Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Wednesday, 4 June 2014

Moving house

Alhamdulillah, husband is joining in campus masters programme starting this month.
We received the good news somewhere in April or early May.
Since then we went for house hunting. As you all know, my husband will try his best not to travel to go to work.

Yes, he is such an angel. He loves his family more than everything. And he will try his best to reach home after work as early as possible and come home for lunch almost every day.

Oh I love his family attitude..😙

Initially I was disagree on moving house again.
We just moved to Ampang last 2012 and now we are moving again. And I think, the distance of 6 km from ampang to his current workplace is not that far.

But husband insisted for moving. His points of "I want to spend time with my family rather than on the road" somehow is valid, so I think the decision is right.

And the nightmare begun..

I kept on visualizing the hectic of moving house again. Further with 2 kids around. The picture of unable to locate things, fixing all the furnitures, wall drilling and non-stop floor mopping keep on haunting me until the day we moved😩

Lucky that we just moved less than 6km!

It took us about 2 weeks to arrange on the date for mover team to come, get our car sticker done, applied for pass card, paint the house (yes, we painted it😥) and cleaned the floor, dust and yada yada.

So finally the day arrived and we waited for the mover team to come. It was my off day andddd...it was really a bad decision to move house after your nightshift..*cries*

I was very sleepy, lightheaded and tired.
I couldn't think straight and kept on giving wrong instructions to the mover team. Lucky that they were very efficient. So things done accordingly.

After payment done yada yada, husband started fixing the bed and other large furnitures.
And I took over the kitchen and my maid became the tai tai, staying in her room with the kids😬

Ok, ok I was the one who asked her to lock herself with the kids in the room, or else no job would be done. Yeah, like when we opened one box, you took the jar, put it on the shelf and when u turn to get the lid, it went missing! Turned out kakak was playing it around with adik😩

So....rather than wasting time chasing for missing things I would prefer doing it alone, undisturbed.

Alhamdulillah, the moving process completed after one week. Yup, we took one week to officially keep the drill back in its case, put back the hardware kit on the shelf and finally sat on the sofa with a relief and of course unexplained tiredness.

And in between I was still juggling going to work and completing the moving process. Lucky husband was on leave and he was the one who fixed all the minor little things I.e fix the leaked washing machine hose, fix my make-up drawer, fix all ikea furnitures to the wall, change toilet seat, drill the wall to hang our frames and wall shelves yada yada..

Alhamdulillah everything went well.

Now time for pics😘





















posted from Bloggeroid

Saturday, 25 January 2014

Tips masuk rumah baru: #3 . Plaster Ceiling



Rumah ni masa beli memang dah siap ada plaster ceiling jadi aku pilih kotak hitam jalur-jalur ni untuk ruang tamu dan ruang makan.
nak kasi cantik sikit la...*konon*


kontraktor yang buat plaster ceiling ni nama dia

Encik Hafiz : 0126396327



ada orang kata encik hafiz ni mahal sikit dari average tapi aku puas hati sangat-sangat sebab tak mahal banyak mana pun dan YANG PENTING encik Hafiz ni menepati janji!
  • dia janji sekian hari datang, dia datang, sekian hari siap memang hari tu gak siap.senang nak deal. bagi idea kalau perlu, tak pushy, ikut kehendak customer dan kualiti kerja memang tip top!

biasanya orang yang buat wiring boleh buat plaster ceiling jugak sebab senang nak tentukan kat mana nak tebuk untuk downlight, kipas etc.

tapi sebab aku ni cheapskate, aku amik wiring orang lain ( of course sebab lebih murah) dan plaster ceiling dengan encik hafiz ni.

masa lepas dapat kunci, aku terus panggil tukang buat rumah naikkan dinding belakang, panggil pasang tint, panggil orang ukur grill, dan buat wiring dulu.

bila wiring dah nak siap baru panggil orang plaster ceiling.

time tu jugak tint dah pasang followed by grill. lepas tu baru cat, then panggil orang wardorbe pasang cabinet semua.

last sekali baru flooring..



tepi tu takde cornice sebab husband nak konsep zen katanya..
fuh..jimat duit..ekeke




ok..ni je rasanya cerita plaster ceiling..
bye..










