Friday, 27 December 2013

Bertenang bila demam, jangan menggelupur terus nak pergi unit kecemasan hospital




salam...
ok aku nak bagi nasihat sikit mengenai masalah demam.
sebab ramai orang macam confuse bila nak jumpa doktor urgent,
bila nak kena check darah,
bila boleh makan je dulu panadol kat rumah and rest.



ok, suhu normal badan ialah 36.5 - 37.4 darjah celcius (C).
aku tak mention fahrenheit sebab kita kat malaysia guna celcius.
jadi bila suhu berubah menjadi lebih rendah atau lebih tinggi kita kan guna beberapa term iaitu
hypothermia, fever dan hyperthermia.

dan korang kena faham jugak, ada sedikit beza (tak banyak) bergantung pada tempat ko ukur suhu.
suhu jugak berubah sedikit bergantung pada aktiviti ko buat pada masa tu dan perubahan badan dan hormon dan cuaca dan kitaran siang dan malam.

berapa banyak beza tu semua korang tak payah risau sampai tak tidur malam,
sebab itu kitorang healthcare staff punya kerja,
tanggungjawab korang meh kat bawah ni aku terangkan.

ok, bila badan korang demam,
apa yang berlaku adalah otak korang (hypothalamus) akan set julat suhu yang baru yang mana lebih tinggi dari julat normal tadi (36.5-37.4 (C) sebab nak naikkan suhu supaya demam berlaku

kenapa demam berlaku?

in a simpler words adalah - persiapan badan ko nak lawan jangkitan. bila badan nak lawan kuman maka badan memberikan respons dan salah satunya adalah demam.

jadi bila demam tu, kalau baru start tu ko boleh la pergi klinik swasta atau klinik kesihatan untuk dapatkan ubat demam dan kalau ada diiringi flu, batuk tu boleh la mintak sekali ubat batuk dan etc..

tapi kalau ko malas nak bersapau menunggu sampai kejang bontot kat klinik kesihatan or kedekut nak keluar duit kat doktor klinik swasta, ko pergi je la kedai runcit ke, mydin ke, 7-11 ke pharmacy ke dan beli la panadol dulu.

panadol ni kalau ko takde masalah alergik kat panadol, makan ikut time dan dos yang betul iaitu untuk orang dewasa 1-2 biji setiap 6 jam dan tak lebih 8 biji sehari, panadol ni adalah selamat untuk ko.


kalau untuk budak, bergantung kepada berat badan dan kekerapan ko nak bagi ubat tu.

ko jangan la buat lawak kejang perut depan aku kalau datang panik demam panas, sakit badan, sakit kepala bagai lepas tu bila aku tanya bila last makan ubat demam ialah semalam or dua hari lepas dan alasan ko bagi ialah " saya tak nak bergantung sangat dengan ubat lebih-lebih lagi panadol, takut bahaya"

hmmmm..maknanya kalau tak nak bergantung kat ubat ko nak bergantung kat sape der?

takkan kat bahu aku? ekeke...

aku akhirnya akan bagi gak kat ko ubat demam tu iaitu panadol.
dos yang sama macam aku terangkan awal tadi.

cuba ko fikir kan, kenapa agaknya bila ko ke anak ko masuk wad kan tiba-tiba magik berlaku iaitu demam kebah?

sebabbbbbbb.......misi kat wad tu pastikan ko or anak ko makan ubat demam ikut time. faham?

itu jer keajaiban yang semua orang kagum giler sampai demam start pukul 3pm, datang pukul 3am mintak masuk wad sebab demam tak kebah. ubat tak makan. mandi pun tak. datang hospital berkelubung dengan comforter bagai. acaner la demam ko nak kebah wei......

jadi kalau demam ko baru je start dan ko masih boleh makan minum, takde muntah berterusan or cirit birit melampau, ko boleh je makan dulu ubat demam biasa tu. dengan syarat ko ikut time dan dos yang betul.

TAPI.........

kalau demam tu berterusan sampai hari ke 4, walaupun ubat demam dah makan teratur, sila lah jangan malu dan segan datang la mana-mana hospital or klinik untuk buat blood test, takut kena demam denggi.

atau demam tak sampai 4 hari tapi seriously ko tak boleh paksa diri untuk minum air or makan ubat, muntah berterusan, cirit birit atau pening kepala melampau walaupun dah makan ubat dan mandi, so pergi lah jumpa doktor takut ada ada jangkitan kuman serious..

dan ko kena faham jugak bila ko tak makan ubat, suhu badan ko memang akan mencanak naik,
bila suhu tinggi ko akan ada simptom macam di bawah ni:

1.sakit kepala
2. pening- kepala rasa berat macam nak baring je
3. sakit-sakit badan
4. rasa sejuk menggeletar - sebab badan ko tengah kumpul haba
5. rasa panas bahang - suhu dah cukup tinggi so bdana ko akan rasa bahang

jadi jangan la panik lepas tu kata sepanjang umur ko 40 tahun, ni first time ko menggeletar bila demam.
k?

oh ye satu lagi pasal ubat bontot or suppository.
biasanya ada dua jenis ubat yang boleh kawal demam iaitu acetaminophen/paracetamol
dan NSAIDS.

