Wednesday, 17 July 2013

CERAI SEBAB KAHWIN MUDA?


oh no no...gua tak agree dengan statement itu hokey.

bukan kata "ok ko tengok aku pon kawen muda okey je" or "mak bapak kita kawen muda okey je"
or "ko tengok si polan bin si polan tu kawen muda sekarang dah bercerai-berai", "tu ha si polan si polan tu bercerai dah. tu la, sape suruh kahwin muda. patutnya fikir habis-habis..bla..bla..."

NO.

what i want to say is, semuanya bergantung kepada insan-insan yang mendirikan rumahtangga itu sendiri. ye, memang mak bapak, mertua, ipar duai, kawan, jiran or bekas-bekas kekasih korang boleh memberikan kesan or impak yang sangat besar pada marriage tu, tapi yang paling utama adalah suami isteri itu sendiri.

ini aku bagi pendapat berdasarkan pengalaman aku sendiri la. dan juga pemerhatian aku pada orang sekeliling baik family or jiran or kawan.

dulu aku dengan suami ambil keputusan kahwin awal sebab nak elakkan maksiat.

we were in our fourth year of medical school at that time. we met in 2005 in some college program. we were  a batchmate but somehow we never talked or being in a same class group before.

after 1 year together, we made the decision to get married.

we were always together at that time. makan sama, gi class sama, study sama. jadi bila dah macam tu,might as well nikah cepat. so tak la terjerumus buat maksiat. betul tak. alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami untuk nikah. benda baik, niat baik, in shaa Allah pertolongan Allah tu datang. ye la, nak nikah masa student bukannya senang. nak uruskan borang, kursus kahwin, booking masjid dan jurunikah, cari katering untuk majlis makan-makan ringkas lepas nikah etc... syukur.

i had no queries. i was confident with my decision.  i am happy dengan keputusan untuk kahwin dengan husband. tak pernah ada kesal. Alhamdulillah.

all marriages will have ups adn downs. yang penting how you the husband to lead the marriage, and you the wife to follow and being the most important person to your husband.

perkahwinan takkan kekal or bahagia kalau satu pihak je yang berusaha. dua-dua kena betulkan niat dan usaha untuk jaga perkahwinan itu.

kita as a muslim benda pertama dalam urusan hidup kita terutama yang penting macam perkahwinan, yang mesti dibetulkan adalah

1. niat.

niat kahwin tu untuk Allah.
nak ikut sunnah nabi
nak penuhi keperluan fitrah. ye la, kasih sayang, sex, emosi semua kan fitrah kita sebagai manusia. ada ke orang yang tak suka ada orang lain sayang dia etc

kena niat nak jadi suami atau isteri yang baik.
tak boleh niat nak mudaratkan pasangan.

sentiasa niat nak semarakkan kasih sayang,
sentiasa niat nak rumahtangga kekal dan bahagia.

jadi bila niat tu dah 'clear', kita tau apa yang kita nak, kita takkan semudah-mudahnya dengar hasutan syaitan or orang yang macam syaitan yang nak hancurkan rumahtangga kita.

apa pun cerita atau nasihat yang orang bagi, kita sentiasa 'filter' dulu.
sentiasa tanya diri, kalau kita follow benda tu apa impak pada perkahwinan tu?
sentiasa utamakan perkahwinan dan keluarga dalam perkahwinan tu.

2. doa

ini senjata kita yang paling ampuh.
hari-hari kena doa dapat pasangan yang baik.
percaya tak masa aku sekolah menengah lagi aku dah doa nak kahwin awal. doa dapat husband yang protective, dapat husband yang loving, kaya, romantic, yang kan jadi ayah yang penyayang pada anak-anak...alhamdulillah doa tu makbul.

bila dah dapat pasangan yang best macam yang di cita-citakan tu jangan ko lupa pulak nak doa supaya kasih sayang makin semarak, bahagia tu berkekalan. faham?