tips masuk rumah baru: # 2. Wiring rumah

  • nak dapat senarai kontraktor berdaftar ko boleh pergi kat laman web sini. atau ko call je tnb terus, nanti dia bagi ko nombor telefon kontraktor berdaftar. (ko call 103 dapatkan nombor tnb tempatan kawasan ko). sebab bukan apa, kadang-kadang list dalam website nombor phone tu tak updated.
  • nanti kontraktor tu akan datang dan bagitau berapa kos, dan dia akan settlekan semua. dia akan mintak salinan fotostat dokumen penting dan tau-tau je dah siap.
  • untuk electrician dan buat wiring dalam rumah tu, ko bincang habis-habis dulu laki bini mana nak letak suis bagai.
  • ruang tamu 
    • decide ko nak berapa downlight.nak pakai mentol warna apa. decide satu suis control berapa nyalaan lampu. kat mana nak pasang plug- untuk ko letak standing light tu ke, untuk vacuum nanti, untuk charge handphone ke apa.
    • aku letak 4 downlight. 2 mentol kuning. 2 mentol putih. satu suis kawal 2 mentol kuning. satu suis kawal 2 mentol putih. faham?
    • nampak tak yang bawah kiri tu adalah suis - 3 pin.satu pin bila ko turn on, mentol kuning je nyala. macam tu jugak suis yang kawal mentol putih. aku letak dua suis- satu kat ruang tamu, satu kat ruang makan.

    •  downlight tu aku letak kat celah box hitam tu

  • ruang makan 
    • decide atas meja tu nak letak kipas ke chandelier ke apa. sebab aku ni jenis tak tahan panas so aku letak kipas kat ruang makan.


    • ni ruang makan
  • ko kena kira betul-betul berapa banyak kena beli suis dan plug, dan fikir mana nak letak susi, tepi pintu ke, tepi katil ke etc.
  • ko boleh pilih nak warna apa suis tu. nak putih semua ke, hitam putih ke. macam-macam fesyen ada. bergantung pada ketebalan poket memasing ye..
  • ko kena decide jugak nak buat wiring tanam dalam dinding or kat luar dinding.
    • yang best pasal tanam dalam dinding ialah cantik la nampak rumah ko. tapi masalah dia ialaha leboh costly sebab orang wiring kena hack dinding dan simen balik. lepas tu kalo laki ko nak drill dinding ke apa kena hati-hati takut terdrill wire letrik.
    • yang best pasal wiring timbul or kat luar ialah, lebih murah dan lebih selamat.
  • tetapkan lokasi barang elektrik supaya ko boleh mintak orang wirirng tu tarik siap-siap ke tempat khas untuk komputer kat satu sudut dalam bilik study, satu tempat khas untuk jug kettle, coffe maker, satu tempat khas untuk rice cooker, hood dapur dan blender, satu sudut khas untuk oven, micriwave dan fridge..

     ni suis coffe maker, juicer dan jug kettle
     yang atas tu suis hood dapur, bawah tu suis rice cooker dan blender

  • ni suis komputer, printer and lampu study at bilik study. plug asal kat bawah, so kitorang mintak wiremen tu tarik dan satukan kat satu sudut dekat dengan meja study.
bawah ni contoh warna suis or plug yang menawan yang boleh dipilih untuk rumah korang

 #ehsan dari google
#ehsan dari google


# pastikan korang survey beberapa kontraktor elektrik untuk buat wiring rumah korang
always compare quotation. kalau terlalu mahal, mengarut, kalau terlau murah biasanya kualiti takde or jenis hasil okay tapi lambat siap and banyak masalah remeh. always pilih yang harga within average market nye price and bukan jenis janji manismu cakap banyak tapi kerja hampeh.

Tips masuk rumah baru: #1 . General

saat dapat kunci rumah adalah moment terindah dalam hidup.
kannnn? kan?kan?

masa tu hati berbunga-bunga sangat....
macam-macam terbayang dalam kepala apa nak buat.

kalau memang dah plan awal-awal sebelum dapat kunci tu,
masa dapat kunci tu terus rasa nak suruh kontraktor buat kerja jam tu gak..
kalau boleh esok nak masuk dah rumah tu..hehe


ok, ni antara tips dia

  • 1. check defect rumah
    • ok lepas dapat kunci dari pemaju, diorang akan bagi satu borang untuk ko check defect dan isi
    • lepas dah check tu, ko hantar kat pemaju dan diorang akan repair dalam masa 6 bulan
    • tapi masa kitorang haritu, ada defect sikit-sikit sekadar lantai garaj retak sikit tu, kitorang tak report pon sebab hati dah membara weh nak masuk rumah baru. kitorang repair sume sendiri.
    • check tangki air, check kepala paip, bukak semua paip yang ada - tengok piping bagus ke tak, takut sumbat and air melimpah.
    • flush semua jamban- kadang-kadang masa construction diorang tuang simen lebihan dalam jamban so tersumbat and melimpah lepas flush. jadi bayangkan ko dah masuk rumah lepas tu flush semua hasil akhir organik ko terapung dan melimpah..haru weh

