aku tak tau la korang berdepan masalah yang sama ke tak
tapi tiap kali aku nak keluar, selalunya inilah jadi masalah utama
lebih-lebih lagi, kitorang keluar tu dah petang sikit
dan budget memang akan langgar waktu maghrib
jadi memang la panjang musyawarah kitorang laki bini sebelum keluar tu
untuk rancang perjalanan kitorang tu nanti
contoh tempat yang ada masalah ni yang aku perasan la
maksudnya memberi masalah kat aku la
1. KLCC
2. Midvalley Megamall
3. Alamanda
4. Setia City Mall
macam mana isu surau jauh kat hujung dunia ni memberi impak negative kat kitorang?
biaisanya kalo kitorang keluar,
kitorang mesti makan kat luar
sebab kalo orang lain ambil masa dua jam kitorang kena tambah extra sejam setengah
sebab bawak anak kan..faham-faham je la
kalau dah keluar pukul 4 lebih,
nak sampai ke destinasi tu..
lepas tolak jalan jam,
drive slow since children on board,
berhenti petrol pump sebab anak nak kencing berak la,
cari parking lagi,
park kereta, turunkan anak-anak dan letak dalam stroller
time tu la sorang melalak nak turun dulu
sorang berlari sana sini lepas turun kereta
nak kejar lagi supaya tak kena langgar kereta
prepare susu suam dulu,
cari lif nak ke shopping complex.
ye la, shopping complex bagak ni kan mana allow stoller lalu kat escalator
di letak nye tiang besi kat tengah-tengah escalator tu,
jadi by the time ko sampai dalam mall dah pukul 5 or 5 lebih.
pilih-pilih barang dah pukul 6.45pm
masa tu anak dah restless, nak susu la
nak makan la
so ko pun pusing lagi nak cari tempat makan
ye la, dah ada anak ni ko nak pilh tempat makan macam nak pilih kereta apa nak beli
kena consider seating arrangement macam mana
consider laluan mudah tak untuk tolak stroller
tempat makan tu panas or berbahang ke macam kedai makan yang ada steamboat and bbq tu
service kedai makan bagus ke tak
ye la kalo menunggu dapat makanan lama sangat mau anak-anak aku meragam sebab boring
duduk lama dalam stroller and baby chair
ha....susah kan kalo ko keluar shopping bawak toddlers
bukan kata tak suka
tapi that is the bitter sweet of having kids around
i love it so much tapi berpeluh ketiak of course
dan kalo ko keluar berdua dengan husband pun boring jugak
lebih colourful bila bawak anak-anak
especially mendengar hujah anak kenapa kitorang kena belikan barang yang dia mintak..:))
jadi by the time ko reach the dining place dah pukul 7pm
baru duduk order makanan dah masuk maghrib
jadi macam mana ko tengah makan nak, angkat kaki drive balik or pi tempat lain
considering ko tengah jamah makanan,
anak-anak tengah sedap makan,
takkan ko nak bayar bil, then blah je kan
mana nak cari lif lagi
dengan nak tolak stroller di celah lautan manusia seramai-ramainya tu
kalo shoppng complex besar ko bukan boleh bawak stroller kat escalator tu
di block nya dengan tiang besi tuh
puas la ko berpusing keliling nak cari lif
jadi terpaksa la ko laki bini bergilir nak pergi solat
tapi tu pun masalah dunia jugak
punya la jauh surau tu diletakkan
kat basement or lower ground biasanya
kat hujung nun
jenuh la ko berjalan dari tempat ko makan tadi nak pergi surau
kenapa aaaa????
kenapa??????
stress aku!!!!
kenapa mesti disusah-susahkan?
macam senagaja pun ada gak aku rasa
apa ko rasa solat tu tak penting ker???
geram aku.
tension tau!
kalo kat alamanda tu lagi la bercinta
dulu aku suka pergi sebab surau dia kat tengah-tengah mall tu
surau selesa, bersih, cantik, air-conditioned
sekarang?????..
letak kat block baru belakang food court tu
ko kena menapak jauh gila
kalo ko bawak stroller lagi la ko menyumpah-nyumpah kat management alamanada tang seriously aku rasa sengaja letak surau sejauh-jauhnya
lepas tu ko kena naik lif sebab surau tu kat tingkat atas
kena bersesak dengan seramai-ramainya orang
lepas tu dah masuk dalam surau
alhamdulillah ada air cond jadi tak la bahang
cuma dinding dengan lantai tu macam rumah kontrak
macam rumah pekerja kontrak duduk kat tapak pembinaan tu
macam bangunan tak siap
ye... aku tau diorang ada tampal notis surau baru tengah dalam construction
tapi surau baru tu still jauh dan kena keluar dari bangunan utama alamanda kan
hangen..serious aku hangen
bercinta sangat nak pergi tempat-tempat macam tu.
