Saturday, 31 August 2013

cerita stroller

aritu aku baru beli stroller untuk kakak.

kakak dah 4 tahun. ye, aku tau agak besar untuk duduk dalam stroller.
tapi kalau keluar jalan-jalan, it is a bit difficult to control her from running around the mall or make her sit still while we were shopping.
tambah dengan recent issues on child kidnapping and abduction.
lagi seriau rasa.

kakak pun lepas jalan-jalan nanti bila penat dah minta nak di dukung.
mau patah pinggang nak dukung kakak wei

dan dia still bottle feeding.
nanti bila dah haus susu, mana pulak nak cari tempat dia nak landing untuk menyusu.

jadi atas sebab-sebab itu maka kau still letak kakak dalam stroller masa pergi jalan-jalan.

sejak ada anak, aku dah beli lima stroller.

stroller pertama adalah yang ini






 JUSTIN stroller sweet cherry


stroller ni aku beli masa kakak baru habis pantang.

masa tu mak aku sakit and still warded kat hospital selayang.
so masa tu susah nak dukung kakak untuk ke hospital tengok mak.

so husband decide untuk beli stroller.

ye la masa tu anak sulung kan.
tak ada pengalaman kan.
jadi kitorang beli ni sebab stroller ni boleh recline flat.
dan ada bakul bawahnya.

masa tu aku faktor harga pun memainkan peranan jugak.
tak mampu nak beli stroller harga ribu-ribu or 400 ke atas.

stroller ni masa tu harga dalam rm240-rm280 aku dah tak ingat the exact price.
stroller ni sesuai untuk newborn sampai umur 4 tahun.

tapi kitorang tak pakai lama dan jarang pakai sebab

  • kakak tak suka stroller ni sebab belakang tempat sandar tu keras.
  • walaupun boleh recline flat dan sesuai kalau anak nak menyusu or tidur, tapi ia tak boleh tegak 90 degree
    • so kakak akan nangis sebab dia tersandar dalam 70 degree. tak selesa
  • panas
    • padding dan alas jenis canvas so panas and baby berpeluh-peluh time tidur
  • bulky
    • masa tu kitorang pakai proton  saga. tak beli mpv lagi
    • muat kat bonet kereta tapi nak isi bakul susu, baju, tilam etc masa travel jauh susah sikit
so lama-lama kitorang abandon stroller ni sebab bila bawak pergi shopping mall kakak akhirnya berdukung dan aku kena tolak stroller kosong.

penyelesaiannya : kakak didukung dalam baby carrier.

kitorang guna baby carrier ni dari kakak umur lepas pantang sampi dia umur setahun dan boleh berjalan.

dan..stroller tu aku bagi kakak aku sebab dia takde stroller masa tu.




Baby love snuggo baby carrier 4 in 1

banyak betul jasa baby carrier ni.

alhamdulilah berbaloi beli sebab guna sampai rosak.
jadi bila nak buang pun tak ralat.


jadi bila kakak dah besar sikit dan dah boleh jalan, kitorang beli buggy ni.


My dear buggy ( tak sure apa nama siri buggy ni)



buggy ni beli kat kedai one world baby kat kuala selangor.

masa tu ada diskaun.
harga kalau tak silap rm89. yang pastinya bawah rm100

buggy ni sangat bagus.

  • boleh recline flat bila kakak nak susu or tidur
  • boleh tegak 90 degree
  • penyandar kain, lembut dan selesa.
  • kain tak panas
  • ringan
    • senang nak travel even dengan flight
  • umbrella style easy folding
    • senang nak angkut sebelah tangan
    • muat dan tak makan ruang bonet
lama jugak kitorang guna buggy ni sampai kakak cukup besar dan tayar dah start gelong.

Lepas tu baru kitorang beli stroller ni pulak
masa ni beli awal 2013 lepas adik lahir.





