Tuesday 3 September 2013

Cerita Siti: Diaper bag - barang- barang yang diangkut bila travel - short or long distance

ok, aku tergerak hati nak cerita pasal ni sebab baru beli diaper beg untuk kakak dengan adik.

dulu aku pakai beg ni.



note: gambar ehsan google


beg ni aku beli masa kakak dalam perut lagi.
aku beli kat jusco midvalley.
harga rm89.90

aku beli yang warna kelabu.

masa tu beg ni tak famous sangat.
beg ni baru keluar masa tu.

aku masa tu berkenan nak beli beg yang agak feminin,
yang warna pink yang jenis sandang kat bahu.

tapi husband tak nak sebab dia kata nanti dia jugak yang mengangkut beg tu semua
so, kena beli beg yang tak feminin

jadi husband akhirnya pilih beg ni.

beg ni aku pakai dari tahun 2009 sampai tahun ni.

sebab aku buang beg ni dan ganti baru ialah tali dia dah start koyak
hard cover depan tu pun dah calar.

asalnya masa adik dah lahir pun aku nak ganti baru sebab dah tak muat nak bawak barang-barang budak-budak berdua ni.

tapi sebab beg tu still in good shape, membazir pulak rasanya.

jadi bertahan je la tiap kali keluar, bawak dua beg.

satu ada diaper and baju.
satu lagi beg susu...phew...leceh gila.

jadi bila beg kelabu tu dah jahanam, maka tak ralat langsung nak ganti baru.

sebab puas pakai sampai 4 tahun.

yang ni beg yang baru.








masih brand simple dimple.
tapi aku beli papa bag.

bentuk segi empat, jadi ruang kat dalam tu memang luas.
masih mengekalkan ada hard cover
cuma kaler jela kureng sikit
sebab yang tinggal kat kedai baby kat kuala selangor tu kaler hijau je.

cari kedai lain semua dah habis stok.
beg ni best sebab bila kita bukak isi dalam tak senang berterabur, sebab design dia masa terbukak, akan terkepak macam ni je.

ok, ni nak cerita isi diaper bag pulak.

ni antara benda penting yang aku rasa perlu la untuk diangkut kemana-mana bila bersama anak.

be it pergi shopping complex or travel jauh dan bermalam.


  • diapers
    • size M untuk adik 
    • 2 keping
    • jenis pull up pants
    • biasa kat rumah pakai diapers jenis gam biasa tu ssb travel, yang pull-up pants tu lebih senang
    • kakak dah tak pakai diapers tapi still bawak satu saiz XXL pull up pants 
      • sebab kadang-kadang kalau jalan jammed dia dah tak tahan nak terkucil, so guna masa emergency je.
    • *tips : guna pull-up pants masa travel sebab kadang-kadang kat toilet awam tu tak bersih untuk baringkan anak masa nak pakaikan diapers
  • baju & seluar
    • 2 pasang seorang
      • kot- kot muntah ke apa, bila dah ganti ada lagi sepasang untuk spare

  • napkin
    • biasa 2 helai
    • guna kalau muntah untuk lap 
    • atau buat blanket masa tidur dalam kereta or stroller

  • handkerchief
    • 2 helai
    • untuk lap mulut masa makan atau lepas makan
    • lap mulut lepas minum susu
    • tapi sekarang ni jarang guna berbanding masa adik masih baby sebab breastfeeding masa tu

  • diaper change mat
    • ini dapat free sekali dengan beg
    • senang lipat, ringan berbanding yang alas getah tu

  • drapolene cream
    • guna masa tukar lampin
    • drapolene ni penting untuk cegah nappy rash.
    • *tips: apply sebelum nappy rash naik.
      • alhamdulillah kakak dengan adik tak pernah kena nappy rash sbb drapolene ni memang diamalkan sejak hari pertama diorang lahir
  • shampoo head to toe 
    • bawak yang travel size or yang medium saiz
    • guna masa istinjakkan kakak
    • guna masa mandikan anak-anak masa travel
    • *tips : jangan beli asing shampoo and body wash. makan ruang sebab dua botol. ni senang, sebotol tapi serves 2 functions.

  • minyak yu yee
    • guna lepas mandi or change diapers

  • vicks
    • guna lepas change diapers
    • guna masa hidung anak-anak tersumbat masa dalam kereta

  • wet tissue
    • sangat penting untuk tukar diapers
    • guna kalau anak muntah
    • masa anak tumpah makanan or minuman baik dalam kereta or stroller

  • panties
    • 2 helai

  • milk dispenser
    • ada dua.
    • satu untuk kakak, satu untuk adik

  • botol susu
    • total dua botol masing-masing
    • sorang sebotol (yang kosong)
    • sebotol sorang lagi dah siap bancuh
      • bancuh lebih panas dari selalu
      • letak dalam insulated bag
      • *tips : beli yang inner side warna macam ni- grey. bukan yang berkilat tu. yang berkilat tu biasanya tak tahan panas


bag ni dah pakai 4 tahun jugak :))
tahan panas dalam 2-3 jam


  • thermos
    • thermos ni brand thermos
    • dah 3 tahun guna
    • maintain heat 8 jam
    • *tips : beli brand thermos. brand lain biasanya mahal tapi tak tahan lama

  • botol air 
    • untuk isi air suam or air panas mati (suhu bilik)
    • guna untuk bancuh susu
    • aku guna brand tupperware
      • *tips brand tupperware atau seangkatan sebab senang nak cuci, tak berbau, selamat dan tak leaking.
      • kalau tak naya diaper bag korang berendam dengan air

  • tumbler
    • ni yang ada straw untuk anak-anak minum air kosong
    • *tips : aku suka brand tupperware ni sebab tahan lasak, tak leaking, senang nak cuci sebab ada berus khas yang dapat free masa beli.
    • dulu aku beli macam-macam brand tapi tak tahan lama sebab sekali anak baling terus pecah or retak, then senang leaking and susah nak cuci celah-celah straw

No comments:

Post a Comment