Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

Benda Penting Masa Travel

bila travel aku memang akan bawa beg kiut miut nih dalam handbag
barang dalam nye sama cuma beg kiut miut je mungkin bertukar
bergantung pada beg yang available

ok, kenapa benda ni penting?
sebab dalam ni macam barang yang ko perlukan untuk kemandirian hidup

cewah ayat gempak lebih..haha!

ok beg kiut miut ni aku beli dalam rm5-6 kat DIY






content bag ni termasuk 
kad serbaguna, 
sewing kit, 
pedi and manicure set, 
fisherman's friend, 
safety pin, 
brooch, 
hijab pin, 
cotton bud, 
pantiliner


ok, sekarnag ni mesti ko tertanya-tanya apa kes nak angkut benda ni semua kehulu-hilir kan?

ok kad serbaguna tu aku beli kat nile
harga dalam rm6-7
kad tu boleh jadi pisau, boleh jadi pembuka botol
boleh jadi screw driver
bak kata orang kalau tersangkut mana-mana kereta rosak ke, sesat ke apa ke 
ni kit yang ko boleh guna la

sewing kit tu aku dapat masa stay kat Hotel Eastin KL
aku suka sebab sangat compact and yet lengkap
yela mana la tau kalau butang tertanggal ke, baju terkoyak, ke tercarik ke,
boleh la dijahit kan

pedi and manicure set ni sebab kadang-kadang kan kita punya kuku kadang-kadang terkoyak
atau kulit tepi kuku tu tersiat ke, 
boleh la kita rescue
sebab kalo kuku terkoyak ko tak ketip terus, nanti hujung yang tajam tu boleh buat garit kat tudung or baju ko yang mahal-mahal tu tau

fisherman's friend tu memang aku angkut 
sebab aku ni senang kena selsema
dan kadang-kadang kalo minum ais banyak boleh tekak kering batuk-batuk
jadi lozenges ni sangat lah diperlukan

hijab pin dan brooch tu memang kena ada spare
sebab kadang kalo solat kat luar,
masa bukak shawl and berwuduk
lepas habis tu lupa letak mana or tercicir ke kat tempat wuduk tu
kan dah haru??

safety pin tu pulak penting mana la tau kat toilet awam tiba-tiba butang tertanggal ke
so safety pin ni la penyelamat ko
or even brooch ko tercicir pun safety pin ni bolh jadi penyelamat




Tuesday, 26 August 2014

Tips surviving housewifeship: Tips Packing Barang Masa Bercuti

dulu masa zaman anak dara kalau nak travel aku biasanya bawa beg besar
walau untuk travel 2 malam je
aku biasanya bawa segala macam keperluan
squeeze everything in that bag!
haha!

aku even bawak hairdryer, shampoo, hair mask dan toiletries dalam botol asal!
haha gila psycho
sebabnya aku sentiasa takut shampoo habis ke,
tertumpah ke dan nanti aku susah nak cari shampoo masa tengah on vacation

tapi sebab masa tu pack untuk diri sendiri je
maka tak rasa sangat yang aku ni tak reti pack light bila nak bercuti

bila dah kawen dan beranak pinak ni
bila urusan packing ni aku buat sorang
baik packing untuk diri sendiri, husband dan anak-anak
semua aku buat sendiri

jadi aku mula belajar packing light
sebab husband bising kalau aku angkut banyak beg
ye lah bayangkan kalau 4 beranak bermakna nak kena angkut 4 beg

jadi husband beli satu beg besar yang mana aku akan squeeze barang semua orang dalam beg tu termasuk barang maid!

jadi rasa bangga tak hengat bila bell boy atau concierge turunkan beg dari bonet dan tanya "ini je ke?"
rasa sangat cool dan macho
sebab walaupun travel 4 beranak, cuma bawak 1 beg besar je..*kembang lubang hidung*

tapi masalah datang bila buka je beg, semua benda start bercampur
satgi nak keluarkan pampers, habis kena kembur baju lain
tambah pulak baju anak kan kecil-kecil jadi habis bersepah merata

jadi kat situ dah stresssssss..

so aku dapat satu idea lepas jumpa resealable plastik kat daiso

sebab excited aku lupa nak snap gambar rupa luar sarung plastik ni.

jadi aku beli saiz  besar, medium dan kecil

Saiz plastik besar
  • x 1 isi baju dan seluar aku
  • x 1 isi baju dan seluar husband
  • x 1 isi baju dan seluar maid
  • x 1 isi tudung/shawl aku