Sweet Cherry City

so buggy tu kitorang letak kat rumah mertua sebab kalau budak-budak ni nak teman nenek nya berkebun petang-petang, adik boleh letak dalam tu.

stroller pink ni stroller sweet cherry jugak

masa beli tu lebih kurang rm300

stroller ni yang bagus:

  • boleh ditegakkan
  • relatively ringan
  • boleh fold macam umbrella
  • ada poket kat belakang
    • boleh letak diapers or apa-apa barang baby
  • bakul besar bwah seat
    • boleh letak barang shopping
  • ada peep window dekat hood
bila adik dah besar sikit dan dah tak larat nak didukung dalam carrier,

kitorang letak adik dalam stroller pink dan kakak kitorang beli stroller prime ni pulak



Sweet Cherry Prime



stroller ni

  • lebih kukuh
    • tayar lebih besar, so seuai untuk kakak yang lebih besar
  • ringan lebih kurang macam yang pink
  • boleh lie maximum 20 degree recline tapi tak boleh tegak 90 degree
  • bakul shopping agak besar jugak
  • ada peep window dekat hood

stroller ni masih guna sampai sekarang.


stroller pink tu last two week tiba-tiba terbarai masa aku turunkan dari bonet mpv untuk bawak budak-budak ni naik lepas sampai dari kuala selangor.

sebelum tu, satu screw tertanggal and stroller ni terbarai. 
ni terbarai lagi and irreparable

so dump terus

kitorang pun start la survey apa stroller yang sesuai untuk ganti
mula-mula kitorang cadang tak nak beli stroller baru
adik guna stroller prime dan kakak boleh guna trolley shopping cart macam kat tesco tu or jalan je

tapi memikirkan kalau kat klcc tu mana pulak aku nak carik trolley - shopping cart tu, 
dan faktor-faktor risiko kena dukung kakak bila dia dah penat jalan etc,

kitorang decide beli jugak stroller baru.

stroller baru masa tu yang di shortlisted kan adalah

  • buggy my dear

    • design awesome gila
    • ringan
    • umbrella style folding mechanism
    • compact - jimat ruang
tapi kitorang tak beli sebab buggy ni tak boleh recline langsung
jadi aim untuk memudahkan kakak tidur atau menyusu tak tercapai.
so tak jadi beli.
  • sweet cherry SCR3
    • design lawa
    • nampak lebih stable
    • sesuai untuk budak umur 6 bulan till 4 tahun

  • sweet cherry SCR6
    • design lawa - 3 roda
    • roda besar dan stabil
    • boleh tegak 90 degree
    • boleh baring flat
    • ada peep window kat hood
    • boleh attach dengan car seat sweet cherry SCR7 - kena guna adaptor

  • sweet cherry SCR11
    • besar -sangat sesuai untuk budak umur 4 tahun ke atas
    • design ok
    • boleh baring maximum 20 degree
    • ada built in bottle holder kat besi pengadang depan and handle
survey punya survey, akhirnya we came to the conclusion to buy SCR6

banyak blog yang aku review kata SCR 6 ni ok tapi down side dia adalah bulky size even in folded position

tapi memandangkan aku memang travel dengan mpv so, apa point beli mpv kalau stroller pun tak boleh letak kan?

jadi kitorang beli la akhirnya

yang paling best adalah colour favourite aku. merah...auuummmm.
hehe.


jadi kesimpulannya untuk pendapat aku kalau nak beli stroller adalah

1. budget - sebab harga stroller memang boleh cecah beribu. memang la kualiti bagus etc. jadi kena pastikan practicality dan berbaloi ke tak duit yang dikeluarkan dengan penggunaan stroller tu kelak

2. saiz - kalau korang pakai kereta kompak macam myvi, viva atau swift yang bonet tak berapa luas, baik consider beli buggy.

