Thursday 24 April 2014

Pandora Journey: First step

ok, selepas episod yang menyakitkan hati kat Pandora Ampang Point tu,
husband ajak pergi Alamanda.

since dia memang tengah cuti so lepas aku kerja malam tu kitorang pun pergi lepas zuhur,
basically lepas aku dah qada' tidur la.

masa aku sampai, ada sorang je SA masa tu,
dia tengah layan sorang customer lain

aku dah start suspicious,
adakah dia akan double standard gak?
ye la nanti dia buat bodoh, hangen gak an..

tapi alhamdulillah aku masuk je,
SA Haniza tu dengan senyuman manis mintak aku tunggu sekejap.

so aku pun ok je cuci-cuci mata sementara tunggu dia settlekan customer tu.

lepas tu dia pun start tanya aku interested bracelet yang mana.
and explain satu-satu

sebab nya dia explain sebab aku nak beli bracelet.
pandora ni selain bracelet, ada jugak rantai leher, cincin and subang..
seriously memang lawa-lawa..




takpe-takpe, nafsu silalah ko bertahan..
bulan-bulan depan kita rembat cincin lak ekeke..

ok, back to the story...

pandora ni pemakaian dia terdiri daripada

1. Bracelet/ bangle
2. Clip
3, safety chain
4. spacer
5. charms





Bracelet

bracelet ada banyak design

ada yang silver, ada yang silver with gold clasp, ada gold clasp bracelet, ada leather gak
bangle ada satu clasp silver, satu lagi clasp pink heart

harga range rm 253- rm9k++

so pilih la ikut selera dan ketebalan poket memasing ye.

aku beli moments silver clasp bracelet.
tak sure panjang dia berapa,

setiap bracelet ni ada kepanjangan memasing
untuk silver harga fix tak kira panjang berapa,
so kalo ikut logik, lagi gebus dan tebal tangan ko lagi untung la sebab beli harga sama walau dapat lebih  sikit.

dan SA tu akan carikan length yang sesuai untuk ko.
bila dah pakai tu, kena pastikan boleh masuk 3 jari so that boleh isi charms kat bracelet ko yg menawan tuh.

bracelet dia masa mula beli agak keras, tak melentur lembut macam bracelet biasa tu,
tapi lama-lama dia akan lembut dan the length tu akan bertambah 0.5-1cm

jadi ko jangan beli bracelet yang terlalu panjang,
takut nanti bila dah lama sikit bila dah lentur lembut,
ko gantung charm banyak nanti melurut jatuh plak kan..






Clip

then dah pilih bracelet, ko kena pilih clip.

clip ni ko letak kat border yg raised kat bracelet tuh.
tujuannya untuk seimbangkan bracelet ko
jadi dengan clip ni bracelet ko terbahagi kepada 3 ,
dan bila ko isi charms berat nya pada bracelet akan terbahagi evenly,
dan juga untuk elakkan charms tu rosakkan divider tgh tu.

clips ni ada banyak,
dan ada moment yang ko boleh pilih,

ko pilih seragam maknanya dua clip yang sama or kalo ko nak bracelet ko pelabgai rupa, ko pilih la dua jenis yang berlainan

harga pun lain-lain
rate rm 100 ke atas..

untuk aku yang ocd ni, harus la pilih yang symmetry kan






Safety chain

safety chain ni tujuannya supaya kalo ko bukak clip tu sendiri tak la charms sume terbarai terus dari bracelet
dan juga double protect dari tercicir, kot-kot la clasp dia terbukak sendiri kan tak la sendu ko meratap pandora ko yang ohsem tu hilang...

ada few types also, range harga pun rm 100++

yang ni aku tak beli sebab tak berkenan.
tunggu keluar design baru semoena raya baru sewat satu safety chain.

ni contoh-contoh gambar safety chain yang ada



Spacer

spacer ni fungsinya untuk bagi space kat charms ko
nak kasi balance la cenggitu
spacer ni biasanya saiz kecik molek gitu




Charms

charms ni la fokus pada pandora
macam yang korang tau asalnya pandora ni adalah rantai yang menceritakan moments dalam hidup ko

dan charms ni banyak temanya
ada huruf, haiwan, decorative, fairytale, family&friends, floral, glamour, hobbies, occupation, symbols nature, travel etc..

so ko pilih la mengikut sentimental ko or ikut nafsu mata ko..ekeke..


ni antara contoh charms yang ada ..







so..aku beli yang mana?






aku beli sikit je
satu sebab aku memang tak suka sarat sangat
less is more cenggitu...

ekeke, lagipun aku beli ni sikit je sikit lagi nak cecah 1k, so agak-agak la kan nak pau husband kannn..
hehe..

ni yang aku beli

aku amik bracelet moments silver clasp bracelet

2 clipper

1 satu charm...

tu je....huhu...

takpe-takpe next month kaya kan pandora lagi...ekeke..

ta ta !






2 comments:

  1. yeayyy!!!
    same here!
    i just bought one pandora, the mothersday special offer, bracelet that comes with 2 additional spacer terus tu kann..
    slow and steady, start beli charms plak lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul. kumpul duit sesikit, topup charms sikit-sikit, hari-hari revise katalog sambil tambah wishlists:))

      Delete