Wednesday, 26 September 2012

Sudah dapat kunci rumah baru!!!

Alhamdulillah. Pada 7 september 2012, selepas beberapa episod'komplen', memburu pegawai urusan jualan pkns, pembantu peguam bank, maka dapat juga kunci rumah kami!! Hoho...;))

Pagi tu lepas bayar duit elektrik dan air, terus call juruteknik yang pegang kunci untuk ambil kunci rumah. Excited beb.. Huhu..

Alhamdulillah..syukur akhirnya dapat juga kunci..lebih kurang pukul 11 am macam tu kami pun masuk dengan lafaz bismillah dan check la defect..

Syukur PKNS dah baiki defect semua sebelum pass over kunci kat kami. Huhu..agaknya takut aku komplen lagi kot.. haha..

Petang tu lepas solat jumaat teru pergi kedai hardware survey tukang buat rumah.

Yela, rumah tu kan tiga bilik je. Takde stor. Ruang dobi pun kat luar- terdedah je.. so kami cadang nak naik dinding je. Sebab bumbung dan lantai dah ada. Alhamdulillah ALLAH mudahkan. Terus dapat contact number Indonesian ni. Namanya Antor.

Petang tu juga dia datang. Deal punya deal kami terus ambil dia untuk naik kan dinding, cat, alih sinki, pasang sinki, kepala paip,paip. Barang kami beli sendiri. Upahnya pun murah dan berpatutan.

Lepas tu bermula lah sesi cari orang wiring, plaster ceiling, call chinese yang tint tingkap, cinese yang pasang kabinet dan wardrobe, call orang yang flooring tu sekali.

Plan kami untuk rumah ni:
1. Naikkan dinding untuk jadikan stor kat belakang.
2. Simen sebahagian backyard untuk tempat sidai kain
3.Tukar cat
4.Tukar design untuk plaster ceiling- sebab rumah ni dah siap ada plaster ceiling
5.Tint semua tingkap dan sliding door
6.Pasang grill rumah
7.Tambah/ alih point lampu,kipas, aircond - kerja2 wiring( maklumlah,aku suka rumah aku terang benderang)
8. shopping lampu,kipas kat houses lighting
9.shopping kat ikea( ni sangat lah excited)
10. shopping kat houz depot...

hm.. dah lah husband nak exam 11 september..mujur lah dia sudi spend masa sikit untuk gi survey tukang buat rumah etc.. hehe


meh tepek gambar sikit






living room



kanan: master bedroom
kiri: toilet 2


 bilik 3 @ bilik study husband


 dapur, kecik ler sangat


terrace 



hm.. tu lah rumah aku..kecik je.. k, next entry pasal renovation ye..

No comments:

Post a Comment