Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

Benda Penting Masa Travel

bila travel aku memang akan bawa beg kiut miut nih dalam handbag
barang dalam nye sama cuma beg kiut miut je mungkin bertukar
bergantung pada beg yang available

ok, kenapa benda ni penting?
sebab dalam ni macam barang yang ko perlukan untuk kemandirian hidup

cewah ayat gempak lebih..haha!

ok beg kiut miut ni aku beli dalam rm5-6 kat DIY






content bag ni termasuk 
kad serbaguna, 
sewing kit, 
pedi and manicure set, 
fisherman's friend, 
safety pin, 
brooch, 
hijab pin, 
cotton bud, 
pantiliner


ok, sekarnag ni mesti ko tertanya-tanya apa kes nak angkut benda ni semua kehulu-hilir kan?

ok kad serbaguna tu aku beli kat nile
harga dalam rm6-7
kad tu boleh jadi pisau, boleh jadi pembuka botol
boleh jadi screw driver
bak kata orang kalau tersangkut mana-mana kereta rosak ke, sesat ke apa ke 
ni kit yang ko boleh guna la

sewing kit tu aku dapat masa stay kat Hotel Eastin KL
aku suka sebab sangat compact and yet lengkap
yela mana la tau kalau butang tertanggal ke, baju terkoyak, ke tercarik ke,
boleh la dijahit kan

pedi and manicure set ni sebab kadang-kadang kan kita punya kuku kadang-kadang terkoyak
atau kulit tepi kuku tu tersiat ke, 
boleh la kita rescue
sebab kalo kuku terkoyak ko tak ketip terus, nanti hujung yang tajam tu boleh buat garit kat tudung or baju ko yang mahal-mahal tu tau

fisherman's friend tu memang aku angkut 
sebab aku ni senang kena selsema
dan kadang-kadang kalo minum ais banyak boleh tekak kering batuk-batuk
jadi lozenges ni sangat lah diperlukan

hijab pin dan brooch tu memang kena ada spare
sebab kadang kalo solat kat luar,
masa bukak shawl and berwuduk
lepas habis tu lupa letak mana or tercicir ke kat tempat wuduk tu
kan dah haru??

safety pin tu pulak penting mana la tau kat toilet awam tiba-tiba butang tertanggal ke
so safety pin ni la penyelamat ko
or even brooch ko tercicir pun safety pin ni bolh jadi penyelamat




Monday, 18 August 2014

Pai Family travels to Penang: Noble Villa, Jalan Macalister, Georgetown

alhamdulillah, hujung minggu lepas ada rezeki ke Penang lagi kami sekeluarga..

tapi kali ni pun pergi sebab suami ada urusan di Penang.
kali ni bukan kami 4 beranak je tapi pergi dengan maid, mak mertua dan adik ipar.
alang-alang adik ipar nak fly ke Jordan, tu yang bawa dia jalan-jalan last kopek sebelum sambung belajar.

kali ni sebab travel beramai-ramai kitorang stay kat NOBLE VILLA
noble villa ni sebenarnya adalah apartment.
ada sebuah syarikat ni beli sebanyak 8 unit dan sewakan harian pada orang luar
macam serviced apartment
cumanya tak ada receptionist dan room service la

husband dapat tau pasal villa ni melalui booking.com.

apartment ni ada dua jenis
satu max orang dewasa 5pax
satu max orang dewasa 7 pax

budak asalkan pakai katil sedia ada tak ada limit

kitorang ambil yang maximum 5pax dewasa
kakak tidur sekali dengan bibik
adik tidur dalam baby cot

mula-mula tu yes aku skeptikal tapi alhamdulillah apartment ni sangat selesa
interior memang macam hotel
dan bersih..

harga kitorang duduk rm 320 semalam


apartment ni terletak kat Jalan Macalister kat Georgetown
ada hospital Pulau Pinang, Penang Medical College berdekatan sini

