Salam. Dah lama tak menulis. Bukan apa, sebab penat dan nak adjust masa kat rumah. Dulu blog guna tab, sekarang husband guna untuk monitor side income dia. PC pula masih ada kat kuarters. Sekarang ni aku dengan rasminya duduk dengan mertua. Perkara yang paling kami suami isteri telah cuba elak dari mula kahwin dulu..tak kira la parents aku or parents husband. Bukan apa, parents kami berdua pun memang tak gemar sangat anak-anak duduk sekali. Takde privacy untuk dua- dua pihak dan bak kata orang la'dekat bau taik, jauh bau bunga'. Betul tak? Hehe
Kenapa kami akhirnya melanggar prinsip kami ni? Sebab orang gaji aku lari!!! Rasa nak mencarut je tiap kali terfikir pasal minah indon ni. Asalnya dalam seminggu sebelum puasa tu dia dah ada signal sikit-sikit tapi aku tak notice sangat. Dia kata dia demam selsema. Masalahnya tak ada pula aku dengar bersin ke batuk masa aku kat rumah. Lepas tu bila check temperature normal je. Jadi aku pun bagi la ubat untuk puaskan hati dia. Almost tiap hari aku amik ubat kat klinik tu untuk dia.
Masa awal puasa tu dia ok lagi sampai la pada 27 july tu masa aku sahur dia pergi tidur. Aku pun pelik juga sebab selalunya dia akan tunggu aku habis sahur baru dia pergi tidur lepas kemas meja makan semua. Dia pun tak puasa sebab dia ada kencing manis. Tak larat katanya. So aku kata tak payah lah puasa. Nanti fidyahnya aku bayar la. Berbalik pada isu dia tidur tu aku dah tak sedap hati tapi aku tak lah kisah pun sebab masa awal- awal dia datang kerja dulu aku dah pesan, keutamaan kerja ialah jaga anak aku. Kalau rasa penat nak delay buat kerja rumah, nak tidur ke apa lantak lah. Aku tak kisah. Yang penting kebajikan anak aku terjaga.
Jadi aku biar lah dia tidur, penat agaknya kot. Lepas subuh tu masa breastfeed khadijah aku pun tumpang tidur sekaki. Lepas tu entah mcm mana pukul 7 tu aku dengar bunyi mesej masuk kat handphone. Oh bibik mesej katanya tak sihat, pening tak larat bangun. Aku pun melompat turun katil pergi bilik dia. Tengok muka sembab mcm baru lepas nangis. Aku malas nak argue, terus call kak pah(dr sharifah) inform aku EL sebab maid sakit. Syukur yg she is so understanding. Mujur baru pukul 7 lebih sebab Dr Sara tak keluar lagi. So dia continue la kerja 24 jam jawabnya.
So aku pun sinsing lengan basuh pinggan, kemas dapur, basuh kain bagai. Lepas anak-anak dah bersiap aku suruh bibik bersiap. Aku bawak dia pergi ED(emergency department). Letak dia kat observation bay then register. Lepas tu aku pun check la dia. Anak aku letak dalam stroller sebab husband tengah buat round kat wad masa tu. Lepas tu aku minta MA (medical assistant) masukkan drip, ubat and ambil darah. Vital signs dia masa tu memang normal.
Untuk buat bibik aku puas hati aku pun tunggu lah dekat situ sampai drip habis. Keputusan darah pun cuma viral picture. So dia basically just demam batuk selsema biasa je la. Aku pun tak order x- ray sebab peparu dia memang clear. Lepas tu kami terus balik rumah, bagi dia ubat and stronger antibiotic. Aku suruh dia rehat. Aku pun kemas beg baju sebab cadang nak tidur rumah mak aku malam tu nak buka puasa kat sana.
Pukul 4 lebih tu bila aku panggil suruh bersiap, dia minta izin nak stay kat rumah sebab nak rehat. Aku mula tak nak bagi. Ye lah, kan tak sihat. Nanti kata aku zalim pula tinggal dia sorang kat rumah. Dia insist kata tak apa. Dia yakin akan ok, top up ada penuh and janji akan call kalau ada apa- apa. Aku pun pergi rumah mak aku tidur sana. Esok pagi tu aku pergi klang. Cadangnya nak belikan bibik baju raya. Ingat nak beli lah yg fesyen sekarang ni ada sulam,manik kat dada, lengan dengan hujung baju. Survey punya survey tak ada yang berkenan. Lepas tu kitorang terus ke rumah mak mertua aku pulak. Cadang nak buka puasa kat situ and malam sikit baru balik rumah. Ala, jarak antara kuala selangor dengan tanjung karang ni 13 km je..