  • 2. buat renovation besar dahulu 
    • ni ko kena plan habis- habis. 
    • kalo nak tambah bilik atau tambah bangunan , ko kena pastikan dapat kelulusan majlis perbandaran or daerah. sebab kalo tak lulus, haru ko kena saman or kena robohkan balik nanti.
    • kira kos kasar dulu, pastikan ko survey dan dapatkan sebut harga dari beberapa kontraktor. compare antara kos hire kontraktor( ni all in maknanya ko goyang kaki bayar duit dan siap) or tukang buat rumah (ko bagitau apa ko nak then ko pergi kedai dengan dia, dia order barang dia perlukan untuk buat kerja dan ko bayar. upah dia ko bayar bila kerja dah siap). jangan terlari budget wei...maluuuuuuuuu nanti:) - rumah aku sebab tak buat extension, so takde la buat permohonan kat majlis daerah. aku cuma naikkan dinding kat lantai belakang jadi stor. ni pun aku cari tukang rumah dan bayar upah dia.
    • # tips nak cari tukang rumah - pergi kedai hardware yang jual simen, batu bagai tu dan mintak kat tauke kedai tu nombor kontraktor or tukang buat rumah. mintak yang 'boleh pakai' punya.
    • decide nak pasang plaster siling ke tak. sebab ko kena faham plaster siling ni nanti nak kena liase dengan orang wiring. sebab orang tak pasang lampu kalimantang tau kat plaster siling, ko kena pakai downlight. jadi ko kena tau arrangement downlight, plaster ceiling design apa. nak pasang cornice ke tak. cornice tu yang frame tepi siling tu. yang design roman pun ada, ukir-ukir ke atau just stepping box pun boleh.
    • decide mana nak pasang built in wardrobe, mana cabinet, mana tv panel nak letak, dinding mana nak letak wallpaper, dinding mana nak jadi feature wall. decide warna cat rumah jugak. decide function tiap-tiap bilik.
    • bila nak masuk rumah baru ko mesti ada perabot dari rumah lama betul tak? jadi ko kena fikir awal-awal celah mana ko nak sumbat perabot lama. boleh combine dengan perabot baru or built in wardrobe/ kabinet. takut nanti caca marba dah macam tadika pulak gamaknya. 
    • #tips nak ghaibkan perabot lama yang tak matching or takde ruang nak simpan - jual kat ebay or fb or online or sedekah je kat orang.  
    •  untuk flooring ko kena pasang last sekali. flooring ni maksudnya timber flooring tau. kalo ko nak hack lantai tukar tiles baru tu ko kena buat masa major renovation tu masa ko naikkan bilik or ruang or extend rumah semua tu. ko elok pasang flooring last sebab ko boleh jimat duit in a way that, wardrobe semua dah pasang jadi tak la flooring tu ko buat bawah wardrobe. pe jadahnya wardrobe nak flooring kan... lagipun senang bila dinding dah cat semua. kalo tak nanges tengok lantai timber flooring ko yang mewah posh posh ittew disimbahi cat sana sini..
  • 3. Wiring
    • ok ni sangat penting.
    • masa ko beli rumah tu ko kena tau rumah tu single phase ke 3-phase. aku tak la well-versed pasal 3- phase ni tapi yang aku tau kalau ko nak pasang aircond banyak, ada lampu banyak dalam rumah, banyak guna suis- banyak tv, laptop, pc bagai, harus la ko upgrade ke 3-phase.
    • 3-phase ni untuk tampung keperluan elektrik rumah ko dan elakkan short-circuit.
    • untuk upgrade ke 3-phase ko kena berurusan dengan kontraktor elektrik berdaftar dengan TNB. untuk buat wiring dalam  rumah ( pasang point lampu, aircond bagai ko boleh deal dengan electrician. tapi seelok-eloknya electrician tu adalah kontraktor elektrik jugak la)
    • ni nanti aku cerita detail kat entry lain..
  • 4. pasang tint tingkap
    • ko kena pasang tint dulu sebelum pasang grill
    • sebelum ko dah pasang grill especially grill belah dalam rumah, pengsan la nak bukak balik grill, pasang tint then pasang grill balik. messy wei.
  • 5. pasang grill
    • bila dah siap pasang tint, baru ko boleh pasang grill
    • grill ni ko kena decide nak design macam mana, warna apa, material besi apa. lagi mampat, kukuh dan unik ukirang grill tu maka makin mahal ler harganya..
    • jadi, check nafsu dan poket samada tally ke tak..hehe
  • 6. pasang alarm dan auto gate
    • bila grill dah pasang, auto gate dah boleh buat. 
    • ko kena buat wiring untuk autogate ni siap-siap masa buat witing tau
    • nanti orang alarm dan autogate boleh datang pasang terus.
    • kalau tak messy ler jawabnya ko dah cantik kemas dalam rumah nanti orang nak hack dinding nak buat wiring baru.