3. umur anak - walaupun buggy biasanya lebih sesuai untuk budak 6 bulan ke atas, anak ko kan akan membesar?
takkan selamanya umur dia 2 bulan kan.
dan biasanya budak bawah setahun jarang yang nak duduk dlam stroller lama-lama.

kalau korang perasan kat shopping complex tu kesian kadang aku tengok.
beli stroller harga beribu, banyak benda extra, design lawa superb tapi anak still dukung,
meraung bila letak dalam stroller,
lepas tu mak sorong stroller, abahnya lebam mendukung anak.

jadi kalau anak bawah setahun, elok la ko gendong je dalam carrier.

4. kekerapan travel - kalau ko selalu travel especially travel abroad, buggy memang lebih sesuai sebab senang korang naik flight, senang nak fold etc.

tapi kena la beli buggy yang mahal sikit, maksudnya lebih stable, kukuh dan higher endurance untuk travel jauh-jauh.




Friday, 30 August 2013

susahnya nak cari tempat makan selesa!!!

korang pernah tak ada masalah nak cari kedai makan yang selesa?
aku tak pasti korang, yang pastinya aku ada masalah ni.
selalu.
boleh kata setiap kali nak makan kat luar.
yang mana akhirnya kitorang laki bini akan decide tapau makan kat rumah or masak je

sebabnya?

dulu aku dengan laki aku adventurous.
kitorang suka try tempat makan baru.
suka makan kat gerai sebab biasanya tomyam and masakan panas gerai lebih sedap.
especially masakan thai etc.

tapi sejak ada anak dan sejak anak dah bertambah, kitorang start jadi pemilih.
bukan poyo gatal nak makan tempat posh saje-saje
tapi sebab bila ko dah ada anak, ko kena cari tempat makan yang tak sesak, tak panas dan tak terlalu bising atau terlalu eksklusif.

sebab...

nanti kalau tempat tu sesak dan sempit, macam kat gerai-gerai tu,
macam mana ko nak mobilize around bila anak ko histeria nak main sudu garfu bagai?
atau bila dia menjerit sebab boring duduk dalam baby chair tu?
ko nak bangun je, masa ko tolak kerusi tu ko akan push kerusi orang belakang.

lepas tu bila ko dah bangun kutip mainan yang anak ko campak tu, dia nangis nak susu, ko kena bangun lagi nak buat or capai susu, member meja belakang dah start berbulu and tarik muka.

lepas tu bila anak ko menjerit throwing tantrum sebab panas,
badan anak ko dah melekit, badan ko pon dah melengas, muka ko dah berminyak,
hati ko pun cepat je nak menggelegak

makanan panas-panas pun sampai,

time tu la anak ko nak capai mangkuk, sudu,
nak cedok kuah tomyam favourite ko tu,
ko nak tepis tangan dia, at the same time meja gerai tu pulak jenis meja empat segi main mahjung, salah letak cawan, senget pastu tumpah.

ko nak kena tepis tangan anak kp. tersalah tepis ko elok je tertepis cawan jatuh tumpah. dang!

lepas tu anak ko tak dapat main cawan, dia cranky menjerit and nangis sampai muntah. dang! lagi.

lepas tu pulak gerai tu pkat pasang radio lagu heavy metal or dangdut sekuat-kuatnya.

elok sorang nak je nak handle, anak yang tengah tidur dalam stroller pun bangun. aduh!!!

bangun meragam pulak tu, tak nak kat abahnya. nak kat ko gak. kan tertekan tu??

lepas tu yang anak yang besar tadi bila makan nak gak ko suap.
bukannya laki ko tak menolong, tapi situasi tu just buat ko naik gila..haha!!

so macam mana nak menikmati makanan?

hilang mood weh. hilang!

maka sebab itu lah aku dengan laki aku kalau nak berhenti makan, kitorang akan discuss in great detail setiap gerai yang terlintas di kepala otak.

maka akhirnya kitorang biasanya akan makan kat tempat yang biasa kitorang pergi sahaja.

