Showing posts with label Masterchef series. Show all posts
Showing posts with label Masterchef series. Show all posts

Tuesday, 9 September 2014

Resipi: Laksa Tumis



tumis?
ha mesti tu yang terfikir di benak ko kannnn..

yes laksa ni aku tumis
takde la fancy sangat
tapi aku suka

sebab...
dibandingkan dengan laksa rebus selalu tu cili nye kadng-kadang bisa sangat

ye la aku kan tak gigih nak duduk lelama kat dapur
nak menunggu laksa tu mereneh dan cili tu masak
malas la nak berdiri menghadap periuk bagai

nak pegang handphone lagi nak scroll instagram. aik?
hahaha

jadi meh aku bagi resipi aku dapat dari kakak ipar aku
aku dah buat banyak kali
walau yang makan cuma aku dengan maid

anak dengan husband tak suka laksa



Bahan-bahan

ikan sardin basah
*ni ko nak pakai sardin dalam tin pon boleh kalau dah kritikal tahap malas ko, tapi cara nya lain sikit. tak direbus. dan ko kena pakai 2 tin yang besar

asam keping - banyak
cili mesin
* ikut experience aku cili boh tamadun and puteri rasa dia ok. takde rasa pahit maung
bawang besar - di mesin halus
belacan - blend sekali dengan cili

bunga kantan
daun kesum

gula
garam


Cara buat ( kalau guna sardin basah)

1. rebus ikan dalam periuk dengan asam keping, jangan letak garam.
2. lepas masak, tos ikan -air rebusan JANGAN BUANG - tapis dan letak tepi
3. asingkan isi ikan dengan tulang
4. blend isi ikan separuh hancur dengan air rebusan - asingkan
5. blend tulang ikan dengan air rebusan - ulang 2- 3 kali sampai hancur habis dan halus
then tos dan tapis letak tepi. asingkan
6. dalam kuali besar- tuang minyak
7. bila minyak cukup panas tuang bawang blend
8. bila bawang dah garing masuk cili mesin( yang dah mesin dengan belacan tadi)
9. bila cili dah pecah minyak masuk isi ikan
10. kalau terlalu kering letak air rebusan tadi sikit-sikit
11. bila dah ngam garing, masuk air rebusan dgn tulang blend tadi
12. bila menggelegak baru masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
13. perasakan garam gula
14. TAPI harus diingatkan gula cuma sedikit ye. buat ganti ajinomoto. tak pasal jadi kuah pengat pedas lak laksa ko

15. dah cukup cantik menggelegak, cukup rasa matikan api. esok baru makan biar dia overnight dulu
bak kata mak kita- ' dah cukup rasi'
16.lepas tu esok ko garnish la dengan hirisan bawang, timun, cili dan telur rebus...

seriously sedappppppppppppppppppp...

Cara buat ( kalau guna sardin dalam tin)

1. tin pertama - keluarkan ikan asing kan sos dan separuh hancurkan
2. tin kedua - keluarkan ikan , tak perlu asingkan sos dan hancurkan sekali terus
3. dalam kuali besar- tuang minyak
4. bila minyak cukup panas tuang bawang blend
5. bila bawang dah garing masuk cili mesin( yang dah mesin dengan belacan tadi)
6. bila cili dah pecah minyak masuk isi ikan yang hancur habis tu
7. kalau terlalu kering letak air sikit-sikit
8. bila dah ngam garing, masuk air sampai cukup kepekatan kuah yang kita nak
9. bila menggelegak baru masukkan isi ikan yang separuh hancur, asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
10. perasakan garam gula
11. laksa ni sedap ko makan dengan garnishing - pudina dan nenas potong - sebijik rasa macam assam laksa kat papa rich dan old town tuh..


ok, selamat mencuba ye...

k,bye!








Wednesday, 13 August 2014

Resipi: Mutton Wrap



ok ni aku nak share resipi mutton wrap


bahan-bahan

1. wholemeal pita wrap
2. boneless mutton - buang lemak dan cincang halus, cuci bersih
3. bawang holland - potong dadu
4. bawang putih - cincang halus
5. sos bbq
6. sayuran secukupnya - salad, tomato cherry, carrot, timun jepun


cara buat

tumis bawang putih dan bawang holland
masuk mutton
tumis sampai masak
tuang sos bbq
masak sampai empuk

bentang kan wrap dalam pinggan lebar
letak sayur-sayuran
letak mutton
boleh letak mayonis dan cili sos kalau nak




 bentang kan wrap dalam pinggan lebar
letak sayur-sayuran
letak mutton
boleh letak mayonis dan cili sos kalau nak


 susun dalam loyang


 grill pada suhu 220 untuk 15minit



balut dengan aluminium foil wrap supaya tahan panas dan tak berterabur masa makan
siap!


