lap takde pula semut. Rupanya dia just tenyeh gula or susu yg tumpah dgn kain buruk yg kotor bukan dicuci dengan sabun! Adoyai.

Masa tu aku malas nak bising sebab fikir nanti dia nak jaga anak aku bila alu kerja nanti. Lepas tu yang paling tragis dia boleh masuk washing machine aku nye tudung ariani baru beli!!!! Bila aku tegur kenapa buat mcm tu padahal aku dah kata aku basuh sendiri dengan tangan, dia buat muka biol kata"maaf buk, tak perasan" boleh kau dia kata gitu je??? Aku punya le menggigil marah masa tu. mujur husband pujuk kata takpe, next week kita beli baru. Baru sejuk hati ai..

Lepas tu nak tunjuk rajin tudung ariani yg lain dia basuh tgn tapi dengan retard nya dia perah sesedap rasa awning tudung tu mcm perah santan.. Gone.. Lunyai terus tudung aku. Di gosok, letak lilin semua tak jalan. Sekali husband pujuk kata "ala IQ diorang memang paras tu ke kalo tak takkan jadi bibik, dah next week beli baru. Jgn ikut jadi retard macam diorang".. Fuh sabar, sabar...

Lepas tu masa aku dalam pantang dia just leka kat dapur memasak and buat kerja rumah sikit. Boleh dia buat bodoh je kalau anak aku melalak dekat stgh jam. Masa tu aku naik atas mandi. Bila aku jerit suruh tgk anak aku dia kata, "oh bibik tak perasan ingat ibuk ada". Kepala hotak ko. Kot ye kalo aku ada and anak aku nangis ko dtg la tgk kot aku perlukan bantuan ke apa. Hai bengap, bengap..

Lepas tu aku dah start pam susu sebab nak start lokum. Maklumlah cuti tanpa gaji kena la cari duit wei.. Aku cakap lepas ni kerja rumah buat seminggu sekali je, gosok baju seminggu sekali je, tak payah masak, bibik cuma jaga anak je. Sebab sebelum ni aku cakap benda sama juga tapi dia kata" bibik tak biasa tu tidur siang, baik dihabiskan saja kerja untuk isi masa" jadi tinggi la bil lektrik dgn air sbb hari2 basuh baju 3-4 helai je and gosok sehelai dua je. Tapi aku malas nak bising. Cuma bila dah ada baby aku tegaskan lagi sekali concentrate jaga anak.

Mula tu aku suruh dia training la konon jaga dua- dua anak aku serentak macam aku takde kat rumah sebab aku nak tengok dia pandai tak bagi susu perah etc. lepas sehari dia kata tak payah mcm tu dia memang boleh jaga lepas tu buat blk rutin asal. Iaitu leka memasak lauk dgn banyaknya(tak faham aku kenapa). Siap berlagak kata 'dulu bibik biasa aja jaga budak ramai di nursery'.

Oleh kerana aku masa tu dah geram, aku kata' saya nak bibik jaga adik dengan kakak seminggu ni dari 8-5pm. Buat macam saya tak de kat rumah'
Hm, kelam kabut ko jaga anak aku dua org! Tu pun miang nak juga memasak. Bila aku dah insist tak payah masak baru dia jaga anak aku je and lipat kain malam.

Lepas tu bila aku lokum, dia sibuk cakap anak aku kuat melalak la, cerewet la, yang kakak kuat sepah la. Aku malas nak argue aku buat bodoh je. Aku terima je la dia kata anak- anak aku ni susah nak dijaga. Sampai mak mertua aku dtg tiap petang tau lepas balik sekolah nak assist dia kat runah. Hantu betul. Macam-macam mengadu. Mentang lah mak mertua aku tu baik, sayang bangat dengan cucu2 nya, ko kenakan dia ye??

Geram aku.. Geram..

Bersambung cerita malam tu lepas kitorang kata nak hold gaji dia, dia pun naik ke bilik lepas tu tak tau dia cakap dengan siapa kat telefon mengongoi nangis beria-ia. Huh meluat aku.

Esok tu husband aku oncall, so aku bawak dia pergi rumah mak mertua aku tidur sana. Aku suruh juga dia ikut. Aku kata' takde, bibik ikut. Nanti tukar cerita kata saya tinggal bibik sorang pulak!' diam je dia masa tu. Baru ko tau aku pun boleh marah. Jangan ingat selama ni aku diam aku ni suka sangat dengan ko.

Esok tu lepas husband aku balik oncall kitorang terus hantar dia pergi putrajaya(rumah agent). Yang sambut dia adalah saudara agent tu agent tu pergi indon untuk ambil indonesiana baru untuk kerja. Dia dah pesan awal-awal yang bini dia akan 'basuh' bibik dulu sementara tunggu dia balik. Dalam 2-3 hari lagi.

Lepas 2-3 hari bila call agent, rupanya bibik dah cabut dari rumah dia mlm tu juga. Hantu betul!! Geram aku.

Nasib baik mak mertua aku rescue. Dia berjaya cari pengasuh. Maka aku pun duduk la dengan mak mertua aku sekarang sementara dapat kunci rumah baru. Nasib baik mak mertua aku sporting jenis sekepala dengan aku. Kalo tak tak tau la.. Huhu..

Nanti lepas ni aku update cerita pengasuh pulak.. Okeh, c u!