  • 7. landscaping 
    • ini ko boleh hold dulu kalo budget tak berapa nak ada.
    • yang pastinya landscaping cuma boleh buat lepas pagar dan major renovation dah siap.
    • sebab bila ko nak buat piling untuk pagar dan pasang tiles kat porch semua, ko akan guna simen, habis berhabuk dan bersimen rumput carpet ko wei..
    • dan auto gate pun nanti diorang akan tanam bawah tanah, dan ada kabel untuk 3-phase pun diorang tanam bawah tanah, jadi rumput and landscaping tu memang last la

  • 8. tukar tombol pintu
    • ini ko buat masa kontraktor tu serah kunci kat ko balik dan ko pulak serahkan cek bayaran terakhir. yela, kita bukan nak tusuh orang utkang rumah or kontraktor tu nak kelepet duit, tapi kita cuma nak berjaga-jaga. ye la, diorang dah keluar masuk rumah kita berminggu guna kunci tu, dan kunci tu dah di pass sana sini kat pekerja dia, kalo dia duplicate and pecah masuk ke kan..just jaga-kaga la..bukan sangka buruk okayy.

ni je yang aku ingat setakat ni.
next entry nanti aku cerita detail satu-satu

Thursday, 16 January 2014

#surviving housewifeship 2: Review Scotch Brite


sponge cloth scotch brite ni memang awesome!!!!!!
ni lah kain buruk terbaik yang aku pernah guna..

ngengade sangat kan..kain buruk pon nak scotch brite..ekeke

tapi benda alah ni sangat berguna
dia macam span dan jugak kain
aku ni kan jenis psycho kalau tengok sink penuh je restless nak membasuh sampai sink kosong

jadi bila kerpa membasuh, so keliling sink tu selalu la terpercik air kan..
jadi aku dulu guna kain buruk biasa

ala baju kelembak yang dah koyak tu aku siat-siat buat kain buruk,
towel lama yang dah koyak,

dulu laaaaa..

sekarang bila dah jumpa ni, dan guna, tak main dah kain buruk lama dulu tu.

sponge cloth ni menyerap macam sponge
at the same time wipe like cloth
jadi sekali wipe je memang kering terus surface tu..

any surface!

so kalo anak tertumpah milo ke,
aku letak atas air tu, dia serap sampai max, then aku bawak pi sink, perah, basuh dengan sabun then soak lagi air tumpah tu

bila dah takde air milo yang tinggal lagi, 
basuh lagi dengan sabun then wipe for the last time,
terus surface tu clean macam takde air tumpah langsung.

so sebab sekali beli dapat 3 padaharga rm6.90, so satu aku guna untuk lap ruang tamu dan bilik

ye lah gila ko nak campur yang dapur punya???
hanyir la nanti bau sofa dengan wardrobe aku weh

aku memang hygiene freak and psycho. so husband aku asyik panggil aku ketua kebersihan *hangen*

so bila guna sponge cloth ni untuk wipe cabinet tv semua, memang takde particle kapas kalau kita wipe dengan normal towel basah tu.

memang awesome gila...

so ni tips kedua nak survive housewifeship!#

Sunday, 12 January 2014

#Surviving housewifeship no 1: Tips nak senang kat dapur

sejak bibik takde dah dua minggu ni
aku fikir banyak cara untuk mudahkan kerja aku kat dapur

serius aku kagum dengan housewife kat luar sana
busy wei keje surirumah ni..
tak habis-habis.

dari celik biji mata lepas subuh tu memang jangan mimpi la nak berkeruh balik wei..

tapi cemana pun aku happy jadi housewife
tengok anak membesar setiap saat

seronok gila...

ok ni antara cara aku nak survive as housewife

aku memang akan letak minyak dalam botol kecik ni
satu - senang nak sumbat dalam bekas putih
dua - senang nak tuang



ni bekas simpan sayur tupperware kat fridge
alhamdulillah memang mudah simpan dan sayur tahan lebih lama dalam bekas tu
sayur macam carrot, capsicum, keledek bersihkan siap-siap
jangan cuci dulu then balut dengan cling wrap




ni pulak aku beli plastik 7x10 dan 9x12 yang jernih tu dua bekas
plastik ni banyak gunanya
nak simpan ayam dengan ikan yang dah di siang and bersihkan
leoas tu asing-asingkan ikut portion banyak mana nak masak per session
so takdelah ayam or ikan tu di beku, nyahbeku, beku balik banyak-banyak kali.

