Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, 19 June 2014

Sofina 2.1 and finale

ok, dulu-dulu aku bukan online buyer..
sebab aku skeptikal pasal pembelian melalui online..
pendek kata takut kena kelentong la kan..

tapi sejak beberapa kali aku bayar booking hotel via online dan alhamdulillah takde masalah tipu-tipu ni, maka aku mula berjinak-jinak dengan online shopping nih..

so, haritu masa aku bukak IG explore aku perasan few pictures yang tagged as #sofina21..

sebab aku ni sangat sensitip pada kehadiran beg yang lawa maka aku terus explore all hashtag #sofina21

ouwwwhhhhh...beg ni continuation of sofina rupenye..

aku pernah tengok dulu
asalnya sofina ni inspired by vivy yusof..

tapi sebab sofina 1 tu aku tak berapa berkenan so I don't give a damn..

TAPI........


sofina 2.1 ni sangat canteeeeeeeekkkkkkkkk... *lap air liur*

lepas aku goggle sana sini, rupanya kali ni vivy yusof collaborate dengan sometime untuk produce the new sofina..

ok, sofina 2 aku dah terlepas memang tak boleh buat apa..
maka meroyan dan termimpi-mimpi pasal beg nih..
berdoa tiap hari moga-moga diorang restock beg ni balik..
alhamdulillah after 1-2 weeks
haritu sometime restock the bags  but as usual limited time sale via their website, alhamdulillah aku berjaya beli..

adrenaline wei tak le kata..

dia kata bukak kul 11am, tepat kul 11am, terus server down...s**t sangat rasa..
lepas click refresh banyak kali baru dapat beli
tu pun kalo ko click lepas tu terhegeh-hegeh nak bayar memang la by the time ko 'place order'
terus 'out of stock'..

nangesssss...
yang best beg ni harga dia memang affordable..iaitu rm169..
lepas tu walaupun dia synthetic leather tapi quality memang tip top gittew..
lepas tu untuk peminat tote bag, bag ni memang la untuk korang..

dia sangat spacious, banyak poket and comes with 2 long straps
satu studded, ni kalau nak nampak funcky and chic
satu plain adjustable long strap..ni kalau casual wear sesuai..

dan kalau hand carry memang lawa..classy sangat..
handle dia pun agak panjang..
kalau ko jenis bahu tak banyak lemak, ko still boleh shoulder carry kat handle tu..

so far collection aku ada 4 colour..


aku beli mula-mula dapat 3 warna je..
oren, mint and neon yellow

hari parcel sampai hari tu gak aku lenjan pakai


ni colour mint..aku match kan dengan kasut tiamo mint tuh..


ni kaler neon yellow
menyerlah sangat...

ni barang-barang yang aku selalu angkut
datin suka mekap kannnnnnn..ekeke

ni pulak kaler turqoise..
kaler favourite..
sebab dia nampak elegant sangat..


<img alt="sofina 2.1 " src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgw5xKgk-iilf-qTQHvuuWtmanwiNfeuYXpsr_5feXptXnDrlkcKVttWnO3p7eh1itCYkzDdyriZWZ3bf_-ijx3aMnQCMPOCYUeeqamSs0Pzgoy3V92QwzGnVaUZILYFnnyZNzIiyEEoUTf/s1600/20140611_141731.jpg" />


ok yang fuchsia tu beg anak aku
dia lenjan nenek dia nye beg and beg tu bukan sofina hokkayy..

haha..


ok,

untuk korang yang rasa terliur nak beli, 
sekarang ni sometime dan fashionvalet tengah bukak for pre-order..
start semalam 11am sampai malam ni 11pm..
ETA untuk kalau order kat sometime 20 august 2014
ETA untuk order kat fashionvalet 24 august 2014


sila beli sekarang sebab after this confirm they will cease the production..
takde lagi dah restock ke, final ke finale ke apa takde dah..

so, go and grab yours NOW!

ni link dia





Wednesday, 4 September 2013

Bersalin : Apa barang nak bawak masuk hospital bila nak bersalin

gatal nak cerita pasal ni.

bukan mengandung pun atau bercadang nak mengandung dalam waktu terdekat. tapi saje nak cerita sebab teringat pasal bersalin masa meng'update' entry diaper bag.

ok, ni antara barang-barang yang aku rasa perlu disiapkan awal-awal dalam satu beg bila pregnancy dah cecah 36 minggu.

maknanya kalau ko travel pergi mana-mana masa 36 minggu ke atas tu, beg ni wajib duduk dalam bonet on top of beg baju ko yang lain. ye lah, kpt nak terberanak karang, senang, laki ko boleh hantar terus pergi hospital, barang semua dah siap.

