Monday 3 February 2014

Beringat bila pedajal orang

masa aku tengah buat housemanship,
ada seorang MO (medical officer)..
nama dia Dr Z ( nama palsu..cewah)

Dia MO anaest,
maksudnya doktor biasa.
bukan pelatih dan bukan pakar.
Dia doktor tengah-tengah.
macam aku sekarang ni.


tapi dia kerja kat department anaest.
maksudnya doktor bius biasa,
bukan doktor pakar bius.
TAPI gampangnya dia ni Allah je yang tau..

dia suka maki HO ( house officer /doktor pelatih) berlebih-lebih,
housemen tak salah pun kena,
ada silap orang lain pun housemen kena,
marah menjerit-jerit benda tak perlu,
berlagak mengalahkan ketua jabatan.

sebab aku selalu tak bersalah dalam insiden melibatkan dia dan kawan dia iaitu Dr F dan Dr J(juga dr bius biasa -bukan doktor pakar)
maka dalam hati kecik ni, aku selalu terbisik 'ko tak akan ke mana syaitan. satu hari nanti ko akan nampak muka aku dan masa tu ko faham kenapa hidup ko merana"

aku tak tau kenapa aku selalu tersebut ayat yang sama pada mana-mana superior yang pedajal aku or aniaya aku  or member aku.
takde niat pun nak doakan yang teruk untuk dia, tapi sebab aku rasa perbuatan dia melampau jadi ayat tu jugak la yang asyik keluar...

lepas aku habis HOship, aku pindah pergi district hospital
dia stay kat tertiary hospital
tiap kali aku refer case, poyonya la makhluk Allah ni tak boleh blah.
suka reject case, buat macam dia superior habis berbanding MO dari district - macam lah dia doktor pakar senior.
maka kerap la kami bergaduh mulut thru the phone bila sampai bab nak refer case bagai.
bila bertembung masa pass over case pun tak senyum, muka ketat habis

last aku dengar dia join masters programme ( sarjana) - maksudnya nak jadi pakar la..

dan baru-baru ni Allah punya kuasa, aku jumpa dia balik..
ironically as a MO jugak,
yang meyedihkan dia failed master programme.

Wallahu'Alam. kalau sebab mulut aku yang tengah marah dulu, ampunkan aku ya Allah...



No comments:

Post a Comment