yang gambar atas ni aku asing-asingkan halia, lengkuas, serai, daun limau purut, daun kesum, bunga kantan ikut masakan.

lepas tu label.

yang aku buat tomyam - daun limau purut, serai, lengkuas, cili api
                      asam pedas - lengkuas, kunyit, halia, daun kesum, bunga kantan,serai
                      gulai - daun kunyit, kunyit, serai, cili api
                      tempoyak - daun kesum, kunyit,serai, cili api
                      laksa - daun kesum, bunga kantan
                      paprik - daun limau purut, serai, cili api

so bila nak masak takde lah nak punggah satu peti ais
nak cari mana kunyit, lengkuas semua
so jimat masa.
masa yang lebih tu boleh la ber fb ke, berblog ke..hehe



ni pulak bekas tupperware yang aku rasa untung sangat beli
tahan lama,
tak berbau,
jernih - senang nampak content

macam yang ko nampak aku kupas bawang besar, bawang putih, buang tangkai dari cili api
lepas tu rendam dalam air garam then tos dalam tapis
lepas tos...selerakkan atas suratkhabar biar kering betul

kenapa aku buat ni?
supaya cili dan bawang yang ko mesin tu nanti tahan lama dan tak cepat masam

so bila nak masak memang senang..
keluarkan semua then aturkan tepi kuali
buka tutup siap-siap
letak sudu


so bila nak tumis, just cedok je la. senang huh?




ni kat chilled vegetable compartment
plastik yang aku dah asing-asingkan rencah masakan dan mee yang dah divide ikut portion mak bapak and anak-anak aku letak kat sini





ok ini rupa tupperware yang dah siap label dalam peti ais

alhamdulillah cara ni banyak membantu aku untuk survive housewifeship for this whole month!

Friday, 10 January 2014

Home Sweet Home: Tips masuk rumah baru: Dapur -jantung rumah

Budget macam masterchef sangat kan bila kata dapur -jantung rumah..haha..

Ok aku sangat passionate pasal dapur aku.
Tak la mewah mana.
Tapi sebab kontraktor tu buat ikut citarasa aku,jadi aku puas hati.

Aku hire kontraktor ni lepas jumpa kat home deco expo kat shah alam.

Sebab dapur aku kecik,
Jadi pening gila fikir macam mana nak maximize kan ruang.

Dah la aku dengan husband jenis tak suka pecah-pecah tembok extend rumah.
Satu,malas nak menghadap habuk,
Dua,kitorang dah meroyan nak masuk rumah cepat lepas dapat kunci.
Tiga,nak save budget..;))


So meh layan gambar




Ini gambar ambil dari meja kerja kat dapur.
Pintu tu asalnya terus ke luar belakang rumah.
Memandangkan rumah ni takde stor jadi kitorang naikkan dinding belakang.
Sebab lantai,tiang,bumbung dah ada.
Jadi tambah dinding je.
Ok la sekadar nak buat stor dan laundry room.





Stove ni aku beli satu set dengan built-in oven dan hood.
Beli kat houz depot Jln TAR(depan pertama complex)

Tak ingat harga specific tapi yang aku sure less than 4k.
Sebab aku dah ada microwave so aku beli 3 tu je la.

Yang bekas rempah dan tempat gantung kat dinding tu macam biasa la aku beli kat ikea.
sama jugak bygel rail dan hook untuk gantung sudip, senduk bagai tu

Bekas rempah tu boleh gak beli kat nilai 3
atau dapat free masa kenduri:))
tapi yang kat ikea gak bagus sebab tak berkarat.
Kalau yang beli kat nilai 3 tu bila kena minyak semua terus berkarat.
Lepas tu sisi dia jadi tajam
And ko ada tendency to hurt yourself.
So aku still prefer beli kat ikea.
mahal sikit tapi berkualiti.

Bekas putih empat segi yang isi sos semua tu pun aku rembat kat ikea.
Awesome gila bekas tu
Sebab bila datang feeling chef siam so nak masak senang
Semua sos,kicap dah ready.
Minyak pun aku letak dalam botol kecik
Senang nak tuang.
Tak la cramp otot bahu ko nak tonggengkan botol minyak 5kg tu.
Padahal nak guna dua sudu jer.

ni botol minyak kecik tu
senang nak tuang

Bekas putih tu ada dua saiz.
Saiz kecik aku beli letak barang kecik-kecik dalam drawer





Sink tu pun aku beli kat ikea
Yes...memang kecik.
Masa beli nafsu tak beringat.
Ngejar yang lawa jer so beli yang tu.
Masa tu husband dah sound dah "muat ke nak cuci pinggan bagai"..."muat bang..."
Sekali sempit macam tu so terpaksa la beli boholmen yang hitam tepi tu.
Tu la sink kedua bila nak basuh pinggan.