e@curve pun gittew gak
letak kat tingkat atas sekali dengan toilet semua floor tak habis-habis renovate
aku rasa setakat ni tempat yang friendly untuk ko bawak budak-budak and selesa membeli belah cuma ikea
tapi tu la kan ikea mana jual kasut baju shawl semua.........
haih..kalo malaysia ni mengamalkan islam sepenuhnya macam brunei kan bagus..
nak migrate la..
eh tetiba! haha! bye!
Showing posts with label kiddos. Show all posts
Showing posts with label kiddos. Show all posts
Sunday, 17 November 2013
Tuesday, 8 October 2013
Cerita siti:kakak dah 4 tahun!!
alhamdulillah..syukur, kakak dah 4 tahun hari ni.
sekejap je masa berlalu
rasa baru je bersalinkan dia semalam
masih terkenang-kenang perasaan, bunyi, bau OT sejurus lepas bersalinkan kakak
terngiang-ngiang suara kakak nangis
teringat kali pertama breastfeed kakak
teringat banyak kali pertama dalam hidup kakak
kali pertama kakak meniarap
kali pertama kakak merangkak
kali pertama kakak jatuh dari cot
kali pertama kakak sebut mama
kali pertama kakak bertatih jalan
kali pertama kakak mandi pool
kali pertama kakak demam
kali pertama kakak bercakap dengan petahnya..
ye kakak bercakap dengan petah dalam masa satu hari
betul.. tak tipu
asalnya kakak ni dulu hisap puting
dia hisap puting hampir setiap masa kecuali mandi dan menyusu
jadi dia tak banyak bercakap sebab mulut dia sentiasa ada puting
tapi kakak ni suka buang puting
walaupun dah beli rantai untuk di klip kat baju supaya puting tak tercicir
tapi dia suka tanggalkan puting then campak entha memana
masa tu bila puting hilang dia akan sebut ''pik aja ane?''
maksudnya ''kopek/puting hajar mana?''
jadi satu hari tu aku cakap 'hajar, kalau kopek ni hilang lagi tak payah hisap puting dah tau.''
masa tu dia angguk
aku ingat dia angguk gitu je la
jadi aku bait derk je bila puting tu dia salah letak
puting tu tak hilang pun, tapi sebab nak ajar dia supaya jaga barang betul-betul so dia akur je.
esok tu tiba-tiba dia bercakap dengan lancar dan petahnya
''mama, hajar nak susu boleh tak''
''mama nak pergi kerja ke''
''mama abah pergi mana?''
''mama hajar nak main masak-masak boleh?''
terkejut beruk kitorang.
alhamdulillah syukur sangat.
tak sangka kakak progress secepat tu.
dan kakak adalah anak yang sangat tabah
dulu masa aku dengan husband pergi kerja, dia tak pernah nangis
paling-paling pun, berdiri kat grill rumah,
tangan dua-dua gayut kat grill
muka sayu, mata berair
tapi tak pernah nangis menjerit nak ikut
itu yang buat aku lagi sayu sebab dia anak yang sangat kuat dan tabah
membesarkan kakak sangat mudah
dia tak banyak ragam
jarang menangis
jarang meragam
jarang sakit
mudah dibentuk timing untuk makan dan susu
nak tukar susu senang
nak tukar botol susu senang
tukar maid pun senang
pendek kata memang mudah sangat membesarkan kakak
dulu, masa adik belum lahir, mana pergi pun aku akan bawak kakak.
aku selalu je letak kakak dalam baby carrier- kangaroo style
then beli barang dapur berdua dengan dia
tak menangis langsung
duduk dalam car seat pun senang
kalau keuar dengan husbnd pun kitorang bawak kakak
sebab kakak tak lasak langsung dalam kereta
kereta bergerak 10minit, bagi susu terus tidur
sampai tempat dituju, letak dalam stroller pun senyap
diapers basah pun tak meragam
syukur..senang sangat membesarkan kakak ni
and now..kakak dah makin besar
makin mudah dijaga
lebih berdikari
lebih faham apa yang diberitahu
syukur..alhamdulillah
kakak, doa mama moga kakak jadi anak yang solehah, mendoakan mama dan abah selalu, jadi kakak yang tegas dan penyayang pada adik dan moga kakak semakin cerdas dan mudah menuntut ilmu kelak dan sihat tubuh badan.
mama sayang kakak.

