Wednesday, 28 August 2013

ceritera raya

hari ni dah tiga minggu raya.

tahun ni dapat cuti raya 6 hari.

syukur sangat -sangat.

so ini lebih kurang perjalanan hidup aku sepanjang raya..heh

Malam Raya

malam raya aritu aku kerja syif pagi. habis kerja pukul 3pm, balik rumah, pack barang then terus bertolak ke kuang - rumah mak aku.

malam tu buka puasa ramai-ramai.

Alhamdulillah semua ada kecuali kakak aku.

Dia tak dapat join sekali sebab abang ipar aku kerja.

Lepas buka puasa, solat maghrib berjemaah then Isya'.

Malam tu puas la hajar main dengan anak-anak bang ngah.

walaupun budak-budak tu dah 16 tahun tapi layan je hajar and khadijah.

Malam tu juga kitorang balik kuala selangor. Seronoknya balik rumah tercinta. Lepas load barang dalam rumah, tidurkan khadijah, aku dengan husband and hajar ke rumah mak mertua pulak.

teman dia masak sebenarnya. mak mertua aku ni sangat awesome. dia dah biasa masak sorang-sorang sebab anak-anak dia semuanya lelaki. dia tak kisah pun kalau aku tak tolong tapi  aku suka teman dia masak.

sebab sambil tu biasanya kitorang akan borak macam-macam benda. cerita pasal family, perkebangan kerja, anak-anak, perkembangan mertua bla..bla.. termasuklah cerita artis..hehe

malam tu mak habis masak dalam pukul 1.40 am then kitorang terus balik and tidur.


1 Syawal

Esok tu pagi raya terbabas bangun lambat..hehe

Lepas tu kitorang pergi rumah mak mertua, lepas beraya sana, makan-makan, terus ke kuang sebab mertua aku terus ke rumah nenek di klang.

dekat kuang, lepak-lepak kejap sampai lepas zohor sebelum rumah mak aku pulak kena attack dengan adik beradik ayah aku.

kitorang yang kepanasan dan tak senang duduk ni terus angkat punggung. cadangn ya nak ke klang tapi tengah jalan husband tukar fikiran, terus melencong ke ikea...

haha alasannya nak beli satu set lagi pinggan mangkuk sebab esok adik-berasik aku nak bertandang ke rumah aku.

sampai kat ikea, jalan jem super. nak masuk parking pun beratur sampai luar.

husband kata cancel pergi ikea, dia park terus kat the curve.

alang- alang perfume dengan skii dah nak habis, shopping terus sambil pakai baju raya.

so hasil rembatan masa tu adalah

skii clear skin
skii facial treatment essence
skii cellumination essence
skii facial treatment repair c
dapat satu set free cellumination mask-in lotion, cellumination deep surge ex and facial cleanser
collect point dapat 3 stemcell moisturiser...huhu..

suka..suka..suka...

lepas bayar tu, dapat voucher metrojaya pulak..ph sangat la awesome.

terus rembat 3 pasang kasut sembonia. 1 untuk maid ( ni husband aku tak puas hati gila sebab maid dapat kasut sembonia) and 2 lagi of course la aku punya kan.

perfume pulak aku beli victoria secret.

cadangnya nak beli bombshell tapi sold out pulak yang set tu, so aku beli fabulous. bau dia sangat soft...suka..suka..suka..:)

lepas puas berhabis duit kat the curve terus balik rumah kat kuala selangor.


Malam tu abang ipar (abang sulung husband) datang with his newly wed wife and adik-adik sekali. Kami makan dinner simple-simple je. Lepas tu they all borak-borak sampai pukul 1 am. aku dah tertidur dalam bilik masa tidurkan hajar.

Tak larat weyh..penattttt.

2 Syawal

Pagi esok tu terus pergi pasar prepare untuk masak-masak sebab adik beradik au nak datang lunch kat rumah. so menu hari tu adalah bihun sup and itik panggang.

Since hari tu adalah jumaat, lepas lunch yang lelaki semua pergi solat jumaat and kami yang perempuan melepak je lepas kekenyangan.

Awalnya merancang nak bawa adik beradik aku ke bukit melawati and pantai remis lepas solat jumaat tapi sebab masa tu mak pun datang sekali and ayah dah call suruh mak balik awal sebab ramai family datang raya kat rumah and ayah tinggal sorang-sorang, terus mak ajak semua balik.. adoi rosak plan.. haih...


so lepas tu kitorang lepak-lepak and after maghrib adik beradik husband pulak datang untuk dinner.

lepas dinner , abang ipar and his wife balik rumah in law dia untuk sambung beraya pulak. kesian jugak tengok diorang, baru kahwin, duduk asing and jauh-jauh, cuti raya pulak pendek, so memang terkejar-kejar untuk gi jalan raya.

3 Syawal

Pagi ni kami ziarah ikea pulak..ekeke..

sebenarnya nak teman my sister in law pergi ikea.

nak beli bekas kuih raya katanya

pagi tu sampai ikea agak awal. selalu pukul 8.30 ikea dah bukak tapi hari tu
mungkin sebab raya so pukul 9.00 am baru bukak

lepas sarapan ala kadar, maka misi mencari barang diteruskan.

kitorang berpecah akhirnya sebab semua orang ada misi masing-masing :)

last-last tak sempat jumpa pun masa balik sebab kakak ipar dengan bang ngah terus balik johor.

lepas habis shopping kitorang terus lepak rumah je.

syok gila spend time kat rumah sendiri.



dan syawal ke 4 dan ke 5 kitorang tak kemana pun.

lepak kat rumah or keluar sekitar kuala selangor je

masa petang syawal ke 5 tu kawan-kawan sekolah husband datang beraya.

ada staff hospital tanjung karang pun datang beraya.

Malam raya ke 5 kami balik ampang sebab esok tu husband dah start kerja.

Syawal ke 6 aku bawak anak-anak dengan bibik pergi beray rumah kak lang and along.


lepas tu malam tu dah psycho sebab esok nak start kerja lepas cuti raya lama..hehe

adeh..malasnya nak kerja.
nak update blog pon malas.

hari ni kerja malam. bye!








No comments:

Post a Comment