allahu akbar..
banyak post yang tersadai
lama dah tak jengah blog
tak ada mood
semuanya ada
sebelum ni aku tak faham kenapa awal bulan 11 tahun 2014 tu
aku rasa macam tak sabar-sabar nak bawa
mak dengan ayah pergi sepang goldcoast
macam tak boleh ditangguh-tangguh lagi
mujur husband jenis yang apa saja pasal mak bapak
baik mak bapak dia or belah aku, dia ON aje
so aku book cepat-cepat alhamdulillah tak ada masalah
masa tu aku rasa macam luar biasa tak sabar nak bawa mak ayah..
sampai hari dijanjikan 14 november 2014 tu
pagi tu aku bertolak dari kuala selangor
sebab malam tu bermalam kat kuala
sebab ada urusan bank pagi tu
sampai rumah mak ayah kat kuang dalam pukul 11am.
sampai tu je mak ayah terus masuk,
kitorang masukkan luggage diorang
then terus bertolak ke Sepang.
Sampai kat simpang Sepang tu dalam puku 12.30pm
husband nak berhenti solat jumaat dulu kat masjid KLIA
jadi dropkan dia dengan ayah
dan kitorang yang perempuan just lepak dalam kereta
kat parking masjid
lepas habis solat,
lama juga tunggu husband call untuk fetch diorang balik
husband kata ayah solat sunat lama
dan ayah dah tak larat nak jalan jauh
terkejut juga masa tu,
sebab ayah tak pernah komplen
yang dia dah mengah tak larat berjalan
masa tu hati dah berdetak..
uzur dah ayah ni..
jadi lepas tu kitorang singgah makan kat KLIA chinese muslim food
masa tu ayah nak jalan pun menggigil
lemah kaki katanya
sebab tongkat pun tak bawak
aku tersentap lagi
sebab aku tak tau pun ayah dah start jalan pakai tongkat..
tapi aku just tenangkan hati
sebab ayah ni dia tak suka ngadu apa-apa kat aku
dia tau kalau dia ngadu apa-apa
aku akan paksa dia pergi hospital
yang mana dia memang tak suka masuk hospital
pergi klinik jumpa doktor, amik ubat tu semua okay
tapi bukan masuk wad..
jadi, lepas lunch terus gerak ke Sepang
Sampai Sepang goldcoast dalam pukul 4
lepas check in
kitorang stay kat bilik 405
memang purposedly mintak bilik dekat dengan coffee house dan buggy punya station
malam tu kitorang just tapau dinner from HM bagan lalang
sebab mak dah bawak bekal
dan ayah malas nak keluar untuk makan
malam tu ayah kata dia tak nak buat apa-apa aktiviti luar esok tu
sebab dia rasa bilik hotel tu terlalu best
so nak memerap je kat dalam bilik
aku tak kisah pun sebab memikirkan yang bilik tu memang best
15 November 2014
tapi esok tu lepas sarapan
dia tiba-tiba bersiap
nak ikut pergi pantai katanya
aku rasa pelik lagi
tapi diamkan aje
sebab masa tengah sarapan tu ayah makan terlalu sikit
dalam suku je pun tak sampai dari bungkusan nasi lemak tu
lepas tu dia ke tandas dan terus bersiap
air pun minum tak habis
padahal dia jenis jimat dan tak suka membazir
makanan minuman mesti dihabiskan
dan masa tengah sarapan tu aku perasan tiba-tiba
muka ayah cerah bercahaya
aku ingatkan dia sejuk jadi muka nampak cerah
tapi terdetik juga sebab kulit dia sawo matang
takkan boleh cerah putih melepak macam tu
tapi walau macam tu aku tak terluah kat husband
hati berkata-kata macam-macam
tapi sebab tengah on vacation, aku cepat2 lupakan
so lepas keluar bilik on the way nak menunggu buggy
tiba-tiba ayah boleh berjalan tanpa dipimpin
ayah siap jinjing bakul makanan yang berat tu
buat "balance" badan katanya
bukan main laju ayah berjalan masa tu