Wednesday, 4 September 2013
Bersalin : Apa barang nak bawak masuk hospital bila nak bersalin
gatal nak cerita pasal ni.
bukan mengandung pun atau bercadang nak mengandung dalam waktu terdekat. tapi saje nak cerita sebab teringat pasal bersalin masa meng'update' entry diaper bag.
ok, ni antara barang-barang yang aku rasa perlu disiapkan awal-awal dalam satu beg bila pregnancy dah cecah 36 minggu.
maknanya kalau ko travel pergi mana-mana masa 36 minggu ke atas tu, beg ni wajib duduk dalam bonet on top of beg baju ko yang lain. ye lah, kpt nak terberanak karang, senang, laki ko boleh hantar terus pergi hospital, barang semua dah siap.
ok, barang-barang ni yang aku pack siap-siap
Barang BABY

- 1 beg balik kampung - saiz sederhana
- nak isi barang ko
- 1 diaper bag simple dimple
- nak isi barang baby
- napkin -5 helai
- guna untuk bedung baby
- guna untuk pakai lepas baby lahir sementara tunggu dia kencing and berak, lepas tu dah boleh pakai diapers. sebab kalau pakai diapers terus nanti tak perasan dah kencing belum.
- diapers 10 keping
- wet tissue
- nak lap masa baby buang air besar and tukar diapers
- barut baby - 6 pasang
- pakai lepas mandi
- baju lengan panjang dan seluar panjang 2 pasang
- baju lengan pendek dan seluar pendek 4 pasang
- mitten - 2 pasang
- booties - 2 pasang
- cap baby - 1 helai
- handkerchief -2 helai
- nak lap mulut baby bila terjeluak lepas ko sendawakan post feeding
- nappy rash cream
- penting untuk ko sapu tiap kali tukar diapers untuk elakkan nappy rash
- minyak panas baby - yu yee oil or minyak telon
- sapu kat perut, tapak kaki, ubun-ubun dan belakang telinga lepas mandi
- baby oil
- baby baru lahir kulit biasanya kulit menggelupas dan akan salin kulit, so jangan letak bedak dulu, takut ruam or allergic. so baby oil ni ok sebab boleh cepatkan kulit baby salin baru cepat and kalau ada craddle cap pun senang tanggal.
- bantal baby
- selimut baby
- towel baby
- plastik
- isi baju kotor baby
Barang Mummy
- kain batik
- 3 helai
- ni guna untuk ganti kalau sarung hospital ada kena darah nifas
- guna untuk alas nak letak baby atas katil
- guna untuk alas katil takut darah nifas kena katil
- pakaian dalam 5 pasang
- bawak panties lebih sebab biasanya first 2 days of delivery especially beranak biasa, darah nifas keluar banyak sikit. kalau flooding sampai kena panties, senang nak tukar.
- pad overnight
- first 2 days memang aku pakai ni tak kira siang or malam sebab flow memang heavy especially bersalin biasa. kalo caesarean section tu tak banyak sangat
- pad maxi wing
- masa 3rd day nak balik tu dah boleh pakai pad maxi wing, tapi still kena kerap ganti
- corset
- kalau beranak biasa, lepas bersalin dan dihantar ke wad, bila dah mandi and nak salin baju, boleh pakai corset terus. tegap sikit rasa perut tu, tak la menggeleber je.
- jangan bawak yang tradisional yang kena pusing-pusing tu, leceh sebab kat hospital
- kalau bersalin caesarean section, jangan pakai corset, tapi boleh pakai girdle - kurang skit, kurang guna otot perut. selesa nak bangun, baring untuk susukan anak etc.
- stokin
- 3 pasang
- sweater - 1 helai
- toilettries
- deodoran
- syampu
- shower gel
- facial cleanser
- mekap sikit
- masa bersalin kan berpeluh-peluh, penat bagai. so, lepas bersalin tu harus la pergi mandi, syampu rambut, pakai deodoran, pakai baju hospital and sarung baru yang bersih. sikat rambut, ikat tinggi-tinggi, pakai bedak sikit kasi berseri muka.
- minyak kayu putih
- aku sapu kat perut lepas mandi masa nak pakai corset and tapak kaki sebelum pakai stokin. syok! rasa hangat je.
- mug
- untuk ko minum-minum lepas bersalin nanti. kalau nak tunggu hidangan hospital, maknanya ko minum 3 kali je la sehari. tak boleh macam tu. sebab ko nak breastfedd anak ko kan, so kena pastikan badan ko well hydrated.