ok, barang-barang ni yang aku pack siap-siap

Barang BABY


  • 1 beg balik kampung - saiz sederhana
    • nak isi barang ko
  • 1 diaper bag simple dimple
    • nak isi barang baby
  • napkin -5 helai
    • guna untuk bedung baby
    • guna untuk pakai lepas baby lahir sementara tunggu dia kencing and berak, lepas tu dah boleh pakai diapers. sebab kalau pakai diapers terus nanti tak perasan dah kencing belum.
  • diapers 10 keping
  • wet tissue
    • nak lap masa baby buang air besar and tukar diapers
  • barut baby - 6 pasang
    • pakai lepas mandi
  • baju lengan panjang dan seluar panjang 2 pasang
  • baju lengan pendek dan seluar pendek 4 pasang
  • mitten - 2 pasang
  • booties - 2 pasang
  • cap baby - 1 helai
  • handkerchief -2 helai
    • nak lap mulut baby bila terjeluak lepas ko sendawakan post feeding
  • nappy rash cream
    • penting untuk ko sapu tiap kali tukar diapers untuk elakkan nappy rash
  • minyak panas baby - yu yee oil or minyak telon
    • sapu kat perut, tapak kaki, ubun-ubun dan belakang telinga lepas mandi
  • baby oil  
    • baby baru lahir kulit biasanya kulit menggelupas dan akan salin kulit, so jangan letak bedak dulu, takut ruam or allergic. so baby oil ni ok sebab boleh cepatkan kulit baby salin baru cepat and kalau ada craddle cap pun senang tanggal.
  • bantal baby
  • selimut baby
  • towel baby
  • plastik
    • isi baju kotor baby
Barang Mummy

  • kain batik 
    • 3 helai
    • ni guna untuk ganti kalau sarung hospital ada kena darah nifas
    • guna untuk alas nak letak baby atas katil
    • guna untuk alas katil takut darah nifas kena katil 
  • pakaian dalam 5 pasang
    • bawak panties lebih sebab biasanya first 2 days of delivery especially beranak biasa, darah nifas keluar banyak sikit. kalau flooding sampai kena panties, senang nak tukar.
  • pad overnight
    • first 2 days memang aku pakai ni tak kira siang or malam sebab flow memang heavy especially bersalin biasa. kalo caesarean section tu tak banyak sangat
  • pad maxi wing
    • masa 3rd day nak balik tu dah boleh pakai pad maxi wing, tapi still kena kerap ganti
  • corset
    • kalau beranak biasa, lepas bersalin dan dihantar ke wad, bila dah mandi and nak salin baju, boleh pakai corset terus. tegap sikit rasa perut tu, tak la menggeleber je.
    • jangan bawak yang tradisional yang kena pusing-pusing tu, leceh sebab kat hospital
    • kalau bersalin caesarean section, jangan pakai corset, tapi boleh pakai girdle - kurang skit, kurang guna otot perut. selesa nak bangun, baring untuk susukan anak etc.
  • stokin
    • 3 pasang
  • sweater - 1 helai
  • toilettries
    • deodoran
    • syampu
    • shower gel
    • facial cleanser
    • mekap sikit
    • masa bersalin kan berpeluh-peluh, penat bagai. so, lepas bersalin tu harus la pergi mandi, syampu rambut, pakai deodoran, pakai baju hospital and sarung baru yang bersih. sikat rambut, ikat tinggi-tinggi, pakai bedak sikit kasi berseri muka.
  • minyak kayu putih
    • aku sapu kat perut lepas mandi masa nak pakai corset and tapak kaki sebelum pakai stokin. syok! rasa hangat je.
  • mug 
    • untuk ko minum-minum lepas bersalin nanti. kalau nak tunggu hidangan hospital, maknanya ko minum 3 kali je la sehari. tak boleh macam tu. sebab ko nak breastfedd anak ko kan, so kena pastikan badan ko well hydrated.
  • milo 3 in 1 - 6 sachet
    • lepas bersalin je, masa kat labour room lagi ko akan rasa haus gila. ko akan terbayang milo panas. aku tak tau kenapa, tapi aku tanya few staffs and frineds, memang lepas bersalin rasa meroyan gila nak minum milo. maybe sebab baru berhempas pulas berjuang nak bersalin kan. maka tenaga dah habis, so ko perlukan hot milo lepas tu.
    • aku masa lepas bersalin kan khadijah, elok je teguk milo panas dua mug besar terus. lapar dan haus!
  • thermos kecil
    • nanti bila waktu melawat dah habis and ko kelaparan, tak la ko menyusahkan laki ko nak datang hantar makanan, so ko boleh bancuh milo panas ko sendiri kan, buat alas perut
  • tumbler - besar
    • untuk isi air kosong
    • kejap-kejap ko kena minum untuk pastikan bekalan susu ko berterusan dan banyak
  • sepasang baju, seluar and tudung 
    • ni nak pakai masa ko keluar wad nak balik rumah
    • takkan nak pakai kain batik kot. tak glamour dowh
  • plastik -2
    • nak isi baju kotor
    • nak isi uri baby
ok, tu je dulu. nanti cerita tips lepas bersalin pulak eh.