Bila dah habis,bilas then buat tadah tempat kering kan pinggan pulak.

Banyak sikit kerja tapi sebab nak lawa..padan muka aku hehe..

Yang rack putih tu pun aku beli kat ikea
Rack tu bagus sebab boleh jimat ruang
Bawah tu boleh letak benda-benda lain

Ada dua saiz gak.
Kecik and lebar sikit
Kukuh gila
Besi and stable and stainless.
Yang penting kaler dia putih

Oh lupa,aku purposedly pilih putih sebab nak dapur ni nampak luas.
Ye la dapur kecik sempit kena la pandai main warna.

Dan kitchen kabinet ni aku purposedly jugak buat mount sampai siling

Satu,nak jimat ruang.
Dua, tak la cicak berak bagai. Jenuh heh nak memanjat bersihkan atas tu kalo dibiar ternganga..















Kalau korang dah ada dapur luas tu tak payahlah buat kabinet sampai siling
Jenuh lak ko nak ngambik barang kena pakai tangga padahal uang bawah banyak kan.

Korang boleh je mintak kontraktor tu tutup atas kabinet tu dengan oanel cover yang sama.
Just nak elak habuk or taik cicak bertakung
Jimat duit.








Ok meja ni sangat praktikal
Aku letak meja ni sebab senang kalo nak buat kwrja dapur sambil duduk ke ada meja and kerusi.
Lepas tu dulu maid aku suka makan kat dapur instead of meja makan kat depan.
Takkan zalim sangat nak suruh makan atas lantai pulak kan or berdiri kan
Jadi meja ni sesuai la.

Kalo rasa tak nak guna boleh flip dan jatuhkan.
Jimat ruang.

Bakul comel poyo tu aku beli kat daiso. RM10.
Praktikal sebab nak letak roti,punjut2 keropok,punjut2 jajan yang anak-anak aku makan.
Lapang otak tengok sikit.
Kalau tak berterabur atas tu.
Sakit jiwaaaaa....





Sebab dapur kecik so aku tak merasa la nak ada tall cabinet bagai.
Jadi macam ni pun jadi la.

Masa kontraktor tu nak datang buat measurement and pilih design,
Aku dah survey siap-siap fridge ni kat sen heng.
Dah book kat budak sen heng tu by the time kabinet siap aku nak beli terus fridge.

Penting untuk ko ada measurements yang tepat sebab takut nanti masa install fridge ko tak boleh fit in.
Disaster wei...nangis nanti hari2 tengok ada ruamg kosong untuk fridge lepas tu fridge tu terjojol keluar kat sudut lain.


Bawah oven tu aku buat letak pinggan mangkuk.
Sebab poyo masuk rumah baru aku pakai senua pinggan yang set je.
Yang tak set habis bagi kat orang..hehe
Kurang sikit barang dapur aku:)






Ni tuplur roller blind.
Beli kat ikea. Alhamdulillah muat-muat je tingkap.
Aku pasang tint jugak kat tingkap dapur.
Tapi bila malam kan ko on kan lampu orang still boleh nampak.
Jadi bila pakai roller blind ni tak la orang nampak chef siam jn action malam-malam dan..
aku tak nampak apa ada kat luar....taakuuuuutttt..







Ok ni tong sampah favourite aku
Best sebab boleh tarik keluar.
Tak la azab belakang ko nak menonggeng nak buang sampah.
Dengan nak aim supaya masuk dalam tong
Nak jaga supaya tak tumpah lagi
Jadi dengan tong ni insyaAllah masalah selesai.

Aku letak ni bawah sinki.
Standard la kan tong sampah dekat-dekat dengan sinki.

Tong ni jugak best sebab ada baldi.
Bila husband aku pergi buang sampah senang
Dia angkat dengan baldi sekali.
Tak la menitik kalau ada air sampah.
Bersih dan effektif.





Ok ni rak bawah tempat work station aku.yang ada gambar rice cooker tadi.

Aku letak tupperware dan bekas storage.
Contohnya tepung gandum,cili kering,spaghetti etc.

Belah kanan tu bekas bawang.
Aku memang mengidam lama dah benda nih.
Dulu masa sekolah tengok katalog tupperware rasa harga cekik darah.

Tapi sebab lawa dan praktikal,
So lepas kerja dan dapat gaji pertama terus borong tupperware gila-gila punya

Habis rm400
Masa tu dekat nak raya 2008.
Haha gelak macam mak tiri cinderella masa tu
Puas hati hoi.