- milo 3 in 1 - 6 sachet
- lepas bersalin je, masa kat labour room lagi ko akan rasa haus gila. ko akan terbayang milo panas. aku tak tau kenapa, tapi aku tanya few staffs and frineds, memang lepas bersalin rasa meroyan gila nak minum milo. maybe sebab baru berhempas pulas berjuang nak bersalin kan. maka tenaga dah habis, so ko perlukan hot milo lepas tu.
- aku masa lepas bersalin kan khadijah, elok je teguk milo panas dua mug besar terus. lapar dan haus!
- thermos kecil
- nanti bila waktu melawat dah habis and ko kelaparan, tak la ko menyusahkan laki ko nak datang hantar makanan, so ko boleh bancuh milo panas ko sendiri kan, buat alas perut
- tumbler - besar
- untuk isi air kosong
- kejap-kejap ko kena minum untuk pastikan bekalan susu ko berterusan dan banyak
- sepasang baju, seluar and tudung
- ni nak pakai masa ko keluar wad nak balik rumah
- takkan nak pakai kain batik kot. tak glamour dowh
- plastik -2
- nak isi baju kotor
- nak isi uri baby
ok, tu je dulu. nanti cerita tips lepas bersalin pulak eh.
Bye!
Labels:
Daughters,
kiddos,
Labour stories,
love
Tuesday, 3 September 2013
Cerita Siti: Diaper bag - barang- barang yang diangkut bila travel - short or long distance
ok, aku tergerak hati nak cerita pasal ni sebab baru beli diaper beg untuk kakak dengan adik.
dulu aku pakai beg ni.
note: gambar ehsan google
beg ni aku beli masa kakak dalam perut lagi.
aku beli kat jusco midvalley.
harga rm89.90
aku beli yang warna kelabu.
masa tu beg ni tak famous sangat.
beg ni baru keluar masa tu.
aku masa tu berkenan nak beli beg yang agak feminin,
yang warna pink yang jenis sandang kat bahu.
tapi husband tak nak sebab dia kata nanti dia jugak yang mengangkut beg tu semua
so, kena beli beg yang tak feminin
jadi husband akhirnya pilih beg ni.
beg ni aku pakai dari tahun 2009 sampai tahun ni.
sebab aku buang beg ni dan ganti baru ialah tali dia dah start koyak
hard cover depan tu pun dah calar.
asalnya masa adik dah lahir pun aku nak ganti baru sebab dah tak muat nak bawak barang-barang budak-budak berdua ni.
tapi sebab beg tu still in good shape, membazir pulak rasanya.
jadi bertahan je la tiap kali keluar, bawak dua beg.
satu ada diaper and baju.
satu lagi beg susu...phew...leceh gila.
jadi bila beg kelabu tu dah jahanam, maka tak ralat langsung nak ganti baru.
sebab puas pakai sampai 4 tahun.
yang ni beg yang baru.
masih brand simple dimple.
tapi aku beli papa bag.
bentuk segi empat, jadi ruang kat dalam tu memang luas.
masih mengekalkan ada hard cover
cuma kaler jela kureng sikit
sebab yang tinggal kat kedai baby kat kuala selangor tu kaler hijau je.
cari kedai lain semua dah habis stok.
beg ni best sebab bila kita bukak isi dalam tak senang berterabur, sebab design dia masa terbukak, akan terkepak macam ni je.
ok, ni nak cerita isi diaper bag pulak.
ni antara benda penting yang aku rasa perlu la untuk diangkut kemana-mana bila bersama anak.
be it pergi shopping complex or travel jauh dan bermalam.

- diapers
- size M untuk adik
- 2 keping
- jenis pull up pants
- biasa kat rumah pakai diapers jenis gam biasa tu ssb travel, yang pull-up pants tu lebih senang
- kakak dah tak pakai diapers tapi still bawak satu saiz XXL pull up pants
- sebab kadang-kadang kalau jalan jammed dia dah tak tahan nak terkucil, so guna masa emergency je.
- *tips : guna pull-up pants masa travel sebab kadang-kadang kat toilet awam tu tak bersih untuk baringkan anak masa nak pakaikan diapers
- baju & seluar
- 2 pasang seorang
- kot- kot muntah ke apa, bila dah ganti ada lagi sepasang untuk spare
- napkin
- biasa 2 helai
- guna kalau muntah untuk lap
- atau buat blanket masa tidur dalam kereta or stroller
- handkerchief
- 2 helai
- untuk lap mulut masa makan atau lepas makan
- lap mulut lepas minum susu
- tapi sekarang ni jarang guna berbanding masa adik masih baby sebab breastfeeding masa tu
- diaper change mat
- ini dapat free sekali dengan beg
- senang lipat, ringan berbanding yang alas getah tu
- drapolene cream
- guna masa tukar lampin
- drapolene ni penting untuk cegah nappy rash.
