Sunday 29 June 2014

Anak OKU...berpada-pada lah memberi pendapat

baru-baru ni kita semua terkejut dengan penemuan adik Firdaus yang dikatakan dilayan dengan zalim oleh ibu kandung nya..

ok, aku tak berani nak kata lebih-lebih.
ye betul, kesian kat adik tu, ditinggal macam mayat hidup, kurus-kering..

dan sebab teknologi canggih manggih terus kita dapat detect dah sape mak dia, sape jiran dia, apa komen jiran ,apa komen artis-artis, siapa bapaknya, siapa bapak tirinya...................

TAPI aku still rasa tak adil untuk sesiapa pun berlebih-lebih untuk mengutuk mak dia.
ye, betul tak wajar mak dia buat anak istimewa macam tu, tapi hal dalam kain orang kita tak tau.

mungkin kita boleh dapat maklumat gaji kononnya, semuanya dari internet, fb, blog etc tapi macam mana kalau benda tu salah?

macam mana kalau ada benda tersirat yang kita tak tau..

kita ni takde anak cacat,
kita ni ALLAH bagi anak sihat cukup sifat, bijak...jadi kita tak pernah dan mungkin takkan merasa membela anak cacat macam mana, apa masalah yang diorang hadapi, tekanan, etc..jadi jangan la kita berlebih-lebih bab mengutuk mak dia..

ye aku tau ada yang bila baca ni akan mula rasa berbulu dan kata aku poser or poyo ke apa, tapi aku still rasa tak wajar la lebih-lebih maki mak dia..


  • ko ada anak cerebral palsy yang berak merata-rata, airl iur meleleh tak berhenti?
  • ko ada anak cacat yang tak tau bercakap, menangis merengek je sepanjang masa?
  • ko tau berapa harga sekeping pampers dewasa?
  • ko tau berapa harga alatan khas untuk kanak-kanak cerebral palsy?
  • ko tau macam mana azab nak cari pengasuh yang sanggup jaga anak cacat?senang ke nak cari pengasuh yang sanggup basuh berak bau busuk macam berak ko tapi perlu dicuci macam baby dan harga upah pengasuh lebih murah or sama harga dengan ko hantar anak kat nursery?
  • ko tau berapa kerap nak pergi follow-up rehab untuk anak cacat? dan boleh ke bos ko bagi ko cuti semudah2nya untuk ko pergi follow up semua?
  • ko rasa bos ko sangat understanding ke dengan masalah anak ko? kalau sekadar pegawai biasa takde maknanya bos ko caring loving sangat nak bagi ko cuti gitu. lain lah ko CEO ke apa kan.
  • ko tau tak anak yang cacat ni kalau sekali dia sakit, sakitnye mudah melarat? dari simple flu boleh melarat jadi very bad chest infection?dan kena masuk wad? dan siapa nak jaga kat wad?siapa nak bagi dia pelepasan kerja dengan gaji jalan supaya boleh jaga anak kay wad berhari-hari?
  • ko tau berapa banyak je hospital yang ada rehab department yang lengkap?tau tak berapa jauh nak pergi hospital rehab dari rumah untuk follow-up? 
  • ko tau ke dia ada kenderaan yang fit ke tak untuk travel jauh ke hospital untuk follow-up? mungkin dia ada kereta tapi kalau kereta tu kereta uzur second hand yang tak pernah hantar servis, tak pernah bayar road tax dengan insurans sebab takde duit, ko rasa cemana dia nak travel all the way ke hospital untuk follow-up?
  • ko jangan kata la kenapa tak mintak tolong sedara mara. ko ada ke sedara mara yang sentiasa nak tolong jaga anak cacat ko, tolong hantar ko dgn anak ko pergi hospital, jemput anak ko yang lain balik sekolah, tolong bantu urusan runcit rumah for FREE. ada?


nampak tak yang semua masalah ni orang takde anak cacat tak pernah ada, tak pernah tau dan tak pernah terfikir untuk dapat pun.

aku kerja hospital,
aku tau macam mana bermasalahnya ibu bapa yang ada anak cacat, anak yang kerap sakit etc
macam mana menebal muka mintak doktor isi borang permohonan kebajikan, zakat, datang banyak kali sebab permohonan tak lepas..

muka stress sebab terpaksa ambil cuti kerap sangat sebab anak sakit sampai terpaksa berhenti kerja,
muka tak cukup tidur, jaga anak cacat malam, siang kena kerja,
mana nak urus anak yang lain,
urus rumah

dan sebagainya..


so, beringat la.
jangan berlebih-lebih.
aku pun tak tau apa masalah puan lola tu tapi apa pun, kita tak layak untuk lebh-lebih sebab kita takkan pernah tau samada kita mampu jadi lebih mulia dari dia atau tak kalau ALLAH uji kita dengan anak istimewa macam tu.

wallahu'alam.

selamat berpuasa!