NSAIDs yang biasa digunakan adalah diclofenac acid atau voltaren atau voren atau neurofen.



biasanya aku punya praktis adalah kalo ko dah datang demam >38.5 dan ko tak bagi apa ubat lagi dan takde alergik ubat, aku akan bagi ubat bontot supp voren (bergantung pada berat dan saiz badan)

lepas tu bawak balik syrup paracetamol/panadol.

ada jugak ubat bontot paracetamol/poro. kalo dah bagi supp paracetamol/poro, makan ubat syrup neurofen.

ko boleh combine dua-dua syrup dan ubat bontot tapi pastikan ko tak bagi dua-dua jenis yang sama dan pastikan ko tau dose yang betul.

jadi bila doktor terang macam mana nak serve ubat kat rumah, sila dengar dan fahamkan. ok?

antara cara untuk ko kawal suhu badan or demam adalah

1. MAKAN UBAT DEMAM IKUT TIME dan DOS yang BETUL.
2. MANDI selama 15 minit bawah air paip (bukan air suam panas) sebanyak 3-4 kali sehari atau sekerap yang ko suka
3. Letak towel basah ( bukan lembab) atau cool fever gel kat ketiak dan pangkal paha

3 step kat atas adalah cara untuk ko menangani demam sebelum ko nak pergi jumpa doktor.

jangan la ko bikin hangen kat doktor kecemasan yang kerja macam orang tak cukup nafas nak selamatkan patient yang kritikal dan nyawa-nyawa ikan yang ramai tu semata-mata sebab demam tengah-tengah malam buta.

harus la diorang buat muka kan kalau ada pakcik yang tengah kena serangan jantung yang mana setiap minit adalah nyawa yang kena dirawat serta merta  kat bilik zon merah, dan ko datang komplen demam panas menggeletar rasa sakit badan dan seram sejuk menggigil  dan bila ditanya lagi bila last makan ubat, jawapan ko adalah semalam. lepas tu ko or family ko siap mengamuk kata ko demam panas tapi takde orang attend
ko...

adoi...


so, cukup la sampai sini na....

dan untuk anak kecil yang demam,

kalau anak ko still active, boleh minum air macam biasa, tak muntah or cirit berterusan, takde perubahan kelakuan mendadak macam banyak tidur or cakap merapu or melalak tak berhenti dan demam kurang dari 3 hari biasanya doktor akan bagi ubat je dulu dan antibiotik kalau betul-betul perlu dan kalau ada tanda-tanda diatas doktor akan admit straight walaupun demam tak sampai 3 hari.

sebab anak kecil doktor kena lebih berhati-hati sebab kita tak boleh biar anak kecil dehydrated and bila dia dehydrated, threshold untuk masukkan dalam wad tu sangat rendah.

k, chow..penat da. double shift then 3 night shift...pengsan.....*zzzzzZZZZZZZZZ*



Wednesday, 25 December 2013

Gentle homebirthing pulak dah..........

haritu kecoh pasal antivaccine..
tak mau vaccine..
nak natural...
nak alami...

lepas tu bila dah ada kes komplikasi pasal tak ambik vaccine...senyap dah isu tu...


sekarang isu baru pulak...
gentle homebirthing pulakkkkkk....












nama lain dia beranak kat rumah tanpa bantuan doktor atau jururawat bertauliah tetapi ditemani suami atau keluarga dan seorang pengajar yang takde tauliah perubatan yang mana tidak tahu untuk mengesan perubahan yang membahayakan pada ibu dan bayi atau memerikan rawatan kecemasan dan apabila berlaku sesuatu termasuk kehilangan nyawa ibu, atau anak beliau boleh memberikan jawapan "ibu yang pilih cara bersalin macam ni dan semua ni takdir tuhan........."

haha..senang kan jawab gitu

nanti esok aku kat hospital cakap manis manis kat patient semua, jangan risau, balik kita rawat secara alami je dan lepas tu kalau patient mati ke sakit melarat pastu aku nak jawab " ni semua takdir"... bolehhh????????????????

aku tau nanti ada yang jawab " mana boleh , awak doktor awak mesti bertanggungjawab!"

oh sebab saya doktor jadi saya kena bertanggungjawab, habis awak tu propa macam-macam benda merbahaya yang tapi di coat dengan kata-kata manis tu tak boleh dipertanggungjawbkan ke?

"saya bukan doktor, mana saya tau hal komplikasi atau hal kecemasan dan perubatan?"

dah tu yang ko gatal nak jadi doktor alami tu apesal???????

sebenarnya jauh di lubuk hati aku ni tak dela aku kesah sangat kalau ada korang yang betul berani gila nak buat benda-benda so-called alami ni..sebab yang aku tau yang tanggung masalah dan komplikasi dan akibatnya adalah korang.

yang hilang isteri adalah korang kan?

yang hilang mak sebab meninggal masa bersalin alami ni adalah anak-anak korang kan?

yang dapat bahana bila faraj korang koyak rabak sampai ke dubur sebab beranak gaya macam-macam tu sampai bila kentut keluar kencing, bila kencing keluar taik sekali, bila bersenggama tak tau masuk faraj ke masuk lubang najis tu semua adalah korang kan?

yang asyik dapat jangkitan kuman kat faraj, ada discaj bau taik sebab faraj terabak ke dubur tu adalah korang kan?

yang dapat anak yang terencat akal sebab tak cukup oksigen sebab tersangkut masa bersalin,sebab kepala besar, sebab songsang, sebab tali pusat terbelit kat leher, sebab tak pernah buat scan, tak pernah diperiksa oleh doktor, adalah anak korang kan? korang yang akan bela anak yang sepatutnya lahir sihat tapi jadi terencat sebab dapat parents terencat macam korang kan?

yang anak meninggal sebab lemas dalam perut yang mana doktor alami korang duduk sebelah urut-urut tak tau baby dah lemas dan tak boleh buat apa-apa, tu adalah anak korang kan? tu la anak yang akan ko dukung ke liang lahad dan tengok muka dia dan percayalah dalam hati korang akan terdetik perasaan "aku ke punca ni?"..tapi dont worry satgi doktor alami korang akan kata " takpe, ini semua takdir...."

nampak tak?
itu antara perkara yang boleh jadi kat korang kalau korang pilih jalan berisiko tinggi ni.

aku bukan nak takut-takut kan korang.
banyak lagi kerja lain aku nak buat selain menakutkan korang,
aku tulis ni sebab aku kesian dengan anak baru lahir yang tak pasal-pasal menderita kalau korang buat keputusan gila ni

yang aku bagi contoh cumalah sebahagian risiko yang korang perlu tanggung bila opt untuk bersalin alami fitrah bagai ni..dan bear in mind aku tak concern much on you..