sampai tepi pantai tu ayah lepak bawah khemah
lepas dalam setengah jam, aku ajak dia baring kat hammock
mula-mula dia macam segan
lama-lama dia layan je
so aku biarkan dia nap kat situ sepanjang melayan kakak dengan adik main
bila dah tengahari tu,
bila pantai dah start lengang
tiba-tiba ayah berjalan terus ke hujung pantai
katanya teringin sangat nak tengok apa yang ada dihujung pantai tu
mak pun follow dia
dalam 30 minit lepas tu ayah balik semula kat tengah pantai
tapi sebab masa tu dah pukul 1 aku pun ajak dia balik bilik
sebab perut aku dah lapar
rasa bersalah jugak sebab buat ayah lunch lambat
tapi masa tu ayah cakap dia kenyang
aku surprise lagi
sebab ayah ni dia sentiasa jaga waktu makan
dia takkan skip waktu makan
lepas tu dah la pagi tu dia makan sikit je sarapan
dan sepanjang kat pantai tu dia tak makan apa-apa pun
jadi bila balik bilik tu,
aku terus mandikan anak-anak
lepas tu aku jengah kat bilik mak ayah,
mak dalam toilet
ayah tak ada
bila cari rupanya dia tengah menung kat balkoni menghadap laut
masa tu dia termenung jauh sambil senyum-senyum sorang-sorang
aku perhatikan lama tapi dia sikit pun tak perasan
bila aku tegur,
dia senyum,
katanya mengantuk
aku tanya lapar ke,
dia jawab kenyang, tak nak makan
aku risau kan tekanan darah tinggi dia
bila ditanya pening ke
jawabnya tidak jugak
lepas tu aku mandi pulak
lepas tu aku tengok dia masih termenung lagi
masih posisi yang sama
riak muka berseri-seri senyum-senyum sorang-sorang
makin bergetar hati aku masa tu
tapi bila tengok mak tenang je macam takde apa
aku pun bersiap macam biasa
lepas tu masa aku nak pergi tapau lunch untuk semua orang
mak kata nak ikut
ayah yang suruh mak bersiap
lepas tu ayah masuk toilet
nak mandi, buang air besar dan solat katanya
aku pelik lagi sebab pagi tu dia dah buang air besar
dan ayah ni ada masalah sembelit
macam mana pulak boleh lawas sangat samapi dua kali ke tandas...
tapi aku malas nak layan perasaan
terus keluar beli lunch
kebetulan lauk semua dah habis dan kena order makanan goreng-goreng
ambil masa 20 minit jugak baru makanan siap
lepas tu aku tak tau kenapa aku terburu-buru sangat nak balik bilik hotel masa tu
aku jerit-jerit kejar van shuttle masa tu
dan bila samapi lobby sebab ramai orang beratur nak naik buggy
aku terus naik basikal bawak anak
aku tak tau kenapa hati meronta-ronta nak balik bilik cepat
aku ingat sebab masa tu cuaca panas
so aku nak balik bilik sebab sejuk ada air-cond
sampai je kat bilik aku tak tunggu pun mak aku sampai kat coffee house
aku terus buka pintu bilik
masa tu adik masuk dulu..adik jerit-jerit panggil ayah
" atuk,atuk!"
tapi masa tu takde sahutan,
aku ingat ayah tengah tidur
tapi masa tu nampak muka adik pucat
bila aku masuk dalam bilik ayah tu
Allahuakbar!
ayah tengah baring atas katil tapi kaki mencecah lantai
ayah tengah kena sawan!
masa tu ayah dah tak respons langsung
rasa macam nak luruh jantung
ayah masa tu dah siap mandi,
solat,
dah salin baju,
dah baring tepi katil,
Allahu akbar!!
runtun hati memikirkan berapa lama lah keadaan ayah macam tu
berseorangan pulak
sebaknya hati Allah je yang tahu..
aku terus call lobi, diorang hantar stretcher dengan buggy
diorang hantar ayah sampai luar then ambulans fetch kitorang.