Tuesday, 12 August 2014

Resipi: Masak paprik ayam/ seafood

ok, suami aku sangat suka paprik
any paprik will do
paprik ayam ke, paprik seafood ke, paprik campur ke..
asalkan paprik..


jadi lama juga aku try and error masak paprik sampai la dapat resepi sekarang yang mengikut tekak aku dan suami..



bahan -bahan:

1. ayam/ seafood - disiang, dicuci, dan dipotong kecil dan direbus dalam nisbah air 1:1.5 (jangan buang air rebusan)
2. bawang putih - cincang/ ketuk kasar
3. serai- ketuk
4. cili padi siam - ketuk
5. cili kering mesin/ cili boh - aku prefer cili giling PUTERI sebab tak oahit dan cilinya tak bisa
6. kiub ikan bilis - aku prefer maggi punya berbanding knorr
7. cili sos thai - prefer maggi
8. cili sos tiram - apa brand tak kisah
9. sos ikan
10. daun limau purut
11. bawang holland - hiris bentuk bulan sabit
12. kacang panjang, kobis bunga dan carrot - secukupnya
13. gula secukupnya
14. daun ketumbar dan bawang goreng- as garnishing. tak nak pon takpe

cara buat:

1. dalam kuali, panaskan minyak
2. tumis bawang putih, cili api, serai hingga garing
3. masukkan cili mesin dan 2 sudu gula * tujuannya supaya gula caramelized dan cili cepat garing dan merah cantik
4.kalau terlalu kering, tambah air rebusan sikit- sikit
5. bila cili garing masukkan daun limau purut, isi ayam/seafood,
6. masukkan kiub ikan bilis, sos ikan, cili sos thai dan sos tiram
7. rasa dan tambah apa yang perlu, bila menggelegak, masukkan bawang holland dan sayur,
8. bila carrot empuk, matikan api
9. siap. masa hidang tabur daun ketumbar dan bawang goreng

Thursday, 16 January 2014

Resipi: Bolognaise spaghetti

aku dapat resipi ni dari kakak ipar aku.
sedap gila...
ikut tekak aku la..
sebab tekak melayu wei..
tak lalu nak makan spaghetti kat restaurant..
masam..tawar

takde pedas. tak cukup rasa 
putus selera aku..

ok ni cara mama siti masak

bahan-bahan:
1. spaghetti - rebus dalam periuk besar. letak minyak sesudu dan garam sikit
tips : nak tau dah empuk belum, ko patahkan spaghetti tu. kekadang rasa lembut da tapi bila patahkan, ada bintik kat tengah empulur spaghetti yang dipatahkan tu. kalau ada makananya masih belum empuk.

2. cili mesin/cili boh - kalo nak guna cili boh, ko guna jenama puteri. cili dia rasa macam cili kita mesin sendiri, cepat tumis, tak pijar bisa dan takde rasa ubat or pengawet

3. bawang merah dan putih - tumbuk halus
4. bawang besar- potong dadu
5. daging cincang - ko boleh guna daging lembu, ayam , kambing or even kepah (rebus dan buang cengkerang siap-siap). nak tambah meatball pon boleh

6. prego ( tomato)  atau tomato puree
7. italian spice/ oregano - kalo ko guna tomato puree
8. lada hitam
9. lada putih.
10. garam dan gula secukupnya.
11. capsicum - potong dadu
12. tomato- cincang halus
13. cendawan butang - hiris nipis

Cara masak-masak:

1. ko tumis bawang besar sampai garing
2, masukkan bawang merah dan putih
3. bila dah garing sebati masukkan cili mesin
4.bila dah masuk cili, terus masukkan gula sesudu
tips: gula ni membantu cili mesin tu caramelize dan garing dan pecah minyak lebih cepat
ko kena pastikan cili mesin ni betul-betul masak sebelum jadikan dia berkuah
kalo tak mau mencirit ko nanti sebab pedas wei pijar cili tu