yang aku marah adalah statement orang yang tak bertanggungjawab macam doktor alami korang ni la..

pujuk orang buat benda yang merbahaya yang dia sendiri tak tau nak handle risiko dan komplikasi lepas tu bila benda buruk jadi senang je lepas tangan and put the blame on takdir tuhan.

tolong lah kepada anda yang diluar sana,

fikir habis-habis sebelum korang buat keputusan yang boleh merubah keluarga korang sepenuhnya..

sanggup ke tengok isteri berjalan sana sini berbau taik sebab ada lubang bocor diantara kemaluan dan dubur?

sanggup ke ko nak pergi kerja pakai pantiliner tebal macam pad nak takung kencing korang tiap kali korang kentut atau berak atau ketawa?


sanggup ke tengok anak baru lahir berselirat wayar kat badan, dicucuk tangan mungil tu hari-hari, mengerekot dalam incubator sorang-sorang tanpa pelukan korang sebab komplikasi bersalin sendiri sebab kuman masuk peparu, sebab kuman merbahaya dalam darah, sebab masalah darah sebab uri tak dipotong mengikut yang waktu dan cara yang sepatutnya..?

sampai ke hati korang, tengok anak ko kena sawan berbuih-buih mulut, badan kurus melidi, mengerekot atas katil atau wheelchair khas sebab masalah otak disebabkan lemas masa bersalin dan lambat diberikan rawatan sebab doktor alami ko tak tau nak buat apa?

tak luluh ke hati korang memikirkan anak ko yang baru lahir tu kehilangan ko sebagai emak, kehilangan isteri sebab meninggal masa bersalin atas keputusan yang tak sepatutnya?

tak hancur hati ko fikir anak mulus baru lahir menangis tak berhenti, rindukan ibunya, rindukan bau badan ibunya, hauskan susu ibunya yang terbaring di ruang tamu tunggu untuk dimandi dan dikafankan..


boleh ke ko tabah dengan kata-kata manis doktor alami ko semata-mata, bila anak yang patut ko bela bersama isteri, yang ko patut kongsi cerita kali pertama dia ketawa mengekek, kali pertama dia sebut 'ma', kali pertama dia bertatih jalan tu ko cuma sorang-sorang menyaksikan tu semua. cuma ko sorang sebab isteri ko dah meninggal masa bersalin?


isteri yang sambut ko kat muka pintu dengan senyuman manis dah takde,
isteri yang sama-sama bangun malam dengan ko jaga anak sebab kembung, yang sama-sama risau bila anak ko demam, yang sama-sama pilih stroller anak dengan ko,dah takde, meninggal sebab keputusan ko..

boleh ke kata-kata manis takdir tu semua buat ko rasa lebih baik, buat ko tenang?

boleh keeeee??????????

kat sini aku tak kuasa nak terangkan satu-satu komplikasi yang boleh jadi masa bersalin yang memerlukan ko bersalin di hospital dilengkapi dengan doktor terlatih dan bantuan teknikal dan staf perubatan sebab aku tau korang pandai google.

pergi la google benda macam ni

hypoxic ischaemic injury
4th degree perineum tear
postpartum haemorrhage
eclampsia
uterine atony
retained placenta
cervical tear in labour
neonatal complication in home birthing

ok..chow!







Monday, 16 December 2013

Boleh ke survive takde bibik ni??????

aiseh...
tau-tau je dah bulan 12.
bibik kena balik kampung hujung bulan 12 ni untuk renew passport

sedar tak sedar dia dah kerja dengan aku campur tolak dia balik kejap dulu tu, dah 3 tahun dia kerja dengan aku.

susah wei sekarang ni nak cari bibik yang boleh jaga budak dengan elok
dah la adik ni ciwek sikit

kalau orang lain bela mau kena dera agaknya.

bibik ni pun ada kurang here and there tapi setakat ni sebab dia memang terbaik bab jaga anak-anak
jadi dalam kebanyakan hal aku just pejam mata je

so, memandangkan ejen tak boleh supply maid lain untuk cover bibik so aku terpaksa ambil cuti unpaid leave...

haih, berpuasa la dari shopping untuk sebulan gamaknya....*nanges*..

suspen jugak nak jaga anak sendiri tanpa bantuan bibik.
sebab dulu pun masa bibik no 2 tu lari aku duduk dengan mak mertua
so mak mertua banyak tolong termasuk ayah mertua and adik-adik ipar

tapi kali ni aku dengan husband je
dan husband pulak tengah cuti belajar masa tu untuk exam MRCS and master program entrance exam

harap-harap kitorang boleh survive untuk sebulan yang mendatang ni.

p/s: bibik, jangan mungkir janji ya.....sila pulang kepangkuan kami ya selepas passport nya udah siappppp

Monday, 9 December 2013

alahai bestnya kalo tak keje..

malam ni night shift.
mujur 2 malam je.
lepas tu off day dua hari..

kalau tiga malam memang lemau rasa badan
tunggang terbalik sleep-wake cycle
kalo takde maid memang zombie ler nak jaga budak berdua ni..

untuk wanita hebat kat luar sana yang bekerja, yang ada anak kecik atau besar sekalipun,
yang masih perlu ditatang, yang takde maid, seriously...aku memang tabik spring!!!!

kagum weh....

harap-harap syif malam ni tenang...

insyaALLAH. amin.