since serdang is the nearest hospital,
diorang hantar kesana
macam-macam benda jadi,
esoknya aku transfer ayah ke hospital ampang
16/11/14 -22/11/14
Ayah ada di hospital ampang wad tingkat 6
dan 21 november tu ayah dipasang tiub pernafasan di leher
untuk memudahkan kitorang menjaga dia
dan juga lebih selamat
senang nak bersihkan mulut dan buat sedutan kahak
dan setiap malam aku dengan husband datang lepas kerja untuk mandikan ayah
tukar pampers
bersihkan mulut
pakaikan bedak
pakaikan stokin
tapi masa tu alhamdulillah ayah ada respons sikit-sikit
bila kita bisik kat telinga minta gerak kan tangan ayah gerak sikit-sikit
setiap hari ada perkembangan lebih baik
sehinggalah 22 november14
siang tu ayah ada perkembangan positif
dia angkat kaki
angkat tangan
cuma mata je tak bukak
bila kita ajar mengucap dan bacakan al fatihah
ayah gerak-gerakkan mulut macam nak ikut bacaan kita
malam tu lepas hantar mak balik aku patah balik ke hospital untuk mandikan ayah
cuma malam tu ayah macam lemah sikit
ayah dah tak bergerak sangat
respons sangat minimal
masa tu hati dah tak sedap
tapi aku balik juga rumah malam tenangkan hati
lepas solat sayu sangat rasa hati tak tahu kenapa
esoknya hari ahad,
aku pergi beli barang dapur
cadangnya nak pergi tengok ayah tengahari tu
dalam pukul 10am mak call kata ayah nazak
kitorang terus bergegas pergi hospital
masya ALLAH ayah masa tu lemah sangat
dah tak ada respons
bila diajar mengucap ayah masih gerakkan mulut
aku bersihkan mulut ayah macam biasa,
kami adik beradik dan anak cucu duduk menghadap ayah gilir- gilir
baca yasin dan surah al mulk minta dimudahkan sakaratul maut ayah..
malam tu sebelum maghrib aku balik rumah sekejap cadang nya nak makan mandi dan datang semula ke hospital,
balik tu aku singgah tesco solat dan makan, masa tu hati aku rasa tak sedap sangat.
tiba-tiba hujan lebat masa solat maghrib tu
dalam pukul 8 lebih abang yang tunggu ayah masa tu bagitau ayah dah tak ada..
Allahu akbar, luruh rasa jantung ni
aku bergegas balik ke hospital
Arwah ayah hembuskan nafas terakhir di sisi abang aku
masa tu muka ayah bersih sangat
alhamdulillah dimudahkan urusan ayah masa tu
malam tu juga dimandi dan dikafankan
sebelum dibawa balik, husband imamkan solat jenazah di bilik mayat
malam tu ayah dibawa balik ke rumah ampang
rumah yang along duduk sekarang
rumah yang ayah besarkan kami 5 beradik
rumah yang ayah meniaga kedai runcit untuk cari rezeki untuk bagi kami anak-anak makan
untuk sekolahkan anak-anak
rumah itulah..
rumah yang mana ayah ajar aku membaca
rumah yang ayah didik aku supaya ada kat tempat aku sekarang..
malam tu aku bergilir dengan husband tunggu jenazah ayah dan ngajikan..
esok tu ayah disolatkan sekali lagi dan dikebumikan di bukit teratai..
Alhamdulillah adik beradik semua ada,
Mak ayah mertua pun datang melawat.
Alhamdulillah kali ni aku dapat solat jenazah untuk ayah..
bak kata suami..ini bakti terakhir kita..
itulah yang husband sebut masa dia mandikan arwah ayah..
"ayah ini bakti terakhir saya pada ayah, saya masih boleh pegang, lepas ni yang tinggal cuma rindu dan doa......"
MasyaAllah samapi ke saat ni bila di ingat balik, aku still rasa nak meraung.
Banyak benda aku hold lepas ayah pergi.
Rasa hilang semangat.
Tambah bila saat terakhir ayah sihat ialah dengan aku..
Al fatihah.