3. pasangan yang serasi

ok, ini agak subjektif. serasi kat ko tak bermakna serasi dengan ko. jadi penting untuk kita doa banyak-banyak supaya Allah beri kita pasangan yang terbaik dan serasi untuk kita.

serasi tak semestinya semua nak sama. i like purple you also like purple. i like pizza you also like pizza. i anak sulung you pun anak sulung. tak semestinya okay. mungkin ada couple bahagia di luar sana yang kebetulan semuanya sama tapi tak semestinya semua nak kena sama baru bahagia. okay?

serasi ni lebih kepasa korang compliment each other. maknanya keburukan ko dia boleh terima. keburukan dia ko boleh terima. kelebihan ko dia suka and same goes to him. korang boleh lepak sesama, walaupun maybe ko tak suka western food tapi dia tak offended sangat dengan kebencian ko pada western food. contohnya la...

lepas tu korang boleh sekepala walau tak semua benda korang setuju. boleh berlebih kurang hal-hal kecil. hak-hal besar boleh dibawa berbincang.

dari situ ko akan rasa ' oh inilah pasangan jiwa aku'.  sebab nanti bila ko ada masalah or rasa nak mengutuk orang or nak ventilate kemarahan hati, ko akan cari pasangan ko ni. sebab dia adalah mirror diri ko. dia takkan balaci ko kat orang yang ko tak puas hati, dia takkan tikam belakang ko. dia takkan jeaous dengan pencapaian hidup ko. dia sentiasa ada kat belakang utnuk support bila ko rasa nak 'terjatuh'. dia ada kat sebelah untuk sentiasa teman ko dalam susaah, senang, happy, sedih dan sebagainya,

pasangan yang serasi ni seolah-olah kawan baik yang berlainan jantina tapi ko sayang dia lebih and boleh ditiduri(maknanya lepas nikah la). lebih kurang gitu la.

4. suami yang boleh diharap

skop boleh diharap ni luas. boleh diharap untuk mencari rezeki. boleh diharap mendidik dan membesarkan anak-anak. boleh diharap untuk menjaga kita sebagai isteri. boleh diharap untuk membimbing kita sebagai isteri. so, skop boleh diharap ni sangat lah luas.

5. isteri yang taat

ok, ini apply untuk suami yang boleh diharap eh. sebab kalau suami jenis tak boleh pakai, solat tidak, puasa tidak, kerja tidak, hisap dadah hari-hari, macam mana kita nak taat kan?

tapi kalau dah dapat suami boleh diharap tu ko jangan la naik lemak pulak tak reti nak taat kat laki kan. memang syaitan suka hasut kita supaya lawaan suami sebab bila dah taat straight masuk nerak, so bertambah la ahli neraka. mula- mula kahwin memang kita akan ada fasa penyesuaian diri. kita baru nampak belang masing-masing, baru kenal keluarga masing-masing, kawan masing-masing. jadi time ni la kena banyak sabar. kena senitasa ingatkan diri yang kita ni nak kahwin lama, bukan seminggu dua lepas tu nak cerai bla..bla..

kena banyak sabar. kena sentiasa ingatkan diri untuk sentiasa memaafkan sebab kita pun takde la best sangat asyik nak menang je kalau berbalah dengan laki kan.

kena sentiasa ingatkan diri untuk settle kan gaduh cepat-cepat. jangan panajgkan gaduh. jangan berlebih-lebih bila bergaduh. JANGAN JADIKAN CERAI SEBAGAI PENYELESAIAN.

ha,,, saje kasi capital letter sikit. ingat tu, kalau dah salah, letak ego ke tepi then minta maaf. jangan berat mulut ego macam firaun tak reti nak minta maaf. sama gak, laki kita pun kalau dah salah tu reti-reti la nak pujuk bini.