Shopping raya

hamboi..puasa baru sehari, sibuk nak shopping raya!
haha..!

takde la wei.
aku tak pi shopping pon..
takde maknanya laki aku nak keluar shopping pada hujung minggu di bulan puasa nih

kalau nak beli barang mesti ber objektif gila
maknanya sebelum pergi, plan siap-siap apa barang nak dibeli, plan siap-siap nak solat kat mana,
kena plan jugak kalau tempat yang nak pergi tu ramai orang, apa plan B, kat mana boleh cari lagi benda yang sama,
kena sangat berfikiran terbuka, sentiasa okay kalau terpaksa ikut plan B,
kena pilih time, kena elakkan jalan jam,
bila dah sampai tempat yang dituju, husband akan assess parking dulu
kalau dia tengok parking slot senang dapat, ok stage 1 lepas
lepas tu cari troli kalau untuk groceries shopping. kalau masih banyak kat tempat nya, ok lepas stage 2
lepas tu masa beratur kat lif or nak naik escalator, kalau sekejap je dah sampai floor tu, ok lepas stage 3
lepas tu bila sampai kat floor yang kita dah tau apa nak beli barang tu, kalau ramai orang sampai nak tolak stroller pun tersekat-sekat, memang la ada potensi kena proceed plan B.
kalau lepas, ok kita proceed shopping..
ok, masa tengah pilih-pilih barang tu dia akan assess cashier counter tu banyak tutup ke buka dan ramai tak beratur untuk bayar.

kata la ada dalam mana-mana stage tu, kantoi ramai orang, ok dia akan slowly pujuk aku untuk blah and proceed plan B..
dengan kata lain dia akan psycho aku kata
"cuba tengok tu yang ramai orang....nanti ayg yang penat beratur...ayang juga kena pilihkan barang semua..abang tak pandai. kesian ayang...ayang kan puasa...nanti balik ayang yang nak masak. kesian isteri abg nih.." dan wajib muka dia secomel sin chan..
haha!
so melt la hati aku yg seciput nih..hehe
so letak barang, tolak stroller, bayar parking, blah
proceed plan B.

.................................

redha kan?
haha..tu lah laki aku..
other than that aku kena la cari masa untuk keluar masa weekdays

masa ni aku boleh ikut apa aku nak..
sebab laki aku ni kalau jalan tak jem, dia tak kena mengharung orang ramai sesak,
solat dia terjaga maksudnya dia dapat pergi jemaah kat surau or masjid on time, aku biasanya boleh dapat apa aku nak...hehe

dia tak fix mesti solat at certain masjid or surau, dia always flexible, asal jemaah. anywhere will do..
so tak la azab aku memikir mana nak pastikan reach on time kat masjid sume bagai kannnnn..

dan laki aku ni jenis kalau nak pegi shopping dia tak kisah stay dalam kereta dua jam,
sebab dia boleh study dalam kereta..
kan sekarang senang semua boleh pakai apps kat smartphone..
alhamdulillah berguna kemajuan IT nih..;))
jadi aku prefer pergi tempat-tempat macam seksyen 7 shah alam tu
aku turun sorang tinggalkan dia dengan anak-anak dalam kereta.
dan aku leisurely keluar masuk bertawaf kat semua butik yang ada kat situ..hehe

tapi ko jangan la cuba-cuba ajak dia mengharung orang ramai kat mana-mana expo masa bulan puasa nih..
mau tarik muncung hehe
yelah sebab yang nak kena jaga anak kan dia
yang kena angkut barang kan dia
yang kena tolak stroller pun dia
harus tak harus muka muncung ye tak..ekeke

alhamdulillah 8 tahun kahwin ni aku masak sangat dah dengan laki aku nye pe'el..
syukur dpat husband yang understanding.