jarang la kitorang nak makan tempat baru melainkan kalau masa tu kitorang keluar berdua atau adik tinggal sebab tidur so kakak je yang ikut kitorang keluar.

kalau kitorang pergi shopping complex pun laki aku memilih gak tempat makan.
biasanya bukan isu 'nak makan apa' yang jadi penentu tapi 'tempat makan mana lengang takde orang' tu yang menentukan kat mana kitorang nak makan.

dan kata lah kalau aku teringin nak makan something yang tak feasible untuk kitorang bawak anak-anak, maka kitorang akan set lunch or dinner date berdua je. sonang. masuk makan, borak, balik.
tapi still rasa kekurangan sebab tak best sebenarnya berjalan berdua takde anak.
rasa rindu.

rindu dengar diorang dua beradik gaduh pastu berbaik, gelak-gelak,
bergurau sesama sendiri,
tengok dvd upin ipin dalam kereta.

jadi udahnya kitorang cuma makan kat rumah yang mana biasanya aku masak atau tapau
or makan kat tempat yang biasa kitorang pegi. walaupun boring dengan menu yang ada..

ni antara tempat kitorang selalu pergi untuk makan kalau kat luar

1. secret recipe

  • takde muzik hingar bingar
  • ada air cond - tak panas
  • kerusi and sofa selesa
  • meja stabil, air dan sup tak de tendency nak tumpah or senget
  • ruang luas, boleh bawak stroller

                               
2. wong solo

  • kalau ada air-cond- sejuk
  • kalau takde air -cond - siling tinggi - good ventilation
  • ada toilet and surau
  • space luas, boleh letak stroller


3. Black canyon

  • menu sedap
  • tak bising
  • ada air cond
  • luas ble bawak stroller
  • ada high baby chair

4. u cafe- wangsa walk

  • menu sedap
  • tak panas
  • tak bising
  • tapi sempit sikit nak bawak stroller, so duduk tingkat bawah je

5. johnny's restaurant

  • jarang order steamboat- makan space atas meja
  • tak bising sangat kecuali weekend
  • menu - sedap
  • stroller boleh tinggal kat receptionist depan entrance

6. kenny rogers

  • lebih kurang macam secret recipe

7. restoran sri kampung - kuala selangor

  • ada air cond
  • tak bising
  • tapi menu limited

8. Bangkok restaurant, pasir penambang kuala selangor

  • takde air cond tapi ventilation bagus
  • tak ramai org so lapang kepala otak
  • menu sedap

9. other fast food -pizza, kfc, wendy, burger king or nando's

  • lebuh kurang macam secret recipe
so ini la sebab dia kitorang tak suke pergi klcc or mid valley. 
selain sebab tempat makan, 
adalah sebab jauh nak jalan sebab nak tolak stroller dua, lif jauh-jauh, parking pun jauh-jauh.
nak solat, surau tak banyak dan kecik,
toilet jenis takde air, guna tisu semata....eewwww

maka kitorang laki bini cuma suka pergi aeon jusco.
tu pun aeon jusco yang tak besar sangat.
sebab kalau tak besar sangat, tak crowded sangat orang yang datang.
parking pun senang cari.
surau tak sesak
toilet pun bersih dan ada paip air
senang nak tukar diapers and buat susu
senang nak makan sebab list kedai makan yang kitorang suka pergi pun banyak.

boleh shopping dengan selesa
makan selesa
pergi toilet selesa
solat selesa
uruskan anak -susu, diapers etc pun selesa.


Wednesday, 28 August 2013

ceritera raya

hari ni dah tiga minggu raya.

tahun ni dapat cuti raya 6 hari.

syukur sangat -sangat.

so ini lebih kurang perjalanan hidup aku sepanjang raya..heh

Malam Raya

malam raya aritu aku kerja syif pagi. habis kerja pukul 3pm, balik rumah, pack barang then terus bertolak ke kuang - rumah mak aku.

malam tu buka puasa ramai-ramai.