So petang tu masa kat bazar aku teringat kat bibik. Kesian pula fikir tah apa dia makan petang tu. Aku pun call expecting she will be better than yesterday sebab by right dia akan ok dengan ubat berkepuk-kepuk yang aku bagi semalam. Kemudian dia kata'bibik masihnya panas badan buk. Ditambah cirit birit. Selera makan tak ada langsung".
Aku dah tak sedap hati sebab sejak yang dia kononnya 'sakit' ni dia tak lalu makan. Mana pula datang najis kalau asyik minum nescafe. Aku suruh makan sebelum ni kata tak selera la, gastrik la. Lauk yang dia masak dia sendiri tak pernah makan. Tapi kalau aku bawak balik kfc ke, kek secret recipe ke, double cheese burger ke licin pulak tu dilantaknya. Aku ngadu kat husband. Husband pula cool je kata"ala kita kan doktor, kita tau dia kena viral urti. Esok baik la tu. Kita pun kan tak sihat". Oh aku lupa yang kitorang anak beranak pun tengah demam selsema. Tapi pergi juga kerja.hidup berjalan je macam biasa. Aku pun buat biasa tapi dah rasa ada yang tak kena sebab dia insist yang dia sakit.
Balik dari bazar aku terus letak beg, tanggal tudung dan ke dapur tolong mak mertua aku masak. Tak perasan rupanya dia ada sms aku. Malam tu masa on the way nak balik tg karang aku terperasan dia sms aku kata "Bdan tu panas blk.d tambah cirit birit.bibik esok nak mnta izin nak ambil anak.insya allah klau dah sembuh blk lg krja.sbb skrg bbik tk kuat krja malu dgn ibu bpk.bbik cm dlu lg.klu dekat anak ada yg jaga trm kash"
Wth??? Aku terkejut badak baca mesej dia. What?? Aku terus terbayang sape nak jaga anak aku isnin tu aku nak kerja. Aku bincang jap dengan husband dalam kereta pastu husband terus call agent kitorang and inform masalah ni. Naik angin terus agent tu. Dia kata nanti dia call bibik and 'basuh' dia. Dia kata mengarut je sesuka hati nak pergi jalan rumah anak dia. Agent pun terkejut kata tak tau rupanya dia ada saudara mara kat sini. Setahu dia masa dia ambik bibik tu dulu kat indon, bibik tu tak pernah dtg malaysia dan takde sesiapa kat sini.
Balik je rumah husband terus panggil dia. Mujur anak dah tidur senang la nak bincang. Bila kami kata dia sihat sebenarnya tak sakit terus dia nangis- nangis bersumpah kata tak sihat. Bila husband kata darah semua normal dia dengan muka selenga kata"agaknya rindu anak mungkin".. Wth?? Ko dtg nak kerja kan? Ko dulu kerja kat jeddah dulu takde pulak meroyan rindu anak. Hampeh betul.
Husband aku ni jenis tegas gila kalau bab-bab macam ni. Muka husband aku tenang tapi aku tau dia mcm nak tempeleng je bibik tu. Husband pun kata" beginilah bik, kalau bibik nak pergi sangat, ok saya hantar bibik ke rumah pak lan(agent) di putrajaya isnin ni sebab esok saya on call. Kalau bibik nak ke rumah anak, bibik suruh anak jemput di rumah pak lan. Tapi macam bibik janji, kalau bibik tak balik dan bibik tipu, saya haramkan semua duit yang bibik pinjam dan gaji bibik bulan ni saya
tahan dulu. Bila bibik balik saya bayar semula"
Berubah terus riak muka dia. Oh ko ingat kitorang nak terkena lagi??
Sebenarnya bibik ni dulu aku amik awal december 2011 sebab masa tu bibik lama dah cukup dua tahun dan nak balik acheh katanya sebab rindu anak. So masa mula ambil dia aku kena bayar tiket kapalterbang dia. Then bayar upah agent then kitorg kena urus sendiri permit dengan fomema. Ambik masa sebulan juga la. Kitorang habis lebih kurang lapan ribu masa tu.