Bye!

Tuesday, 3 September 2013

Cerita Siti: Diaper bag - barang- barang yang diangkut bila travel - short or long distance

ok, aku tergerak hati nak cerita pasal ni sebab baru beli diaper beg untuk kakak dengan adik.

dulu aku pakai beg ni.



note: gambar ehsan google


beg ni aku beli masa kakak dalam perut lagi.
aku beli kat jusco midvalley.
harga rm89.90

aku beli yang warna kelabu.

masa tu beg ni tak famous sangat.
beg ni baru keluar masa tu.

aku masa tu berkenan nak beli beg yang agak feminin,
yang warna pink yang jenis sandang kat bahu.

tapi husband tak nak sebab dia kata nanti dia jugak yang mengangkut beg tu semua
so, kena beli beg yang tak feminin

jadi husband akhirnya pilih beg ni.

beg ni aku pakai dari tahun 2009 sampai tahun ni.

sebab aku buang beg ni dan ganti baru ialah tali dia dah start koyak
hard cover depan tu pun dah calar.

asalnya masa adik dah lahir pun aku nak ganti baru sebab dah tak muat nak bawak barang-barang budak-budak berdua ni.

tapi sebab beg tu still in good shape, membazir pulak rasanya.

jadi bertahan je la tiap kali keluar, bawak dua beg.

satu ada diaper and baju.
satu lagi beg susu...phew...leceh gila.

jadi bila beg kelabu tu dah jahanam, maka tak ralat langsung nak ganti baru.

sebab puas pakai sampai 4 tahun.

yang ni beg yang baru.








masih brand simple dimple.
tapi aku beli papa bag.

bentuk segi empat, jadi ruang kat dalam tu memang luas.
masih mengekalkan ada hard cover
cuma kaler jela kureng sikit
sebab yang tinggal kat kedai baby kat kuala selangor tu kaler hijau je.

cari kedai lain semua dah habis stok.
beg ni best sebab bila kita bukak isi dalam tak senang berterabur, sebab design dia masa terbukak, akan terkepak macam ni je.

ok, ni nak cerita isi diaper bag pulak.

ni antara benda penting yang aku rasa perlu la untuk diangkut kemana-mana bila bersama anak.

be it pergi shopping complex or travel jauh dan bermalam.


  • diapers
    • size M untuk adik 
    • 2 keping
    • jenis pull up pants
    • biasa kat rumah pakai diapers jenis gam biasa tu ssb travel, yang pull-up pants tu lebih senang
    • kakak dah tak pakai diapers tapi still bawak satu saiz XXL pull up pants 
      • sebab kadang-kadang kalau jalan jammed dia dah tak tahan nak terkucil, so guna masa emergency je.
    • *tips : guna pull-up pants masa travel sebab kadang-kadang kat toilet awam tu tak bersih untuk baringkan anak masa nak pakaikan diapers
  • baju & seluar
    • 2 pasang seorang
      • kot- kot muntah ke apa, bila dah ganti ada lagi sepasang untuk spare

  • napkin
    • biasa 2 helai
    • guna kalau muntah untuk lap 
    • atau buat blanket masa tidur dalam kereta or stroller

  • handkerchief
    • 2 helai
    • untuk lap mulut masa makan atau lepas makan
    • lap mulut lepas minum susu
    • tapi sekarang ni jarang guna berbanding masa adik masih baby sebab breastfeeding masa tu

  • diaper change mat
    • ini dapat free sekali dengan beg
    • senang lipat, ringan berbanding yang alas getah tu

  • drapolene cream
    • guna masa tukar lampin
    • drapolene ni penting untuk cegah nappy rash.
    • *tips: apply sebelum nappy rash naik.
      • alhamdulillah kakak dengan adik tak pernah kena nappy rash sbb drapolene ni memang diamalkan sejak hari pertama diorang lahir
  • shampoo head to toe 
    • bawak yang travel size or yang medium saiz
    • guna masa istinjakkan kakak
    • guna masa mandikan anak-anak masa travel
    • *tips : jangan beli asing shampoo and body wash. makan ruang sebab dua botol. ni senang, sebotol tapi serves 2 functions.