5. bila cili dah mula pecah minyak masukkan daging cincang dengan meatball
6. kecilkan api dan tutup periuk.
7. jangan tambah air sebab daging tu akan keluarkan air dia sendiri
8. bila dah garing daging dan air dah start terbentuk dari daging tu baru kuatkan balik api tu
9. masukkan prego or tomato puree
10. tambahkan air secawan
11. masukkan oregano, lada hitam dan lada putih - bergantung kepedasan yang ko suka
12. perasakan garam gula
13. masukkan capsicum, tomato cincang dan cendawan butang hiris.
14. bila dah menggelegak, test sekali lagi. kalo dah cukup garam gula boleh matikan api






try la wei..
aku suka sebab pedas..

k, chow

Sunday, 12 January 2014

Resipi : Chilli fatty crab

ok haritu masa blogwalking there was this lady talking about the amazing chilli fatty crab somewhere in kelana or subang jaya

survey nye survey kedai ni agak ambiguous about halal status
ye aku tau malaysia ni dah macam US
susah nak cari yang halal

jadi sebab husband memang suka makan ketam
so aku google dan try banyak resipi untuk chilli fatty crab

alhamdulillah try macam-macam resipi then aku adjust sendiri ikut selera chef siam akhirnya dapat rasa yang paling sedap ni





bahan-bahan:

1. ketam - biasa aku pilih ketam yang kaler biru sikit tu. tak tau nama apa. isi lebih pejal dan sedap
pilih ketam betina ye..yang belakang dia lebar
pilih kalau boleh yang fresh sikit, isi nye nanti pejal wallah! macam ayam!

2. cili mesin/ cili boh
3. bawang putih - tumbuk or cincang halus
4. daun limau purut -WAJIB
5. minyak untuk menggoreng
6. cili sos
7.tomato sos
8. sos ikan
9.susu cair- WAJIB
10, daun ketumbar dan daun bawang - hiris halus
11. kiub ikan bilis


Cara masak:

1. ketam dibersihkan dan basuh air asam dan toskan air
2. cap ketam tu jangan buang
3. ketam boleh gaul kunyit garam or goreng kosong pun boleh. goreng garing dan angkat ketepikan.
4. minyak lebihan goreng ketam tadi panaskan balik
5, tumis bawang putih dan daun limau purut
6. bila garing masukkan cili mesin
7. masukkan gula dua sudu
8. tumis sampai pecah minyak
9. tambah air sikit supaya tak kering dan senang hangus
10. bila rasa dah hilang bisa cili tu, masukkan ketiga- tiga sos 
11. masuk kiub ikan bilis
12. tambah air sikit-sikit ( sebab bila dah letak sos, dia akan jadi pekat sikit)
13. bila dah ngam rasa masin masam manis masukkan ketam
14. tambah air sikit kalau pekat sangat
15. bila ketam dah sebati dengan kuah tu baru masukkan susu cair dan gaul rata samapi menggelegak
17. last tabur duan bawang dan daun ketumbar.
18, siap!

serious wei sedap gila
husband aku kalau ketam dah habis, kuah memang kena simpan
sampai esok pagi dia tanya
siap pesan jangan buat breakfast esok sebab nak ratah kuah dengan roti

anak-anak aku pun suka makan kuah dengan nasi walaupun ketam dah habis
dadarkan telur je....
sedap weh!!

#Surviving housewifeship no 1: Tips nak senang kat dapur

sejak bibik takde dah dua minggu ni
aku fikir banyak cara untuk mudahkan kerja aku kat dapur

serius aku kagum dengan housewife kat luar sana
busy wei keje surirumah ni..
tak habis-habis.

dari celik biji mata lepas subuh tu memang jangan mimpi la nak berkeruh balik wei..

tapi cemana pun aku happy jadi housewife
tengok anak membesar setiap saat

seronok gila...

ok ni antara cara aku nak survive as housewife

aku memang akan letak minyak dalam botol kecik ni
satu - senang nak sumbat dalam bekas putih
dua - senang nak tuang



ni bekas simpan sayur tupperware kat fridge
alhamdulillah memang mudah simpan dan sayur tahan lebih lama dalam bekas tu
sayur macam carrot, capsicum, keledek bersihkan siap-siap
jangan cuci dulu then balut dengan cling wrap




ni pulak aku beli plastik 7x10 dan 9x12 yang jernih tu dua bekas
plastik ni banyak gunanya
nak simpan ayam dengan ikan yang dah di siang and bersihkan
leoas tu asing-asingkan ikut portion banyak mana nak masak per session
so takdelah ayam or ikan tu di beku, nyahbeku, beku balik banyak-banyak kali.