- *tips: apply sebelum nappy rash naik.
- alhamdulillah kakak dengan adik tak pernah kena nappy rash sbb drapolene ni memang diamalkan sejak hari pertama diorang lahir
- shampoo head to toe
- bawak yang travel size or yang medium saiz
- guna masa istinjakkan kakak
- guna masa mandikan anak-anak masa travel
- *tips : jangan beli asing shampoo and body wash. makan ruang sebab dua botol. ni senang, sebotol tapi serves 2 functions.
- minyak yu yee
- guna lepas mandi or change diapers
- vicks
- guna lepas change diapers
- guna masa hidung anak-anak tersumbat masa dalam kereta
- wet tissue
- sangat penting untuk tukar diapers
- guna kalau anak muntah
- masa anak tumpah makanan or minuman baik dalam kereta or stroller
- panties
- 2 helai
- milk dispenser
- ada dua.
- satu untuk kakak, satu untuk adik
- botol susu
- total dua botol masing-masing
- sorang sebotol (yang kosong)
- sebotol sorang lagi dah siap bancuh
- bancuh lebih panas dari selalu
- letak dalam insulated bag
- *tips : beli yang inner side warna macam ni- grey. bukan yang berkilat tu. yang berkilat tu biasanya tak tahan panas
bag ni dah pakai 4 tahun jugak :))
tahan panas dalam 2-3 jam
- thermos
- thermos ni brand thermos
- dah 3 tahun guna
- maintain heat 8 jam
- *tips : beli brand thermos. brand lain biasanya mahal tapi tak tahan lama
- botol air
- untuk isi air suam or air panas mati (suhu bilik)
- guna untuk bancuh susu
- aku guna brand tupperware
- *tips brand tupperware atau seangkatan sebab senang nak cuci, tak berbau, selamat dan tak leaking.
- kalau tak naya diaper bag korang berendam dengan air
- tumbler
- ni yang ada straw untuk anak-anak minum air kosong
- *tips : aku suka brand tupperware ni sebab tahan lasak, tak leaking, senang nak cuci sebab ada berus khas yang dapat free masa beli.
- dulu aku beli macam-macam brand tapi tak tahan lama sebab sekali anak baling terus pecah or retak, then senang leaking and susah nak cuci celah-celah straw
Saturday, 31 August 2013
cerita stroller
aritu aku baru beli stroller untuk kakak.
kakak dah 4 tahun. ye, aku tau agak besar untuk duduk dalam stroller.
tapi kalau keluar jalan-jalan, it is a bit difficult to control her from running around the mall or make her sit still while we were shopping.
tambah dengan recent issues on child kidnapping and abduction.
lagi seriau rasa.
kakak pun lepas jalan-jalan nanti bila penat dah minta nak di dukung.
mau patah pinggang nak dukung kakak wei
dan dia still bottle feeding.
nanti bila dah haus susu, mana pulak nak cari tempat dia nak landing untuk menyusu.
jadi atas sebab-sebab itu maka kau still letak kakak dalam stroller masa pergi jalan-jalan.
sejak ada anak, aku dah beli lima stroller.
stroller pertama adalah yang ini
JUSTIN stroller sweet cherry
stroller ni aku beli masa kakak baru habis pantang.
masa tu mak aku sakit and still warded kat hospital selayang.
so masa tu susah nak dukung kakak untuk ke hospital tengok mak.
so husband decide untuk beli stroller.
ye la masa tu anak sulung kan.
tak ada pengalaman kan.
jadi kitorang beli ni sebab stroller ni boleh recline flat.
dan ada bakul bawahnya.
masa tu aku faktor harga pun memainkan peranan jugak.
tak mampu nak beli stroller harga ribu-ribu or 400 ke atas.
stroller ni masa tu harga dalam rm240-rm280 aku dah tak ingat the exact price.
stroller ni sesuai untuk newborn sampai umur 4 tahun.
tapi kitorang tak pakai lama dan jarang pakai sebab
Sweet Cherry City
so buggy tu kitorang letak kat rumah mertua sebab kalau budak-budak ni nak teman nenek nya berkebun petang-petang, adik boleh letak dalam tu.
stroller pink ni stroller sweet cherry jugak
masa beli tu lebih kurang rm300
stroller ni yang bagus:
stroller ni

- kakak tak suka stroller ni sebab belakang tempat sandar tu keras.
