Tuesday 22 April 2014

Pandora Journey: Jangan pergi Pandora Ampang Point!

wahaha..

sekian lama nak update blog tapi tak terbuat
busy la sangat..
ke buat-buat busy? ekeke..

pandora ni dah lama dah aku dengar, tengok butik diorang kat klcc, kat ampang point habib jewels
tapi tak tergerak hati nak usha pon..

sampai la gelang emas yang beli tahun lepas tu tertanggal batu nye and kedai emas sume tak nak repair,
katanya kena tolak and beli baru..
sakit sangat hati tau...
aku ni dah la bukan jenis beli emas, tolak, beli baru

kak memon ni sentimental oiiiiii..*nanges*

so satu hari tu tah macam mana ternampak promo pandora "unforgettable moment"

fikir-fikir sebab aku ni kalau beli jewelry memang pakai habis,
baik aku usha benda ni

so, usha blog sana sini, bukak website, maka makin mendesak jiwa raga kak memon ni nak pegi beli..

so, last 2 days aku pegi la kat pandora ampang point.

ye, masa pergi tu aku tak pakai whitecoat, tak dress up macam datin,
tak pakai mekap pun,
tudung pun pashmina lama dengan jubah hitam,
husband pun pakai track bottom, t-shirt lusuh and kopiah putih biasa je..

so the moment aku masuk tu, sales assistant (SA) pandora tu just tengok and buat tak nampak.

ye aku faham diorang tengah attend other customer

ada dua orang SA masa tu
sorang perempuan
sorang ala perempuan

dua-dua tarik muka apa-la-perempuan-sengkek-ni-nak

wow...hati rasa sangat terbakar masa tu..
tapi sebab aku memang jenis kalau tak beli memang takkan masuk kedai,
maka aku sabarkan hati yang meluap-luap nih..

so sementara tu aku pun pusing-pusing tengok kat display wardrobe tu bracelet yang menawan semua tuh
lepas tu aku pergi balik kat island counter tu, and diorang still tengok and tak tanya pun
"kak boleh saya tolong ke" etc.. WALAUPUN aku literally merenung diorang dan ada eye contact.
dan setiap kali itulah diorang just pandang tempat lain

and ko tau berapa lama aku berdiri kat situ?
15mins okay!

aku faham ko busy tapi pe salahnya kata ''kejap kak ye, nanti saya datang'
tu pun dah cukup.

aku tau la aku datang tak dress up macam VIP, tapi tu tak memberi hak pada ko seorang salesgirl untuk judge orang.

perlu ke aku pakai transparent bag and purse so that ko boleh nampak berapa banyak duit aku then baru ko nak buat kerja ko iaitu seorang salesgirl?

dan masa aku berdiri menghadap island counter yg mana dua orang salesgirl ni membelakangkan aku, diorang bukak drawer sebab customer tu nak tengok charms, si salesgirl?man? ni boleh secara sinisnya suruh member dia tutup drawer seolah-olah takut aku sewat barang-barang kat situ!

hello?????!!!
aku professional la wei, kalo aku ni tak mampu aku takkan berdiri kat situ, aku akan berada kat mana tempat ko berada, pakai uniform yg tulis pandora tu tau tak.

husband naik hangen and terus ajak balik.

sorry to other SAs. ada ramai SAs yang bagus, yang kerja dengan professional and dedicated yang mana aku rasa boss korang patut up gaji korang, tapi dua orang SA ni tak layak jadi SA, sebab tak memadan SA tapi kerek and judgemental.

sebab aku percaya ramai orang macam aku yang kalo korang selesa dengan PR sesetengah SA dan korang akan pergi tempat yang sama untuk shop kan?

contoh, aku akan balik kuala selangor untuk beli barang elektrik kat Sen Heng kuala selangor sebab SA dia nye PR bagus and very knowlwdgable pasal barang yang dia jual. walaupun sen heng ada banyak branch kat malaysia ni tapi aku still akan pergi kuala selangor kalao barang tu aku boleh beli and angkut dengan kereta je.

aku sanggup pergi alamanda untuk beli MAC make-up kat situ sebab SA dia sangat professional and PR tip top in comparison to SA MAC kat KLCC.

dulu kalau beli SKII aku akan pergi parkson KLCC walaupun ada SKII kaunter kat jusco maluri sebab SA dia cam gampang.

so, to bosses out there, make sure u hire a SA with a professional attitude and good PR skill and please raise their pay accordingly. diorang la pintu duit ko wei!


ta ta!







1 comment:

  1. SASA* (tmpt yg sya pergi la) pun sama kak.. pantang nampak mak salleh laju je sampai 3 sales girls... ambek dia tak beli pun jengok2 je... smpai tinggalkan kita yg memang plan nak beli banyak.. the deserved it..

    ReplyDelete