Aku graduate 2008. Habis exam march 2008 lepas tu berjimba selama dua bulan. Then bulan mei 2008 kena panggil untuk BTN. Lepas habis BTN, hari tu juga husband drive pergi hotel selesa pasir gudang untuk kursus induksi. Masa tu best gila. Ye la, belum kerja kan, duit pun takde sangat lepas tu duduk hotel dua minggu, hari- hari dengar benda yang aku pun kadang- kadang tak faham, makan 6 kali sehari, duduk sebilik dengan husband. Kan best tuh?? Haha
Habis je kursus 9jun2008, terus kena lapor diri ke hospital seremban esok tu. Lepas lapor diri, maka bermula lah episod suka duka, pahit manis, penat lelah dan macam-macam lagi.
Masa tu aku posting surgery dan husband posting medical. Masa tu kena tagging 2 minggu. Tagging ni maksudnya tak payah buat oncall.. TAPI..... Hari-hari balik malam dan kena buat semua kerja. Masa tu tak ada istilah buli ok sebab kalau ko malas nak buat semua benda iaitu malas nak buatkan kerja orang lain sepanjang dua minggu tu, nanti bila ko dah start on call matilah ko sorang- sorang. Siapa nak tolong wei?? MO(medical officer) iaitu senior officer ko tak kan adanya berbaik hati jiwa raga nak tolong ambik darah kalau ko fail atau, tolong masuk venofix( yang orang cucuk kat urat tu untuk masuk air) atau pergi turun tingkat bawah dari tingkat 8 dengan tangga( sebab lif lembab yang amat) untuk dapatkan urgent scan,MRI atau ultrasound.
Cuma tinggal ko lah.. Yes engko sorang. Jadi nak tak nak masa tagging la kena belajar buat semua. Kenapa? sebab masa tu kalo ko fail or silap, kurang-kurang member yang on call ada untuk tolong dan ajar. Masa tu ko akan rasa terhutang budi kat member yang banyak ajar tips and tricks untuk survive sebagai houseman.
Masa tu aku bangun pukul 6.30, solat subuh, mandi, tak breakfast, pergi kerja. Pukul 7 mesti dah start buat round sebab pukul 7.45 specialist dah datang buat round. Masa tu kalo ko tak tau patient ko punya details, huh memang mati la kena maki depan patient. Kena jerit, kena perli, kena hina.. Ouwh sedihnya masa tu tuhan je lah yang tahu. Lepas habis round dalam pukul 9, kena siapkan order yang specialist bagi. Contoh dia nak ujian darah, masuk drip, dapatkan scan, discaj, refer dan sebagainya. Masa tu ko kena pandai susun kerja kalau tak memang ko tak lunch la jawabnya. Bayangkan masa aku( yang super senior kata dah ramai ho zaman ni) ada 4 ho satu wad maknanya satu houseman(ho) in-charge satu cubicle yang ada 12 patient, maka apa-apa jadi kat 12 patient tu, sama ada result darah hilang ke, kena refer tapi dr yang direfer tak datang review atau patient tu mati ke collapse ke, ko lah orang yang bertanggungjawab. Houseman lain kalo free biasanya akan datang tolong tapi diorang pun busy gila. So, mati lah ko sorang- sorang. Kalo ko dah senior macam dah buat 4 atau 5 posting biasanya ko akan cool, chewah. Dah terer kan, dah nak jadi mo. Tapi kalau baru first poster macam aku masa tu, berdebarnya aku Allah je yang tahu..
Masa tagging tu, aku memang tak breakfast langsung. Lunch pun biasanya tak sempat. Jadi masa tu kalau aku kena turun pergi book urgent scan ke Ultrasound ke, aku akan curi-curi pergi kiosk kedai runcit yang ada kat tepi hospital untuk beli milo kotak dengan coklat dengan roti krim.
Kenapa milo? Sebab sedap dan mengenyangkan. Kenapa coklat? Sebab aku stress!!!!, kenapa roti? Sebab kedai tu tak jual nasi.. Huhu.
