Saturday, 7 September 2013

Tips Bila Dah Dekat Nak Bersalin

ok, ini sekadar nak share pengalaman aku masa bersalin. cewah, baru beranak dua kali dah kecoh..heww..heww..

ok, masa bersalin kan kakak, aku deliver c-section sebab poor progress.
maksud poor progress adalah pintu rahim dah terbuka tapi statik tak progress sampai pintu rahim terbuka habis -10cm walaupun dah 10-12 jam dalam bilik bersalin.

kalau kita bersalinkan anak sulung, kita punya pembukaan rahim expected 1cm sejam. jadi kalau nak sampai 10cm, expected 10jam... seriau tak? hihi

masa bersalinkan khadijah, alhamdulillah dapat bersalin normal. tapi sebab itu kali pertama bersalin normal so keadaan aku dipanggil pseudoprimigravida. pseudo - palsu, primi- satu, gravida- mengandung.

maksudnya pembukaan rahim dan laluan bersalin tu masih 'virgin', belum pernah bersalin, sebab yang sebelum tu bersalin secara c- section.

jadi tips-tips yang nak kongsi ni adalah combination beranak biasa and melalui pembedahan.

Bila kandungan 36 minggu ke atas:

antara aches and pains yang korang akan hadapi


  • pedih ulu hati
    • sebab bila ada baby dalam rahim, saiz baby yang makin membesar akan himpit perut dan sebabkan perut kita cepat kenyang dan himpit asid keluar perut ke esophagus( salur makan)
    • hormon progesteron tinggi bila dekat nak bersalin, menyebab kan injap perut antara perut dengan salur makan longgar, dan asid perlahan-lahan reflu (patah balik) so selalu ada rasa masam pedih mengalir naik ke tekak.
  • lenguh pinggang
    • hormon progesteron akan sebabkan otot-otot pelvik dan pinggung jadi lebih lax (longgar) supaya ruang pelvic membesar dan memberi laluan untuk baby turun dan dilahirkan nanti
  • sakit belakang
    • bila baby maknin besar, otot tulang belakang kita akan melentur untuk accomodate baby kat dalam ruang abdomen, jadi kita akan selalu sakit belakang. duduk lama tak selesa. baring lama tak selesa. jalan or berdiri lama pun tak selesa.
  • sakit pinggul
    • sebab otot pelvik dah mula lax, kepala baby yang relatively lebih bulat dan berat akan mula turun dan masuk dalam ruang pelvik, thus punggung kita akan rasa selalu lenguh
  • sakit dan senak ari-ari
    • kepala baby yang belum turun habis akan terapung di sekitar ari-ari. jadi bila baby move or semakin besar dan berat, kepala baby akan tekan tulang pubic. so akan rasa tak selesa sangat kat situ.
  • kerap kencing
    • atas sebab yang sama jugak, kepala baby akan tekan pundi kencing. jadi, walau bladder baru refill sikit kita dah rasa nak terkucil. maka akan kerap la kita ke tandas.
  • kencing kotor
    • sebab bila kerap kencing atau sebab kepala baby tekan kat bladder, kadang- kadang ada residual kencing yang tinggal. jadi yang residual tu la yang akan sebabkan kencing kotor.
  • perut memulas- mengeras
    • secara fisiologi, Allah memang ciptakan satu mekanisma - Brixton hicks contraction. keadaan ni biasanya masa 32-34 minggu dah mula boleh rasa. ada ibu yang boleh rasa lebih awal kalau dah mengandung kali kedua dan seterusnyaperut akan rasa mengeras beberapa saat atau minit lepas tu mengendur. keadaan ni akan lebih kerap bila baby lebih aktif menendang.
    • tapi..brixton hicks contraction ni tak sakit. - painless contraction
    • mekanisme ni sebenarnya melatih otot rahim untuk bersalin nanti dan menolak baby turun perlahan-lahan ke dalam pelvis untuk kelahiran kelak.
    • jadi jangan panik kalau otot mengeras asalkan tidak sakit.
    • dan contraction yang normal ni biasanya tak seragam or regular.
      • irregular painless contraction
      • kadang-kadang jadi, lepas tu tak tentu masa dan tak sakit. tak selesa memang ye, sebab bila baby dah besar, masa mengeras tu akan rasa senak sebab baby menendang sana sini.
    • kalau......rasa sakit dan contraction tu tak regular, biasanya sebab kencing kotor. 
      • kalau sakit, kena jumpa doktor. sebab kencing kotor sewaktu mengandung boleh menyebabkan kelahiran pra matang.
  • baby makin aktif
    • baby kerap tendang dan kita akan kerap terkenjut dan tersentak. walaupun masa tidur.
  • tak nyenyak tidur malam
    • kepala baby dah tekan ari-ari, bila baring rasa senak.
    • bila baring, baby himpit perut, jadi perut tak selesa sebab masalah gastrik
    • baby himpit bahagian bawah peparu sebab saiz baby yang makin besar, kalo baring flat, memang mengah. jadi, kena baring recline 30 degree, baru selesa sikit
  • mengah, cepat penat
    • bila berjalan lama dan jauh sikit, ari-ari senak, ulu hati pedih, peparu rasa sempit - sebab baby yang himpit semua organ berdekatan 
  • kaki bengkak
    • sebab hormon progesteron tinggi masa kandungan dah masuk trimester ketiga - so, banyak la air bertakung dalam badan, thus, bila lama berdiri or banyak berjalan, kaki memang cepat bengkak dan sembab.
    • tapi berhati-hati dengan kaki yang sembab, jika ada tanda-tanda lain ,macam sakit perut terutama ulu hati dan bahagian kanan atas perut, sakit kepala atau pening keterlaluan. atau lagi teruk, kena sawan. sebab symptom-symptom ni boleh jadi sebab penyakit darah tinggi.
  • sembelit
    • sebab hormon progesteron dan baby yang makin besar, jadi usus korang akan lambat sikit nak proses makanan dan transit time, najis korang untuk dikeluarkan dengan jayanya lebih tinggi.