bagus nye attitude macam ni aku takde berbelanja lebih
sebab walaupun dia tak kisah tunggu lama dalam kereta, tapi sampai ke hati ko nak biar laki ko tunggu lelama kan..

jadi caranya tetap sama


  • get yourself organized
    • dalam kepala dah tau apa nak beli
    • pastikan anak dah makan kenyang supaya tak meragam masa travel dan delay the shopping time
  • plan 
    • plan mana nak pergi
    • plan pukul berapa nak keluar and balik - ko kan puasa, kena balik masak kannnn
    • plan nak ikut jalan mana, avoid traffic jam, ikut shortcut, jalan dalam guna waze or any GPS to estimate traffic jam
    • plan nak park kat mana
    • plan nk solat kat mana
  • buy what you has planned
    • dah plan nak beli baju anak, ko jangan pi pilih baju ko lak sebab nanti ko akan jejas masa sebab ko mesti nak pi fitting room kan? kan ramai orang confirm kena beratur panjang. sekali terpendek, terketat, kan kena keluar amik saiz lain pastu beratur lagi..
    • so, be objective
  • always has plan B
    • contoh ko nak pi beli baju ko kat shah alam hari ni, beli baju anak kat aeon esok. on the way to federal jam teruk, ko tukar la plan beli baju anak kat aeon dulu hari ni, or proceed nak pi shopping barang make-up kat alamanda sebab hala ke selatan tak jam..
    • contohnya la..
  • be flexible
    • kalau dah jam kaw kaw, pusing san sini still jam dan laki ko suggest balik je, esok try keluar, ko jangan la tarik muka.
    • ala shopping je kot, tak habis shopping complex dalam dunia nih..ekeke
ok ,ta ta.





Thursday 19 June 2014

Sofina 2.1 and finale

ok, dulu-dulu aku bukan online buyer..
sebab aku skeptikal pasal pembelian melalui online..
pendek kata takut kena kelentong la kan..

tapi sejak beberapa kali aku bayar booking hotel via online dan alhamdulillah takde masalah tipu-tipu ni, maka aku mula berjinak-jinak dengan online shopping nih..

so, haritu masa aku bukak IG explore aku perasan few pictures yang tagged as #sofina21..

sebab aku ni sangat sensitip pada kehadiran beg yang lawa maka aku terus explore all hashtag #sofina21

ouwwwhhhhh...beg ni continuation of sofina rupenye..

aku pernah tengok dulu
asalnya sofina ni inspired by vivy yusof..

tapi sebab sofina 1 tu aku tak berapa berkenan so I don't give a damn..

TAPI........


sofina 2.1 ni sangat canteeeeeeeekkkkkkkkk... *lap air liur*

lepas aku goggle sana sini, rupanya kali ni vivy yusof collaborate dengan sometime untuk produce the new sofina..

ok, sofina 2 aku dah terlepas memang tak boleh buat apa..
maka meroyan dan termimpi-mimpi pasal beg nih..
berdoa tiap hari moga-moga diorang restock beg ni balik..
alhamdulillah after 1-2 weeks
haritu sometime restock the bags  but as usual limited time sale via their website, alhamdulillah aku berjaya beli..

adrenaline wei tak le kata..

dia kata bukak kul 11am, tepat kul 11am, terus server down...s**t sangat rasa..
lepas click refresh banyak kali baru dapat beli
tu pun kalo ko click lepas tu terhegeh-hegeh nak bayar memang la by the time ko 'place order'
terus 'out of stock'..

nangesssss...
yang best beg ni harga dia memang affordable..iaitu rm169..
lepas tu walaupun dia synthetic leather tapi quality memang tip top gittew..
lepas tu untuk peminat tote bag, bag ni memang la untuk korang..

dia sangat spacious, banyak poket and comes with 2 long straps
satu studded, ni kalau nak nampak funcky and chic
satu plain adjustable long strap..ni kalau casual wear sesuai..

dan kalau hand carry memang lawa..classy sangat..
handle dia pun agak panjang..
kalau ko jenis bahu tak banyak lemak, ko still boleh shoulder carry kat handle tu..

so far collection aku ada 4 colour..


aku beli mula-mula dapat 3 warna je..
oren, mint and neon yellow

hari parcel sampai hari tu gak aku lenjan pakai


ni colour mint..aku match kan dengan kasut tiamo mint tuh..


ni kaler neon yellow
menyerlah sangat...

ni barang-barang yang aku selalu angkut
datin suka mekap kannnnnnn..ekeke

ni pulak kaler turqoise..
kaler favourite..
sebab dia nampak elegant sangat..


