Friday, 13 September 2013

Tips ketika bersalin

ok, tips ni berdasarkan pengalaman aku sendiri.

ni adalah tanda-tanda yang korang mungkin dah nak bersalin

1. Perut mengeras dan sakit

ok, ini panggil contraction. sama ada kita nak tau kita memang dah in labour atau tak adalah bergantung, pada nature contraction tu.

  • regular, becomes more frequent
  • discomfort and slowly progressed to very painful
  • show
  • leaking liquor
2. Show

ini bahasa medical. bahasa melayu panggil turun tanda or turun darah
biasanya, ada palitan kat seluar dalam
macam mula-mula nak datang period tu
agak berlendir, brownish to fresh blood colour
maksudnya, plug pada pangkal rahim yang selama ni tertutup dah tertanggal sebab pintu rahim dah mula terbuka
  • sometimes, comes with contraction, 
  • can comes prior to contraction
  • or comes after few hours of contraction
at this point of time, kalau ko dah pregnant cukup bulan -37week ke atas,
korang boleh tunggu sampai sakit makin kuat untuk pergi hospital

tapi kalau korang ada masalah masa mengandung, baik masalah dengan kandungan or korang ada sakit apa-apa
e.g kencing manis, darah tinggi, air ketuban kurang, baby saiz kecil dari unur kandungan
korang kena pergi hospital cepat-cepat.

3. Pecah air ketuban

a.k.a leaking liquor
a.k.a broke waterbag

macam mana nak tau tanda dia
  • gushing of fluid - meleleh turun kat celah paha, dan dalam jumlah yang banyak
    • korang kena bezakan banyak ke sikit sebab kadang-kadang bila perut dah besar, korang boleh ada incontinence sebab kepala baby dah mula tekan pundi kencing
    • kalau leaking ni, dia macam empangan pecah, terburai habis. boleh imagine kan?
  • warm
    • air ketuban ni rasa suam, sebab suhu nya memang Allah cipta sama dengan suhu badan untuk keep the baby warm.
  • can be clear or greenish, brownish stain
    • warna air ketuban ni macam putih jernih kekuningan
    • macam putih telur
    • dan ada macam mucus sikit, agak berlendir tapi tak thick sangat
    • kalau warna dia berubah, kecoklatan atau kearah hijau lumpur, sila segera ke hospital
      • takut baby dah lemas dan terberak dalam perut
    • kalau air ketuban tu jernih pun, still kena pergi hospital untuk check jantung baby dan bukaan rahim, dan ambil sampel palitan dinding faraj/vagina. 
bila air ketuban pecah, jangan panik.
pergi toilet, bersihkan diri then pakai pad
dan bersiap. terus pergi hospital.


Jadi, bila dah pergi hospital, korang kena expect benda-benda berikut

tips: sebelum pergi hospital tolong lah periksa checklist dibawah ni

*PENTING

  1. dah mandi bersih, pakai deodoran, perfume
    • sebab nanti bila dah masuk bilik bersalin mungkin ko akan sangkut kat labour room lebih 12 jam
    • satgi ketiak semua dah berpeluh lengas, jangan kata staff, ko sendiri tak tahan bau badan ko nanti,
  2. dah cukur segala bulu yang sepatutnya - ketiak, ari-ari
  3. beg keperluan yang dah sisiapkan dari awal
  4. makan kenyang-kenyang 
    • sebab bila dah masuk labour room, kita tak dibenarkan makan. sebab takut kalau tiba-tiba baby lemas kena operate, kurang-kurang perut kita dah kosong dan risiko untuk muntah semasa proses operation tu kurang.


  •  Pemeriksaan bukaan rahim / Vaginal examination

doktor akan guna dua jari - jari telunjuk dan tengah untuk estimate bukaan pangkal rahim.
korang kena baring terlentang.
lutut lipat, pastikan tumit sentuh belakang pangkal peha.
nama lain dia kena kangkang la.

then, rileks.

doktor akan guna sarung tangan dan guna gel pelincir supaya korang tak rasa perit

proses ni sebenarnya tak sakit asalkan korang rileks.
jangan kemut.
tarik nafas dalam-dalam.
mungkin akan rasa senak sikit sebab doktor akan seluk, untuk ukur ketinggian kepala baby dari bukaan luar vagina.

lepas korang disahkan memang masuk fasa bersalin, doktor akan tetapkan timing untuk periksa pangkal rahim ni 4-6 jam sekali untuk chart perkembangan proses bersalin korang tu.

