Showing posts with label Hijab review. Show all posts
Showing posts with label Hijab review. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

Jatuh Cinta dengan Cotton Wideshawl

selain dari zahra shawl dari calaqisya
aku sekarang sangat into pada cotton wideshawl

ok, cotton wideshawl ni kalau ko jenjalan pegi tesco ke giant ke
ko akan nampak ramai orang jual
murah-murah ada dalam rm10
yang mahal sikit pun ada rm15

tapi ko kena hati-hati tak semua kualiti dia sama ok

aku dah pernah beli yang harga rm10 kat kiosk tapi kualiti hampeh gila
susah gila nak bentuk tudung kat muka
ye la aku kan ada masalah dunia iaitu muka lebar macam pinggan
so tudung yang mudah dibentuk amat crucial

jadi untuk aku, aku memang beli kat sorang je
iaitu @localoca.my
@localoca.my ni vendor kat @thesupernini

aku pergi kat kedai @thesupernini kat bangi tu senang
benda dah depan mata boleh pilih, try, test semua

walaupun harga cotton wideshawl dia harga rm10 je tapi puas hati tauuu

satu, kain dia sejuk tak panas
dua, senang nak bentuk kat bahagian muka
tiga, sangat lebar so boleh buat macam-macam gaya








sebenarnya kalo ikutkan memang boleh jadi tudung labuh macam ni ha

amacam?ada rupe ustajah tak???

k, bye!

Wednesday, 27 August 2014

Calaqisya: Zahra shawl ala-ala crumple gittew

untuk sesetengah orang maybe aku ni ketinggalan zaman
tapi aku still nak share sebab aku rasa tudung ni best gila

tudung ni aku beli kat calaqisya
Calaqisya ni adalah butik yang famous dengan busana muslimah yang rekaannya sangat stylish, sesuai untuk orang muda dan pemilihan warna yang lebih kearah pastel colours dan.......affordable untuk golongan muda-muda yang masih belajar or baru bekerja

design nya tak terlalu heavy, maknanya takde la ko rasa bila pakai tu orang tegur 
"wah doktor, nak pergi kenduri ke??".....*hangen* haha

design dia just nice untuk ko pergi jalan-jalan, pi beli barang dapur or buat baju raya or buat baju pi kenduri pon bley

ok tu cerita baju dia iaitu jubah-jubah dia


tapi la ni aku nak cerita hal shawl dia
calaqisya ni terkenal dengan maggie shawl dia

dan selepas tu dia keluarkan satu lagi shawl iaitu zahra shawl

aku jatuh cinta deep deep dengan zahra shawl seriously




ko nampak tak crumple tuh?
hah tu yang differetn nya
bila terletak atas kepala dia nampak macam pakai crown

kalau ko nak bertunang ke apa ko letak la apa2 hiasan terus jadi dah *perfect*

selit sikit gambar dengan pujaan hati I ekeke

ni gambar poyo
tapi sebab nak tunjuk yang dia labuh memang tutup dada


dan kalau ko pusing sikit sebebnarnya dia memang akan tutup bahu jadi macam tudung labuh

dan tudung ni basically almost opaque
dan biasanya tak payah pakai inner ninja ke apa
scarf biasa je cukup

harga dia aku tak ingat sebab lama dah beli
kalo tak silap rm39
memang affordable...

love much!


k bye!

Wednesday, 13 August 2014

Review bokitta chic- wild bouquet

aku ada satu je tudung bokitta ni
ni pun terbeli sebab tengah boring
selak-selak fashionvalet lama-lama tertarik
dan terbeli...haha boleh gitu?

ok bokitta ni ada beberapa pattern
voila
voila maxi
chic
chic maxi

ni maksudnya design potongan tudung ye, bukan corak pada tudung
tudung tu sendiri material kain dan design corak semua bergantung, ada cotton, etc

bokitta ni best sebab dia tak payah pin
kalau ikutkan pakainye pon tak payah inner lain macam gambar kedua
tapi sebab muka aku tembam aku pakai inner innara from sugarscarf

ok berbalik pada patter tudung ni
untuk voila - tak cover dada, dan bahagian belakang pun pendek
voila maxi - pattern sama tapi cover dada
chic - c0ver dada tapi belakang pendek dan banyak ropol atas kepala
*ala kalo ko tengok minah arab pakai shawl kan tebal je atas kepala, ha..chic tu gitu la kekdahnya

chic maxi- design sama macam chic tapi belakang dia labuh

 ni aku pakai dengan inner innara
ni pattern, design wild bouquet
warna macam cream with dark brown gitu

ni aku pakai dengan inner yang dia bagi


overall aku suka bokitta ni sebab senang
takyah ko nak terhegeh -hegeh nak lilit lepas solat especially bila ko solat kat surau kat public kan
tapiiiiiiiiii.............harga dia berpeluh wei rm119
mahal la untuk poket aku
sebab aku suka beli tudung banyak so kalo mahal gini tamau la..mahaiiii
tapi tudung dia best...cane tuh???

