Tuesday, 24 July 2012

Breastfeeding: lain orang lain experience

Rasa tergerak hati pula nak tulis pasal breastfeeding ni. Tadi baca-baca blog,ada sesetengah orang yang super fanatik pada breastfeeding..yang mana aku rasa agak annoyed sebab poyo. Sebab lain orang lain masalah dan tiap anak yang lahir tu lain ragam. Jadi janganlah anak dalam perut belum keluar lagi tapi dah berdegar-degar nak menyusu juga anak yang besar tu sampai tak mahu dengar nasihat orang. Sebenarnya tak mahu dengar nasihat takpe,tapi kalau dah takbur sangat,kok apa apa jadi pada kandungan kan kesal..betul tak?

Dulu masa bersalinkan hajar,sangat lah excited nak breastfeed(bf) dia. Tapi sebab masa tu bersalinkan dia through caesarean section,maka lepas bersalin tu nurse tolong jaga sebab kena bed rest 6 hours. So,dia dah di beri bottle feed dengan formula sepanjang malam tu. Esok tu, bila husband sampai je terus mintak husband ambik kan baby dan prop up katil terus bf hajar. Masa ni sebab excited maka teknik tidak di check dengan betul. Terus dapat nipple sore and crack few days after that.

Haha,nama je doktor tapi teknik pun silap. Dah la masa tu hajar sangat lah kuat menyusu. Sekali bf dia boleh melekap dekat dua jam. Lepas sejam berhenti,nangis balik nak sambung menyusu. Huhu,penatnya masa tu Allah je yg tahu. Ingat lagi masa tu,bf belah kanan sebab breast kiri luka,jadi kena pam juga yang belah kiri sebab dah engorged,sedih sangat masa tu sebab buang dekat 5 oz sekali pam sebab susu tu dah bercampur darah dari tempat luka. Bila belah kiri dah baik, bf belah kiri,pam buang belah kanan. Kalau dapat yang clean catch, bottle feed yg ebm(expressed breast milk) tu,so dapat la rehat dua-dua belah. Hampir seminggu juga macam tu..stress! Tapi alhamdulillah ada suami tercinta yang sangatlah supportive..semuanya berjalan lancar... Husband nasihat masa tu, kalau dah terpaksa sampai sakit2 sana sini lepas tu anak tak puas menyusu,sebab bila stress and sakit,susu makin kurang,bila makinckurang, anak hisap tak puas,dia ada tendency untuk salah latch,maki jadilah vicious cycle dan nanti eventually anak yang jadi mangsa,kurang susu and hypoglycaemic,semata-mata sebab mak nya nak jugak bf..husband kata kalau dah mcm tu, takpelah,formula feed lah..asalkan anak sihat.

Jadi masa tu in between menunggu dua-dua belah sembuh sepenuhnya, pump pun pump juga tapi try lah beli susu formula masa tu. Snow- tak boleh tolerate,vomit. Lactogen- vomit. Dumex -vomit. Enfalac- alhamdulilah ok. Tapi bila dah boleh establish bf balik,terus je bf and simpan enfalac tu..

Kemudian kitorang notice,hajar ni tidur tak lama sangat. Menyusu sejam,tidur setengah jam. Baik siang ke malam sama je. Memang pening je kepala masa tu sebab tak cukup tidur. Macam on call tiap-tiap hari. Then bila balik rumah mak mertua,mak kata tak kenyang gamaknya. Mak kata husband dulu mak masakkan tepung beras and bagi dalam botol masa dalam pantang. Yes! Dalam pantang!! Haha..

Jadi masa tu hajar dah dua bulan,kitorang pun topup dengan formula. Bf belah kanan,sendawa then kiri then formula feed..baru dia tidur.. Tapi masa tu dia senang terjaga kalau dah lelap atas pangku,bila alih ke katil,buka mata..so husband kata ok,break the second rule - beli buai. Haha.. Konon la kan sebelum tu tak nak buai sebab masa paeds posting tengok shaken baby syndrome nye. So,husband pun pergi kedai beli. Maka,hajar pun tidur lah lama juga..dalam dua jam..tapi asyik kena henjut je lah buai tu. Mujur masa tu amik breastfeeding leave,jadi bergilir la dengan bibik menghenjut buai si hajar..