Sunday, 8 December 2013

perkara tersembunyi di sebalik insurans dan medical card

dislcaimer: post ni tiada kena mengena dengan mana-mana insurance company or ejen insurans atau bertujuan memburukkan atau mempromosikan mana-mana skim atau syarikat insurans. ini cuma sedikit pengalaman penulis dengan beberapa pemegang dan ejen insurans dan pesakit.

beberapa nasihat untuk pemegang insurans diluar sana:

1. Pastikan korang faham polisi insurans yang korang beli

aku sendiri tak well-versed pasal terms dalam hal insurans ni. even masa aku nak isi borang insurans dulu pun aku banyak kali tanya ejen. aku dulu masa mula kerja, aku beli insurans. TAPI aku sendiri tak tau polisi dia macam mana. teruk kan???????????????
ha, tu la aku kata, korang kena hati-hati jangan terburu-buru.

dulu masa mula-mula aku kerja, ada isu hot pasal doktor pelatih meninggal lepas terlibat dalam kemalangan masa escort patient dalam ambulans. doktor perempuan tu masih muda, end up coma dan akhirnya meninggal. dah la tengah mengandung sulung masa tu(masih di peringkat awal kehamilan).

sadly about the issue was, no compensation was paid to the deceased family. sebab? sebab dia takde insurans. dan ambulans hospital tu was not insured for the escorting doctor. cuma cover driver sahaja. that was what they told me la..

so, masa tu, ada seorang officer kat hospital tu yang offer untuk ambil polisi insurans dengan dia. sebab masa tu kitorang baru kerja, masih dalam peringkat adjustment, badan penat gila balik kerja, lepas isyak kitorang deal nak jumpa kat some place and he came with his wife to explain to us about the policy. jadi whatever he told us, we didn't digest well and just telan je bulat-bulat.

basically yang kitorang faham, insurans ni pay and claim. cover kalau kitorang meninggal baik semulajadi or kemalangan dan it is more to a saving type where after certain period, i will get back what i have been paying.

so, kitorang terus deal dan sain je terus document. document tu pun officer tu yang isi. nampak?????????????

punya la lurus kitorang masa tu, percaya habis kat officer tu untuk isi dan bagi copy IC semua. alhamdulillah officer ni memang lurus dan boeh dipercayai. sampai sekarang pun walaupun dia dah tak kerja kat hospital lama tu dan aku dan husband dah pindah hospital, kami still boleh berhubung untuk tanya pasal status insurans kitorang.

masa tu kitorang tak well-versed pasal medical card sangat.

ye la, keje gomen mana kan masuk hospital gomen free. semua cover. patient yang masuk gomen pun mana ada guna medical card.
diorang cuma beli insurans macam kitorang yang mana dapat RM100 or more semalam for admission to hospital.

jadi bila aku dah kerja hospital swasta baru la terbukak biji mata pasal medical card bagai ni..

tempting gak nak get my kids insured and ada medical card but i don't know whether it really worth it or not since my husband still working in government site and anything pun i just use his guarantee letter (apa? nak kata aku cheapskate la tuh still pergi gomen...ekeke...) well, aku still pegi gomen sebab member aku ramai lagi kat gomen. aku still buat appointment jumpa diorang and queue macam patient lain. tak potong queue tau....

pastikan korang tau, polisi tu berapa lama, siapa pewaris kalau korang meninggal, sentiasa update next of kin, berapa lama insurans tu cover, macam mana cara nak claim, limit insurans tu berapa,monthly payment macam mana etc.

aku? aku pun tak sure aku tau in detail ke tak insuran aku..haha tak boleh blah kan..adoyai.

2. Tak semua penyakit covered in medical card /insurans.

ok, ini sangat penting untuk korang tau.
ye, memang berpinar biji mata nak baca satu-satu penyakit yang disenaraikan- baik yang ditanggung dan yang paling penting YANG TAK DITANGGUNG.

sebab..........ada sesetengah penyakit or kesakitan tu boleh dirawat sebagai pesakit luar.
jadi walaupun ko datang in severe pain, lepas tu basic treatment dan investigation dah buat, found out, penyakit tu boleh dirawat sebagai pesakit luar, tapi ko insist nak masuk ward sebab dah beli medical card dan dah carum dekat 3 tahun tapi tak pernah guna, biasanya akan ada masalah masa ko nak discaj dari hospital. masa tu medical card tiba-tiba tendang dan ko kena bayar cash/credit card untuk balik..

biru muka beb...

kenapa walaupun masa datang rasa sakit gila tapi medical card tak boleh cover pulak???
doktor sengaja tak nak bagi rawatan ke?
ejen insurans tipu aku ke?????
ejen insurans kata semua sakit boleh guna medical card, satu sen pun tak payah keluar duit. masuk je mana-mana hospital swasta, boleh dapat single room, coverage sampai satu juta!
tak....ejen insurans tak tipu.
apa dia cakap tu semua betul, TAPI untuk penyakit yang di senaraikan yang ditanggung la.
yang tak DISENARAIKAN TAK DITANGGUNG tu memang la tak tanggung.

dan doktor pun tak tipu or tak nak bagi rawatan.
takde doktor dalam dunia ni yang gila yang tak nak bagi rawatan kat patient. kami ni terikat dengan sumpah kerja yang kitorang pegang masa mula-mula kerja dan attitude kitorang memang dibentuk dari zaman medical school lagi untuk be profesional.

case ni selalu jadi untuk patient /pemegang polisi insurans yang ada lower pain threshold.
maksudnya tak tahan sakit la....

contoh: datang sakit perut guling-guling. bila periksa rupanya dah tak buang air besar dua hari dan pesakit jenis tak minum air banyak dan tak makan sayur.

bila bagi ubat tahan sakit dan buat xray perut, taik penuh sebalang. tak ada tanda usus bengkak atau usus sumbat dan test darah pun normal.

lepas bagi ubat buang air besar, pesakit berjaya buang air besar dan sakit sebenarnya dah kurang..basically dah hilang pun.

jadi diagnosis adalah constipation. iaitu sembelit.

