Saturday 31 August 2013

cerita stroller

aritu aku baru beli stroller untuk kakak.

kakak dah 4 tahun. ye, aku tau agak besar untuk duduk dalam stroller.
tapi kalau keluar jalan-jalan, it is a bit difficult to control her from running around the mall or make her sit still while we were shopping.
tambah dengan recent issues on child kidnapping and abduction.
lagi seriau rasa.

kakak pun lepas jalan-jalan nanti bila penat dah minta nak di dukung.
mau patah pinggang nak dukung kakak wei

dan dia still bottle feeding.
nanti bila dah haus susu, mana pulak nak cari tempat dia nak landing untuk menyusu.

jadi atas sebab-sebab itu maka kau still letak kakak dalam stroller masa pergi jalan-jalan.

sejak ada anak, aku dah beli lima stroller.

stroller pertama adalah yang ini






 JUSTIN stroller sweet cherry


stroller ni aku beli masa kakak baru habis pantang.

masa tu mak aku sakit and still warded kat hospital selayang.
so masa tu susah nak dukung kakak untuk ke hospital tengok mak.

so husband decide untuk beli stroller.

ye la masa tu anak sulung kan.
tak ada pengalaman kan.
jadi kitorang beli ni sebab stroller ni boleh recline flat.
dan ada bakul bawahnya.

masa tu aku faktor harga pun memainkan peranan jugak.
tak mampu nak beli stroller harga ribu-ribu or 400 ke atas.

stroller ni masa tu harga dalam rm240-rm280 aku dah tak ingat the exact price.
stroller ni sesuai untuk newborn sampai umur 4 tahun.

tapi kitorang tak pakai lama dan jarang pakai sebab

  • kakak tak suka stroller ni sebab belakang tempat sandar tu keras.
  • walaupun boleh recline flat dan sesuai kalau anak nak menyusu or tidur, tapi ia tak boleh tegak 90 degree
    • so kakak akan nangis sebab dia tersandar dalam 70 degree. tak selesa
  • panas
    • padding dan alas jenis canvas so panas and baby berpeluh-peluh time tidur
  • bulky
    • masa tu kitorang pakai proton  saga. tak beli mpv lagi
    • muat kat bonet kereta tapi nak isi bakul susu, baju, tilam etc masa travel jauh susah sikit
so lama-lama kitorang abandon stroller ni sebab bila bawak pergi shopping mall kakak akhirnya berdukung dan aku kena tolak stroller kosong.

penyelesaiannya : kakak didukung dalam baby carrier.

kitorang guna baby carrier ni dari kakak umur lepas pantang sampi dia umur setahun dan boleh berjalan.

dan..stroller tu aku bagi kakak aku sebab dia takde stroller masa tu.




Baby love snuggo baby carrier 4 in 1

banyak betul jasa baby carrier ni.

alhamdulilah berbaloi beli sebab guna sampai rosak.
jadi bila nak buang pun tak ralat.


jadi bila kakak dah besar sikit dan dah boleh jalan, kitorang beli buggy ni.


My dear buggy ( tak sure apa nama siri buggy ni)



buggy ni beli kat kedai one world baby kat kuala selangor.

masa tu ada diskaun.
harga kalau tak silap rm89. yang pastinya bawah rm100

buggy ni sangat bagus.

  • boleh recline flat bila kakak nak susu or tidur
  • boleh tegak 90 degree
  • penyandar kain, lembut dan selesa.
  • kain tak panas
  • ringan
    • senang nak travel even dengan flight
  • umbrella style easy folding
    • senang nak angkut sebelah tangan
    • muat dan tak makan ruang bonet
lama jugak kitorang guna buggy ni sampai kakak cukup besar dan tayar dah start gelong.

Lepas tu baru kitorang beli stroller ni pulak
masa ni beli awal 2013 lepas adik lahir.





Sweet Cherry City

so buggy tu kitorang letak kat rumah mertua sebab kalau budak-budak ni nak teman nenek nya berkebun petang-petang, adik boleh letak dalam tu.

stroller pink ni stroller sweet cherry jugak

masa beli tu lebih kurang rm300

stroller ni yang bagus:

  • boleh ditegakkan
  • relatively ringan
  • boleh fold macam umbrella
  • ada poket kat belakang
    • boleh letak diapers or apa-apa barang baby
  • bakul besar bwah seat
    • boleh letak barang shopping
  • ada peep window dekat hood
bila adik dah besar sikit dan dah tak larat nak didukung dalam carrier,

kitorang letak adik dalam stroller pink dan kakak kitorang beli stroller prime ni pulak



Sweet Cherry Prime



stroller ni

  • lebih kukuh
    • tayar lebih besar, so seuai untuk kakak yang lebih besar
  • ringan lebih kurang macam yang pink
  • boleh lie maximum 20 degree recline tapi tak boleh tegak 90 degree
  • bakul shopping agak besar jugak
  • ada peep window dekat hood

stroller ni masih guna sampai sekarang.


stroller pink tu last two week tiba-tiba terbarai masa aku turunkan dari bonet mpv untuk bawak budak-budak ni naik lepas sampai dari kuala selangor.