Lepas settle semua urusan tu, tghari adalah waktu lepak kejap dan solat sebab surau kat tingkat 8 tu kecik gila. Berebut la dengan patient, pelawat semua untuk solat. Jadi waktu sejam tu memang singkat. Sebab kalau banyak masalah haritu, maka burn la lunch hour. Contoh banyak masalah ialah kalau patient pagi tu masa round ramai. Round habis lambat. Lepas tu pulak specialist order macam2. Kemudian ada pulak kes nak buat pembedahan kecemasan, so kena prepare patient untuk buat operation. Ni nanti aku cerita. Lepas tu masa ambik darah asyik fail, member try pun fail. Dah sangkut kat situ. Lepas tu pulak ada patient kritikal kat cubicle kita tu dr bius datang review minta kita ambik darah sejam sekali sebab nak tengok perubahan sebab dia asyik tukar setting mesin pernafasan patient. Lepas tu masuk pulak kes baru dari emergency. Kena clerk pulak. Kena ambik darah. Lepas tu call MO dan inform. Kalau habis kat situ takpe lagi, ada patient yang dibenarkan pulang tu kena pula diselesailan discaj dia(surat discaj, surat rujukan, slip ubat, slip mc). Dan bila kita tengah sibuk tu la relative patient datang tanya pasal sedara dia tu keadaan mcm mana. Kita dah terang kat sorang, datang lagi 3 kena terang lagi 3 kali. Tu belum patient yang tak sabar nak balik. Asyik datang kaunter tanya bila surat discaj nak siap. Tensen wei!!! Tu belum ada yang time tu patient collapse lagi. Nak resusc bagai..
Benda kat atas ni biasa jadi seminggu aku kerja mungkin 4 hari mesti busy macam tu. maka burn la lunch hour aku. Lepas tu pukul 2 sharp specialist datang lagi untuk round. Tak tercekik ko? Masa tu diorang expect ujian darah yang diambil pagi tadi dah ready, patient baru masuk dah clerk, patient untuk pembedahan kecemasan dah ready tip top, patient yang collapse dah revive atau dah tapau. Yang diorang tau, benda settle. Diorang tak peduli ko ok ke, dah makan ke, ko ada jumpa laki ko ke tak sejak 3 hari lepas, mak ko sihat ke, apa masalah ko sepanjang nak menyiapkan kerja yang disuruh, NO diorang tak peduli. Yang diorang tau kerja siap!
Stress wo.. Maka lepas round petang, cycle yang sama akan berulang. Tau-tau dah petang. Kalau ko dah habis tagging dan tak on call,pukul 5 ko boleh angkat beg dan punggung dan cabut tapi sebab aku tagging lagi maka masa tu lah aku gi solat jap, beli makanan mcm nasi ke mee goreng baki tghari nye kat cafe or makan diet untuk orang on call yang disediakan kat pantry untuk doktor kat tingkat 8.
Lepas tu pukul 6 aku akam ambik alih kerja orang on call dimana aku alan clerk semua case yang baru masuk, ambik darah, prepare patient untuk emergency operation atau jadi assistant untuk houseman lain yang oncall kat tempat lain. Masa tu la kalo ada prosedur diorang alan panggil tagger macam aku ni untuk observe and belajar.
Mujur masa aku tagging ada 2 lagi tengah tagging dengan aku. Nama diorang anez dan Ian. Anez sekarang MO kat medical department kat hospital seremban lepas tu abis district posting. Ian pula jadi MO kat surgical department lepas habis district attachment. Jadi masa tu kitorang selalu lah bekerjasama..konon hikhik.. Selalunya melepak sama lepas clerk new case dan semua dah settle sementara tunggu specialist oncall datang untuk night round atau tengah tunggu 10pm supaya kitorang boleh balik.
Masa tu pukul 10 je anez dengan ian akan blah terus tapi husband aku masa tu tagging kat medical. Yang mana lagi azab dari segi workload sebab patient ramai nak mampus. Lepas tu tagging star 7am-11pm. Maka sejam yang ada tu aku gi solat isya pastu tidur kat bilik oncall houseman. Tidur kat kusyen je ok sebab katil tu houseman oncall yang tidur.
Kalau nasib baik tu pukul 11 husband aku terpacak la kat situ. Kalau tak pukul 12 la baru balik sebab kerja tak siap. Penat wei.. Penat...
Balik tu sampai je hostel(kitorang duduk hostel kuarters), mandi terus tidur. Tak sempat borak pun. Kitorang akan berbual masa dalam kereta on the way balik tu. sampai hostel semua mencari bantal je. Makan pun tak tau. Tu yang masa houseman mula-mula tu aku susut gila( bila lah nak dpt berat tu balik)
Lepas tu esok tu bermula lah rutin yang sama..