TAPI sebab nak guna medical card, patient request masuk wad. sebab medical card tak boleh guna untuk outpatient visit.

dan patient atau family yang superanxious kata "doktor, dia tak pernah sakit perut macam ni. walaupun ni nampak dah ok tapi saya risau la. boleh tak masukkan je dia wad satu malam, biar buar check-up semua. nak tengok kalau ada penyakit lain. lagipun medical card tu kitorang nak guna sebab dah lama beli. kalau balik card tak boleh guna"

haaaaa...................ni la key dia.

satu : constipation ni memang terang-terang boleh dirawat sebagai pesakit luar. takde sebab untuk masuk wad sebab rawatan masa dalam wad sama macam rawatan pesakit luar.

dua : medical card tak cover penyakit yang boleh dirawat sebagai pesakit luar

tiga : nak buat check up untuk penyakit lain. ni la benda yang kitorang rasa nak gelak besar. sebab medical card cover untuk penyakit yang disenaraikan bukan untuk check up. BUKAN untuk check-up. BUKAN.

yes, kitorang takde masalah nak masukkan korang dalam wad. polisi hospital swasta is to entertain what patient wants and what patient needs....tapi, provided duit ko berkepuk la dalam bank. sebab bila insurans tendang ko jangan la datang jumpa merayu aku or attending doctor suruh tipu and alter diagnosis and alter information dalam borang insurans.

kitorang takkan buat.
benda tu melanggar undang-undang.
unethical.
dan lesen praktis kitorang boleh kena gantung or ditarik balik sebab malpractice.
ko nak bagi anak-anak aku makan ke kalau aku tak boleh kerja sebab kena gantung sebab nak tolong insurans ko lepas der?

untuk kes kemalangan. ada sesetengah insurans boleh claim masa outpatient visit.
biasanya pay and claim kalau tak memerlukan masuk wad.
contohnya luka ringan kat kulit, takde patah riuk bagai.

tapi kalau ada yang memerlukan masuk wad sebab kemalangan serius contohnya:
  • concussion - kecederaan kepala seperti pengsan sebab accident yang high impact,yang memerlukan pemerhatian dalam wad selama 24jam takut keadaan merosot
  • patah tulang
  • kecederaan serius yang kena jahit dalam bilik bedah
  • dan banyak senario serius lain lagi related to accident
kitorang memang akan admit korang dalam wad....TAPI.....kalau kemalangan tu disebabkan self-inflicted (korang dengan sengaja cederakan diri) atau ALCOHOL related atau PSYCHIATRY related, biasanya insurans tak cover.

jadi aku biasanya akan terang kan siap-siap supaya korang tak la terkejut beruk masa nak balik kenapa insurans tendang.

tapi korang tak payah la tipu kata tak minum, tak sengaja terlukakan tangan etc. 
kitorang tak bodoh.
kitorang biasanya boleh bau kalo korang menipu sebab kecederaan tak tally dengan cerita

dan orang minum alcohol ni ada banyak cara untuk dibuktikan. macam mana? rahsia la kannnnn...

dan korang jangan sesekali cuba nak pujuk kitorang untuk tipu dalam documentation or ugut macam-macam sebab nak guna medical card.

sebab..aku boleh refuse untuk treat ko atas alasan conflict of interest dan next step ialah aku akan repot polis la yang ko datang hospital ugut doktor.

jadi, jangan la sebab ada medical card, datang hospital angkuh bukan main, jerkah nurse, jerkah doktor macam staff hospital tu kuli batak anda, sebab wajah anda bila diberitahu yang medical card anda tak boleh guna untuk kes anda dan anda kena bayar outpatient fees and treatment fees tu semua, adalah PRICELESS.

sebab having a medical card is not a licence for u to get admitted to hospital for any reason that U yourself think is right and it does not mean u will not have to pay even a penny.

pastikan korang tau apa penyakit yang tak medical card ko tak tanggung.
atau pastikan korang takde masalah bayar bil hospital masa discja nanti kot-kot medical card tak cover.

satu lagi PENYAKIT CONGENITAL/ SEJAK LAHIR pun tak cover ye.
ni bukan sekadar kecacatan yang nampak pada mata kasar je eh..
contohnya congenital AVM, patient biasanya datang dengan tanda pendarahan dalam otak 
lepas buat CT scan otak, ada pendarahan dan suspected sebab masalah salur darah pecah. 
dan puncanya adalah sebab salur darah tu memang tak normal sejak lahir, 
biasanya doktor pakar akan bagitau awal-awal kemungkinan medical card akan sangkut.

so jangan la melenting pulak ye.

korang mesti rasa pelik kan, kenapa insurans boleh tak cover pulak
macam mana pulak berdasarkan report doktor semata tu insuran boleh tak cover?
sebab..................insurance company ni ada underwriter
underwriter ni kerja dia assess setiap insurance claim samada boleh lepas untuk diberi kepada policy hlder atau tak.

underwriter ni adalah doctor yang kerja dengan syarikat insurans.
jadi sebab tu syarikat insurans ni tak boleh dikelentong......okayyyyyyyyy?

ok, aku rasa cukup nak share ni je dulu.


k..c ya..






Thursday, 5 December 2013

Tak boleh ke sekolahkan anak-anak umur 6 tahun je nanti?

korang perasan tak sekarang ramai parents hantar anak-anak pergi sekolah seawal 4-5 tahun?

mula-mula dulu masa belum ada anak and kakak baru umur 1-2 tahun aku tak amik port sangat.
ye la anak kecik lagi kan, dah besar kang baru fikir..

lepas tu tiba-tiba je kakak dah 4 tahun!
mak aih..cepat betul masa berjalan.

mak mertua aku suggest suruh sekolahkan kakak tahun depan, iaitu umur dia 5 tahun
ye....aku tau kakak pun suka nak pergi sekolah,
dia boleh dapat exposure awal pasal sekolah,
boleh dapat kawan,
boleh mula belajar,

tapiiiiiiiii.......................
aku risau memikirkan dia kat sekolah tu tanpa ada aku, abah dia or bibik.

ye la,ko baca paper kan sekarang
ramai orang kepala otak mereng culik budak, rogol  dan sebagainya..na'uzubillah.

jadi tiap kali aku terfikir kemungkinan tu semua lagi la seriau aku fikir.