- walaupun boleh recline flat dan sesuai kalau anak nak menyusu or tidur, tapi ia tak boleh tegak 90 degree
- so kakak akan nangis sebab dia tersandar dalam 70 degree. tak selesa
- panas
- padding dan alas jenis canvas so panas and baby berpeluh-peluh time tidur
- bulky
- masa tu kitorang pakai proton saga. tak beli mpv lagi
- muat kat bonet kereta tapi nak isi bakul susu, baju, tilam etc masa travel jauh susah sikit
so lama-lama kitorang abandon stroller ni sebab bila bawak pergi shopping mall kakak akhirnya berdukung dan aku kena tolak stroller kosong.
penyelesaiannya : kakak didukung dalam baby carrier.
kitorang guna baby carrier ni dari kakak umur lepas pantang sampi dia umur setahun dan boleh berjalan.
dan..stroller tu aku bagi kakak aku sebab dia takde stroller masa tu.
banyak betul jasa baby carrier ni.
alhamdulilah berbaloi beli sebab guna sampai rosak.
jadi bila nak buang pun tak ralat.
jadi bila kakak dah besar sikit dan dah boleh jalan, kitorang beli buggy ni.
My dear buggy ( tak sure apa nama siri buggy ni)
My dear buggy ( tak sure apa nama siri buggy ni)
buggy ni beli kat kedai one world baby kat kuala selangor.
masa tu ada diskaun.
harga kalau tak silap rm89. yang pastinya bawah rm100
buggy ni sangat bagus.
- boleh recline flat bila kakak nak susu or tidur
- boleh tegak 90 degree
- penyandar kain, lembut dan selesa.
- kain tak panas
- ringan
- senang nak travel even dengan flight
- umbrella style easy folding
- senang nak angkut sebelah tangan
- muat dan tak makan ruang bonet
lama jugak kitorang guna buggy ni sampai kakak cukup besar dan tayar dah start gelong.
Lepas tu baru kitorang beli stroller ni pulak
masa ni beli awal 2013 lepas adik lahir.
Sweet Cherry City
so buggy tu kitorang letak kat rumah mertua sebab kalau budak-budak ni nak teman nenek nya berkebun petang-petang, adik boleh letak dalam tu.
stroller pink ni stroller sweet cherry jugak
masa beli tu lebih kurang rm300
stroller ni yang bagus:
- boleh ditegakkan
- relatively ringan
- boleh fold macam umbrella
- ada poket kat belakang
- boleh letak diapers or apa-apa barang baby
- bakul besar bwah seat
- boleh letak barang shopping
- ada peep window dekat hood
bila adik dah besar sikit dan dah tak larat nak didukung dalam carrier,
kitorang letak adik dalam stroller pink dan kakak kitorang beli stroller prime ni pulak
Sweet Cherry Prime
stroller ni
- lebih kukuh
- tayar lebih besar, so seuai untuk kakak yang lebih besar
- ringan lebih kurang macam yang pink
- boleh lie maximum 20 degree recline tapi tak boleh tegak 90 degree
- bakul shopping agak besar jugak
- ada peep window dekat hood
stroller ni masih guna sampai sekarang.
stroller pink tu last two week tiba-tiba terbarai masa aku turunkan dari bonet mpv untuk bawak budak-budak ni naik lepas sampai dari kuala selangor.
sebelum tu, satu screw tertanggal and stroller ni terbarai.
ni terbarai lagi and irreparable
so dump terus
kitorang pun start la survey apa stroller yang sesuai untuk ganti
mula-mula kitorang cadang tak nak beli stroller baru
adik guna stroller prime dan kakak boleh guna trolley shopping cart macam kat tesco tu or jalan je
tapi memikirkan kalau kat klcc tu mana pulak aku nak carik trolley - shopping cart tu,
dan faktor-faktor risiko kena dukung kakak bila dia dah penat jalan etc,
kitorang decide beli jugak stroller baru.
stroller baru masa tu yang di shortlisted kan adalah
- buggy my dear
- design awesome gila
- ringan
- umbrella style folding mechanism
- compact - jimat ruang
tapi kitorang tak beli sebab buggy ni tak boleh recline langsung
jadi aim untuk memudahkan kakak tidur atau menyusu tak tercapai.
so tak jadi beli.