Sampai lah dah habis tagging. Rutin yang sama tetap berjalan cuma kalau tak oncall pukul 5 tu dapat lah balik. Masa hari pertama habis tagging tu seronoknya Allah je yang tahu. Masa tu lepas dua minggu baru nampak matahari. Yelah pergi kerja hari gelap, blk dah tgh malam. Masa tu yang tak best kalau oncall la. Sebab kita masa siang jaga 12-14 patient je tapi masa oncall tu seluruh wad tu adalah tanggungjawab kita.. Huhu sedih aku. Kalo dapat oncall teruk tengah malam buta masuk les accident yang kena jahit kepala la. Dah la gelap. Nurse memang takkan tolong la. Diorang memandang houseman ni hina betul. Macam kuli bawahan dia je. Geram aku. Tapi masa tu dalam hati aku doa'satu hari nanti ko akan datang merayu minta tolong aku. Aku mcm mana pun doktor dan ko tetap nurse'. Ada nurse yang baik tapi ramai yang lorat dan keji. Sengaja takbuat nursing care ikut apa houseman tulis dalam fail patient. Sengaja lambat buat benda yang houseman suruh. Yelah semua benda aku buat takkan nak basuh berak patient or tolak patient pergi xray pun aku juga kena buat. Bila dah kerja baru aku faham kenapa MO dengan Specialist garang sangat dengan nurse.
Tapi tu semua kisah masa aku houseman. Masa kerja kat hospital besar. Tapi bila aku kerja kat hospital daerah, nurse semua bagus. Effective, rajin, jujur, sopan. Uh, sayang kamu semua!! (dedicated to all staff nurses at hospital port dickson and hospital tg karang)
Masa tu husband aku super busy. Dia buat 13 call sebulan. Bayangkan aku jumpa dia selang sehari je. Kalo kebetulan on call sama boleh la esok tu jumpa. Kalau tak ada yang 3 hari straight tak jumpa. Ye la orang kata kerja satu hospital pun tak jumpa ke? Ye kak, tak jumpa. Sebab masa aku free untuk gi makan dia sibuk. Masa dia free aku pulak sibuk. Haih.. Mcm tu lah rutin kami. Sebab tu bila sedara mara tanya kenapa berdua je bila nak bertiga kami tak tau nak jawab apa!
Weekend pun kalau aku off dia tetap kena kerja hari-hari sampai pukul 1 pm. Jadi nak keluar beli barang pun payah. Aku hari-hari balik pukul 5 pm dia balik pukul 6 pm. Tu pun bagus. Selalunya maghrib baru call minta aku ambik.
Masa tu bulan 9 puasa. Aku sedih gila masa tu. kami terpaksa bawa microwave untuk panaskan lauk sahur. Tiap hari rutin aku balik kerja kalau tak oncall ialah pergi bazar ramadhan kat depan klinik kesihatan rasah tu untuk beli air tebu atau soya dengan lauk sahur dan buka dan nasi putih 4 peket polisterine.
Balik tu mandi, solat, tidur dalam 15 mins lepas tu hidang lauk. Pukul 7 lebih husband call and pergi jemput dia. Masa tu kami pakai satu kereta je. Iswara aeroback yg mak mertua bagi. Lepas buka,solat maghrib, borak jap then solat isya then zzzzzzz.. Penat.
Esok kul 5 bgn panaskan lauk yg simpan dlm fridge, sahur then terus gi kerja...
Kalau oncall, kitorang balun je la lauk yg unit dapur sediakan. Sedap tak sedap belakang kira. Dah kebulur la katakan.
Masa aku habis posting tu dah nak raya. Masa tu aku ada baki cuti 10 hari so aku dapat la cuti raya selama13 hari. Haha!! Tapi husband dapat cuti lima hari je.. Haih.. Masa tu aku isi masa lapang mengemas dan menghias rumah sebab masa tu baru start menyewa. Ada hal menyebabkan aku pindah ke rumah sewa dalam masa 48 jam dari kuarters. Nanti aku citer..
Lepas habis surgery aku buat Obstetric and gynaecology, paediatric, orthopedic,medical and lastly emergency and trauma. Nanti aku cerita satu- satu pengalaman aku kat those department.
No comments:
Post a Comment