Sekali lagi masa balik rumah mak mertua,ayah kata hajar masa tidur asyik gelisah,mulunptnya nak ngempeng tu. Mula-mula husband buat derk je.. Buat tak faham masa ayah suggest guna pacifier.. Kononnya takut anak jo lah bagai..Ayah senyum je sambil jawab,ala anak ayah empat semua pakai puting takde apa pun..aku?sengih je la.ye la kalao big boss dah tak bagi takkan aku nak engkar pulak kan?kan? Tengahari tu masa balik solat jumaat, ayah belikan pacifier..lepas tu aku pujuk husband,kata kita try je,kalo tak bagus nanti kita off la. Pujuk punya pujuk,husband bagi green light. Lepas suap kat mulutnya,hajar terus nyenyak senyenyaknya tidur..hehe(ok the third rule dah langgar)..

Bila hajar masuk dua bulan lebih,dia makin kuat menyusu,macam tak kenyang. Maka,aku pun tambah satu scoop kecik nestum cerelac first step yg colour biru tuh.. Hoho..terus tidur empat jam lepas bf kiri kanan and formula feed+nestum..hehe

Bila hajar masuk tiga bulan,aku terus bagi bubur nasi. Ni resepi kot sape nak share..

Beras satu genggam
Dada ayam 3 keping
Daging batang pinang 250gm
Kentang dua biji, carrot dua batang
Ikan bilis kopek dua genggam

Rebus beras yg dah dibasuh dengan ayam,daging,kentang and carrot
Bila air kering tambah lagi sampai nasi jadi bubur and kentang dan carrot tu lembut
Blend sampai halus
Ikan bilis kopek tadi sila screen sekali lagi takut ada tulang halus
Goreng ikan bilis tadi garing dan blend kering sampai halus

Bila nak makan,ambik satu senduk bubur tadi tambah satu scoop kecik ikan bilis.
Masa ni aku letak satu scoop nestum cerelac tu dalam bubur supaya ada rasa manis sikit.
So dah tak payah letak dalam susu lagi

Lepas aku start kerja masa hajar empat bulan, aku tak pam pun masa tu. Ye lah houseman kan masa tu,dan aku masa tu tak la knowledgable sangat pasal breast pump etc..maka bila dah tak bf masa siang and tak pump,malam je bf,susu makin kurang. So hajar totally minum formula masa dia 5 bulan..

Ada juga dengar kata sinis orang konon kenapa tak pam la,rugi tak bf la,susu dia bertong-tong lah..hello,semua orang ada masalah sendiri. Mana ada ibu dalam dunia ni tak moh bf anak depa,mesti nak kan,tapi kalau keadaan dah tak mengizinkan nak buat mcm mana.. So pada yg bf anak tu jgn lah poyo sgt sampai ke tahap mcm angkuh pulak bila susu dah keluar mcm air paip..kalau Allah tarik nikmat Dia bagi tu kan dah sia-sia

Ok,sambung balik..

Alhamdulillah second baby ni khadijah dapat bersalin normal..Masa pregnant doa sangat dapat bersalin normal,dapat bf,dipermudahkan bersalin,bf dan sebagainya lah. Alhamdulilah lepas bersalin tu terus bagi bf sikit kasi bonding. Bila dah balik wad, terus pakaikan khadijah baju and bf dia. Syukur sangat-sangat masa tu susu dah mula keluar.

Lepas tiga hari..ohhh! Masalah lama datang balik. Nipple sore! Mujur tak crack..masa ni minta mak mertua belikan jeli gamat pastu apply byk-byk lepas feeding.alhamdulillah it works! Dulu masa bersalin hajar kan c-section, so tak berani nak makan gamat or haruan sebab takut second baby c-section juga,nanti takut adhesion teruk..so kali ni sebab ada episiotomy wound,alhamdulillah makan gamat ni cepat kering. Dalam tiga minggu lebih dah kering,sebulan tu dah tak sakit and well healed.

Masa ni dah start pump susu. Mula la google sana sini looking for tips untuk bf. Alhamdulillah berjaya simpan stok untuk khadijah. Tak la banyak super sampai melimpah peti ais,tapi ada je rezeki khadijah..alhamdulillah syukur sgt. Walaupun kadang rasa tamak,nak kumpul banyak tapi husband selalu ingatkan,susu ni hak khadijah yang Allah bagi,kalau dah takde rezeki jangan sedih, yang penting dah cuba. Walaupun kadang -kadang ada masa output tak sebanyak input masa pergi lokum, tapi selagi di pam,insyaAllah ada susu untuk adik..husband selalu pesan,betulkan niat bila pam dan feed khadijah,jangan nak berlumba atau poyo sebab bf anak..nanti tak berkat.