ok,ni antara tipsnya
  • dah siap barang dan beg macam entry sebelum ni untuk di'grab' sahaja bila dah sampai masa nak bersalin
  • banyakkan berjalan
    • memang bila kandungan makin besar, badan kita lebih cepat penat. tapi jangan manjakan badan sangat. boleh rehat tapi jangan lagi banyak baring dan tidur. cuba bekerja macam biasa bagi yang bekerja. tapi kalau masih mabuk walau dah 8 bulan menagndung tu, nak buat macam mana kan. tapi cuba aktifkan badan. it helps a lot with pembukaan rahim yang lancar dan stamina untuk bersalin nanti
  • dapatkan kasut yang sesuai
    • mengandung buat cara mengandung. avoid heels. pakai loafer atau sandal yang selesa dan stabil
    • beli sandal rata yang jenis wide design macam clarks shoes sebab nak fit in kaki yang main kembang
    • aku dulu pakai selipar hush puppies. tapi sebab nak cover supaya tak obvious pakai selipar masa kerja, aku beli kaler merah. nampak vogue sikit. hehe..
  • jangan tidur dalam masa dua jam lepas makan
    • sebab masalh pedih ulu hati yang jadi masa di akhor-akhir mengandung akan lebih teruk
  • beli bantal selesa
    • untuk membantu tidur lebih lena
    • beli bantal khas yang moon shape tu, boleh letak bawah kaki atau sendal perut sebab masa ni biasanya memang lagi selesa tidur mengiring
  • banyakkan mengaji dan zikir
    • doa banyak-banyak supaya mudah bersalin, anak yang dilahirkan sihat dan kandungan sihat hingga bersalin
    • jangan lupa doa supaya dapat anak yang mudah dijaga. kita ibu, doa kita untuk anak-anak in shaaAllah sangat makbul.
  • sentiasa minta maaf dengan suami
    • masa mengandung ni, perasaan kita mudah tersinggung sebab hormon, jadi kadang-kadang mungkin ada kata-kata kita yang terlepas boleh buat suami berasa hati. jadi selalu la peluk suami dan minta maaf kalau ada salah yang kita sengajakan atau tidak.
    • kalau diamalkan in shaa ALlah mudah bersalin.
  • elakkan konflik berat dengan suami
  • makan banyak sayur hijau
    • supaya lawas buang air besar.
    • bila lawas, tak de la dapat buasir
  • makan banyak buah betik
    • untuk elakkan sembelit.
    • cuma kalau ada masalah kencing manis masa mengandung, kena hati-hati. nanti tak pasal tinggi melantun pulak gula.

so, setakat ini dulu tips yang aku boleh ingat dan recall.

nanti kalau ada masa, cerita pasal tips lepas bersalin dan dalam pantang.

k, bye!

12 comments:

  1. Salam.. awak sgt2 membantu tau!! mekasih byk2 dear.. :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh byk sgt tanda2 nak bersalin n tips.. Tq2

    ReplyDelete
  3. Hi dear. Nak tanya. Gap antara anak pertama dgn kedua jauh x?

    ReplyDelete
  4. Tq for the tips. Banyak sangat infonya :)

    ReplyDelete
  5. sy slalu pedih ulu hati n geli di ari2,rasa mcm nak trkluar je bby😂 bdw tq utk info😘

    ReplyDelete
  6. Tq sbb share info yg berguna

    ReplyDelete
  7. Saya sudah masuk 36 minggu..sering rasa letih..mual tiba2...sakit belakang dan perut asyik mengeras tapi orang tu memang aktif la

    ReplyDelete
  8. sakit ari2 tu sangat sgt bg org xpernh rasa beranak normal @ lansung xda tnda nk berank tibe2 air je kluarn emergency czer.. bca entri ni mnambh knowledge skit kot2 rezeki berank normal lps ni.. tq entri ringkas dan padat...

    ReplyDelete
  9. sakit ari2 tu sangat sgt bg org xpernh rasa beranak normal @ lansung xda tnda nk berank tibe2 air je kluarn emergency czer.. bca entri ni mnambh knowledge skit kot2 rezeki berank normal lps ni.. tq entri ringkas dan padat...

    ReplyDelete
  10. sakit ari2 tu sangat sgt bg org xpernh rasa beranak normal @ lansung xda tnda nk berank tibe2 air je kluarn emergency czer.. bca entri ni mnambh knowledge skit kot2 rezeki berank normal lps ni.. tq entri ringkas dan padat...

    ReplyDelete
  11. Assalam, sangat2 informative. Love this artikel so far. Thanks. Tolong doakan sy, 2nd pregnancy, today marks 37weeks, GDM on diet, due date 09/02/21 klinik pakar bg tarikh sehari sblm due utk warded jika belum bersalin. tlg doakan sy , thanksss

    ReplyDelete