Hujung sekali tu aku letak periuk kukus.
Kan bertingkat-tingkat jadi makan space.
Solution nya aku beli rak putih
Macam ikea tapi tak sepenuhnya besi
Tak sekukuh ikea
Tapi lagi murahhhhhhhh
Beli kat daiso. Rm5.
Suka. Suka. Suka.

Jadi kalau periuk kuali banyak tu memang jimat ruang lah.





Ni second drawer bawah stove
Letak rempah ratus
Ye la,chef siam kan. haha

Ni la bekas putih aku kata tu.
Ni saiz kecik.
Yang besar tu aku buat letak sos kicap semua.






Ni drawer berul-betul bawah stove
Divider untuk senduk semua tu datang sekali dengan kabinet.
Senang time nak stir lauk bagai semua dah siap kat bawah stove.

Alhamdulillah walaupun dapur ni kecik
Dan tak grand dan mewah tapi cukup untuk chef siam junior cam aku nih..haha..

K,bye.
posted from Bloggeroid

Sunday, 3 November 2013

Home sweet home:Update rumah lepas setahun pindah masuk

Alhamdulillah rumah ni berjaya di'renovate' seadanya mengikut definition kitorang punya renovation dalam masa sebulan dari tarikh dapat kunci.

Walaupun takde renovation besar macam pecah lantai or dinding tapi kos nya boleh tahan gak.

Dulu-dulu masa muda aku nye mentaliti ialah nak beli tanah dan buat rumah sebab aku rasa lebih jimat dan mengikut selera kita.

Tapi bila dah mula pindah randah sebab kerja dan rasa selesa duduk kuala selangor ni aku mula ubah mentaliti tu. so aku mula tertarik untuk beli rumah siap. sebab banyak kes kena kelentong dengan kontraktor masa buat rumah. ye la kita kan jenis bekerja lepas tu kadang-kadang tak sempat nak jengah rumah yang tengah dibina tu macam mana, tau-tau siap nanti tak senonoh etc.

ataupun beli rumah siap tapi masih dalam pembinaan.
dulu sebelum beli rumah sekarang ni, aku dengan suami ada pergi tinjau satu showhouse kat taman melawati jaya.

pemaju ni memang bikin showhouse tu power abis.

kitorang tengok tu terus jatuh hati..fikir-fikir, bincang-bincang kitorang decide nak beli.

masa tu rasa financially in shaa Allah boleh lepas bayar semua.

lagipun pemaju janji rumah tu akan siap september 2012. masa kitorang bayar duit booking rm500 bulan mei 2012. jadi rasa macam confident dapat kunci by september 2012.

sekali lepas seminggu dua masa kitorang tengah survey pasal bank untuk buat pinjaman semua, tiba-tiba aku terfikir nak google pasal syarikat pemaju ni. 

sebab dia kata dia well-established company.
tapi google punya google takde pulak nama syarikat dia.

jadi lepas sepakat bincang dengan husband,
husband buat keputusan untuk cancel kan booking
sebab husband tak sedap hati katanya
lagipun rumah masih dalam pembinaan
masa tu rasa ralat jugak sebab design rumah tu memang awesome.
tapi sebab aku ni isteri yang taat maka follow je..cewah! hehe..

jadi kami pun survey lagi dan decide beli rumah yang sekarang ni sebab rumah ni dah siap dibina
tinggal bayar dan boleh dapat kunci terus.

rupanya berkat taatkan suami, memang betul rumah tu tergendala
sekarang ni kalau lalu pun, pembinaan masih berjalan tapi lot rumah yang kitorang book dulu tak siap pun lagi hoiii!!!


jadi para isteri di luar sana, taatilah suamimu selagi dia tidak melanggar syariat ok??
*ok ini selingan*

so ni aku just nak update rumah sekarang

jom layan gambar..

























In shaa Allah bila rajin nanti aku update details apa yang kitorang mekap kat rumah ni:)







Wednesday, 19 June 2013

Tak pernah puasa kat rumah yg sama sejak 6 tahun lepas

Alhamdulillah ramadhan datang lagi in few days time. Moga panjang umur kami anak beranak dapat sambut ramadhan tahun ni.

Bila di kenang balik aku tak pernah sambut ramadhan kat rumah yang sama for the past 6 years.