  •  Speculum Examination/ Pemeriksaan Saluran vagina

speculum ni adalah sejenis alat yang dimasukkan ke dalam faraj supaya doktor boleh tengok bahagaian peranakan dan pangkal rahim.

speculum examination ni dilakukan bila kita perlu ambil calitan sampel dari pangkal rahim atau dinding faraj.

kalau air ketuban pecah dahulu, sebelum datang rasa sakit, doktor akan buat speculum examination ni untuk, ambil sampel palitan.

kenapa? sebab, air ketuban tu berfungsi melindungi baby dari persekitaran luar. 
jadi bila air ketuban pecah, sebelum fasa bersalin mula, so, baby kat dalam tu dah terdedah pada persekitaran luar.
jika korang ada GBS- group B Streptococcus colony pada vagina, so baby korang ada high risk untuk dapat jangkitan kuman nanti.

lepas buat speculum, baru doktor buat VE.

  •  ARM -artificial rupture of membrane/ Pecahkan air ketuban

proses ni maksudnya kita pecahkan air ketuban.
kenapa pecahkan kalau fungsi dia untuk lindung baby?
mesti korang tertanya-tanya kan.

air ketuban ni mengandungi bahan yang boleh membantu rahim mengecut dengan lebih kuat, rancak dan efektif.

air ketuban ni dipecahkan dalam beberapa keadaan:
  • kalau kita nak induce bersalin.
    • maksudnya bukaan rahim dah terbuka,tapi contraction tak kuat mana,
  • jantung baby tak berdegup bagus
    • kita pecahkan air ketuban, nak pastikan degupan jantung tak bagus pada machine tu hanya artefact, transient sahaja atau baby dah mula lemas kat dalam
    • bila dipecahkan, kita expect air ketuban tu warna norma- putih kuning jernih. kalau baby lemas, baby akan mula berak, jadi air ketuban tu akan berubah warna- coklat kehijauan.
    • kalau jadi macam tu doktor akan decide sama ada nak guna vakuum/forcep untuk percepatkan bersalin atau kena c-section terus. *bergantung pada bukaan rahim, dan degupan jantung baby*

  • Enema

enema yang selalu digunakan adalah ravin enema.
fungsinya nak kosongkan saluran najis.
supaya korang tak terberak masa meneran dan mengurangkan halangan supaya kepala baby senang nak turun untuk bersalin.
midwife akan masukkan selepas korang masuk bilik bersalin.
sebelum tu diorang akan check dulu berapa bukaan rahim.
kalau kurang dari 5cm, so ravin akan dimasukkan.
kalau 5cm keatas, biasanya ravin tak dimasukkan, takut masa meneran buang air, nanti korang terberanak pulak.


  • In & out catheterization/ pengosongan pundi kencing

sama fungsi macam enema, untuk kurangkan halangan untuk kepala baby turun ke bawah.
cuma biasanya bila dah ada atas katil labour room tu, korang tak rasa pun nak kencing,
jadi midwife akan masuk tiub untuk keluarkan kencing then cabut.

  • Epidural

epidural ni adalah proses untuk membantu mengurangkan rasa sakit bersalin.
dilakukan oleh doktor bius.
bahagian bawah dekat tulang belakang akan dibersihkan,
korang kena duduk berlunjur atau berjuntai kaki kat katil,
korang kena tunduk kan kepala tapi badan straight,
biasanya midwife atau husband akan tolong pegang kaki supaya korang tak bergerak sangat
bantal akan diletakkan depan perut korang dan korang peluk bantal tu supaya lebih selesa.

dr bius akan bersihkan belakang badan kat bahagian yang berkenaan
then diorang akan cucuk ubat bius setempat
masa ni memang sakit....*nangis*
lepas few seconds, bila ubat tu dah ada kesan,
jarum yang lebih besar akan dimasukkan ke celah tulang belakang sampai ke lapisan tulang belakang, 
masa ni kadang-kadang korang akan rasa kebas dan electric shock kat bahagian kaki,
lepas tiub masuk, ubat bius pun dimasukkan dan in shaa Allah, sakit bersalin hilang slowly.

korang masih rasa perut tu mengeras, cuma tak sakit sangat.
bila dah sampai masa nak bersalin, epidural akan dimatikan kejap,
supaya korang ada rasa sakit dan rasa sakit tu la yang akan membantu korang meneran dengan betul,sampai la baby keluar.