yang gambar atas ni aku asing-asingkan halia, lengkuas, serai, daun limau purut, daun kesum, bunga kantan ikut masakan.

lepas tu label.

yang aku buat tomyam - daun limau purut, serai, lengkuas, cili api
                      asam pedas - lengkuas, kunyit, halia, daun kesum, bunga kantan,serai
                      gulai - daun kunyit, kunyit, serai, cili api
                      tempoyak - daun kesum, kunyit,serai, cili api
                      laksa - daun kesum, bunga kantan
                      paprik - daun limau purut, serai, cili api

so bila nak masak takde lah nak punggah satu peti ais
nak cari mana kunyit, lengkuas semua
so jimat masa.
masa yang lebih tu boleh la ber fb ke, berblog ke..hehe



ni pulak bekas tupperware yang aku rasa untung sangat beli
tahan lama,
tak berbau,
jernih - senang nampak content

macam yang ko nampak aku kupas bawang besar, bawang putih, buang tangkai dari cili api
lepas tu rendam dalam air garam then tos dalam tapis
lepas tos...selerakkan atas suratkhabar biar kering betul

kenapa aku buat ni?
supaya cili dan bawang yang ko mesin tu nanti tahan lama dan tak cepat masam

so bila nak masak memang senang..
keluarkan semua then aturkan tepi kuali
buka tutup siap-siap
letak sudu


so bila nak tumis, just cedok je la. senang huh?




ni kat chilled vegetable compartment
plastik yang aku dah asing-asingkan rencah masakan dan mee yang dah divide ikut portion mak bapak and anak-anak aku letak kat sini





ok ini rupa tupperware yang dah siap label dalam peti ais

alhamdulillah cara ni banyak membantu aku untuk survive housewifeship for this whole month!

Saturday, 11 January 2014

Resipi: Pancake gebu dan mudah

ok ni breakfast favourite husband dan anak-anak aku

senang gila nak buat

Bahan-bahan:

1. 1 cawan tepung + 1 sudu teh baking powder
    nak senang guna tepung MFM naik sendiri tu jer

2. 1 cawan susu segar - aku guna dutch lady full cream (kotak)
3. 3 sudu besar gula
4. 1 biji telur -asingkan putih dan kuning
5. 1 susu besar minyak
6. esen vanilla - sikit


Cara buat:

1. pukul putih telur dengan whisker sampai kembang putih gebu
2. dalam bekas lain tepung satukan dengan semua bahan. kacau rata
3. kalau tak rata- ko tapis sampai sebati takde ketul-ketul
4. lepas tu tuang putih telur tadi.

lepas tu boleh masak atas non stick fry pan


tips: jangan bukak api besar
     

 ha, api cinonet macam ni je
kalau ko besarkan lagi api dia confirm hangusssss..


 tuang dalam sesenduk kecik lepas tu golek-golekkan pan tu biar dia merebak sendiri


 ni part bila ko nak tau bila nak balikkan pancake nih
bila dah ada lubang-lubang tu baru boleh balikkan


 ni maple syrup.
aku beli kat tesco
sedap ya ampunnnn...


 ni bila dah ready nak ngap
tepek butter
lepas tu tuang maple syrup


lepas beberapa minit jadi macam ni
sedapppppppppppppppppppp..


haha,k bye!

Thursday, 5 December 2013

Resipi: Ayam masak butter

ok just nak share resipi ni. memang sedap kalau makan masa tengah lapar dan nasi panas-panas,


meleleh air liur tak? wakaka



Bahan- bahan ayam

1. Isi ayam - potong kecik-kecik 
2. Sos tiram
3. Putih telur
4. Tepung gandum
5. Jintan Putih - sesudu
6. Garam secukupnya
*tepung, jintan, garam, gaul sebati

Cara Masak Ayam

1. Perap ayam 30 minit dengan sos tiram
2. Panaskan minyak, celup ayam dengan telur-->tepung
3. Deep fry sampai kekuningan.
4. Pastikan api tak terlalu kuat. Rentung weh nanti 
5. Lepas goreng, ketepikan.