lagipun dulu aku sekolah tadika masa umur 6 tahun.
lepas tu aku homesick or ada sikit separation anxiety..hik malu aku bukak pekung nih.
so lepas 2 bulan ayah aku berhentikan terus tadika.
sebab aku ada sorang member perangai macam hantu suka buli aku.
ketuk kepala la, curi pencil colour aku la,
hari-hari nangis wey pergi sekolah.
last-last bapak aku berhentikan je.

tapi bapak aku kata sebab masa tu aku umur 5 tahun dah boleh membaca, menulis and buat matematik tambah tolak.

hmm..ada logik gak kan...

tapi kakak ni pun setakat ni hafal abc and 1-10.

ye, aku memang mak yang malas..ekeke
kalo mak aku tau ni mesti kena sound - ko update instagram dengan blog boleh plak ye??-

hehe..
lepas tu rumah aku ni apartment.
celah tepi ni slump area,
muka semua bukan malaysian..ko faham kan..

lepas tu sekolah tadika semua bukan within walking distance.
kalau yang dekat sikit pun aku tak percaya maid aku nak pergi jalan kaki jemput dia.
ye...maid aku ni susah sikit.
maksud susah ialah, dia naik lif, tak tekan butang tingkat mana. lepas tu bila lif terpadam lampu, dia panik menggelupur..adoi..serius tak boleh blah.

lepas tu dah duduk sini setahun pun dia tak pernah ingat rumah ni tingkat berapa.

so ko agak-agak kalo aku suruh dia pergi hantar kakak ke sekolah, dia jumpa tak jalan balik?
harus la dengan dia sekali hilang nanti.

mana nak heret adik lagi.


hmmmm...pening..pening...

husband aku cadang nak upah orang untuk jemput, hantar pi sekolah then jemput and hantar balik rumah depan pintu.
aku setuju dan rasa bernas cadangan tu..
tapi, siapa aku nak upah?
boleh percaya ke orang tu?

haih...berhenti kerja jugak aku ni kang...

last- last laki aku kata, kita hold dulu sampai kakak 6 tahun.
sementara ni ajar je pape yang boleh dulu kat rumah..
tapi tu la, masa berjalan pantas.

hmmm....harap-harap sementara tunggu dia 6 tahun, ALLAH tunjuk jalan kat kitorang nak selesaikan masalah ni.

korang ada idea? anak korang acaner?

Mengarut ke doktor perempuan je sambut perempuan bersalin?

aku rasa tak.
kalau perempuan tu muslim.
sebab aku pun doktor.
aku rasa wajar untuk perempuan muslim mintak untuk doktor perempuan attend dia...KALAU ada doktor perempuan yang available.
kalo tak available, jadi darurat maka sewajarnya la doktor lelaki yang ada untuk attend dia.

ikut pendapat peribadi aku, kenapa setakat ni Malaysia belum boleh nak cater semua muslim female patient to be attended by female gynaecologist or female gynaecology MO.

sebab...


Masih ramai doktor perempuan tak interested untuk buat O&G as a specialty. cuma sesetengah 'wanita besi' je yang betul-betul gigih untuk sambung belajar kepakaran dalam O&G ni sebab O&G ni sangat torturing. Semua orang asyik la nak marah-marah.

alasan yang selalu diberi kenapa berperangai slutty adalah "we are taking care of 2 lifes - mother and baby" so, stress lebih. jadi wajar la perangai kami macam gampang.
jadi yang join ni biasanya kalau manusia-manusia baik dan lemah lembut maka muka memang zombie habis. eyebag, dark circle eyes, muka stress selalu.
kesian aku tengok.
TAPIIIII..aku tabik spring sebab lebih kuat dan bagus dari aku.
aku tak tahan dengan O&G.
terus terang cakap aku rasa posting ni la paling gampang dalam dunia nih.

bila consultant and specialist semua kaki maki or mulut laser, so MO stressed-up.
MO marah lepaskan kat HO, buli HO, aibkan HO macam dia kena aib dengan specialist.
HO bila dah makan hati, confirm la bersumpah takkan jejak kaki lagi kat department tu once habis housemanship.

dah la workload banyak, patient ramai (orang sentiasa bersalin kan?....)
kena maki pulak tu.
badan penat otak pun penat!

jadi hostile training and working environment ni secara lumrahnya memang perempuan tak tahan sebab mmang fitrah perempuan ni kan jiwanya lembut.
jadi tinggal la kaum lelaki yang lebih bersemangat waja dan hati kental untuk buat specialty ni.


jadi kalau doktor perempuan tak cukup, celah mana la ko nak cari doktor perempuan kalau bini ko datang bersalin dan bermasalah pulak tu tengah-tengah malam buta.


jadi, tak guna kita bertelagah kenapa takde doktor perempuan, kenapa tak boleh doktor perempuan yang rawat bini ko tu, nih aku bagi beberapa suggestion untuk ko:

1. kalau ko mampu, maknanya ada GL ke, or ada duit sikit, menabung la siap-siap untuk bawak bini ko pergi hospital swasta.

kat sana bersepah doktor perempuan.
ko request je, insyaALLah settle

kalo ko berpendapatan sederhana, agak-agak tau je bini ko mengandung, start la menabung.
kos bersalin kat hospital swasta ni dalam 2-3k kalao beranak biasa
kalao beranak caesar or complicated macam vacuum kos dalam 5-6k
kalau planned nak beranak biasa then ter-end up bersalin caesar sebab complication kos maybe cecah 6-7k

ini anggaran je k...
ko jangan nak quote aku pulak kalo ko pergi prince court harga kat sana standard terpaksa pajak spender bagai.


atau kalau nak murah sikit korang boleh pergi 'privte wing' of PPUKM or UMMC
ni memang standard hospital swasta tapi harga cheaper sikit dari hospital swasta biasa.

maknanya wad, makanan, visiting hours macam private hospital.

ok gak kannnnn..