  • minyak yu yee
    • guna lepas mandi or change diapers

  • vicks
    • guna lepas change diapers
    • guna masa hidung anak-anak tersumbat masa dalam kereta

  • wet tissue
    • sangat penting untuk tukar diapers
    • guna kalau anak muntah
    • masa anak tumpah makanan or minuman baik dalam kereta or stroller

  • panties
    • 2 helai

  • milk dispenser
    • ada dua.
    • satu untuk kakak, satu untuk adik

  • botol susu
    • total dua botol masing-masing
    • sorang sebotol (yang kosong)
    • sebotol sorang lagi dah siap bancuh
      • bancuh lebih panas dari selalu
      • letak dalam insulated bag
      • *tips : beli yang inner side warna macam ni- grey. bukan yang berkilat tu. yang berkilat tu biasanya tak tahan panas


bag ni dah pakai 4 tahun jugak :))
tahan panas dalam 2-3 jam


  • thermos
    • thermos ni brand thermos
    • dah 3 tahun guna
    • maintain heat 8 jam
    • *tips : beli brand thermos. brand lain biasanya mahal tapi tak tahan lama

  • botol air 
    • untuk isi air suam or air panas mati (suhu bilik)
    • guna untuk bancuh susu
    • aku guna brand tupperware
      • *tips brand tupperware atau seangkatan sebab senang nak cuci, tak berbau, selamat dan tak leaking.
      • kalau tak naya diaper bag korang berendam dengan air

  • tumbler
    • ni yang ada straw untuk anak-anak minum air kosong
    • *tips : aku suka brand tupperware ni sebab tahan lasak, tak leaking, senang nak cuci sebab ada berus khas yang dapat free masa beli.
    • dulu aku beli macam-macam brand tapi tak tahan lama sebab sekali anak baling terus pecah or retak, then senang leaking and susah nak cuci celah-celah straw

Saturday, 31 August 2013

cerita stroller

aritu aku baru beli stroller untuk kakak.

kakak dah 4 tahun. ye, aku tau agak besar untuk duduk dalam stroller.
tapi kalau keluar jalan-jalan, it is a bit difficult to control her from running around the mall or make her sit still while we were shopping.
tambah dengan recent issues on child kidnapping and abduction.
lagi seriau rasa.

kakak pun lepas jalan-jalan nanti bila penat dah minta nak di dukung.
mau patah pinggang nak dukung kakak wei

dan dia still bottle feeding.
nanti bila dah haus susu, mana pulak nak cari tempat dia nak landing untuk menyusu.

jadi atas sebab-sebab itu maka kau still letak kakak dalam stroller masa pergi jalan-jalan.

sejak ada anak, aku dah beli lima stroller.

stroller pertama adalah yang ini






 JUSTIN stroller sweet cherry


stroller ni aku beli masa kakak baru habis pantang.

masa tu mak aku sakit and still warded kat hospital selayang.
so masa tu susah nak dukung kakak untuk ke hospital tengok mak.

so husband decide untuk beli stroller.

ye la masa tu anak sulung kan.
tak ada pengalaman kan.
jadi kitorang beli ni sebab stroller ni boleh recline flat.
dan ada bakul bawahnya.

masa tu aku faktor harga pun memainkan peranan jugak.
tak mampu nak beli stroller harga ribu-ribu or 400 ke atas.

stroller ni masa tu harga dalam rm240-rm280 aku dah tak ingat the exact price.
stroller ni sesuai untuk newborn sampai umur 4 tahun.

tapi kitorang tak pakai lama dan jarang pakai sebab

  • kakak tak suka stroller ni sebab belakang tempat sandar tu keras.
  • walaupun boleh recline flat dan sesuai kalau anak nak menyusu or tidur, tapi ia tak boleh tegak 90 degree
    • so kakak akan nangis sebab dia tersandar dalam 70 degree. tak selesa
  • panas
    • padding dan alas jenis canvas so panas and baby berpeluh-peluh time tidur
  • bulky
    • masa tu kitorang pakai proton  saga. tak beli mpv lagi
    • muat kat bonet kereta tapi nak isi bakul susu, baju, tilam etc masa travel jauh susah sikit
so lama-lama kitorang abandon stroller ni sebab bila bawak pergi shopping mall kakak akhirnya berdukung dan aku kena tolak stroller kosong.

penyelesaiannya : kakak didukung dalam baby carrier.

kitorang guna baby carrier ni dari kakak umur lepas pantang sampi dia umur setahun dan boleh berjalan.

dan..stroller tu aku bagi kakak aku sebab dia takde stroller masa tu.