Saiz plastik sederhana
  • x 1 isi scarf dan inner
  • x 1 isi pakaian dalam aku dan sarung kaki
  • x 1 isi pakaian dalam suami
  • x 1 isi diapers adik
  • x 1 isi baju dan seluar kakak
  • x 1 isi baju dan seluar adik
  • x 1 isi pakaian dalam maid
  • x 1 isi telekung, kain pelikat dan kain batik
  • x 1 isi berus botol anak dan botol susu x1 sorang


Saiz plastik kecil
  • x 1 isi panties kakak
  • x 1 isi toiletries anak-anak ( minyak yu yee, bedak saiz mini, shampoo 2 in 1, drapolene cream,sikat mini)
  • x 1 isi mini toiletries aku
  • x 1 isi mini toiletries husband
  • x 1 isi ubat-ubatan

jadi aku boleh susun ikut suka plastik ni asalkan boleh muat
sebab bila sampai je kat hotel, terus susun plastik ni kat wardrobe

tak la penat nak lipat kain dan susun dalam luggage
sampai hotel jadi kerja lagi nak lipat lagi kain yang berterabur lepas tu susun pulak kat wardrobe hotel kan?

sonang!


*tips lain supaya tak payah pack banyak sangat
  • pastikan hotel tu sediakan towel jadi tak perlu bawak towel
  • bawak mini sejadah
  • bawak mini telekung dan stokin
  • bawak mini toiletries 
  • cuba cari hotel yang sediakan dobi atau berdekatan dengan dobi jadi tak perlu bawa banyak baju kalau travel lebih 3 malam
  • kalau travel dalam negeri tak perlu bawa susu anak banyak2, boleh beli mini pack kat mana-mana hentian R&R
  • tak payah bawak hairdryer - hotel biasanya sediakan
  • rancang perjalanan percutian - jadi kalau dah tau banyak berjalan, lebih baik bawa sandal sahaja dan sepasang selipar buat basahan kalau nak mandi laut atau kolam. sebab kalau bawa juga high hells tu celah mana nak pakai masa bercuti tu kan
  • bawa gym bag yang senang dilipat kalau korang jenis nak jugak workout masa tengah bercuti, jadi keluarkan semua mp3, calorie watch, gloves letak dalam satu resealable plastic, lipat kecik2 gym bag dan squeeze dalam luggage. nak pi gym nanti baru keluarkan balik


* benda kecil-kecil MESTI bawak masa bercuti
  • plastik sampah saiz S
    • ok ini sebahagian ko simpan dalam kereta supaya kalau anak muntah boleh jadi vomit bag, untuk buang sampah bekas-bekas makanan sepanjang perjalanan tu
    • sebahagian lagi untuk kalau nak buang diapers anak yang ada taik tu supaya tak la bilik hotel tu berbau taik - ikat ketat-ketat ye
  • laundry plastic bag - isi baju kotor/ baju lembab tak sempat kering sebab mandi laut/pool
  • wet tissue - kadang-kadang kan anak main dan makan dalam hotel, takut tumpah ke apa
  • 3 in 1 drinks sachet pilihan - kalau lapar tengah malam buta anak dah tidur takkan ko nak keluar nagkut anak dah todur kan, lepas tu 3 in 1 drink sachet yang hotel bagi tak menepati selera jadi, ko boleh la guna untuk alas perut tuh..
  • ketip kuku, gunting kecil, pisau lipat - kadang-kadang kan kuku kita tiba-tiba terdiat ke terpatah ke jadi jam tu mana la nak cari kedai nak beli ketip kuku kan? pisau dengan gunting untuk banyak keperluan macam buka plastik ke, buka tombol pintu ke etc
  • mini sewing kit - mana tau tiba-tiba kain terkoyak ke butang tertanggal ke, senang la nak jahit
  • getah belacan/ klip - kadang kita beli jajan untuk anak atau diri sendiri lepas tu tak habis makan,nak buang sayang sebab banyak lagi, jadi time ni lah getah belacan atau klip diperlukan
  • kerongsang, hijab pin and safety pin - walau ko confident kerongsang ko memang kukuh sebab tu brand avon, ko bawak je la lebih. kot-kot anak ko buat main ke, tercicir dalam lubang sinki hotel ke kan dah naya?






ni contoh mini toiletries
aku transfer shampoo, conditioner, facial cleanser, toner, make-up remover and moisturiser dalam small packaging

dari kiri warna pink and purple tu aku beli kat ikea
yang tengah tu sample free body shower masa beli perfume
yang 4 botol kecil tu beli kat daiso




ni contoh aku pack baju dalam resealeble plastic




k bye!