Agent kata gaji rm 550 sebulan. Dan 3 bulan pertama kerja tanpa gaji. Tapi masa tu bibik ni request dibayar gaji juga sebab anak dia kat indon masih sekolah. So aku deal dengan agent kitorang akan bayar gaji separuh untuk 6 bulan pertama.
Bila dia dah kerja dalam seminggu tu dia minta nak pinjam duit rm 400 sementara tunggu gaji pertama. Husband aku ni sebenarnya lembut hati. Dia pun kata- ok je. Lepas tu patut bayar gaji dia separuh iaitu rm275. Kemudian husband kata kesian pula, kami pun bayar rm 300.
Happy bukan main dia masa tu. Masa tu dia kerja agak bagus. Tak payah disuruh- suruh dia buat sendiri kerja rumah. Pandai masak juga. Masa tu baru aku tahu yang dia ni dah banyak pengalaman kerja as maid. Dia pernah kerja di jeddah lima tahun. Kerja di brunei 2 tahun lebih dan dalam 5-7 tahun kerja di malaysia ni. Jadi dia sangat mahir jalan-jalan di kl, pj, ampang, chow kit(of course lah kan).
Terkejut gak aku. Berpotensi minah indon ni nak lari dalam hati aku. Tapi masa tu aku tawakal je. Aku tak zalim dengan dia aku harap Allah je lah perlindungan kami anak beranak.
Dia pun cerita la perangai buruk majikan dulu. Dia je lah yang baik dalam dunia ni. Aku senyum je tiap kali dia cerita. Sebab setahu aku kitorang tak pernah buat apa yg majikan terdahulu buat kat dia(tah ye tah idak cerita dia). Dia berani gak ngaku dia berpengalaman lari dari majikan. Gulp!
Lepas tu masa aku bersalin anak no 2, sebab husband aku kata kesian tgk dia keje sungguh2 husband pun kata kami bayar gaji penuh la bulan ke4 ni. Tak payah tunggu bulan ke 7. Hutang tu pun husband aku halalkan je.
Happy tak ingat apa wei dia masa tu. rupa2 nya kerja bagus masa dalam warranty. Lepas aku bersalin tu dah nampaklah belang tu sikit2. Basuh pinggan pun kurang bersih. Aku tegur sekali, dia dengan muka innocent ngok dia kata"maaf buk,mata bibik kurang jelas"
Aku tak marah pun masa tu. husband pun kata takde orang boleh jaga anak sebaik kita jaga dan takde org lain boleh jaga rumah kita sebaik kita jaga. Aku pun senyap. Malas nak fikir panjang. Just berlapang dada. Lepas tu satu- satu la aku nampak kemalasan dia. Basuh punggung anak aku tak bersih, basuh botol susu tak bersih, masak lauk banyak2 tapi dia tak makan lauk2 tu, akhirnya buang ake. Kabinet dapur sentiasa dihurung semut. Bila tegur dia salahkan rumah kuarters tu dah buruk. Tapi bila aku lap takde pula semut. Rupanya dia just tenyeh gula or susu yg tumpah dgn kain buruk yg kotor bukan dicuci dengan sabun! Adoyai.
Masa tu aku malas nak bising sebab fikir nanti dia nak jaga anak aku bila alu kerja nanti. Lepas tu yang paling tragis dia boleh masuk washing machine aku nye tudung ariani baru beli!!!! Bila aku tegur kenapa buat mcm tu padahal aku dah kata aku basuh sendiri dengan tangan, dia buat muka biol kata"maaf buk, tak perasan" boleh kau dia kata gitu je??? Aku punya le menggigil marah masa tu. mujur husband pujuk kata takpe, next week kita beli baru. Baru sejuk hati ai..
Lepas tu nak tunjuk rajin tudung ariani yg lain dia basuh tgn tapi dengan retard nya dia perah sesedap rasa awning tudung tu mcm perah santan.. Gone.. Lunyai terus tudung aku. Di gosok, letak lilin semua tak jalan. Sekali husband pujuk kata "ala IQ diorang memang paras tu ke kalo tak takkan jadi bibik, dah next week beli baru. Jgn ikut jadi retard macam diorang".. Fuh sabar, sabar...
