Friday, 30 August 2013

susahnya nak cari tempat makan selesa!!!

korang pernah tak ada masalah nak cari kedai makan yang selesa?
aku tak pasti korang, yang pastinya aku ada masalah ni.
selalu.
boleh kata setiap kali nak makan kat luar.
yang mana akhirnya kitorang laki bini akan decide tapau makan kat rumah or masak je

sebabnya?

dulu aku dengan laki aku adventurous.
kitorang suka try tempat makan baru.
suka makan kat gerai sebab biasanya tomyam and masakan panas gerai lebih sedap.
especially masakan thai etc.

tapi sejak ada anak dan sejak anak dah bertambah, kitorang start jadi pemilih.
bukan poyo gatal nak makan tempat posh saje-saje
tapi sebab bila ko dah ada anak, ko kena cari tempat makan yang tak sesak, tak panas dan tak terlalu bising atau terlalu eksklusif.

sebab...

nanti kalau tempat tu sesak dan sempit, macam kat gerai-gerai tu,
macam mana ko nak mobilize around bila anak ko histeria nak main sudu garfu bagai?
atau bila dia menjerit sebab boring duduk dalam baby chair tu?
ko nak bangun je, masa ko tolak kerusi tu ko akan push kerusi orang belakang.

lepas tu bila ko dah bangun kutip mainan yang anak ko campak tu, dia nangis nak susu, ko kena bangun lagi nak buat or capai susu, member meja belakang dah start berbulu and tarik muka.

lepas tu bila anak ko menjerit throwing tantrum sebab panas,
badan anak ko dah melekit, badan ko pon dah melengas, muka ko dah berminyak,
hati ko pun cepat je nak menggelegak

makanan panas-panas pun sampai,

time tu la anak ko nak capai mangkuk, sudu,
nak cedok kuah tomyam favourite ko tu,
ko nak tepis tangan dia, at the same time meja gerai tu pulak jenis meja empat segi main mahjung, salah letak cawan, senget pastu tumpah.

ko nak kena tepis tangan anak kp. tersalah tepis ko elok je tertepis cawan jatuh tumpah. dang!

lepas tu anak ko tak dapat main cawan, dia cranky menjerit and nangis sampai muntah. dang! lagi.

lepas tu pulak gerai tu pkat pasang radio lagu heavy metal or dangdut sekuat-kuatnya.

elok sorang nak je nak handle, anak yang tengah tidur dalam stroller pun bangun. aduh!!!

bangun meragam pulak tu, tak nak kat abahnya. nak kat ko gak. kan tertekan tu??

lepas tu yang anak yang besar tadi bila makan nak gak ko suap.
bukannya laki ko tak menolong, tapi situasi tu just buat ko naik gila..haha!!

so macam mana nak menikmati makanan?

hilang mood weh. hilang!

maka sebab itu lah aku dengan laki aku kalau nak berhenti makan, kitorang akan discuss in great detail setiap gerai yang terlintas di kepala otak.

maka akhirnya kitorang biasanya akan makan kat tempat yang biasa kitorang pergi sahaja.

jarang la kitorang nak makan tempat baru melainkan kalau masa tu kitorang keluar berdua atau adik tinggal sebab tidur so kakak je yang ikut kitorang keluar.

kalau kitorang pergi shopping complex pun laki aku memilih gak tempat makan.
biasanya bukan isu 'nak makan apa' yang jadi penentu tapi 'tempat makan mana lengang takde orang' tu yang menentukan kat mana kitorang nak makan.

dan kata lah kalau aku teringin nak makan something yang tak feasible untuk kitorang bawak anak-anak, maka kitorang akan set lunch or dinner date berdua je. sonang. masuk makan, borak, balik.
tapi still rasa kekurangan sebab tak best sebenarnya berjalan berdua takde anak.
rasa rindu.

rindu dengar diorang dua beradik gaduh pastu berbaik, gelak-gelak,
bergurau sesama sendiri,
tengok dvd upin ipin dalam kereta.

jadi udahnya kitorang cuma makan kat rumah yang mana biasanya aku masak atau tapau
or makan kat tempat yang biasa kitorang pegi. walaupun boring dengan menu yang ada..

ni antara tempat kitorang selalu pergi untuk makan kalau kat luar

1. secret recipe

  • takde muzik hingar bingar
  • ada air cond - tak panas
  • kerusi and sofa selesa
  • meja stabil, air dan sup tak de tendency nak tumpah or senget
  • ruang luas, boleh bawak stroller

                               
2. wong solo

  • kalau ada air-cond- sejuk
  • kalau takde air -cond - siling tinggi - good ventilation
  • ada toilet and surau
  • space luas, boleh letak stroller


3. Black canyon

  • menu sedap
  • tak bising
  • ada air cond
  • luas ble bawak stroller
  • ada high baby chair

4. u cafe- wangsa walk

  • menu sedap
  • tak panas
  • tak bising
  • tapi sempit sikit nak bawak stroller, so duduk tingkat bawah je

5. johnny's restaurant

  • jarang order steamboat- makan space atas meja
  • tak bising sangat kecuali weekend
  • menu - sedap
  • stroller boleh tinggal kat receptionist depan entrance

6. kenny rogers

  • lebih kurang macam secret recipe

7. restoran sri kampung - kuala selangor

  • ada air cond
  • tak bising
  • tapi menu limited

8. Bangkok restaurant, pasir penambang kuala selangor

  • takde air cond tapi ventilation bagus
  • tak ramai org so lapang kepala otak
  • menu sedap

9. other fast food -pizza, kfc, wendy, burger king or nando's

  • lebuh kurang macam secret recipe
so ini la sebab dia kitorang tak suke pergi klcc or mid valley. 
selain sebab tempat makan, 
adalah sebab jauh nak jalan sebab nak tolak stroller dua, lif jauh-jauh, parking pun jauh-jauh.
nak solat, surau tak banyak dan kecik,
toilet jenis takde air, guna tisu semata....eewwww

maka kitorang laki bini cuma suka pergi aeon jusco.
tu pun aeon jusco yang tak besar sangat.
sebab kalau tak besar sangat, tak crowded sangat orang yang datang.
parking pun senang cari.
surau tak sesak
toilet pun bersih dan ada paip air
senang nak tukar diapers and buat susu
senang nak makan sebab list kedai makan yang kitorang suka pergi pun banyak.

boleh shopping dengan selesa
makan selesa
pergi toilet selesa
solat selesa
uruskan anak -susu, diapers etc pun selesa.


No comments:

Post a Comment