- sweet cherry SCR3
- design lawa
- nampak lebih stable
- sesuai untuk budak umur 6 bulan till 4 tahun
- sweet cherry SCR6
- design lawa - 3 roda
- roda besar dan stabil
- boleh tegak 90 degree
- boleh baring flat
- ada peep window kat hood
- boleh attach dengan car seat sweet cherry SCR7 - kena guna adaptor
- sweet cherry SCR11
- besar -sangat sesuai untuk budak umur 4 tahun ke atas
- design ok
- boleh baring maximum 20 degree
- ada built in bottle holder kat besi pengadang depan and handle
survey punya survey, akhirnya we came to the conclusion to buy SCR6
banyak blog yang aku review kata SCR 6 ni ok tapi down side dia adalah bulky size even in folded position
tapi memandangkan aku memang travel dengan mpv so, apa point beli mpv kalau stroller pun tak boleh letak kan?
jadi kitorang beli la akhirnya
yang paling best adalah colour favourite aku. merah...auuummmm.
hehe.
jadi kesimpulannya untuk pendapat aku kalau nak beli stroller adalah
1. budget - sebab harga stroller memang boleh cecah beribu. memang la kualiti bagus etc. jadi kena pastikan practicality dan berbaloi ke tak duit yang dikeluarkan dengan penggunaan stroller tu kelak
2. saiz - kalau korang pakai kereta kompak macam myvi, viva atau swift yang bonet tak berapa luas, baik consider beli buggy.
3. umur anak - walaupun buggy biasanya lebih sesuai untuk budak 6 bulan ke atas, anak ko kan akan membesar?
takkan selamanya umur dia 2 bulan kan.
dan biasanya budak bawah setahun jarang yang nak duduk dlam stroller lama-lama.
kalau korang perasan kat shopping complex tu kesian kadang aku tengok.
beli stroller harga beribu, banyak benda extra, design lawa superb tapi anak still dukung,
meraung bila letak dalam stroller,
lepas tu mak sorong stroller, abahnya lebam mendukung anak.
jadi kalau anak bawah setahun, elok la ko gendong je dalam carrier.
4. kekerapan travel - kalau ko selalu travel especially travel abroad, buggy memang lebih sesuai sebab senang korang naik flight, senang nak fold etc.
tapi kena la beli buggy yang mahal sikit, maksudnya lebih stable, kukuh dan higher endurance untuk travel jauh-jauh.

Friday, 30 August 2013
susahnya nak cari tempat makan selesa!!!
korang pernah tak ada masalah nak cari kedai makan yang selesa?
aku tak pasti korang, yang pastinya aku ada masalah ni.
selalu.
boleh kata setiap kali nak makan kat luar.
yang mana akhirnya kitorang laki bini akan decide tapau makan kat rumah or masak je
sebabnya?
dulu aku dengan laki aku adventurous.
kitorang suka try tempat makan baru.
suka makan kat gerai sebab biasanya tomyam and masakan panas gerai lebih sedap.
especially masakan thai etc.
tapi sejak ada anak dan sejak anak dah bertambah, kitorang start jadi pemilih.
bukan poyo gatal nak makan tempat posh saje-saje
tapi sebab bila ko dah ada anak, ko kena cari tempat makan yang tak sesak, tak panas dan tak terlalu bising atau terlalu eksklusif.
sebab...
nanti kalau tempat tu sesak dan sempit, macam kat gerai-gerai tu,
macam mana ko nak mobilize around bila anak ko histeria nak main sudu garfu bagai?
atau bila dia menjerit sebab boring duduk dalam baby chair tu?
ko nak bangun je, masa ko tolak kerusi tu ko akan push kerusi orang belakang.
lepas tu bila ko dah bangun kutip mainan yang anak ko campak tu, dia nangis nak susu, ko kena bangun lagi nak buat or capai susu, member meja belakang dah start berbulu and tarik muka.
lepas tu bila anak ko menjerit throwing tantrum sebab panas,
badan anak ko dah melekit, badan ko pon dah melengas, muka ko dah berminyak,
hati ko pun cepat je nak menggelegak
makanan panas-panas pun sampai,
time tu la anak ko nak capai mangkuk, sudu,
nak cedok kuah tomyam favourite ko tu,
ko nak tepis tangan dia, at the same time meja gerai tu pulak jenis meja empat segi main mahjung, salah letak cawan, senget pastu tumpah.
ko nak kena tepis tangan anak kp. tersalah tepis ko elok je tertepis cawan jatuh tumpah. dang!
lepas tu anak ko tak dapat main cawan, dia cranky menjerit and nangis sampai muntah. dang! lagi.
