Semalam pergi home deco expo 2012. Mula-mula husband malas nak pergi sebab takut ramai orang, tapi setelah dipujuk-pujuk akhirnya dapat green light! Sepantas kilat bersiap balik kerja tu. Tapi bertolak tu pun dah lambat. Sampai Shah Alam pun dah maghrib. Singgah Masjid Shah Alam solat dulu lepas tu terus menuju destinasi - Stadium Melawati.
Excitednya, Allah je yang tahu.
Sampai je terus ikat Khadijah dalam ring sling dan Hajar as usual kena strap dalam stroller. Kalau tak pening husband nak kejar dia sana sini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Survey punya survey, terpaut hati dengan satu company ni untuk kitchen cabinet dengan wardrobe. Husband buat decision untuk book dengan company ni. Sebabnya harganya sangat murah dan kualiti bahan yang di offer berpatutan. Uwaa..tak dapat kitchen cabinet ikea! takpelah, nasib baik company boleh buat cabinet sampai siling, terubat juga hati.
Bukan apa, kalau tak buat sampai siling, malas nak bersihkan habuk bagai atas kabinet tu. Same goes to wardrobe. Bak kata salesman tu - barang custom made tapi harga ready made. Hopefully company ni berjaya merealisasikan impian kami dan yang paling penting tak kena kelepet. insyaAllah.
Antara benda lain yang menarik ialah ceiling yang bendable tu. Sangat menarik tapi macam tak masuk dengan konsep rumah nanti. Tapi husband tak finalize lagi nak pasang tu or plaster ceiling. status -KIV
Tint untuk window and sliding door pun ada. Harga boleh tahan. Memang kena beli yang mahal sikit ~ rm12 per sqft. Memang dia test, tak panas banding yang harga murah. Husband kata memang nak pasang tapi nak cari company lain kot-kot ada yang lagi murah.status-KIV*
Laminated timber flooring pun ada tapi nipis 3 mm. Tapi ni husband decide nak ambil dari zaldeco- Harga lebih kurang tapi tebal 8mm.
Survey juga pergola awning. Harga untuk porch lebih kurang 20'x10' untuk besi rm41**. Kalau kayu rm 44**. Oh mahal kayu dari besi rupanya. Harga untuk kayu rm 28 per sqft, besi rm26per sqft, kalau pakai polycarbonate tu rm 20 per sqft. - Husband kata, survey kedai lain dulu. Pandai salesman ni nak push kitorang, bila kami tanya ada extra charge ke untuk ke kuala selangor ,"oh kalau akak book hari ni takde extra caj. kalau esok, kena caj rm 200-300" . oklah, good bye. hehe. status- cari kedai lain
coway juicepresso- benda ni sangat menarik tapi tak decide nak beli ke tak. Tapi husband dah bersungguh nak beli. Yelah, dia suka minum jus tapi juicer yang lama tu tak friendly jadi dah sedekahkan. Nak guna blender, jus oren dah jadi jus oren cili +bawang. Husband kata ahad ni kita datang lagi. Aik,mcm nak beli jek..hehe.. status KIV
Yang lain tak dapat nak survey sebab expo tutup pukul 10. huhu sedih.. takpe ahad ni serbu lagi. yes!
Petang ni nak pergi PD pulak. Husband attend course MOSTI.
ok.salam.bye!
Thursday, 28 June 2012
HOME DECO EXPO 2012
Home sweet home :Beli Rumah Baru
Alhamdulillah, lepas empat tahun kerja, ada rezeki kami nak beli rumah tahun ni. Mula-mula tu tak bercadang nak beli rumah pun, tapi bila fikir, kuarters uzur ni makin teruk, dengan kelawarnya terbang sana sini, dan Hajarcpun dah pandai komplen rumah ni tak best, maka duduklah kami suami isteri bincang. Bincang punya bincang, maka husband pun buat keputusan, ok jom kita beli rumah. ( terus dalam hati ada taman..) hehe
Lama juga survey cari rumah. Keluar masuk show house bagai, akhirnya kami decide beli kat kuala selangor. Sebab?
1. Kos
Rumah ni affordable. Lepas kira income, tolak loan kereta, belanja dapur, petrol, gaji bibik, duit berlibur(shopping, vacation etc), savings semu bagai, alhamdulilah ada rezeki lebih Allah bagi untuk kami ni beli rumah.
2. Lokasi
Rumah ni dalam taman, dekat dengan playground, dekat dengan pusat utiliti- pasar,tesco,masjid, bank,sekolah(fikir panjang tuh padahal hajar baru 3 tahun..hihi) dan yang paling penting dekat dengan family dan tempat kerja. InsyaAllah tradisi balik rumah setiap hari masa lunch hour untuk tengok anak dapat dikekalkan. InsyaAllah.
3. Saiz
Rumah ni setingkat dengan 3 bilik. Tak besar sangat dan tak terlalu kecil. Cukuplah kami anak beranak berteduh,ops termasuk bibik. hehe
Sekarang ni urusan jual beli berjalan lancar,insyaAllah dapat masuk rumah dalam sebulan dua. Kalau tak ada aral la.
ok. salam. sampai sini dulu( dalam kepala tak abis berangan:)

Subscribe to:
Posts (Atom)