  • cara meneran yang betul

bila bukaan rahim dah buka habis ¬ 10cm baru korang akan disuruh meneran
masa tu sakit nya adalah gabungan sakit senggugut yang 100kali lebih sakit dari senggugut biasa,
ditambah dengan rasa memulas nak buang air besar.

rasa sakit tu akan datang slowly..makin kuat dan akhirnya korang rasa perut tu dipulas seterik-teriknya dan belakang pinggang rasa macam lenguh yang teramat sangat dan korang akan rasa macam nak meneran untuk kurangkan sakit.

lepas tu..slowly lega....tak sampai 1 minit, perlahan-lahan sakit tu datang balik.
gitu lah sampai baby keluar.

jadi..bila sakit tu dah mula datang balik, korang kangkang kaki macam masa doktor buat VE,
kepakkan peha, seluas yang boleh,
dua-dua tangan capai buku lali dan tarik ke peha
badan baring,kepala diangkat, dan pandang perut,

tarik nafas panjang-panjang dan tahan. 
bila sakit tu maximum, teran sekuat-kuat hati,
jangan keluar suara.

bila sakit hilang, hembus nafas dan rehat sekejap.

sentiasa bertenang. 
sebab kadang-kadang bila dah sakit dan badan penat bertarung sakit berjam-jam,
korang kadang-kadang lupa macam mana nak teran,
walaupun dah pergi kelas antenatal bagai.

jadi bertenang, buat ikut step,in shaa Allah mudah bersalin.

ada satu saat dimana korang teran, sakit maximum dan pada masa yang sama korang rasa perineum korang bulging dan rasa nak meletup.
masa tu maksudnya kepala baby dah betul-betul kat pintu vagina,
masa tu doktor akan beritahu dia akan buka pintu saluran vagina.

masa ni doktor akan gunting sikit tepi pintu vagina bagi yang baru pertama kali bersalin,
tujuannya untuk membuka laluan keluar kepala baby
korang akan rasa gunting tu menggunting kulit perineum tu, tapi amazingly ianya painless..
sebab...sakit nak bersalin tu lagi kuat,
sampaikan bahagian badan korang tu digunting-gunting pun korang dah tak rasa sakit langsung.

masa tu jangan berhenti meneran.
tapi kalau dah habis nafas, berhenti kejap, curi nafas sikit dan sambung teran.

akan ada satu rasa ''plop'', dan tiba-tiba sakit tu hilang.
sakit yang tak tertanggung berjam-jam tu hilang tiba-tiba,
akan ada suara 'baby out!'
tak lama lepas tu,
nanti korang akan dengar tangisan baby..

subhanallah..takde apa yang boleh gambarkan perasaan ko masa tu:)
korang tau, baby korang dah selamat dilahirkan,
sakit dah hilang,
perasaan berbunga-bunga sebab bahagia yang tak tergambar.

  • Proses jahit lepas bersalin

nanti lepas 'bonding' session, baby akan dibawa keluar untuk dibersihkan, ditimbang, diberi injection dan sebagainya.

korang pulak, doktor akan sambung dengan proses keluarkan uri 
dan jahit semula perineum yang digunting tadi.

masa tu, doktor akan bagi ubat bius tapi korang masih akan rasa jarum yang dicucuk, benang yang ditarik dan disimpul.

perit tapi, sebab hati terlalu bahagia sebab anak yang dilahirkan sihat, sakit perit tu hanyalah secebis benang je..
cewah..ayat tak boleh blah..

ok, so itu dulu, nanti sambung lagi.

nak masak. keje petang hari ni.

c ya..
wassalam.

6 comments:

  1. Wah detail gitu.. Terima kasih sangat2 membantu ya😄😄

    ReplyDelete
  2. Barulh faham sbb detail.. Tq

    ReplyDelete
  3. Barulh faham sbb detail.. Tq

    ReplyDelete
  4. Lengkap semua info apa yg sy nk tau...tq so much Afiah...tgh menunggu hari....makin dkt makin seram.....

    ReplyDelete
  5. Tq puan..jelas n menenangkan walaupun sgt takut nk bersalin utk 1st time..semiga puan dirahmati selalu

    ReplyDelete