lepas tu pulak gerai tu pkat pasang radio lagu heavy metal or dangdut sekuat-kuatnya.
elok sorang nak je nak handle, anak yang tengah tidur dalam stroller pun bangun. aduh!!!
bangun meragam pulak tu, tak nak kat abahnya. nak kat ko gak. kan tertekan tu??
lepas tu yang anak yang besar tadi bila makan nak gak ko suap.
bukannya laki ko tak menolong, tapi situasi tu just buat ko naik gila..haha!!
so macam mana nak menikmati makanan?
hilang mood weh. hilang!
maka sebab itu lah aku dengan laki aku kalau nak berhenti makan, kitorang akan discuss in great detail setiap gerai yang terlintas di kepala otak.
maka akhirnya kitorang biasanya akan makan kat tempat yang biasa kitorang pergi sahaja.
jarang la kitorang nak makan tempat baru melainkan kalau masa tu kitorang keluar berdua atau adik tinggal sebab tidur so kakak je yang ikut kitorang keluar.
kalau kitorang pergi shopping complex pun laki aku memilih gak tempat makan.
biasanya bukan isu 'nak makan apa' yang jadi penentu tapi 'tempat makan mana lengang takde orang' tu yang menentukan kat mana kitorang nak makan.
dan kata lah kalau aku teringin nak makan something yang tak feasible untuk kitorang bawak anak-anak, maka kitorang akan set lunch or dinner date berdua je. sonang. masuk makan, borak, balik.
tapi still rasa kekurangan sebab tak best sebenarnya berjalan berdua takde anak.
rasa rindu.
rindu dengar diorang dua beradik gaduh pastu berbaik, gelak-gelak,
bergurau sesama sendiri,
tengok dvd upin ipin dalam kereta.
jadi udahnya kitorang cuma makan kat rumah yang mana biasanya aku masak atau tapau
or makan kat tempat yang biasa kitorang pegi. walaupun boring dengan menu yang ada..
ni antara tempat kitorang selalu pergi untuk makan kalau kat luar
1. secret recipe
2. wong solo
3. Black canyon
4. u cafe- wangsa walk
5. johnny's restaurant
6. kenny rogers
7. restoran sri kampung - kuala selangor
8. Bangkok restaurant, pasir penambang kuala selangor
9. other fast food -pizza, kfc, wendy, burger king or nando's

- takde muzik hingar bingar
- ada air cond - tak panas
- kerusi and sofa selesa
- meja stabil, air dan sup tak de tendency nak tumpah or senget
- ruang luas, boleh bawak stroller
2. wong solo
- kalau ada air-cond- sejuk
- kalau takde air -cond - siling tinggi - good ventilation
- ada toilet and surau
- space luas, boleh letak stroller
3. Black canyon
- menu sedap
- tak bising
- ada air cond
- luas ble bawak stroller
- ada high baby chair
4. u cafe- wangsa walk
- menu sedap
- tak panas
- tak bising
- tapi sempit sikit nak bawak stroller, so duduk tingkat bawah je
5. johnny's restaurant
- jarang order steamboat- makan space atas meja
- tak bising sangat kecuali weekend
- menu - sedap
- stroller boleh tinggal kat receptionist depan entrance
6. kenny rogers
- lebih kurang macam secret recipe
7. restoran sri kampung - kuala selangor
- ada air cond
- tak bising
- tapi menu limited
8. Bangkok restaurant, pasir penambang kuala selangor
- takde air cond tapi ventilation bagus
- tak ramai org so lapang kepala otak
- menu sedap
9. other fast food -pizza, kfc, wendy, burger king or nando's
- lebuh kurang macam secret recipe
so ini la sebab dia kitorang tak suke pergi klcc or mid valley.
selain sebab tempat makan,
adalah sebab jauh nak jalan sebab nak tolak stroller dua, lif jauh-jauh, parking pun jauh-jauh.
nak solat, surau tak banyak dan kecik,
toilet jenis takde air, guna tisu semata....eewwww
maka kitorang laki bini cuma suka pergi aeon jusco.
tu pun aeon jusco yang tak besar sangat.
sebab kalau tak besar sangat, tak crowded sangat orang yang datang.
parking pun senang cari.
surau tak sesak
toilet pun bersih dan ada paip air
senang nak tukar diapers and buat susu
senang nak makan sebab list kedai makan yang kitorang suka pergi pun banyak.
boleh shopping dengan selesa
makan selesa
pergi toilet selesa
solat selesa
uruskan anak -susu, diapers etc pun selesa.
Subscribe to:
Posts (Atom)