<img alt="sofina 2.1 " src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgw5xKgk-iilf-qTQHvuuWtmanwiNfeuYXpsr_5feXptXnDrlkcKVttWnO3p7eh1itCYkzDdyriZWZ3bf_-ijx3aMnQCMPOCYUeeqamSs0Pzgoy3V92QwzGnVaUZILYFnnyZNzIiyEEoUTf/s1600/20140611_141731.jpg" />


ok yang fuchsia tu beg anak aku
dia lenjan nenek dia nye beg and beg tu bukan sofina hokkayy..

haha..


ok,

untuk korang yang rasa terliur nak beli, 
sekarang ni sometime dan fashionvalet tengah bukak for pre-order..
start semalam 11am sampai malam ni 11pm..
ETA untuk kalau order kat sometime 20 august 2014
ETA untuk order kat fashionvalet 24 august 2014


sila beli sekarang sebab after this confirm they will cease the production..
takde lagi dah restock ke, final ke finale ke apa takde dah..

so, go and grab yours NOW!

ni link dia





Thursday 12 June 2014

Tips masuk rumah baru:#4 . Tint tingkap dan Grill

ok entry ni dah terperap maha lama..
haha gedik kan guna perkataan maha..
recently aku busy ya amat dengan kerja so memang lama la tak menjengah blog ni..
blogwalking lagi la..

semput bebenau rasa penat baru-baru ni..

ok, berbalik pada tajuk,
tint tingkap di zaman malaysia nan panas ni sangatlah perlu.
jadi kalau tak cukup budget nak buat awning semua, maka insyaALLAH tint ni boleh buat rumah lebih redup dan sejuk.

aku dengan husband memang dah lama plan once ada rumah sendiri, tint ni memang wajib ada
sebab kalau tint dah ada, awning tu boleh slowly kita buat..

so, untuk tint ni ko mesti pasang dulu sebelum pasang grill.
sebab rata-rata orang pasang grill dalam rumah, sebab tingkap jenis kuak kan..
kalau jenis slide tu, gelongsor tepi tak pe lah ko nak buat kemudian..

so, tint ni antara benda terawal aku pasang..

aku tempah ni dari satu company yang kitorang jumpa masa home deco expo kat shah alam tahun 2012

aku tak ingat berapa harga sekaki tapi untuk satu rumah dalam 2k jugak lah
ye..peluh dahi weh masa nak bayar,
tingkap rumah ni PKNS buat besau-besau, tinggi-tinggi!

so duit memang kena spend lebih sikit kat tint, grill dan langsir..*lap peluh*

tint ni biasanya ada beberapa jenis.
pertama mengikut warna la..

ada warna kebiru-biruan, hijau, silver, hitam gelap pun ada..

kedua mengikut ketelapan cahaya..
samada telap memang total blackout, separuh telap or tak telap,

ketiga mengikut kepanasan..
ada yang chaaya telap tapi tak panas langsung, panas sikit or panas macam ko tak pakai tint..

dan, of course lagi telap, lagi sejuk, lagi mahal la..

dan dia kira ikut kaki persegi...

so aku pilih warna silver belah luar dan dalam warna gelap..

so bila siang dari luar ko memang takkan nampak dalam langsung, sebab dia macam cermin.
ko cuma nampak muka ko jer..

dari dalam memang redup dan sejuk..

kalau malam kalau ko on lampu, daru luar separa telap,
dari dalam pun separa telap..


proses pemasangan dia sekejap je.
yang lambat ialah dari masa ko tempah dan tunggu barang sampai..
so bila barang dah ada, dia call, datang dan pasang.
dalam sejam terus redup dan sejuk umah...

walaupun rumah aku tingkap jenis slide tapi tingkap dapur jenis kuak ke luar so, aku still pasang tint baru pasang grill..