Bahan-bahan untuk gravy/ kuah butter

1. Cili api thai - yang panjang hijau tu - hiris nipis-nipis
2. Bawang putih - cincang halus
3. Daun kari segenggam
4. Susu cair secawan atau lebih
5. Garam 
6. Butter - satu sudu

Cara Masak

1. Panaskan butter sampai cari dalam kuali
2. Tumis cili, daun kari dan bawang putih sampai garing
3. Bila garing, masukkan susu cair
4. Bila menggelegak, perasakan garam secukupnya
5. Tuang ayam dalam kuah, bila menggelegak, tutp api dan hidang panas-panas

Serious sedap gila wei!!!!!

Cuba, try, test ha?


Saturday, 2 November 2013

Resepi beef enchiladas versi mama siti

This weekend balik kuala selangor. Alhamdulillah, tak plan pun tapi ada colleague yang katanya free and nak buat locum kalau aku nak ambil cuti, then apa lagi. peluang depan mata jangan dilepaskan.

so hari ni aku masak beef enchiladas dan ayam panggang untuk lunch.
simple je sebab pagi tadi dah mencekik nasi lemak berkalori tinggi
budget beef enchiladas tu sihat la sangat kan *mata keatas*..haha

ok, ini bahan-bahannya
*actually aku dah adjust sikit dari resepi asal sebelum ni*

A. Bahan-bahan untuk beef enchiladas:

1. Tortilla -4-5 keping ( bergantung pada besar loyang pembakar korang)
2. Loyang pembakar
3. Butter/planta untuk di griskan pada loyang pembakar
4. Oven
5. Sos Merah
6. Inti daging
7. Keju - cheddar dan mozarella

B. Bahan-bahan Sos Merah

1. Prego spaghetti sauce - 1 tin
2. Cili sos - 1/2 cawan
3. Serbuk lada hitam - 2 sudu teh *bergantung toleransi pedas korang ye*
4. Serbuk lada putih - 2 sudu teh
5. Bawang putih dan besar - cincang halus


Cara buat sos merah

1. Tumis bawang merah dan putih
2. Masukkan prego
3. Masukkan cili sos
4. Bila dah menggelegak masukkan lada hitam dan putih, garam dan gula diperasakan secukupnya
5.. Bila dah masak, tuang dalam mangkuk dan sejukkan dan ketepikan

C. Bahan-bahan Inti Daging

1. Daging cincang - 400-500g (sebungkus cincang ramlee or azmy)
2. Bawang besar - cincang dadu
3. Bawang putih - cincang dadu
4. Capsicum - potong dadu
5. Cendawan -hiris nipis
6. Serbuk ketumbar or paprika

Cara buat Inti Daging 

1. Tumis bawang *pastikan minyak sedikit sahaja*
2. Masukkan daging dan serbuk ketumbar
3. Masukkan capsicum dan cendawan
4. Masak sehingga daging garing dan airmya kering
5. TAK PERLU MASUK GARAM - sebab kita akan guna keju, nanti masin gila kalau daging ni diletak garam
6. Sejukkan dan ketepikan


Cara Buat Enchiladas

1. Panaskan oven 180degree dan pusing timer ke 40minutes
2. Gunakan pinggan bersaiz besar yang rata
3. Bentang sekeping tortila atas pinggan
4. Tuang 2 sudu sos merah atas tortilla dan ratakan
5. Tuang daging atas sos
6. Tabur keju cheddar yang dicincang
7. Gulung tortilla dan susun dalam loyang pembakar yang dah disapu gris
8. Susun hingga penuh
9. Bila ada lebihan daging dan sos - tuang sos, dan daging berselang seli atas tortilla gulung tadi dan lapisan atas sekali tabur keju
10. Bila timer oven dah beranjak ke 30mins - bakar selama 30min


so, layan gambar


Ini sos merah nya




 Belah kiri atas - cheddar cincang
Belah kanan atas - loyang yang dah disapu gris


 Ni pinggan rata - guna untuk bentang tortilla


 Tortilla - aku suka guna tortilla kentang


 Ni tortilla yang dah dibentang, disapu sos merah, diletak daging dan ditabur keju



 Bila dah gulung, susun la dalam loyang cenggini
Nanti susun rapat-rapat



Dah siap. Jom bakar!