Baby love snuggo baby carrier 4 in 1

banyak betul jasa baby carrier ni.

alhamdulilah berbaloi beli sebab guna sampai rosak.
jadi bila nak buang pun tak ralat.


jadi bila kakak dah besar sikit dan dah boleh jalan, kitorang beli buggy ni.


My dear buggy ( tak sure apa nama siri buggy ni)



buggy ni beli kat kedai one world baby kat kuala selangor.

masa tu ada diskaun.
harga kalau tak silap rm89. yang pastinya bawah rm100

buggy ni sangat bagus.

  • boleh recline flat bila kakak nak susu or tidur
  • boleh tegak 90 degree
  • penyandar kain, lembut dan selesa.
  • kain tak panas
  • ringan
    • senang nak travel even dengan flight
  • umbrella style easy folding
    • senang nak angkut sebelah tangan
    • muat dan tak makan ruang bonet
lama jugak kitorang guna buggy ni sampai kakak cukup besar dan tayar dah start gelong.

Lepas tu baru kitorang beli stroller ni pulak
masa ni beli awal 2013 lepas adik lahir.





Sweet Cherry City

so buggy tu kitorang letak kat rumah mertua sebab kalau budak-budak ni nak teman nenek nya berkebun petang-petang, adik boleh letak dalam tu.

stroller pink ni stroller sweet cherry jugak

masa beli tu lebih kurang rm300

stroller ni yang bagus:

  • boleh ditegakkan
  • relatively ringan
  • boleh fold macam umbrella
  • ada poket kat belakang
    • boleh letak diapers or apa-apa barang baby
  • bakul besar bwah seat
    • boleh letak barang shopping
  • ada peep window dekat hood
bila adik dah besar sikit dan dah tak larat nak didukung dalam carrier,

kitorang letak adik dalam stroller pink dan kakak kitorang beli stroller prime ni pulak



Sweet Cherry Prime



stroller ni

  • lebih kukuh
    • tayar lebih besar, so seuai untuk kakak yang lebih besar
  • ringan lebih kurang macam yang pink
  • boleh lie maximum 20 degree recline tapi tak boleh tegak 90 degree
  • bakul shopping agak besar jugak
  • ada peep window dekat hood

stroller ni masih guna sampai sekarang.


stroller pink tu last two week tiba-tiba terbarai masa aku turunkan dari bonet mpv untuk bawak budak-budak ni naik lepas sampai dari kuala selangor.

sebelum tu, satu screw tertanggal and stroller ni terbarai. 
ni terbarai lagi and irreparable

so dump terus

kitorang pun start la survey apa stroller yang sesuai untuk ganti
mula-mula kitorang cadang tak nak beli stroller baru
adik guna stroller prime dan kakak boleh guna trolley shopping cart macam kat tesco tu or jalan je

tapi memikirkan kalau kat klcc tu mana pulak aku nak carik trolley - shopping cart tu, 
dan faktor-faktor risiko kena dukung kakak bila dia dah penat jalan etc,

kitorang decide beli jugak stroller baru.

stroller baru masa tu yang di shortlisted kan adalah

  • buggy my dear

    • design awesome gila
    • ringan
    • umbrella style folding mechanism
    • compact - jimat ruang
tapi kitorang tak beli sebab buggy ni tak boleh recline langsung
jadi aim untuk memudahkan kakak tidur atau menyusu tak tercapai.
so tak jadi beli.
  • sweet cherry SCR3
    • design lawa
    • nampak lebih stable
    • sesuai untuk budak umur 6 bulan till 4 tahun

  • sweet cherry SCR6
    • design lawa - 3 roda
    • roda besar dan stabil
    • boleh tegak 90 degree
    • boleh baring flat
    • ada peep window kat hood
    • boleh attach dengan car seat sweet cherry SCR7 - kena guna adaptor

  • sweet cherry SCR11
    • besar -sangat sesuai untuk budak umur 4 tahun ke atas
    • design ok
    • boleh baring maximum 20 degree
    • ada built in bottle holder kat besi pengadang depan and handle
survey punya survey, akhirnya we came to the conclusion to buy SCR6

banyak blog yang aku review kata SCR 6 ni ok tapi down side dia adalah bulky size even in folded position

tapi memandangkan aku memang travel dengan mpv so, apa point beli mpv kalau stroller pun tak boleh letak kan?

jadi kitorang beli la akhirnya

yang paling best adalah colour favourite aku. merah...auuummmm.
hehe.


jadi kesimpulannya untuk pendapat aku kalau nak beli stroller adalah

1. budget - sebab harga stroller memang boleh cecah beribu. memang la kualiti bagus etc. jadi kena pastikan practicality dan berbaloi ke tak duit yang dikeluarkan dengan penggunaan stroller tu kelak

2. saiz - kalau korang pakai kereta kompak macam myvi, viva atau swift yang bonet tak berapa luas, baik consider beli buggy.