Alhamdulillah semua ada kecuali kakak aku.

Dia tak dapat join sekali sebab abang ipar aku kerja.

Lepas buka puasa, solat maghrib berjemaah then Isya'.

Malam tu puas la hajar main dengan anak-anak bang ngah.

walaupun budak-budak tu dah 16 tahun tapi layan je hajar and khadijah.

Malam tu juga kitorang balik kuala selangor. Seronoknya balik rumah tercinta. Lepas load barang dalam rumah, tidurkan khadijah, aku dengan husband and hajar ke rumah mak mertua pulak.

teman dia masak sebenarnya. mak mertua aku ni sangat awesome. dia dah biasa masak sorang-sorang sebab anak-anak dia semuanya lelaki. dia tak kisah pun kalau aku tak tolong tapi  aku suka teman dia masak.

sebab sambil tu biasanya kitorang akan borak macam-macam benda. cerita pasal family, perkebangan kerja, anak-anak, perkembangan mertua bla..bla.. termasuklah cerita artis..hehe

malam tu mak habis masak dalam pukul 1.40 am then kitorang terus balik and tidur.


1 Syawal

Esok tu pagi raya terbabas bangun lambat..hehe

Lepas tu kitorang pergi rumah mak mertua, lepas beraya sana, makan-makan, terus ke kuang sebab mertua aku terus ke rumah nenek di klang.

dekat kuang, lepak-lepak kejap sampai lepas zohor sebelum rumah mak aku pulak kena attack dengan adik beradik ayah aku.

kitorang yang kepanasan dan tak senang duduk ni terus angkat punggung. cadangn ya nak ke klang tapi tengah jalan husband tukar fikiran, terus melencong ke ikea...

haha alasannya nak beli satu set lagi pinggan mangkuk sebab esok adik-berasik aku nak bertandang ke rumah aku.

sampai kat ikea, jalan jem super. nak masuk parking pun beratur sampai luar.

husband kata cancel pergi ikea, dia park terus kat the curve.

alang- alang perfume dengan skii dah nak habis, shopping terus sambil pakai baju raya.

so hasil rembatan masa tu adalah

skii clear skin
skii facial treatment essence
skii cellumination essence
skii facial treatment repair c
dapat satu set free cellumination mask-in lotion, cellumination deep surge ex and facial cleanser
collect point dapat 3 stemcell moisturiser...huhu..

suka..suka..suka...

lepas bayar tu, dapat voucher metrojaya pulak..ph sangat la awesome.

terus rembat 3 pasang kasut sembonia. 1 untuk maid ( ni husband aku tak puas hati gila sebab maid dapat kasut sembonia) and 2 lagi of course la aku punya kan.

perfume pulak aku beli victoria secret.

cadangnya nak beli bombshell tapi sold out pulak yang set tu, so aku beli fabulous. bau dia sangat soft...suka..suka..suka..:)

lepas puas berhabis duit kat the curve terus balik rumah kat kuala selangor.


Malam tu abang ipar (abang sulung husband) datang with his newly wed wife and adik-adik sekali. Kami makan dinner simple-simple je. Lepas tu they all borak-borak sampai pukul 1 am. aku dah tertidur dalam bilik masa tidurkan hajar.

Tak larat weyh..penattttt.

2 Syawal

Pagi esok tu terus pergi pasar prepare untuk masak-masak sebab adik beradik au nak datang lunch kat rumah. so menu hari tu adalah bihun sup and itik panggang.

Since hari tu adalah jumaat, lepas lunch yang lelaki semua pergi solat jumaat and kami yang perempuan melepak je lepas kekenyangan.