Jadi sesiapa yang ada urusan macam nak ambil exam MRCS ke MRCP Ke whatever la yang berkaitan hospital dan Penang medical college, boleh la duduk kat apartment ni.

apartment ni jugak relatively dekat untuk ke tempat makan yang best sekitar georgetown
contohnya
nasi kandar kg melayu
kapital lebuh chulia
nasi kandar line clear
mee sotong padang kota lama

ini gambar apartment Noble Villa dari tempat letak kereta


apartment yang kitorang dapat ni 3 bilik dan 2 bilik air
apartment ni sangat luas
aku tak tau berapa bukaan sebenar
tapi yang pasti lagi besar dari apartment kitorang kat prisma perdana yang 1000kps tu
dan setiap bilik termasuk ruang tamu ada penghawa dingin...






apartment ni menghadap jalan besar,
view sangat cantik dan cerminnya pintu gelongsor dan tingkap semua tinted ye
jadi dalam rumah sangat redup dan nyaman
ada banyak poko besar depan rumah yang buat udara rasa bersih walaupun apartment ni tepi jalan besar yang sibuk dengan kereta lalu lintas depan rumah

ruang tamu
 kakak dan pak su nya sedang lepak kat L-sofa yang sangat besar dan comfy

 warna pastel ni memang memberi impak macam hotel walaupun apartment ni dah berusia 20 tahun lebih
ni husband lepak dekat dengan balkoni
tapi sebab balkoni tak ada grill, dan adik dengan kakak sangat lasak jadi pintu gelongsor ni memang tak dibuka


  • ada L-sofa disediakan
  • meja kopi
  • meja belajar dan kerusi
  • meja kedai kopi dengan 3 kerusi
  • TV 29 inci dan astro asas dan DVD disediakan
  • penghawa dingin



bilik utama
 katil queen di bilik utama

 view pintu masuk 


 built-in wardrobe





baby cot ni ada extra charge rm30


  • ada satu katil queen
  • 2 meja tepi katil
  • satu meja solek
  • satu built-in wardrobe 
  • penghawa dingin

bilik kedua


  • dua katil single 
  • satu built in wardrobe
  • satu meja solek
  • penghawa dingin

bilik ketiga


  • satu katil single
  • satu built in wardrobe
  • satu meja dan kerusi
  • satu side table
  • penghawa dingin


bilik air pertama





  • ada satu toilet duduk
  • ADA paip air dan getah untuk istinjak *benda ni sangat crucial hokeyyyy
  • satu bath tub
  • satu cermin dan sink
  • ada hot shower
  • basic toiletries diesediakan

bilik air kedua



  • ada hot shower
  • ada toilet duduk
  • ada cermin dan sink
  • TIADA paip untuk istinjak tapi gayung dan baldi disediakan
  • basic toiletries disediakan


balkoni ruang tamu

  • sangat luas
  • TIADA grill kat sliding door
  • menghadap jalan besar

balkoni dapur

  • luas
  • bersih
  • ada mesin basuh dan tempat sidai kain disediakan
    • tempat sidai kain cukup untuk dapat cahaya matahari and yet terlindung kalau hari hujan jugak
  • DETERGENT bawak sendiri
    • jadi kalau kita nak travel ramai tentu kita cuba minimizekan bonet sebab dah ramai tentu banyak beg kan, jadi tak perlu bawa baju banyak sebab boleh basuh dan sidai


dapur



  • keperluan memasak asas disediakan
  • ada kuali, sudip, pisau,daput gas, tong gas, 
  • ada microwave
  • ada toaster
  • ada rice cooker
  • ada sinki dan dishwashing liquid jugak
  • pinggan mangkuk dan cawan sudu untuk 6 orang satu set 



keperluan asas


  • gymnasium
    • rasa nya tidak dibuka untuk orang luar sebab company tak bagi access key ke gym
  • kolam renang
    • terbuka untuk tenant 
  • jogging track
    • terbuka untuk tenant
  • playground
    • terbuka untuk tenant
  • lif
  • gated and guarded


parking berbumbung


so kalau ko berminat ko book la awal-awal ye
sebab apartment ni selalu penuh masa weekend

k bye



Tuesday, 22 April 2014

Pai family travels: Working trip cum family vacation: G Hotel, Georgetown

this post written on 11 April 14.
arini baru nak post..haha



masya Allah lama gila tak update blog.