3. umur anak - walaupun buggy biasanya lebih sesuai untuk budak 6 bulan ke atas, anak ko kan akan membesar?
takkan selamanya umur dia 2 bulan kan.
dan biasanya budak bawah setahun jarang yang nak duduk dlam stroller lama-lama.

kalau korang perasan kat shopping complex tu kesian kadang aku tengok.
beli stroller harga beribu, banyak benda extra, design lawa superb tapi anak still dukung,
meraung bila letak dalam stroller,
lepas tu mak sorong stroller, abahnya lebam mendukung anak.

jadi kalau anak bawah setahun, elok la ko gendong je dalam carrier.

4. kekerapan travel - kalau ko selalu travel especially travel abroad, buggy memang lebih sesuai sebab senang korang naik flight, senang nak fold etc.

tapi kena la beli buggy yang mahal sikit, maksudnya lebih stable, kukuh dan higher endurance untuk travel jauh-jauh.




Friday, 30 August 2013

susahnya nak cari tempat makan selesa!!!

korang pernah tak ada masalah nak cari kedai makan yang selesa?
aku tak pasti korang, yang pastinya aku ada masalah ni.
selalu.
boleh kata setiap kali nak makan kat luar.
yang mana akhirnya kitorang laki bini akan decide tapau makan kat rumah or masak je

sebabnya?

dulu aku dengan laki aku adventurous.
kitorang suka try tempat makan baru.
suka makan kat gerai sebab biasanya tomyam and masakan panas gerai lebih sedap.
especially masakan thai etc.

tapi sejak ada anak dan sejak anak dah bertambah, kitorang start jadi pemilih.
bukan poyo gatal nak makan tempat posh saje-saje
tapi sebab bila ko dah ada anak, ko kena cari tempat makan yang tak sesak, tak panas dan tak terlalu bising atau terlalu eksklusif.

sebab...

nanti kalau tempat tu sesak dan sempit, macam kat gerai-gerai tu,
macam mana ko nak mobilize around bila anak ko histeria nak main sudu garfu bagai?
atau bila dia menjerit sebab boring duduk dalam baby chair tu?
ko nak bangun je, masa ko tolak kerusi tu ko akan push kerusi orang belakang.

lepas tu bila ko dah bangun kutip mainan yang anak ko campak tu, dia nangis nak susu, ko kena bangun lagi nak buat or capai susu, member meja belakang dah start berbulu and tarik muka.

lepas tu bila anak ko menjerit throwing tantrum sebab panas,
badan anak ko dah melekit, badan ko pon dah melengas, muka ko dah berminyak,
hati ko pun cepat je nak menggelegak

makanan panas-panas pun sampai,

time tu la anak ko nak capai mangkuk, sudu,
nak cedok kuah tomyam favourite ko tu,
ko nak tepis tangan dia, at the same time meja gerai tu pulak jenis meja empat segi main mahjung, salah letak cawan, senget pastu tumpah.

ko nak kena tepis tangan anak kp. tersalah tepis ko elok je tertepis cawan jatuh tumpah. dang!

lepas tu anak ko tak dapat main cawan, dia cranky menjerit and nangis sampai muntah. dang! lagi.

lepas tu pulak gerai tu pkat pasang radio lagu heavy metal or dangdut sekuat-kuatnya.

elok sorang nak je nak handle, anak yang tengah tidur dalam stroller pun bangun. aduh!!!

bangun meragam pulak tu, tak nak kat abahnya. nak kat ko gak. kan tertekan tu??

lepas tu yang anak yang besar tadi bila makan nak gak ko suap.
bukannya laki ko tak menolong, tapi situasi tu just buat ko naik gila..haha!!

so macam mana nak menikmati makanan?

hilang mood weh. hilang!

maka sebab itu lah aku dengan laki aku kalau nak berhenti makan, kitorang akan discuss in great detail setiap gerai yang terlintas di kepala otak.

maka akhirnya kitorang biasanya akan makan kat tempat yang biasa kitorang pergi sahaja.

jarang la kitorang nak makan tempat baru melainkan kalau masa tu kitorang keluar berdua atau adik tinggal sebab tidur so kakak je yang ikut kitorang keluar.

kalau kitorang pergi shopping complex pun laki aku memilih gak tempat makan.
biasanya bukan isu 'nak makan apa' yang jadi penentu tapi 'tempat makan mana lengang takde orang' tu yang menentukan kat mana kitorang nak makan.