Awalnya merancang nak bawa adik beradik aku ke bukit melawati and pantai remis lepas solat jumaat tapi sebab masa tu mak pun datang sekali and ayah dah call suruh mak balik awal sebab ramai family datang raya kat rumah and ayah tinggal sorang-sorang, terus mak ajak semua balik.. adoi rosak plan.. haih...


so lepas tu kitorang lepak-lepak and after maghrib adik beradik husband pulak datang untuk dinner.

lepas dinner , abang ipar and his wife balik rumah in law dia untuk sambung beraya pulak. kesian jugak tengok diorang, baru kahwin, duduk asing and jauh-jauh, cuti raya pulak pendek, so memang terkejar-kejar untuk gi jalan raya.

3 Syawal

Pagi ni kami ziarah ikea pulak..ekeke..

sebenarnya nak teman my sister in law pergi ikea.

nak beli bekas kuih raya katanya

pagi tu sampai ikea agak awal. selalu pukul 8.30 ikea dah bukak tapi hari tu
mungkin sebab raya so pukul 9.00 am baru bukak

lepas sarapan ala kadar, maka misi mencari barang diteruskan.

kitorang berpecah akhirnya sebab semua orang ada misi masing-masing :)

last-last tak sempat jumpa pun masa balik sebab kakak ipar dengan bang ngah terus balik johor.

lepas habis shopping kitorang terus lepak rumah je.

syok gila spend time kat rumah sendiri.



dan syawal ke 4 dan ke 5 kitorang tak kemana pun.

lepak kat rumah or keluar sekitar kuala selangor je

masa petang syawal ke 5 tu kawan-kawan sekolah husband datang beraya.

ada staff hospital tanjung karang pun datang beraya.

Malam raya ke 5 kami balik ampang sebab esok tu husband dah start kerja.

Syawal ke 6 aku bawak anak-anak dengan bibik pergi beray rumah kak lang and along.


lepas tu malam tu dah psycho sebab esok nak start kerja lepas cuti raya lama..hehe

adeh..malasnya nak kerja.
nak update blog pon malas.

hari ni kerja malam. bye!








Saturday, 3 August 2013

it's the time to get a new foundation!

i have been looking for a new foundation for the past couple of weeks

when i was still in teenage years, i had an oily skin which tend to have breakouts.
yeah..maybe because of the glorious hormone secretion.
so, i did not use make-up at all.
all i did was the 3-step skincare.
cleanse, tone and moisturise.
and i kept on changing my skincare brand,
hunting for the best skincare availabe in the drugstore- watson and guardian.

until i reached my plateu level of women hormone where my skin more or less became a combination skin - normal/ combination

and at the moment i already tried to apply make-up on my face.
i mean, foundation and compact powder only.

i was doing my housemanship that time and the first brand i used was sendayu tinggi
it was awesome.
my skin remained matte all day


*picture taken form website. i did not use the foundation anymore so i dont have any recent picture of this set.

this set especially the foundation works wonder on oily to combination skin.

but i was still who i am.
difficult to compliant to one brand and keep on buying new thing that i think would suit me better..
i changed the brand again.

i bought revlon colorstay.
the coverage was much better in comparison to sendayu tinggi foundation.



i love the texture, the smell and the coverage. it does make your face flawless.
and for you who have an oily to combination skin, this would be the best and affordable foundation.
it is easily available at the drugstores i.e. watsons, pharmacies and guardian store.

my face remained matte all day. earlier when u applied u will feel like putting a mask on your face but after a while it does absorbed well and blended well with your skin tone.


i chose shades of early tan

it was one tone darker from my skin tone actually. i am comfortabe with one shade darker then my skin so any compact powder tone, be it my skin tone or lighter, it will just give a correct tone of my skin.

i have been using this foundation since 2009.

and i never think of changing to the a foundation until recently i changed job and worked in air-conditioned room and my skin became so dry.

my skin became cakey after 3-4 hours... arrghhhh...stresss!

so, i went to hunt for another foundation.

then i bought MAC matchmaster foundation




the sales assistant chose the shades for my skin.

this foundation as it name - matchmaster, did match with your skin tone easily.
initially it looked like u were wearing a wrong shades as it was 2 or 3 tone lighter.
then after few minutes, it did blend well and u would feel not wearing any foundation.
it looked so natural on your face.
but flawless. no blemishes were seen.

but....it did not last long.
after 3-4 hours, it became flaky.

i read few reviews and actualy this foundation suits oily skin well and not dry skin type like me.....arrgghhhh

haih..another waste.


and recently i bought another new foundation.