busy dan malas.
haha...

sekarang ni ada masa sikit sebab husband tengah attend his course down there and aku tengah 'berperang' dengan anak-anak kat bilik hotel

aku kerja syif malam hari ahad dan isnin lepas, then off satu hari.
so aku ambil dua hari cuti then sambung weekend off.

kitorang stay kat G hotel, penang.
hotel yang sama husband attend course.
senang sikit,
kalo tak seriau wei aku nak drive hantar dia pergi course.
dah la aku tak familiar jalan penang yang rata-rata one way,
mau asyik kena hon je nanti..haha

kitorang bertolak hari rabu.
sampai sini dalam pukul 3.30pm
tak berhenti lunch pun sebab breakfast lambat sebelum bertolak

kitorang naik jamabtan pertama sebab nak ke gurney drive terus

sampai je terus turunkan luggage
bagus gila concierge sini.
kita sampai je diorang terus datang 2-3 orang turunkan barang sepantas kilat.
tak sempat aku pasang stroller dah clear bonet:))


lepas tu aku bawak anak-anak tunggu kat lobi while husband pergi park kereta.



lobi hotel ni sangat spacious and nicely decorated
modern and elegant.
once ko masuk there will be a nice smell fulffil the whole lobby area
macam ada air-freshener yg continously sprayed all over the room
so memang soothing la untuk orang yang penat gila baru sampai from a long journey kan

after that chek in and terus naik bilik.
dekat lif u have to use your room card as a pass card kalau tak memang lif takkan naik sampai floor bilik ko
without that card korang cuma accessible up to 3rd floor
second floor ada grand ball room
third floor ada swimming poo. gym, spa and jacuzzi

pool tu nanti aku citer..

kitorang dapat bilik deluxe booked by the organizer
alhamdulillah dapat seaview
tingkat 8


bilik memang luas, king size bed
ada bath tub, shower room and toilet

ada satu cermin besau untuk selfie- macam faham-faham je hotel ni penyakit datin memon suka selfie..wakaka


ada satu day bed sofa over the window yang menghadap laut

and next to the bath tub ada window yang menghadap laut gak

so masa habis berendam tu jangan la lupa nak turunkan blind roller,
tak pasal orang report kat polis ada flasher menginap kat G hotel. haha

ok pasal toilet ni la kan..aku rasa berbulu sikit sebab dia takde punca air langsung.
yang disediakan ialah dua roll tisu


yes..maknanya ko istinjak pakai tisu
errrrgggggghhhh...tensen wei..
so aku call the guest counter mintak bilik yang toilet ada paip air, malangnya semua takde,
so diorang datang hantar gayung lepas tu...
uwaaaa...nanges..

hotel canggih, servis bagus tapi toilet macam toilet kat kampung aku
kena isi air dalam timba siap-siap sebelum membuang

seb baik ada flush...kalau tak serious rasa macam kat kampung seri menanti weiiii

sob..sob....
yang pelik toilet kat lobby boleh pulak ada bidet tu
haih..what la..spoil mood aku tiap kali pi toilet

selain dari tu, hotel ni memang perfect..

hotel ni terletak betul-betul sebelah G plaza...ehem..ehem
dan gurney paragon cuma satu blok je dari sini..ehem..ehemm
pandai korang!!! shopping la apa lagi....itu la sebab datin suka hotel ni..
tapi husband datin tak suka
laghhaaa katanya..haha



ok la, nanti aku update day to day penang trip kitorang lepas-lepas ni...
okay..bye!