sebelum tu, satu screw tertanggal and stroller ni terbarai. 
ni terbarai lagi and irreparable

so dump terus

kitorang pun start la survey apa stroller yang sesuai untuk ganti
mula-mula kitorang cadang tak nak beli stroller baru
adik guna stroller prime dan kakak boleh guna trolley shopping cart macam kat tesco tu or jalan je

tapi memikirkan kalau kat klcc tu mana pulak aku nak carik trolley - shopping cart tu, 
dan faktor-faktor risiko kena dukung kakak bila dia dah penat jalan etc,

kitorang decide beli jugak stroller baru.

stroller baru masa tu yang di shortlisted kan adalah

  • buggy my dear

    • design awesome gila
    • ringan
    • umbrella style folding mechanism
    • compact - jimat ruang
tapi kitorang tak beli sebab buggy ni tak boleh recline langsung
jadi aim untuk memudahkan kakak tidur atau menyusu tak tercapai.
so tak jadi beli.
  • sweet cherry SCR3
    • design lawa
    • nampak lebih stable
    • sesuai untuk budak umur 6 bulan till 4 tahun

  • sweet cherry SCR6
    • design lawa - 3 roda
    • roda besar dan stabil
    • boleh tegak 90 degree
    • boleh baring flat
    • ada peep window kat hood
    • boleh attach dengan car seat sweet cherry SCR7 - kena guna adaptor

  • sweet cherry SCR11
    • besar -sangat sesuai untuk budak umur 4 tahun ke atas
    • design ok
    • boleh baring maximum 20 degree
    • ada built in bottle holder kat besi pengadang depan and handle
survey punya survey, akhirnya we came to the conclusion to buy SCR6

banyak blog yang aku review kata SCR 6 ni ok tapi down side dia adalah bulky size even in folded position

tapi memandangkan aku memang travel dengan mpv so, apa point beli mpv kalau stroller pun tak boleh letak kan?

jadi kitorang beli la akhirnya

yang paling best adalah colour favourite aku. merah...auuummmm.
hehe.


jadi kesimpulannya untuk pendapat aku kalau nak beli stroller adalah

1. budget - sebab harga stroller memang boleh cecah beribu. memang la kualiti bagus etc. jadi kena pastikan practicality dan berbaloi ke tak duit yang dikeluarkan dengan penggunaan stroller tu kelak

2. saiz - kalau korang pakai kereta kompak macam myvi, viva atau swift yang bonet tak berapa luas, baik consider beli buggy.

3. umur anak - walaupun buggy biasanya lebih sesuai untuk budak 6 bulan ke atas, anak ko kan akan membesar?
takkan selamanya umur dia 2 bulan kan.
dan biasanya budak bawah setahun jarang yang nak duduk dlam stroller lama-lama.

kalau korang perasan kat shopping complex tu kesian kadang aku tengok.
beli stroller harga beribu, banyak benda extra, design lawa superb tapi anak still dukung,
meraung bila letak dalam stroller,
lepas tu mak sorong stroller, abahnya lebam mendukung anak.

jadi kalau anak bawah setahun, elok la ko gendong je dalam carrier.

4. kekerapan travel - kalau ko selalu travel especially travel abroad, buggy memang lebih sesuai sebab senang korang naik flight, senang nak fold etc.

tapi kena la beli buggy yang mahal sikit, maksudnya lebih stable, kukuh dan higher endurance untuk travel jauh-jauh.




3 comments:

  1. Entri yang bagus. Wife saya sibuk nak stroller, tapi saya nak guna carrier (Boba 3G/4G @ Boba Air ok tak?). Nanti boleh tunjuk kat dia entri ni biar cerah sikit mata dia tu hehehe

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. hi, saya tak pernah guna brand BOBA ni, cuma masa anak no 2 saya guna baby ring sling carrier. cuma baby ring sling carrier ni sesuai guna kalau anak kita masih bawah 10kg and paling sesuai masa bawah 9 bulan. sebab kalo tak mau hari-hari kena urut bahu sebab sakit. sebab ring sling carrier ni sangkut kat non-dominant shoulder. walaupun ada padding kat bahu tapi kalau kendong 10kg sebelah bahu selama 2 jam pun azab gak.
    tapi, yg best bila pakai masa anak baru habis pantang sampai 6 bulan lebih, dia senyap je syok tidur and kita bebas nak shopping, makan and breastfeed as well! tapi looking at boba carrier in term of safety and practicality, the answer is yes. sebab ada sesetengah baby carrier boleh sebabkan sendi pinggul anak kita bermasalah i.e. developmental dysplasia of hip. jadi, pastikan sepanjang anak dalam carrier, kaki dia terkangkang and terkepuk kat pinggang kita. bukan terjuntai ke bawah. :)

    ReplyDelete
  3. hye.comelnya sweetcherry city tu.tgah cari stroller yg lipat payung tapi comel.kalau nak letgo please email sy mayrahmay8789@gmail.com. thank you =)

    ReplyDelete