6. jangan biar orang lain campur tangan urusan keluarga kita

ha, ni sensitif sikit. sebab kita kahwin dengan pasangan maknanya kita pun kahwin dengan mak bapak pasangan kita. jadi kalau dapat mak mertua yang jenis masuk campur urusan ruahtangga kita, yang jenis papan pemotong sayur kita pun boleh jadi bahan untuk suruh suami kita tinggalkan kita tu, memang susah la nak handle.

dalam kes macam tu, suami kena kuat. kena tau bila nak patuh perintah mak bapak dia dengan nak handle family sendiri.

alhamdulillah aku syukur sangat dapat mak mertua yang sangat memahami. she is so understanding, flexible, always practical, tak pernah masuk campur urusan rumahtangga kitorang.

korang yang dah kahwin mesti pernah kena macam korang kat rumah mertua, korang dah nak balik rumah sebab dah malam ahad. fikir esok isnin nak kerja, baju nak gosok, anak balik nanti nak di mandikan, sitidurkan, prepare barang nak hantar pergi rumah pengasuh esok pagi, kerja pejabat ada tak siap lagi, then bila ko dah signal kat laki ko untuk ajak balik, tetiba mertua ko tanya " eh dah nak balik ke?, baru pukul 6pm, tak puas lagi main dengan cucu"

haha, mesti korang sentap kan? sebab korang nak balik sebab banyak kerja tapi mertua buat tak reti bahasa tahan korang lama-lama...haha

Alahamdulillah, mertua aku tak macam tu, huhu, syukur gila. kalo aku sound je " mak, kitorang nak balik dulu", mak akan jawab " ha, ok, ok, elok lah tu, karang jalan jem nanti sampai lambat. penat. esok nak kerja. jom, mak pegang anak, korang angkut barang masuk dalam kereta."

haha, cool kan?

aku sayang gila mak mertua aku macam mak kandung. dia tak pernah kongkong kitorang. kalo kitorang balik rumah mertua, lepas tu nak keluar pergi jalan-jalan, mak akan keluarkan statement " ha, nak keluar ye, bagusla, makan luar ye, mak ada kenduri, so, mak malas masak."

awesome!

dalam isu ni suami yang kena kuat dan adil. isteri pulak kena la relevant dan taat. kalau mak bapak ko jenis suka masuk campur urusan ko, ko jangan la bebal sangat belakangkan suami. pincang la rumahtangga kalau macam tu.

yang suami pulak kalo mak bapak anda jenis suka cari salah bini anda, tolong la selidik, jangan main balun bini lepas dengar cakap mak bapak anda. itu kan teman tidur, teman susah senang, teman yang tak berkira duit, masa, tenaga untuk ko, ni senang-senang je ko zalim dengan dia.

rumahtangga ni kan mcam kapal. satu nakhoda je. kalo laki ko nak jadi nakhoda, mak ko nak jadi nakhoda, mak mertua pun nak jadi nakhoda, memang la karam kapal korang.

7. Utamakan benda penting, dismiss benda remeh

bila dah kahwin, jangan la benda kecik pun nak gaduh. isu baju raya pun boleh perang besar. tak faham aku.

kalau rasa nak gaduh, balik kepada niat tadi. niat kita berbalah dengan suami dan isteri ni untuk kebaikan rumahtangga ke tak. kalo selain untuk kerukunan runahtangga, cepat-cepat la istighfar then minta maaf dan bermaaf-maafan la dengan suai atau isteri.

jangan duk sanjung ego, sampai tak nak berlebih kurang.

kalo nak sangat junjung ego, be prepared to lost your marriage.


8. rezeki yang berkat.

keberkatan rezeki ni yang orang selalu tak ambil peduli. rezeki yang berkat ni sangat penting untuk menjaga keberkatan rumahtangga dan keturunan kita. kalau kita bagi rezeki tak berkat, tak diapastikan halal haramnya, macam mana nak aman rumah tangga.

sumber rezekit ni sangat penting sebab akan jadi darah daging kita.

kita akan bagi keturunan kita dan anak-anak makan dari sumber ni. kalau kadang-kadang anak -anak kita degil tak tentu pasal atau rumahtangga macam neraka, asyik nak bertelagah, tidur malam tak tenang, hati ta bahagia, cuca-cuba lah siasat balik sumber rezeki kita.

jangan lupa bayar zakat.

ramai orang jarang miss bayar zakat fitrah tapi zakat pendapatan ramai yang amik sambil lewa.

please take note ye.