Ada juga terbaca pasal supplement untuk improve milk production tapi tidak ada istilah milk booster ye puan-puan. Tapi tak salah kalau nak makan supplement untuk improve nutrien dalam badan kita tapi provided breast dikosongkan setiap 3-4 jam,insyaAllah susu akan terus terhasil. Tak kira la express dengan breast pump or direct feeding.

Dan sekarang sebab aku dah rasa dua-dua,formula feed and breast feed,alhamdulillah dua-dua ada baiknya. Tak salah kalau kita formula feed anak kita atau nak breastfeed anak kita. Terpulang pada rezeki dan preference kita. Kalau dah susu kita lambat keluar masa baru-baru bersalin lepas tu anak kita jaundice sampai tsb dah 300+ takkan nak biar,kena la top up dengan formula..

Sebab tu masa aku kerja, aku takkan marah patient yang formula feed anak dia,dah takde susunya takkan nak biar baby tu kebulur sampai hypoglycaemic. Jap gi kalau baby tu ada developmental delay sampai sekolah pun agak lembam sebab hypoglycaemic,ko nak bertanggjawab ke dik?anak orang tu. Penat dia mengandung sembilan bulan..pastu jadi macam tu kan sedih. Jadi,kalau jumpa patient or sape-sape la yang tak berjaya bf anak dia janganlah lancang mulut kata"huh,saya dulu anak semua menyusu badan,takde botol -botol ni.." atau "oh,tak banyak ye susunya,I kalau pam sekali dapat dalam 8-12oz.."

Okeh...antara tips untuk berjaya dalam bf

1. Doa dan betulkan niat,jaga mulut
2. Direct feeding sekerap yang mungkin
3. Kalau mula2 pam memang biasanya susu tak banyak,aku dulu dapat 0.5oz je nyah..huhu,tapi kalau kita confident insyaAllah boleh
4. Kalau masih belum start kerja,tgh buat stok, Bila feed bagi sebelah je,sebelah tu pam. Jgn risau,susu tak akan habis. Susu akan dihasilkan serta-merta selagi ada request. Itulah konsep demand and supply.
5. Lepas feed dua kali belah kanan,pam belah kiri,tukar pulak pam belah kanan,feed belah kiri
6. Keep hydrated. Ini paling penting. Pastikan minum 3 litre atau lebih siang dan 3 litre malam..
7. Jangan tersalah makan pil perancang yang ada estrogen atau supplemen yang ada estrogen dalamnya..(contoh mcm evening primrose oil)
8. Beli lah pam yang sesuai. Ni tak semestinya pam mahal ribu-ribu ye cuma pilihlah yang berkualiti.. Yang selesa dihati dan dada of course..hehe
9. Kalau mampu,beli lah attire yg nursing friendly..jadi tak lah leceh bila keluar shopping nak cari nursing room..

Dan ada satu lagi isu,ada sesetengah orang yang pregnant very keen to bf her elder child. Tak ada isu sangat sebenarnya tapi my personal opinion, better stop..sebab?kalau anak dah 2 tahun lebih,memang wajar berhenti bf sebab islam pun suruh bf untuk 2 tahun. Lagi satu bila bf ada hormon oxytocin akan released dalam badan dan hormon ni juga lah main player untuk proses bersalin iaitu untuk buat rahim kita contract. Jadi ada banyak kes yang saya jumpa pregnantcwomanxyang still bf anak dia datang dengan contraction and lagi teruk turun darah...tapi terpulang lah,kalau comfortable je,sambunglah bf. No problem..tapi janganlah rasa gah sangat sampai bila doktor advise untuk berhenti,angkuh sangat mulutnya kata tak ada apa-apa. Kita tidak pernah dan tidak akan tahu apa akan jadi akan datang...

Okeh,sampai situ sahaja..bye!
posted from Bloggeroid

Monday, 23 July 2012

Lunatots- The milk story-TMS

Bila hari-hari browse fb, asyik terbaca pasak the milk story choc drink,hati teringin nak cuba sebab recently perasan susu badan agak kurang. Jadi browse la lunatots nye online store. Budget kalau betul berkesan boleh la suggest kat patient ke kalau ada yg dtg dgn masalah breastfeeding nih. Punya la semangat semalam, terus order 2 kotak drink and snack tu.