dan kata lah kalau aku teringin nak makan something yang tak feasible untuk kitorang bawak anak-anak, maka kitorang akan set lunch or dinner date berdua je. sonang. masuk makan, borak, balik.
tapi still rasa kekurangan sebab tak best sebenarnya berjalan berdua takde anak.
rasa rindu.

rindu dengar diorang dua beradik gaduh pastu berbaik, gelak-gelak,
bergurau sesama sendiri,
tengok dvd upin ipin dalam kereta.

jadi udahnya kitorang cuma makan kat rumah yang mana biasanya aku masak atau tapau
or makan kat tempat yang biasa kitorang pegi. walaupun boring dengan menu yang ada..

ni antara tempat kitorang selalu pergi untuk makan kalau kat luar

1. secret recipe

  • takde muzik hingar bingar
  • ada air cond - tak panas
  • kerusi and sofa selesa
  • meja stabil, air dan sup tak de tendency nak tumpah or senget
  • ruang luas, boleh bawak stroller

                               
2. wong solo

  • kalau ada air-cond- sejuk
  • kalau takde air -cond - siling tinggi - good ventilation
  • ada toilet and surau
  • space luas, boleh letak stroller


3. Black canyon

  • menu sedap
  • tak bising
  • ada air cond
  • luas ble bawak stroller
  • ada high baby chair

4. u cafe- wangsa walk

  • menu sedap
  • tak panas
  • tak bising
  • tapi sempit sikit nak bawak stroller, so duduk tingkat bawah je

5. johnny's restaurant

  • jarang order steamboat- makan space atas meja
  • tak bising sangat kecuali weekend
  • menu - sedap
  • stroller boleh tinggal kat receptionist depan entrance

6. kenny rogers

  • lebih kurang macam secret recipe

7. restoran sri kampung - kuala selangor

  • ada air cond
  • tak bising
  • tapi menu limited

8. Bangkok restaurant, pasir penambang kuala selangor

  • takde air cond tapi ventilation bagus
  • tak ramai org so lapang kepala otak
  • menu sedap

9. other fast food -pizza, kfc, wendy, burger king or nando's

  • lebuh kurang macam secret recipe
so ini la sebab dia kitorang tak suke pergi klcc or mid valley. 
selain sebab tempat makan, 
adalah sebab jauh nak jalan sebab nak tolak stroller dua, lif jauh-jauh, parking pun jauh-jauh.
nak solat, surau tak banyak dan kecik,
toilet jenis takde air, guna tisu semata....eewwww

maka kitorang laki bini cuma suka pergi aeon jusco.
tu pun aeon jusco yang tak besar sangat.
sebab kalau tak besar sangat, tak crowded sangat orang yang datang.
parking pun senang cari.
surau tak sesak
toilet pun bersih dan ada paip air
senang nak tukar diapers and buat susu
senang nak makan sebab list kedai makan yang kitorang suka pergi pun banyak.

boleh shopping dengan selesa
makan selesa
pergi toilet selesa
solat selesa
uruskan anak -susu, diapers etc pun selesa.


Friday, 19 July 2013

Ashraf muslim dan poligami

hm..kecoh sekarang ni pasal asraf muslim kahwin lain.

so tetiba rasa gatal nak komen

aku tak berani komen pasal poligami tu sendiri sebab poligami tu halal dalm islam dan sunnah nabi. maka kita sebagai orang islam tak boleh mengharamkan benda yang halal atau mencemuh poligami itu sendiri, sebab ia seolah-olah mencemuh sunnah nabi.

apa yang kita boleh bincangkan or komen adalah individu tu sendiri.

aku tau hati isteri mana yang tak hancur bila membayangkan suami ada isteri lain. apa yang selama ni rahsia kita suami isteri , sekarang orang lain pun boleh share tapi dia dengan suami kita je kan.

itu pun aku tak berani komen sebab tak kena kat batang hidung sendiri.

tapi apa yang aku rasa tak kena adalah dua-dua pihak ada salah sendiri.

ashraf sendiri sebagai suami kalau betul nak berpoligami ,tak kira la atas alasan apa sekalipun, tak boleh la tak jujur dengan isteri. kesian isteri. rasa diperbodohkan dek suami.

dayana pulak, tak sewajarnya post kat facebook pasal aib suami. yes, maybe suami dia fault and tak sempurna langsung tapi selagi dia bergelar isteri, haram untuk dia aibkan suami. sebab suami dia tak buat apa-apa yang dilarang oleh syarak betul tak?

ye, aku tau mesti korang rasa aku poyo tapi ini cuma pendapat peribadi aku, terpulang korang nak fikir macam mana tapi aibkan suami tetap salah..

k,sekian. apa pun aku doakan yang terbaik untuk pasangan popular ni.

wassalam.