Kitorang nikah in 2006-after raya

2007 - sambut ramadhan as a student.
2008 - sambut ramadhan as a house officer (first year housemanship) kat hostel kuarters hospital seremban
2009 - sambut ramadham as a house officer still (second year housemanship) kat rumah taman permai seremban
2010-sambut ramadhan kat kiarters port dickson
2011 - sambut puasa kat rumah tanjung karang (kuarters hospital)
2012 - sambit ramadhan kat rumah in- law (kuala selangor) sebab rumah belum dapat kunci and kitorang tak de maid masa tu.
2013 - alhamdulillah kalau panjang umur tahun ni sambut ramadhan gilir-gilir rumah ampang and taman bayu alam.

Mantap tak tiap tahun pindah. Wakaka.

Serius penat pindah tiap tahun. Poket lagi penat. Nak bayar upah lori, duit deposit bil air and api lagi bla..bla..bla..

Anyway moga tahun ni lebih baik daro tahun sebelumnya. In shaa Allah.

*tengah gigih ganti puasa*

posted from Bloggeroid

Sunday, 14 April 2013

Kuala Selangor to Cheras

I am gonna travel from kuala selangor to cheras for this whole week. Husband is on leave for his coming exam next week. So he requested to stay in ks. I guess there should not be any problem since I am working in shift.

So this morning I started to drive as early as 550am and reached here sharp at 7am. Haha

First time ever since I am married that I travel alone for that distance.

U know how protective my hubby is kan?:)

Alhamdulillah with persistent speed of 110mph I guess 1 hour 10 mins is a good job.

Will be going back to kuala this pm. Hopefully person for pm shift will come punctual at 3pm so that I can reach home by 4.30 at least.

Wish me luck!

posted from Bloggeroid

Thursday, 7 March 2013

Going home

Today I am am shift.
Tomorrow also am shift. But I am taking leave on sunday. Going back to my heaven, Kuala Selangor!

Ohhhhh...I miss my home so much. I havent go home since last month.

Haih...how la my pokok semua..dahla my in law pergi umrah. Of course the house will be left empty...


Oh..cant wait for tomorrow. After work go back straight!!

Kuala Selangor! Wait for me!

Wednesday, 23 January 2013

Wednesday, 26 September 2012

Sudah dapat kunci rumah baru!!!

Alhamdulillah. Pada 7 september 2012, selepas beberapa episod'komplen', memburu pegawai urusan jualan pkns, pembantu peguam bank, maka dapat juga kunci rumah kami!! Hoho...;))

Pagi tu lepas bayar duit elektrik dan air, terus call juruteknik yang pegang kunci untuk ambil kunci rumah. Excited beb.. Huhu..

Alhamdulillah..syukur akhirnya dapat juga kunci..lebih kurang pukul 11 am macam tu kami pun masuk dengan lafaz bismillah dan check la defect..

Syukur PKNS dah baiki defect semua sebelum pass over kunci kat kami. Huhu..agaknya takut aku komplen lagi kot.. haha..

Petang tu lepas solat jumaat teru pergi kedai hardware survey tukang buat rumah.

Yela, rumah tu kan tiga bilik je. Takde stor. Ruang dobi pun kat luar- terdedah je.. so kami cadang nak naik dinding je. Sebab bumbung dan lantai dah ada. Alhamdulillah ALLAH mudahkan. Terus dapat contact number Indonesian ni. Namanya Antor.

Petang tu juga dia datang. Deal punya deal kami terus ambil dia untuk naik kan dinding, cat, alih sinki, pasang sinki, kepala paip,paip. Barang kami beli sendiri. Upahnya pun murah dan berpatutan.

Lepas tu bermula lah sesi cari orang wiring, plaster ceiling, call chinese yang tint tingkap, cinese yang pasang kabinet dan wardrobe, call orang yang flooring tu sekali.

Plan kami untuk rumah ni:
1. Naikkan dinding untuk jadikan stor kat belakang.
2. Simen sebahagian backyard untuk tempat sidai kain
3.Tukar cat
4.Tukar design untuk plaster ceiling- sebab rumah ni dah siap ada plaster ceiling
5.Tint semua tingkap dan sliding door
6.Pasang grill rumah
7.Tambah/ alih point lampu,kipas, aircond - kerja2 wiring( maklumlah,aku suka rumah aku terang benderang)
8. shopping lampu,kipas kat houses lighting
9.shopping kat ikea( ni sangat lah excited)
10. shopping kat houz depot...

hm.. dah lah husband nak exam 11 september..mujur lah dia sudi spend masa sikit untuk gi survey tukang buat rumah etc.. hehe


meh tepek gambar sikit






living room



kanan: master bedroom
kiri: toilet 2


 bilik 3 @ bilik study husband


 dapur, kecik ler sangat


terrace 



hm.. tu lah rumah aku..kecik je.. k, next entry pasal renovation ye..