Lepas tu masa aku dalam pantang dia just leka kat dapur memasak and buat kerja rumah sikit. Boleh dia buat bodoh je kalau anak aku melalak dekat stgh jam. Masa tu aku naik atas mandi. Bila aku jerit suruh tgk anak aku dia kata, "oh bibik tak perasan ingat ibuk ada". Kepala hotak ko. Kot ye kalo aku ada and anak aku nangis ko dtg la tgk kot aku perlukan bantuan ke apa. Hai bengap, bengap..
Lepas tu aku dah start pam susu sebab nak start lokum. Maklumlah cuti tanpa gaji kena la cari duit wei.. Aku cakap lepas ni kerja rumah buat seminggu sekali je, gosok baju seminggu sekali je, tak payah masak, bibik cuma jaga anak je. Sebab sebelum ni aku cakap benda sama juga tapi dia kata" bibik tak biasa tu tidur siang, baik dihabiskan saja kerja untuk isi masa" jadi tinggi la bil lektrik dgn air sbb hari2 basuh baju 3-4 helai je and gosok sehelai dua je. Tapi aku malas nak bising. Cuma bila dah ada baby aku tegaskan lagi sekali concentrate jaga anak.
Mula tu aku suruh dia training la konon jaga dua- dua anak aku serentak macam aku takde kat rumah sebab aku nak tengok dia pandai tak bagi susu perah etc. lepas sehari dia kata tak payah mcm tu dia memang boleh jaga lepas tu buat blk rutin asal. Iaitu leka memasak lauk dgn banyaknya(tak faham aku kenapa). Siap berlagak kata 'dulu bibik biasa aja jaga budak ramai di nursery'.
Oleh kerana aku masa tu dah geram, aku kata' saya nak bibik jaga adik dengan kakak seminggu ni dari 8-5pm. Buat macam saya tak de kat rumah'
Hm, kelam kabut ko jaga anak aku dua org! Tu pun miang nak juga memasak. Bila aku dah insist tak payah masak baru dia jaga anak aku je and lipat kain malam.
Lepas tu bila aku lokum, dia sibuk cakap anak aku kuat melalak la, cerewet la, yang kakak kuat sepah la. Aku malas nak argue aku buat bodoh je. Aku terima je la dia kata anak- anak aku ni susah nak dijaga. Sampai mak mertua aku dtg tiap petang tau lepas balik sekolah nak assist dia kat runah. Hantu betul. Macam-macam mengadu. Mentang lah mak mertua aku tu baik, sayang bangat dengan cucu2 nya, ko kenakan dia ye??
Geram aku.. Geram..
Bersambung cerita malam tu lepas kitorang kata nak hold gaji dia, dia pun naik ke bilik lepas tu tak tau dia cakap dengan siapa kat telefon mengongoi nangis beria-ia. Huh meluat aku.
Esok tu husband aku oncall, so aku bawak dia pergi rumah mak mertua aku tidur sana. Aku suruh juga dia ikut. Aku kata' takde, bibik ikut. Nanti tukar cerita kata saya tinggal bibik sorang pulak!' diam je dia masa tu. Baru ko tau aku pun boleh marah. Jangan ingat selama ni aku diam aku ni suka sangat dengan ko.
Esok tu lepas husband aku balik oncall kitorang terus hantar dia pergi putrajaya(rumah agent). Yang sambut dia adalah saudara agent tu agent tu pergi indon untuk ambil indonesiana baru untuk kerja. Dia dah pesan awal-awal yang bini dia akan 'basuh' bibik dulu sementara tunggu dia balik. Dalam 2-3 hari lagi.
Lepas 2-3 hari bila call agent, rupanya bibik dah cabut dari rumah dia mlm tu juga. Hantu betul!! Geram aku.
Nasib baik mak mertua aku rescue. Dia berjaya cari pengasuh. Maka aku pun duduk la dengan mak mertua aku sekarang sementara dapat kunci rumah baru. Nasib baik mak mertua aku sporting jenis sekepala dengan aku. Kalo tak tak tau la.. Huhu..
Nanti lepas ni aku update cerita pengasuh pulak.. Okeh, c u!
No comments:
Post a Comment