Thursday, 27 September 2012

De quervain tenosynovitis

Pernah dengar itu diagnosis???

haha..tak sangka aku boleh dapat. mula-mula aku perasan sejak maid aku cabut, pergelangan tangan kanan aku asyik sakit. Aku biarkan aje sebab ingat sebab banyak buat kerja rumah.

So aku pun urut la sendiri, sapu minyak, makan NSAIDS etc tapi tak lega juga. Makin lama makin sakit. Masa tu nak dukung khadijah pun sakit. Nak buat kerja rumah makin limited.

Masa habis kerja kat klinik and tengah habiskan cuti sementara tunggu nak masuk kerja hospital balik, husband ajak pergi kpj sebab bila buat xray takde nampak apa-apa changes pada bones.

Aku jumpa Mr Askandar. dia sambil sengih2 examine tanan aku and give the diagnosis straight..haha maklumlah aku ni kan sangat lah tak suka ortho so, masa study and masa housemanship dulu memang ala-kadar je..huhu..

dia bagi tarikh 13 sept 2012 untuk buat operation and akan issue MC for 3-4 weeks..ehem..ehem..


so pada 13 sept 2012 epas subuh tu aku terus pergi kpj. puasa siap-siap sebab surgeon suruh aku puasa sebab nak buat under general anaesthesia..huh suspens beb..

alih-alih bila da tolak masuk ot anaest tu kata kalo nak recover cepat buat under local anaesthesia la..bukan apa balik tu nak pergi houses lighting ..huhu..

ALhamdulillah operation berjalan lancar.. cuak juga. hehe

balik tu husband belikan mc donald for lunch then terus pergi puchong.. sampai je terus rambang biji mata..murah melampau2 ok...huhu.. nanti aku cerita pasal lighting dalam satu entry khas ok..

c ya.. so skrg thg MC..weehuu!!! best!

Wednesday, 26 September 2012

Sudah dapat kunci rumah baru!!!

Alhamdulillah. Pada 7 september 2012, selepas beberapa episod'komplen', memburu pegawai urusan jualan pkns, pembantu peguam bank, maka dapat juga kunci rumah kami!! Hoho...;))

Pagi tu lepas bayar duit elektrik dan air, terus call juruteknik yang pegang kunci untuk ambil kunci rumah. Excited beb.. Huhu..

Alhamdulillah..syukur akhirnya dapat juga kunci..lebih kurang pukul 11 am macam tu kami pun masuk dengan lafaz bismillah dan check la defect..

Syukur PKNS dah baiki defect semua sebelum pass over kunci kat kami. Huhu..agaknya takut aku komplen lagi kot.. haha..

Petang tu lepas solat jumaat teru pergi kedai hardware survey tukang buat rumah.

Yela, rumah tu kan tiga bilik je. Takde stor. Ruang dobi pun kat luar- terdedah je.. so kami cadang nak naik dinding je. Sebab bumbung dan lantai dah ada. Alhamdulillah ALLAH mudahkan. Terus dapat contact number Indonesian ni. Namanya Antor.

Petang tu juga dia datang. Deal punya deal kami terus ambil dia untuk naik kan dinding, cat, alih sinki, pasang sinki, kepala paip,paip. Barang kami beli sendiri. Upahnya pun murah dan berpatutan.

Lepas tu bermula lah sesi cari orang wiring, plaster ceiling, call chinese yang tint tingkap, cinese yang pasang kabinet dan wardrobe, call orang yang flooring tu sekali.

Plan kami untuk rumah ni:
1. Naikkan dinding untuk jadikan stor kat belakang.
2. Simen sebahagian backyard untuk tempat sidai kain
3.Tukar cat
4.Tukar design untuk plaster ceiling- sebab rumah ni dah siap ada plaster ceiling
5.Tint semua tingkap dan sliding door
6.Pasang grill rumah
7.Tambah/ alih point lampu,kipas, aircond - kerja2 wiring( maklumlah,aku suka rumah aku terang benderang)
8. shopping lampu,kipas kat houses lighting
9.shopping kat ikea( ni sangat lah excited)
10. shopping kat houz depot...

hm.. dah lah husband nak exam 11 september..mujur lah dia sudi spend masa sikit untuk gi survey tukang buat rumah etc.. hehe


meh tepek gambar sikit






living room



kanan: master bedroom
kiri: toilet 2


 bilik 3 @ bilik study husband


 dapur, kecik ler sangat


terrace 



hm.. tu lah rumah aku..kecik je.. k, next entry pasal renovation ye..