Bila dah order,dapat emel regarding order had been processed. So malam tadi mintak husband bayarkan via cimbclicks, ye lah dia ada maybank je akaunnya..haih. Lepas tu takde follow- up emel pasal payment dari lunatots sbb sebelum ni kalau purchase kat fab mom and kasih sygku, diorg akan automatic emel kata dah receive payment. So,tadi call la lunatots hotline,nak inform kata dah bayar tapi rasa sangat la KECEWA sebab lunatots kata kena emel bukti pembayaran(mcm gambar transaction), emel balik shipping address,contact number dengan details order..what??

Abis apa kejadahnya register as member and dah taip order,shipping address,contact number bagai masa book order tuh? Apa la..first time encounter online store gini. Tak customer friendly langsung. Terus rasa macam nak sedekah je tms tu. Malas nak cuba or promo kat sesape. Dah la kita kerja,takkan nak buka akaun bank online kat tempat kerja,kot kena hack ke nanti. Dah kena tunggu ptg karang baru boleh emel semua perkara yg tak masuk akal yg lunatots minta tu. Makin delay la nak dapat brg tu semua. Bila taip post kat page fb tms,diaorg bagus,semua post ditapis dulu. Post yg sedap di baca je di publishkan. Lunatots patut lebih alert isu not customer friendly system ni sgtlah mematahkan semgt untuk purchase barang dari lunatots lagi.
Online store lain tak jual eh tms ni?

posted from Bloggeroid

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan Datang Lagi..

Subhanallah,cepatnya masa berlalu. Esok dah 1 ramadhan. Subhanallah. Setiap kali datang ramadhan, tak tahu kenapa akan datang rasa pilu. Mungkin banyak sangat kenangan ramadhan dan syawal dari dulu. Alhamdulillah Allah panjangkan umur aku,suami,anak2 dan kedua mak ayah dan mertua untuk beribadat lagi.

Ramadhan 2009, masa tu mengandungkan hajar, Allahuakbar, dapat puasa penuh. Masa tu masih lagi dalam housemanship training. Sebab tak larat, ambik unpaid leave dan cuti bersalin awal. Seronoknya masa tu dapat jadi surirumah,masak untuk sahur, tidur lepas subuh, masak untuk juadah berbuka.. Nikmat sangat rasa masa tu. Tapi malam raya syahdu sebab husband night shift masa tu. Pagi raya baru husband balik.

Ramadhan 2010, masa tu hajar dah hampir setahun. Dah duduk kat port dickson. Tapi sebab masa tu tgh last posting untuk housemanship kat ED, maka malam raya kena kerja,pagi raya pukul 7 husband dah terpacak depan ED untuk jemput balik..

Ramadhan 2011, masa ni dah pindah tanjung karang. Mengandungkan khadijah masa ni. MasyaAllah dugaan masa ni ialah mabuk teruk..dengan oncall dan lokum lagi..masa ni husband buatkan semua lokum slot dan kalau ada chance dia akan buatkan on call sekali..huhu..dan malam raya husband on call lagi..sedey.. Tapi masa ni ada improvement sebab masa ni masak sendiri lauk raya sebab husband nak buka puasa last tu dengan lauk raya..

Dan ramadhan datang lagi. InsyaAllah kalau panjang umur,ada rezeki dapat lah malam raya kali ni suami ada kat rumah..

InsyaAllah..

posted from Bloggeroid

Wednesday, 18 July 2012

Update rumah..

Dua hari lepas berjanji temu dengan sorang kontraktor dari damansara. Dia sampai pun dah pukul 6 lebih..dapat la discuss apa nak dibuat kat rumah batu..cadangnya:
1. Nak extend master bedroom ke bahagian porch. Jadi master bedroom asal jadi walk in wardrobe
2. Nak naikkan ruang basuhan belakang tu jadi store
3. Nak tukar cat dalam rumah, luar rumah tak tau lagi..tgk ongkosnya..
4. Nak pasang awning
5. Nak pasang grill
6. Nak tukar main entrance dan gate ke sebelah kiri

Tapi tgk kontraktor ni lebih kepada 3 d designer.. Dan dia sub con almost semua kerja dia except kabinet dapur. Tapi kabinet,wardrobe dan flooring dah ada orgnya so kitorang rasa mcm tak sedap hati sgt la..ok, takpe, we will see how nanti..

Balik tu discuss punya discuss dengan husband sebab kitorang nak masuk rumah secepat yang mungkin so husband kata kita tak payah renovate banyak, cuma hias dalam je lawa- lawa.. Hm,ok perintah dijunjung.

Sekarang tgh tggu kontraktor ni emel quotation..huh..suspens..