2. kalo memang tak mampu nak pergi private hospital or takut kalo ada complication lepas tu memang tak boleh tanggung kos tu semua, so korang pergi je la hospital kerajaan.

doa la banyak-banyak supaya isteri korang tak memerlukan doktor lelaki untuk attend.
doa supaya doktor yang oncall tu perempuan
doa supaya semuanya lancar.

cuba cakap elok-elok kat staff yang ada, korang harap sangat dapat doktor perempuan untuk rawat bini korang.
bak kata dr harlina halizah, doktor dan staf ni manusia, kalau ko doa banyak-banyak mintak dipermudahkan, cakap elok-elok, insyaAllah semua orang cuba untuk penuhi hasrat ko tu.

tapi kalo korang pun datang macam gampang, muka kerek tak boleh blah,
suara macam petir, mintak benda tak relevant,
macam mana la orang nak usaha penuhi kehendak hati ko tu???

dapat pulak bini ko banyak songeh.
tak mau masuk ubat untuk cepatkan bersalin la
tak mau check bukaan rahim setiap 4 jam la
nak natural birthing la..
tak nak ubat tahan sakit la..

ko agak-agak la kan
kalo ko fikir guna akal yang Allah bagi tu
ko rasa ada ke orang yang ikhlas dan senang hati merawat bini ko dan seterusnya anak ko yang bakal lahir tu?

hati staff semua menyumpah,
doktor pun rasa berbulu
ko rasa mudah tak delivery tu nanti?

ko kena ingat Allah tu Maha Adil. kalo ko macam arse sangat, biasanya akan ada masalah
dan masa tu jangan la sekadar ko nak suruh wife ko je mintak ampun dengan ko,
ko dengan wife ko cuba mintak maaf denagn staff dan doktor tu kot-kot ko terkurang ajar, terkurang budi bahasa ke kan,
lepas tu tengok macam mana, mudah tak lepas tu?

aku rasa setakat ni ini je la dua solution yang ada.
selagi training system untuk O&G tak diubah selagi tu la masalah ni takkan selesai.
aku rasa la...
ni aku rasa..kalo ko rasa lain tu ko punya pasal..hehe






Resipi: Ayam masak butter

ok just nak share resipi ni. memang sedap kalau makan masa tengah lapar dan nasi panas-panas,


meleleh air liur tak? wakaka



Bahan- bahan ayam

1. Isi ayam - potong kecik-kecik 
2. Sos tiram
3. Putih telur
4. Tepung gandum
5. Jintan Putih - sesudu
6. Garam secukupnya
*tepung, jintan, garam, gaul sebati

Cara Masak Ayam

1. Perap ayam 30 minit dengan sos tiram
2. Panaskan minyak, celup ayam dengan telur-->tepung
3. Deep fry sampai kekuningan.
4. Pastikan api tak terlalu kuat. Rentung weh nanti 
5. Lepas goreng, ketepikan.


Bahan-bahan untuk gravy/ kuah butter

1. Cili api thai - yang panjang hijau tu - hiris nipis-nipis
2. Bawang putih - cincang halus
3. Daun kari segenggam
4. Susu cair secawan atau lebih
5. Garam 
6. Butter - satu sudu

Cara Masak

1. Panaskan butter sampai cari dalam kuali
2. Tumis cili, daun kari dan bawang putih sampai garing
3. Bila garing, masukkan susu cair
4. Bila menggelegak, perasakan garam secukupnya
5. Tuang ayam dalam kuah, bila menggelegak, tutp api dan hidang panas-panas

Serious sedap gila wei!!!!!

Cuba, try, test ha?


Sunday, 17 November 2013

aku tak faham kenapa shopping mall popular letak surau kat hujung dunia??!!!

aku tak tau la korang berdepan masalah yang sama ke tak
tapi tiap kali aku nak keluar, selalunya inilah jadi masalah utama
lebih-lebih lagi, kitorang keluar tu dah petang sikit
dan budget memang akan langgar waktu maghrib
jadi memang la panjang musyawarah kitorang laki bini sebelum keluar tu
untuk rancang perjalanan kitorang tu nanti

contoh tempat yang ada masalah ni yang aku perasan la
maksudnya memberi masalah kat aku la

1. KLCC
2. Midvalley Megamall
3. Alamanda
4. Setia City Mall

macam mana isu surau jauh kat hujung dunia ni memberi impak negative kat kitorang?
biaisanya kalo kitorang keluar,
kitorang mesti makan kat luar
sebab kalo orang lain ambil masa dua jam kitorang kena tambah extra sejam setengah
sebab bawak anak kan..faham-faham je la

kalau dah keluar pukul 4 lebih,
nak sampai ke destinasi tu..
lepas tolak jalan jam,
drive slow since children on board,
berhenti petrol pump sebab anak nak kencing berak la,
cari parking lagi,
park kereta, turunkan anak-anak dan letak dalam stroller
time tu la sorang melalak nak turun dulu
sorang berlari sana sini lepas turun kereta
nak kejar lagi supaya tak kena langgar kereta
prepare susu suam dulu,
cari lif nak ke shopping complex.
ye la, shopping complex bagak ni kan mana allow stoller lalu kat escalator
di letak nye tiang besi kat tengah-tengah escalator tu,

jadi by the time ko sampai dalam mall dah pukul 5 or 5 lebih.
pilih-pilih barang dah pukul 6.45pm
masa tu anak dah restless, nak susu la
nak makan la

so ko pun pusing lagi nak cari tempat makan
ye la, dah ada anak ni ko nak pilh tempat makan macam nak pilih kereta apa nak beli
kena  consider seating arrangement macam mana
consider laluan mudah tak untuk tolak stroller
tempat makan tu panas or berbahang ke macam kedai makan yang ada steamboat and bbq tu

service kedai makan bagus ke tak
ye la kalo menunggu dapat makanan lama sangat mau anak-anak aku meragam sebab boring
duduk lama dalam stroller and baby chair