grill aku order dari local people je kat kuala selangor but it was a bad experience!!!!!!!!!
this guy aku call, datang on the spot, so memula tu the impression was good la..

lepas aku bagitau design apa aku nak, dia bagi time siap 2 minggu.
aku tak push pun suruh buat cepat, dia sendiri janji 2 minggu siap..

so husband terus bagi deposit 30%

lepas bayar tu kitorang pun concentrate on other thing-- wiring, painting etc..

cukup 2 minggu , aku call.
dia kata esok pasang sebab cat belum cukup kering...

esok call tu dia tak angkat..
petang baru dia call, kata nak datang pasang.
bila datang, masya ALLAH yang siap separuh dari tingkap je.
pintu tak siap lagi..

masa aku tengah check grill tingkap yang dia pasang, dia boleh blah gitu je
aku ingat dia pi amik grill lagi separuh, rupanya tak, yang lain semua belum siap...

so aku check la, grill yang dia pasang, gila sunguh tak kemas, dengan kesan pateri buruk gila, songket hujung, tak seal betul-betul...

aku yang jenis kurang sabar ni menggelegak terus call dia.
dia kata " belum siap kaka, nanti lepas sumua siap, kita kasi butuk sumua, kaka jangan risau"

ok, aku sabar lagi,
lepas seminggu seperti yang dijanjikan , grill untuk sliding door masih tak siap
aku dah tak kose nak ngamuk.
husband kata ' let him finish the job and we will fix the think later. we need to move in ASAP"

ggrrrrr...
dipendekkan cerita, dekat 3 minggu baru grill siap pasang, tapi memang tak senonoh la,
tak sampai setahun dah start berkarat dah cat nya..

hangen.,hengen..

pengajaran nya, ko survey la betul2 untuk grill..kalau nak cepat sume jadik ler macam aku ni.

stress.


Wednesday 4 June 2014

Moving house

Alhamdulillah, husband is joining in campus masters programme starting this month.
We received the good news somewhere in April or early May.
Since then we went for house hunting. As you all know, my husband will try his best not to travel to go to work.

Yes, he is such an angel. He loves his family more than everything. And he will try his best to reach home after work as early as possible and come home for lunch almost every day.

Oh I love his family attitude..😙

Initially I was disagree on moving house again.
We just moved to Ampang last 2012 and now we are moving again. And I think, the distance of 6 km from ampang to his current workplace is not that far.

But husband insisted for moving. His points of "I want to spend time with my family rather than on the road" somehow is valid, so I think the decision is right.

And the nightmare begun..

I kept on visualizing the hectic of moving house again. Further with 2 kids around. The picture of unable to locate things, fixing all the furnitures, wall drilling and non-stop floor mopping keep on haunting me until the day we moved😩

Lucky that we just moved less than 6km!

It took us about 2 weeks to arrange on the date for mover team to come, get our car sticker done, applied for pass card, paint the house (yes, we painted it😥) and cleaned the floor, dust and yada yada.

So finally the day arrived and we waited for the mover team to come. It was my off day andddd...it was really a bad decision to move house after your nightshift..*cries*

I was very sleepy, lightheaded and tired.
I couldn't think straight and kept on giving wrong instructions to the mover team. Lucky that they were very efficient. So things done accordingly.

After payment done yada yada, husband started fixing the bed and other large furnitures.
And I took over the kitchen and my maid became the tai tai, staying in her room with the kids😬

Ok, ok I was the one who asked her to lock herself with the kids in the room, or else no job would be done. Yeah, like when we opened one box, you took the jar, put it on the shelf and when u turn to get the lid, it went missing! Turned out kakak was playing it around with adik😩

So....rather than wasting time chasing for missing things I would prefer doing it alone, undisturbed.

Alhamdulillah, the moving process completed after one week. Yup, we took one week to officially keep the drill back in its case, put back the hardware kit on the shelf and finally sat on the sofa with a relief and of course unexplained tiredness.

And in between I was still juggling going to work and completing the moving process. Lucky husband was on leave and he was the one who fixed all the minor little things I.e fix the leaked washing machine hose, fix my make-up drawer, fix all ikea furnitures to the wall, change toilet seat, drill the wall to hang our frames and wall shelves yada yada..

Alhamdulillah everything went well.

Now time for pics😘





















posted from Bloggeroid