Call lawyer td kata next week mungkin boleh sttle..haih,tak taula..tak sabar nak nasuk rumah baru..

posted from Bloggeroid

Monday, 16 July 2012

Simple Pre Ramadhan Getaway

Hari tu teringin nak makan japanese food,jadi bila dengar pasal bon odori 2012 kat stadium matsushita tu,husband terus suruh google hotel and book sebab husband plan nak bawak anak-anak jalan ke i-city and konon-konon pre ramadhan getaway la..

google nye google jumpa de palma shah alam.ada pool,dekat dengan bon odori and i-city. call and terus book tapi dapat bilik deluxe,kena tambah satu lagi katil. ye lah empat beranak seh,mana muat katil queen tu.

pagi tu,lepas sarapan lepak-lepak, kitorang pun keluar pukul 12, pergi ambik faiq(adik ipar) untuk dental check-up lepas tu bawak dia pergi makan,jalan-jalan and shop sikit kat aeon bukit raja. Dapat rembat stroller baru untuk hajar..huhu. akhirnya dapat let go buggy lama yang dah biol rodanya tu. tapi banyak betul jasa buggy tu. hajar pun sebenarnya lagi suka buggy tu..tapi nak buat mcm mana..dah sampai ajal dah..hehe

lepas hantar faiq balik, terus check in..masa tu pun dah pukul 5 lebih. tapi tu lah,kecewa gak la duduk de palma ni. masa sampai tu terpinga-pinga cari counter check in. tak tahu atas sebab apa reception counter dialihkan ke pintu hujung. bila dah check in, kena patah balik ke pintu satu lagi untuk naik ke bilik. bila tanya kat receptionist tu,dia kata
'nanti akak tunggu kat pintu belah sana untuk naik bilik nanti bell boy dtg'.....

ok,masuk dalam kereta,pusing balik,lepas tu tunggu punya tunggu ada troli je,bell boy nya haram takde. dah la panas,aircond rosak gamaknya. dahla panas,hati pun serta merta jadi panas. maklumlah, anak yg 2 orang ni dah start nak susu la, nak mandi la.. takkan nak menapak balik ke reception counter td. so,call la..jwapannya'eh takde ye kak? takpe nanti saya call'..

Lama tu baru la dtg sorg foreigner worker untuk angkut barang kitorang. FYI, walaupun kitorang cuma tidur untuk satu malam tapi sebab ada empat orang makanya byk la barang nak di bawa. bakul susu hajar, beg baju anak-anak,beg baju mak bapak,stroller dua ketul tu. haih..tu yang bibik sound hari tu,'ini kalo ibu beranak lagi kena belik lorik'..hehe

Mujur bell boy tu bagus. Tolong angkatkan stroller bagai.Masuk je dlm bilik, another staff dtg untuk hantar extra bed untuk hajar. Lepas tu mandikan hajar dengan khadijah,mandi,solat,rehat kejap sementara tunggu maghrib. Lepas maghrib terus ke stadium matsushita..dari jauh dah nampak kereta berduyun park tepi jalan..adoyai..terus menjalar rasa kecewa..sebab kitorang memang tak kuasa nak menyorong 2 stroller dengam umat manusia seramai tu..huhu.. Makanya terus tukar plan pergi i-city terus.

Ramai juga orang kat i-city tapi boleh la jalan bawak stroller. Makin malam makin ramai orang datang. Khadijah pun tak meragam,duduk je diam dalam kangaroo style carrier. Bila dah lena, mama pulak dukung dalam ring sling. Hajar pulak merajuk sebab tak dapat naik permainan yang ada kat situ. Ye lah,dengan adik tidur,stroller lagi,cane la nak angkut semua tu. Tapi overall puas hati la..dapat spend time dengan family tu yang lagi penting..

Esok tu lepas sarapan,hajar nampak swimming pool,apa lagi,merayu- rayu kat abahnya nak mandi pool..abahnya terus cair,kata ok. Dapat la menyejukkan hati yg panas sebab tak puas hati kat de palma. Tulis kat breakfast voucher tu breakfast from 6.30 to 10.30am tapi pukul 9am makanan semua dah tak refill. Bila tanya,dengan muka selamba kata makanan dah habis..sakit ati betul. Memang takkan stay sini lagi la jawabnya sampai bila-bila..huh!

Tengahari check out then pergi aeon bukit raja lagi sambung shopping..huhu..Dah solat zuhur,lepak starbucks kejap pastu balik. Samapi rumah dah pukul 6. Penat tapi best!hehe So far berpuas hati untuk pre ramadhan getaway. Chow!

posted from Bloggeroid

Sunday, 8 July 2012

Kenanga Wholesale City

Lepas cerita kat husband pasal kenanga wholesale city, husband terus bagi green light! yeay!!

