Showing posts with label Bodycare. Show all posts
Showing posts with label Bodycare. Show all posts

Wednesday, 13 August 2014

Detox drink untuk kurus

cewah, ayat gempak lebih..haha

ok, detox drink ni secara am nya berfungsi untuk membuang benda tak perlu dalam badan..
yang mana biasanya berakhir dengan buang air besar dengan lawasnya..
kadang- kadang sampai mencirit kan..

ada yang jual dalam bentuk herbal tea, detox tea, macam-macam lah..
aku pernah try dulu teh orang kampung, singset semua kebenda lah tapi tak boleh bertahan
satu, sebab rasa dia pergghhh tak boleh telan
dua, tak boleh tahan nak mencirit. kalau dah sampai seru, tak sempat-sempat nak menyembur..
tiga, mahal.

jadi sebab dia tak mesra poket dan mesra punggung, so aku try my very own version of detox drink

ni ha bahan mudah nya..



apple cider atau cuka epal,green tea or teh hijau, madu
yang tak interframe dalam ni cuma jus delima

ok bahan-bahan ni sangat mudah
1 sudu apple cider
1 sudu madu asli
1 uncang green tea
1 sudu jus delima
air suam segelas


biar air sebati dalam 5minit then minum
lagi elok amik lepas makan

rasa dia masam-masam manis..sedappppp

aku suka sebab minuman ni tak buat aku cirit cuma, pagi-pagi confirm senang buang air, then petang sekali.
tak memulas perut dan takde bau herba 
rasa pon sedapppp..


cuba lah ye untuk sesiapa yang nak kurus tuh..

ok kenapa detox penting untuk proses pengurusan badan?
satu, ko kena buang air besar paling kurang dua kali sehari untuk pastikan pencernaan zat makanan berguna berlaku dengan baik,

dua, bila badan dah tak penuh dengan toxin taik tu, senang la metabolisma badan ko berlaku supaya makanan lebihan tu tak disimpan jadi lemak

kenapa aku pilih jus delima, apple cider, madu dan teh hijau sebagai detox drink ?
jus delima - bagus untuk kulit, tinggi antioksida dan dipercayai membantu hilangkan berat badan
apple cider- bagus untuk pelawasan
madu- makanan sunnah dan sebagai pengganti gula untuk rasa manis
teh hijau - tinggi antioksida, bagus untuk tingkatkan metabolisma badan

ok, bye!

Sunday, 20 July 2014

Lose weight: eat clean: calorie deficit: kevin zahrie: 5kg in 5 weeks

ok, ini new obsession aku
well, tak lah new sangat
ni obsesi aku sejak aku lepas bersalin lagikkkkkkkkkkkkkk...*nangis*

ok, dulu masa muda remaja, masih single mingle,
berat asal aku 52kg
lepas kenal husband aku tahun 2005, 
berat aku naik 56kg..

ok, honestly aku rasa mana-mana perempuan pon
lepas ada pasangan they will put on weight,
tak banyak sikit..
tak sikit, banyak...iaitu macam aku la....



lepas nikah tahun 2006, naik 62 kg...

lepas tu bersalin naik 69kg then turun 65kg...

lepas bersalin kali ke dua..naik 75.8kg tak turun-turun.....*nangis lagi!!!!!*

jadi sebab aku dah lama subscribe kevin zahrie punya ebook on losing 5kgs in 5 weeks tu
so aku menelaah la balik ebook tuh..


dan alhamdulillah aku dah hilang 5kg

ye..aku tau 5kg tu tak banyak mana..tambah pulak aku pelukan 8minggu instead of 5minggu to lose 5kgs

tapi aku syukur sebab dulu nak hilang 1 kg pun hazabbb sangat rasa...


seriously aku memang suggest untuk korang semua beli buku ni
sebab 
  • dwibahasa
    • kalo rasa susah nak faham yang english version, baca yang malay version
  • mudah difahami
    • penerangan dia sangat mudah, tepat dan sangat senang untuk ko faham
  • banyak tips
    • banyak tips mudah dalam hidup seharian yang boleh bantu ko untuk kurus secara menyambil
  • praktikal
    • tips dan cara yang diajar sangat praktikal, baik untuk lelaki, perempuan, tua, muda, bekerja or housewife, student, semua orang boleh apply dalam hidup ko untuk hilangkan berat badan

dan berdasarkan ebook ni dan sesuaikan dengan cara aku sendiri, aku adjust accordingly
sebab aku ni napsu makan ya ampunnnn,,so sku adjust slowly...very slow basically..

1. lepas tau makna calorie deficti yang diajar dalam ebook kevin zahrie tu,
aku makan semua benda tapi aku lebih cerewet dan spend sikit masa untuk kira kalori.

2. aku masih enjoy makanan yang aku suka i.e nasi lemak, nescafe, snacks..TAPI ambil sikit je
so, tak la aku teringat-ingat, ngidam ke apa..
dan benda ni bagus sebab dulu kalo bakar kek, satu dulang, sekarang bakar 1/2 acuan je, makan, sikit, simpan. so jimat gak duit. sebab buat separuh je..

3. share. kalau aku teringin nak minum air ais dan manis iaitu milo ais yang aku selalu minum masa lunch - aku akan share dengan member kat tempat kerja. kalau kat rumah aku akan share dengan husband

4. exercise - aku pilih satu exercise yang aku suka then google cara yang betul and buat REGULARLY. ok, ini keyword dia. bukan pulun gila- gila target bakar kalori banyak sekaligus tapi buat 30mins selang sehari

5. minum air kosong sebanyak2nya

6. makan sikit- sikit tapi kerap. contoh, pagi sarapan nasi lemak separuh pinggan, air kopi o takde gula, then pukul 10 ambil karipap setengah biji dengan green tea dua mug, lunch macam biasa tapi nasi separuh dan separuh nasi yang dikurangkan tu letak sayur. so sayur dua portion. then kul 3 pm minum kopi o, kul 6 dinner, malam makan buah.

7. minum green tea - minuman ni bagus sebab dia hantar signal kat otak seolah olah ko minum air manis then ko rasa kenyang dan dia akan naikkan bmr ko

ni la cara aku lebih kurang

tak la best pon tapi aku happy sebab aku rasa lebih sihat

yang tudung hijau tu berat 75.8kg
yang tudung hitam berat 70.8kg


so another 20kgs to go untuk berat ideal

Friday, 8 March 2013

Spa postponed

Sedey...

I went to tesco ampang last night after maghrib pray. Reached there around 8.30pm. Guess what? It was full house!!!

Oh my...I was so disappointed. Hm.. husband then asked one question.

'Eh the spa offers the service for both male&female is it?'

'Yup'

'No. I don't want you to go there. Look for other place. Jaga aurat.'

*okay*....