7. sedar diri

tolong lah sedar diri pada yang dah 30an nak masuk 40 an tu,jangan la meroyan nak midlife crisis bagai.

lelaki yang biasanya involved in midlife crisis ni adalah lelaki yang dah takde objective dalam hidup.
biasanya diorang ni dah capai certain level dalam hidup, dah takde benda nak dikejar dalam karier, ekonomi dah selesa, anak-anak dah besar. so golongan inilah yang akan start cari perempuan lain, tiba-tiba tukar gaya dressing, jaga badan dengan alasan nak jaga kesihatan padahal sebelum tu tak pernah peduli pun pasal berat badan.

tiba-tiba nak buat benda mengarut, beli sport car, beli motor besar, potong rambut macam remja tak cukup umur, tiba-tiba nak mintak 'space' kononnya nak spend time dengan kawan-kawan etc..

dengan kata lain, takde masalah, cari masalah. ye lah, lelaki kan fitrahnya suka something yang adventures. jadi bila semua matlamat hidup dah tercapai, jadi dia akan mula cari benda untuk keep his mind occupied.

sebab tu aku tak kisah husband suka main game PS2 etc sebab selain kerja and nak sambung belajar and provide hidup yang lebih baik untuk kami anak beranak, husband ada banyak sangat benda nak buat yang buat dia rasa 24 jam sehari tak cukup.

nak pergi kerja, nak study untuk exam, nak spend time dengan anak and isteri, nak workout, nak pergi regular swimming, nak belajar main gitar, nak main game PS2, nak habiskan baca novel yang ada dekat 7 buah tak habis baca lagi tu, nak tengok DVD, nak travel, nak spend time groom backyard and laman kat rumah kuala...haih..and endless list of to do things in his life.

jadi.....kalau setakat laki ko suka main game tu biar la. kan lagi bagus dari dia duk merayau dengan member, lepak kedai kopi balik tah kul berapa..betul tak?
contoh je la...

aku tak tau la kalo korang redha and comfortable macam tu. kalau aku, asal ada depan mata, aku ok je..hehe

jap....midlife crisis ni pun jadi kat pompuan. ha, jangan ingat lelaki je dapat benda tu. kadang-kadang kalau jadi kat perempuan lagi teruk.

mula-mula nanti rasa macam hidup kosong, takde achievement, kononnya dah bertahun-tahun sacrifice untuk family and tiba-tiba meroyan nak sambung belajar la, nak spend time dengan kawan-kawan la, nak keluar shopping dengan kawan, tak nak bawak anak, bosan terperap kat rumah la, padahal laki keje gaji cukup untuk sara anak beranak dan cater sorang maid!

atau pun tiba-tiba rasa suami tak seromantik laki orang lain, benda kecik, isu baju raya, isu duit minyak pun boleh diperbesar-besarkan...

yang perempuan ni biasanya punca pada midlife crisis atau sebab utama buat perangai adalah kawan-kawan.

kalau dah kengkawan ko jenis yang ambik gambar duk melompat-lompat macam budak umur 14 tahun, jenis yang single parents or masih belum ada teman hidup, of course la sikit sebanyak ko akan terpengaruh.

betul tak?

nanti mula la rasa, eee...lecehnya nak pergi shopping nak bawak anak, teringin nak pergi dengan member, mula sebut-sebut girls day out, nak pergi vacation dengan kawan-kawan sebab nak 'space', nak tenangkan diri daripada anak-anak la etc.

so be careful ye, jangan mudah terjatuh dalam perangkap syaitan. syaitan memang suka kalo rumahtangga kita roboh. ye la bila rumahtangga huru hara, hati tak tenang, ibadat pun boleh terganggu.


ok. ni je la aku rasa antara secrets untuk rumahtangga aman bahagia.

tak la nak kata aku bagus gila dalam hal berumahtangga cuma ini adalah cara yang aku dapati berkesan untuk mengekalkan dan menyemarakkan rumahtangga aku.

ok? nak ikut ok, tak nak ikut pon ok, maybe ko ada cara lain yang boleh di share? :)












No comments:

Post a Comment