Monday, 6 May 2013

Post Demam Pilihanraya

The result is there. No point of cursing
No point of mumbling. No point of whining. U made your choice. U had crossed which side u want to lead u. It is all your choice.

I hope this 5 coming years, selangor will work harder. They have a lot of work to do to prove to the people out there.

Whatever happened, it always happen for good.

posted from Bloggeroid

Friday, 3 May 2013

? Curfew

Wah wah lama gila tak update..

I am morning shift today. Taking leave tomorrow. To go for polling. Undi mana? Rahsia beb..hehe

I hope everything will goes well. Early morning tomorrow will go for my kawasan. After that go back straight to kuala selangor for husband's kawasan pulak.

There are rumours saying that there will be a chaos post election day. And we have to start stocking up the groceries thingy and foods. Haih...why la. Grow up people!! If u lose then accept it. Be a man. Ini macam budak2. Pathetic psycho!

Whatever it is I am heading to tesco after work with my lil princess for.groceries shopping. Yeah who knows right.

Till then.
posted from Bloggeroid

Thursday, 7 March 2013

Love..

Kih kih...topic gedik.

Ala bukan ada orang baca pun kan?

Actually I posted this story after went through my fb and noted lots of my younger friends are getting married.

Wished them all the best. Marriage is a heaven. But u have to maintain it or it will be your hell though..hehe

Well, this year will be my 7th year of my marriage. How fast time flies!

I have 2 daughters now. My precious other than mu husband.

The memory of meeting my husbans is still fresh in my mind. We met actually in 2003. We were freshies in our first year of life as a medical student.

But we never talked to each other. He already had a girlfriend at that time. And after a while I also had a boyfriend during my second year in medical school.

And another reason is I hated him so much at that time. Haha! Why? Because he bombarded my group with a high tech question while we were presenting our topic during a seminar.
He really pissed me off..

So I'd been avoiding him since then.
Until in 2005 we were accidentally worked together in a community project. Yeah after that somehow i feel so comfortable with him.

He has been such a wonderful bestfriend. Yes. Bestfriend. Until now. He will be there whenever I need him. He wont backstab me. He will do everything for me. He is such a good councillor. He knows what and when to say things that I need to hear. He understands me so well!...oh I love u husband.

Since we have been together, he never let me go anywhere alone. Even to go to my class or for makan. Unless I go with my other friends la.

He will wait patiently in front of my dormitory block to accompany me to class (jalan kaki of course) or bring me out for makan. He will pick me up and send me back. Without fail..

Yeah, that's the word. CONSISTENT.

He loves me consistently since the first day we fall in love.

Yuckss.
Geli heh? Hehe

And that's the reason I left my ex-boyfriend. And I never regret.

I love my husband so much. We are so clinging together and we will spend sometimes together no matter how busy we are. We will try our best to talk to each other and exchange stories about our daily lifes at work and also to ventilate all the anger, disappointment or anything..haha

He likes to describe our relationship as' serasi'.
We compliment each other. I accept his lacks as what he is and does he so.

So, can't wait for 3pm. Going back to see my babies and have spa today!

Yeehaa! Bye!

Protective Hubby

Hi...

I wanna go to spa!

I wanted to go since my first baby lagi but there will always be halangan..haih..
Dah tentu la masa. Sebab my nature of job yang odd hours ni kan. Then recently sejak i joined private sector, my husband dah pesan awal-awal. Take your own sweet time and go for spa, facial treatment and london weight management! (damn, kata i gemuk la tuh!)

So today is my off day. Tomorrow i ll be working morning shift. I planned to go to the manjakaki reflexology yang kat
tesco ampang tu. I saw a lot of people queing there this morning when i went for groceries shopping, tapi i postponed the plan sebab bawak hajar as well.. Cane nak therapy oi..boring la dia menunggu nanti.

So after lunch, i texted hubby, minta izin nak gi sana. He didnt reply. He was in OT doing surgery. Waited...waited...4.40pm he went home and had his late lunch. He said "ok u can go but i am worried"

He said people nowadays are not trustable. He said he loves me so much and that is the reason i have to go to manjakaki tomorrow as he is oncall today...arggghhhh..

He will accompany me and wait there till i finish the session...hmmmm..

I love the fact that he is protective because of he loves me so much...but i wanna go for massage...huhu

K, lah...esok la...

Esok kalo sempat i update ya?...

Bye!

posted from Bloggeroid