Makanya sabtu lepas terhegeh-hegeh la empat beranak ni pergi kenanga. Sampai je,adoyai nak mencari parking tu sampai ke tingkat 11. Nak tunggu lif lagi yang maha slow.. Husband terus ajak pergi lunch dulu. Sebab masa tu pun dah dekat pukul 1. Kitorang lunch kat japanese restaurant. Oh sedapnya makan bento and sushi.huhu..

Lepas sesi mengenyangkan perut selesai,terus memulakan misi menghabiskan duit!
Mula-mula belikan baju anak-anak dulu. Lepas tu belikan kakak beg angry bird,kalau tak selagi tu la bising mulutnya. Kakak terus tidur lepas dapat beg. Maka, mamanya pun boleh concentrate shopping sebab adik pun tidur je dalam ring sling tu. Lepas round punya round tak jumpa yang berkenan di hati. Ye la,harga kalau beli sepasang  memang  mahal tapi kalau beli 3 items baru ada diskaun,bukan senang nak cari benda boleh berkenan di hati sekali 3 kan? Tapi husband tercinta sangatlah sporting. Dia dah pesan,jangan rush,pilih betul2, kalau betul berkenan,beli 3 pun takpe..huhu.. seronok!

Lepas jalan dari tingkat ke tingkat, sambar 3 handbag, 3 baju kurung, 2 jubah..1 seluar..senyum sampai ke telinga..hehe. Tempat ni memang besar gila. ada 17 tingkat. Tingkat 16 ada surau dengan 2 kedai tapi yang lain belum buka lagi. Tingkat 8-13 car park. Tingkat lain adalah tempat shopping!

Tingkat 1-2 dengan 7 selain barang ada foodcourt dengan kedai makan non-halal. The rest tu cafe and restaurant yang halal. Ada floor khas untuk baju,kids,kasut,beg,muslim's attire etc. Yang pastinya memang syok la.. Kalau rasa tak nak beli banyak,bawak la kengkawan or sedara yang kaki shopping,so leh share masa beli and dapat diskaun..

Kalau tengok pun haritu memang yang datang semua in flocks,3-4 orang satu group..so makin seronok la menghabiskan duit..haha!

Ok la,nanti upload gambar barang yang dibeli okeh! Tengah tunggu bibik basuhkan. bye!

Wednesday, 4 July 2012

HOME DECO EXPO II

Nak update pasal rumah. Hari tu lepas check out dari hotel terus ke Klana reasort seremban untuk makan buffet japanese food. Musha dah tunggu. Sampai je tempat tu dah penuh sesak. Mujur lah dah book. Musha pun dah ambil kan unagi siap-siap. duk kat tatami room pulak tu. Husband punya la excited. Terus keluarkan arahan veto-bilik study nanti harus cenggini juga. Okay, whatever..hehe..Ouwh..enaknya unagi! huhu.. Dah kenyang makan, terus bertolak balik.

Bukan balik sebenarnya tapi nak pergi home deco expo. Husband yang memang dah lama mengidam cowayjuicepresso tu terus sambar satu. Dapat kaler hitam. Jimat dalam Rm200 beli kat expo ni plus dapat la jug ikea FOC. Jadi la..

Lepas tu terus book tint untuk rumah. Jalan punya jalan, tertarik hati dengan flooring. Mula tu memang dah niat tak nak usha flooring booth sebab nak guna khidmat zaldeco tapi tetiba tengok harga nya murah. Floor robina 8mm thick dengan warranty, waterproof bagai dan harga termasuk installation ialah rm5.67. hm.. bincang jap kat luar booth, lepas tu husband kata, ok lah, kita book. Weehoo.. best,best. Tak sabar nak masuk rumah..hehe

Lepas dah settle tu pergi la redeem hadiah,dapat voucher wall paper maxim. Ajak husband pergi jengah.  Terus husband tangkap cintan dengan wallpaper. Bincang punya bincang dengan salesgirl tu terus tangkap satu wallpaper. Kalau beli yang mural punya harga mau ribu ribu satu wall..lap peluh jap. Tak jadik,so order wall covering je..huhu. Ok la tu,kurang2 dapat la juga japanese style design untuk study room.

Balik tu walaupon penat tapi husband senyum sampai ke telinga sebab dapat juicer and wall paper:))