Sunday, 3 November 2013

Sugarscarf: Aya Ombre best gila wei!!

ok, macam yang korang tau aku memang gilakan sugarscarf ni
so, haritu bil sugarscarf update post kat fb page depa, maka dan dan la bukak website sugarscarf
click,click eh eh tetiba lusa dah dapat tudung:) hehe

alhamdulillah..tudung sugarscarf ni memang best
kualiti awesome, pilihan colour pun menarik.

dari lebih kurang 10 warna yang ada, aku rembat 4 warna yang menawan kalbu aku masa tu..

jom layan gambar




aku beli 4 helai

shawl ni jenis lebar dan panjang
hujung dia curvy
jadi memang nice je tutup dada
material : chiffon. untuk warna hijau pink, teal green brown tu chiffon dia lebih lembut in comparison to purple and red black tu
senang nak pakai dan bentuk awning dia.
jarang sikit kalau direct lighting tapi sebab dia panjang
dan bila ko lilit tak la jarang

aku pakai ni guna inner neck innara, so memang tak nampak leher langsung



ni colour hijau pink




ni colour red black



ni colour teal green brown 


ni warna purple




kesimpulan? puas hati dan berbaloi!!

Friday, 19 July 2013

Sugarscarf update

dulu aku pernah dengar pasal sugarscarf tapi tak pernah beli sampai la satu hari tu pergi seksyen 7 nak pergi muslimah clothing couture, ternampak signboard sugarscarf.

so balik tu google pasal sugarscarf tapi banyak shawl dah out of stock. lagipun masa ni aku tak pandai sangat nak pakai shawl, so tak beli apa-apa. masa tu aku beli tudung dari syazara boutique sebelah dengan muslimah clothing couture.

sampai satu hari tu sugarscarf fb page posted kat fb pasal new madison shawl. tu yg aku sakan membeli madison shawl tu  macam dalam post nih sugarscarf.

so lepas tu sugarscarf produce pulak inner innara. ini lagi awesome. maknanya boleh la beli shawl corak-corak pulak.

so sempena pembukaan sugarscarf nye outlet baru kat wangsa melawati, maka seminggu lepas tu aku pun terhegeh-hegeh la pergi. pergi berdua dengan siti hajar.

hasil tangkapan hari tu adalah satu shawl jazreen, satu shawl ayami, satu shawl kira, 3 shawl thara and4 inner innara. puas hati...muawahaha


so lepas ni nak beli nuri kaler hitam pulak sebab madison shawl kaler itam da takde stok kan..sedey!!!!!


tapi sebab dah sprained my ankle maka niat ditangguhkan.

*berdoa semoga nuri tak habis sebelum aku beli,amin.*

Tuesday, 18 June 2013

Sugarscarf addict

wahaha..tajuk tak boleh blah! hehe

i bought another loads of madison shawl from sugarscarf again..hehe. i was night shift on 14 june so husband took leave and we went back to kuala selangor. the plan was i will be travelling to and fro from kuala to cheras.

on the way back we dropped by at sugarscarf boutique at seksyen 7.:-).. owh this area was so awesome. got a lot of muslimah boutique. u name it. fareeda, ariani, pearl haya, dhaja, zawara, muslimah clothing couture, syazara..mentioning few of it.

the initial plan was to buy midnight black madison shawl, navy blue, dusty pink and beige madison. but the the dusty pink and black were sold out. so i bought purple pink, navy blue and madison beige as madison beige was sold out online.

yippie!!

and on 16 june my hands were so itchy and bought another 2 colours online via their website. teka la kaler apa..hikhik

dusty pink and dusty purple!!

nah tepek sikit gambar.





ni beige madison





ni madison red




ni color navy blue





yang aku pakai tu dusty purple. yang hajar pakai dusty pink





yang ni kaler kelabu gelap...

ok nape aku gila batak dengan shawl ni? sbb

Pro:
1. senang pakai. shawl ni dah siap attach kat inner. so ko sarung inner then shawl ni belah kiri pendek and belah kanan panjang. so ikut kreativity korg ler nak lilit lagu mana

2. inner dalam labuh. so tak la terselak nampak tengkuk korang kan

3. relatively murah sebab ko dah tak yah beli inner. shawl dapat sekali dengan inner. kan mantap tu.

4. colour menarik..pink purple gray..oh i like...

5. shawl made from high quality chiffon. tebal tapi tak panas and inner from soft cotton. tebal and tak panas...suke..suke...

Cons:

1. susah sikit nak hang kat hanger

2. kena iron before pakai. melainkan ko gantung tu power gila sampai tak terkelepet

aku harap lepas ni ada tone baru macam turqoise or light blue ke. confirm wa beli nye!!!kihkih..
posted from Bloggeroid

Wednesday, 12 June 2013

Madison shawl by sugarscarf

Hi
Dah lama tak update blog. Busy. And malas. Haha..

Hari ni aku try buat pertama kalinya pakai shawl. Haha apa mimpi mak jemah oi pakai shawl. Tak la, selama ni dengar pasal sugarscarf then tengok orang pakai shawl. Comey je. Maklumla..muka kecik kan. Dapat muka lebar macam pinggan cam muka aku ni kan haru..

So hari tu google nye google terperasan sugarscarf dah keluarkan satu tudung pattern baru.

Madison hijab express.

K, tudung ni actually ada inner style turban and shawl tu attach siap dengan inner. So sesuai la untuk orang macam aku yang tak reti nak lilit ni and dia cantik terletak. Tak la tetiba melurut turun shawl tu haha.

Inner ni made from very soft and comfy cotton. Sejuk. Tak panas.

Shawl tu pulak made from chiffon. So memang best!

Ko sarung then pin ke kanan, pin bawah dagu kalau terlalu besar then tarik ke kiri kasi pin. Perfect!

Sebelum ni order online dua colour-gray and purple. Esok nak order beige, soft pink dengan biru pulak!.yum..yum..

Meh layan gambar aku perasan sorg2..hehe..





posted from Bloggeroid