Thursday, 1 June 2017

Expecting the third one

Alhamdulillah.. lepas lama tak update entry, harini tiba-tiba rasa nak buat entry baru..hahaha

Harini insyaAllah puasa ke - 7 dan insyaAllah kalau takde aral, aku dapat puasa penuh tahun ni. yes..we are expecting the third one now..hehe

Kakak dah 8 tahun.
Adik dah 5 tahun..

Memang jauh gap.
Banyak sebab gap jauh tu.
Bukan saje-saje suka-suka tak nak beranak.
Tapi kitorang berpendapat biarlah ada good spacing sebab

1. Nak bagi kitorang ruang membesarkan anak sempurna . Sempurna dari segi makan pakai, didikan, kasih sayang dan perhatian
2. Husband tengah anuat master programme dan kesibukan dia tak mengizinkan aku untuk beranak setiap 2-3 tahun.
3. Pregnancy aku selalunya ada masalah morning sickness yang banyak ragam. Jadi kalau husband busy lepastu maid pulak dah balik kampung, dikhuatiri kitorang menzalimi anak-anak sebab aku dah sah-sah melepek sebab mabuk, mak pun dah uzur, mak mertua jauh, nak fikir kerja, nak tengokkan sekolah anak, hantar jemput ke rumah pengasuh..eh macam-macam la..

Jadi kalau kita tengok ada orang merancang dan ada gap jauh untuk anak seterusnya, jangan la semudah-mudahnya nak perli tak tentu arah. Asyik la nak sebut "it is time for the next one" la atau yang seumpamanya la.. sentap tau. masalah kitorang ko apa tau. takkan semua benda nak cerita kat orang keliling.


InsyaAllah tarikh bersalin december nanti. Dan kalau takde hal, tak la mengganggu husband untuk hantar dan jemput anak sekolah sebab anak cuti sekolah masa tu kan.

Husband dah final year program siswazah dia. Dan insyaALLAH dia habis june tahun depan.
Jadi tahun ni memang sesuai la untuk kami conceive.

This pregnancy was slightly different as we didn't really plan for it. We did plan but not that detail like the previous two. Dan masa tu aku pun makan ubat perancang berterabur, jadi menses pun berterabur.

Sampai la mid of april haritu masa balik KS, aku rasa lemau sangat.
Rasa malas.
Rasa lesu.
Rasa tak kuasa la nak buat apa pun.

Nak makan pun malas.
Rasa nak baring jeeee..

Masa tu rasa pelik jugak sebab rasa tak berminat nak makan
Rasa serba tak kena badan.
Hati dah pelik sebab ingat nak demam ke aku ni.
Ke penat sangat kerja.
Nak kata stress takde yang signifikan pun apa2 hal yang nak buat stress..

Sampai la Isnin tu Public Holiday apa tah,
aku teringat..oopppss period dah delay

and knowing my own body, aku dah agak ada something is cooking in the oven..hahaha

so ajak husband pergi farmasi
tapi balik tu tiba-tiba ada spotting
jadi aku pun berlapang dada
oh rasa lesu sebab nak period..
dan aku cadang nak ambil ponstan untuk legakan sakit-sakit badan..

Tapi hati aku kuat rasa nak double check
Ye la mana boleh makan NSAIDs masa pregnant kan..

So check la..
Sekali positif daaaaaa..hehe


So bermula lah era antenatal follow up aku dengan gynae
This pregnancy mabuknya lain sikit
Aku tak muntah sangat tapi mual tu tetap ada
Cuma mual tu teruk lepas makan

Kalau perut kosong dia ok je
Tu yang alhamdulillah aku dapat puasa

Tapi masa pregnancy ni jugak la aku ada threatened miscarriage
dua kali MC sampai seminggu sebab bleeding

Ada bleeding sikit belakang uri
Tapi alhamdulillah uri bukan kat bawah..

dan sekarang dah 12weeks..

Moga pregnancy ni Allah pelihara dan zuriat ni sihat sempurna fizikal mental, peribadi dan jadi anak yang soleh dan anak yang mudah dijaga..amin..

so lepas ni, sibuk la blogwalking pasal confinement lady, confinement tips, labour prep.. maklumlah lama dah tak beranak.. hehe



No comments:

Post a Comment