Doll skin foundation from sendayu tinggi




this foundation's texture was like naturactor. suitable for bridal make-up as well.
the coverage was superb.



i chose this shades - very cute. yes very cute is the name if the shades not that i say it was very cute


i used my finger to apply this foundation, it was very thick in consistency, and u only need one layer of it to give a full coverage.


initially it looked like u were putting tepung gomak on your face but then after u apply a thin layer of compact powder, it just gave u a natural and flawless look.

love this to bits!

it also long lasting. the first time i applied it, and i dozed off because off penat puasa kan, bangun-bangun je, still mekap in situ... suka! suka! suka!


Make- up review : face primer aka make-up base

cewah, budget make-up retis ko ye..haha

ok, sebenarnya aku dah lama nak post pasal ni cuma tak sempat and it is a bit difficult to blog on the tab because of its limitation of keep on crashing whenever i tried to publish the new entry.

ok, face primer or make-up base ni basically nak prime the skin for foundation nanti.

maknanya sebelum mekap, kena:

1. basuh muka bersih-bersih.
    remove semua make-up lama kalau nak apply make-up baru.
2. sapu toner

3. apply serum then followed by moisturiser
   kenapa step ni penting sebab kalau tak, mekap ko tak terletak cantik kat kulit
   Tambah dapat kulit kering macam aku ni, maka nanti nampak la flakes kat kulit tu.
   Nampak sangat hodoh.

Dulu kulit aku jenis oily masa zaman muda remja, so it tend to have breakouts. Bila dah berumur sikit masa cecah umur 24 macam tu, dah tak banyak sangat breakouts. it started became a combination skin. over the forehead and nose tu oily whereas yang cheeks and the rest tu kering.

sekarang ni bila dah nak masuk umur 30an ni kulit start jadi kering.

kenapa penting untuk kita tahu pasal jenis kulit? sebab kalau tersalah pilih jenis mekap, muka akan nampak horrible gila.

ok, berbalik pada face primer ni, aku dah try few types of face primer.


first face primer aku guna adalah


1. skinfood - lime secret shine base



ok, this make-up base can works two way. u can use it as face primer (prior to applying the foundation) or as a highlighter.

kalau nak guna as make-up base @ face primer, lepas 3 step of skin care tu dah buat, biar moisturiser tu soaked in dalam kulit dalam10 mins then baru letak make-up base nih.

skinfood make-up base ni basically datang dalam dua tone colour. satu colour brown pigmented macam ni satu lagi ni pale in color. yang tu tak sure apa nama tone dia. kalau kulit kita jenis yellowish towards tan maksudnya kulit melayu kearah india, so yang lime base ni sesuai.

kalau kulit jenis pinkish or putih melepak, so yang pale tu lebih sesuai.

dia ada pearl pigment untuk bagi kulit nampak dewy and glowy.

tapi kalau kulit jenis berminyak ,korang kena standby facial blotter paper tu ye. takut nanti nampak oily semacam lepas 4-5jam.

ambil dalam satu drop air mata nye saiz tu dah cukup untuk cover seluruh muka.

dia agak thick in consistency and it does make your face one tone fairer.

cara nak apply:

1. muka dah bersih dengan 3 step skincare
2. ambil satu drop besar setitik air mata or sebiji biji limau
3. dot pada dahi, both cheeks and dagu.
4. then ratakan ke seluruh muka.
5, apply foundation.

dulu masa kulit aku jenis combination agak jenuh gak nak blot the face lepas few hours sebab memang berminyak sangat. (masa kulit muda remaja berminyak, aku tak pakai mekap).

tapi sekarang sebab kulit kering, so bila pakai ni, memang absorb ngam. tak payah blot, tak payah touch up compact powder. everything stays well in-situ.

pro:

1. smells good macam limau sikit
2. packaging cantik
3. boleh guna as highlighter on top of face primer - jimat duit
4. harga dalam rm40 lebih kalau tak silap, so affordable price
5. able to enlight the skin one tone lighter
6. suits well for dry sin people

cons:

1. botol kaca - berat nak kelek ke hulu hilir
2. can be too oily for people with an oily skin


2. Dr feel good -skin balm, from benefit cosmetic


ok, ini aku beli masa kulit aku jenis combination oily-dry.
balm ni smells good macam minty smell sikit.

function: mattify the skin
             so kulit ko akan matte all day, tak oily langsung. macam kat kertas.
             kalo kulit jenis oily kaw-kaw punya, so balm ni sangat disarankan.

dalam dia ada span, macam ni:



so, span ni guna dia untuk apply balm ni.

balm ni consistency dia macam wax. kena cungkil dengan span yang di beri tu then dab dab kat skin, bukan macam pakai compact powder( gosok kat kulit) tapi tekan-tekan kat kulit.

ini rupa dalam dia:


so kalau kulit korang jenis sangat berminyak, maka dr feel good balm ni sangat awesome. ataupun korang memang nak mekap tu jenis matte, balm ni sangat sesuai untuk korang. dia ada bau macam mint and bau dia agak kuat jugak, tapi after a while bau tu hilang.

pro:

1. sesuai untuk mattify kulit yang berminyak
2. kalau nak mekap macam dalam tv yang matte macam tak terusik muka tu
3. small packaging  - senang nak bawak dalam beg
4. ringan
5. datang sekali dengan span - so kebersihan terjamin sebab span memang letak dalam tin
6. packaging menarik. macam tin gula-gula

cons:

1. bau balm dia agak kuat



3. Loreal Lucent Magic - Pure Light Primer




ok, primer ni coverage dia lighter compared to skinfood. tekstur pun lebih ringan. dia stil boleh buat kulit ko one tone lighter.

ni yang best dia takde bau, ringan and fix well to the skin. tak kisah oily or dry



 ok, ni beza antara skinfood and loreal tadi,
yang kaler brownish tu skinfood
yang kaler putih tu loreal




ni beza bawah natural light lepas dah diratakan kat kulit.
nampak tak yang skinfood ( yang dekat dengan lengan ) tu coverage dia lebih compared to loreal
and loreal boleh buat kulit lebih cerah



4. Mac strobe cream hydratant








ok, masa aku beli ni Sales assistant tu kata benda ni adalah moisturiser, at the same time it acts as primer jugak. sebab dia ada pearl pigment and akan beri ko dewy look.

aku pun sambar satu sebab fikir kulit aku ni kan makin kering especially sejak kerja dalam aircond.

consistency dia lebih kurang macam loreal tapi dia more pinkish in colour.

ko cuma perlukan sedikit je untuk seluruh muka.

rasa macam oily sikit compared to loreal and skinfood

masalah dia ,lepas few hours pakai, tak kira la duduk dalam aircond or ko berpeluh or muka berminyak sebab kerja ke apa, dia jadi cakey sangat.

bertepek-tepek, hodoh!

nampak ada bintik2 ikut liang roma...eeewwwww stress aku!

so, terus tak pakai.

kesal sebab beli mahal kan....*nanges*

Pro:
1. packaging cantik
2. ada pearl pigment
3. senang nak remove. tak payah pakai make-up remover. kalau amik wudhu abis dengan foundation semua tanggal

Cons:
1. cakey after few hours
2. not long-lasting


so, harap entry ni boleh la bagi ko idea pasal face primer.
next entry kalau rajin nak citer pasal foundation pulak