ha....susah kan kalo ko keluar shopping bawak toddlers
bukan kata tak suka
tapi that is the bitter sweet of having kids around
i love it so much tapi berpeluh ketiak of course
dan kalo ko keluar berdua dengan husband pun boring jugak
lebih colourful bila bawak anak-anak
especially mendengar hujah anak kenapa kitorang kena belikan barang yang dia mintak..:))

jadi by the time ko reach the dining place dah pukul 7pm
baru duduk order makanan dah masuk maghrib
jadi macam mana ko tengah makan nak, angkat kaki drive balik or pi tempat lain
considering ko tengah jamah makanan,
anak-anak tengah sedap makan,
takkan ko nak bayar bil, then blah je kan
mana nak cari lif lagi
dengan nak tolak stroller di celah lautan manusia seramai-ramainya tu
kalo shoppng complex besar ko bukan boleh bawak stroller kat escalator tu
di block nya dengan tiang besi tuh
puas la ko berpusing keliling nak cari lif

jadi terpaksa la ko laki bini bergilir nak pergi solat
tapi tu pun masalah dunia jugak

punya la jauh surau tu diletakkan
kat basement or lower ground biasanya
kat hujung nun
jenuh la ko berjalan dari tempat ko makan tadi nak pergi surau

kenapa aaaa????
kenapa??????

stress aku!!!!
kenapa mesti disusah-susahkan?
macam senagaja pun ada gak aku rasa

apa ko rasa solat tu tak penting ker???

geram aku.
tension tau!

kalo kat alamanda tu lagi la bercinta
dulu aku suka pergi sebab surau dia kat tengah-tengah mall tu
surau selesa, bersih, cantik, air-conditioned

sekarang?????..

letak kat block baru belakang food court tu
ko kena menapak jauh gila
kalo ko bawak stroller lagi la ko menyumpah-nyumpah kat management alamanada tang seriously aku rasa sengaja letak surau sejauh-jauhnya

lepas tu ko kena naik lif sebab surau tu kat tingkat atas
kena bersesak dengan seramai-ramainya orang
lepas tu dah masuk dalam surau
alhamdulillah ada air cond jadi tak la bahang
cuma dinding dengan lantai tu macam rumah kontrak
macam rumah pekerja kontrak duduk kat tapak pembinaan tu
macam bangunan tak siap

ye... aku tau diorang ada tampal notis surau baru tengah dalam construction
tapi surau baru tu still jauh dan kena keluar dari bangunan utama alamanda kan

hangen..serious aku hangen

bercinta sangat nak pergi tempat-tempat macam tu.

e@curve pun gittew gak
letak kat tingkat atas sekali dengan toilet semua floor tak habis-habis renovate

aku rasa setakat ni tempat yang friendly untuk ko bawak budak-budak and selesa membeli belah cuma ikea

tapi tu la kan ikea mana jual kasut baju shawl semua.........

haih..kalo malaysia ni mengamalkan islam sepenuhnya macam brunei kan bagus..

nak migrate la..
eh tetiba! haha! bye!

Kasut Tiamo: The Black Label

wahaha..
tetiba beli flat shoes.
gedik sangat kannnnn..

well, last aku beli flat shoes was 3 years ago okayy..
itu pun beli crocs shoes.
beli masa mula-mula jadi MO kat hospital port dickson
design tu pun dah tak wujud kat crocs lagi..
tapi tu la..masalah dengan crocs ni ialah kasut dia tahan terlalu lama.

ye......memang bagus..
sape kata tak bagussss..
tapi bila dah bagus, tak jahanam waima luntur kaler,
memang tak payah la berangan nak mintak sepasang lagi kasut baru kat laki kannn...

jadi tadi kebetulan husband ajak keluar jalan-jalan..
sebab dia post-call hari ni
aku pulak kerja pagi.
pukul 4pm dah sampai rumah,
so lepas asar tu plan asalnya nak pergi alamanda.

tapi husband tetiba decide tak mau.
sebab surau nye jauh sangat,
sesak pulak tu
tambah hari ahad macam ni
mau berlengas ketiak nak bergusti masuk ke surau tu

tambah bawak kakak dengan adik,
mana nak sorong stroller lagi
mana nak pegang kakak lagi
ramai nya umat lagi,
mau bad mood semua orang nanti

jadi sebagai isteri yang patuh, maka ikut je laaaaa..

husband ajak pergi shah alam.
katanya nak makan kat sahara tent...wah wah..peberet kak pah ni!
then jalan-jalan plaza masalam je..

tapi halfway, husband kata baru teringat dalam news kata
shah alam banjir kilat semalam.
sebab aku ni jenis tak baca berita,
jadi okaayyyy je la bang..

husband u-turn then terus pergi aeon maluri.
weeee...ni pun tempat peberet!!

hehe, sebab kat aeon sini handbag sentiasa updated and suka shopping dapur, baju, kasut, beg etc
semua best la pendek kata..

jadi, jalan-jalan punya jalan baru teringat ,eh belum redeem cash voucher la!

redeem sekali dapat RM150 daaaa....
weeeeee..suka! suka! suka!

husband terus kata, beli la apa ayang nak..
suka nya rasa nak lompat ke langit
tapi sebab control ayu..senyum je bila dengar tuh

sekali masa nak pergi black canyon makan, ter lalu ke kawasan kasut
tengok ada tiamo shoes the black label design tengah promo

satu booth tu ada yang harga rm69.90 to rm 99.90 sepasang
satu booth lagi buy 2 at rm99

terus la pilih kasut pe yang ada

pilih punya pilih,
selepas tolak fakto takde saiz dan sebagainya,
maka hati gembira bawak balik 2 pasang kasut tiamo
dan yang lagi best, tak keluar duit pun!!!!!
guna cash voucher je!

husband terus kata lepas ni beli barang dapur semua kat sini la
tak payah beli kat tesco da
tesco bagi cash voucher pun tak sampai rm 50 setahun
ni jusco baru 6 bulan dah dapat total dekat rm200

sambil senyum suka terus kata okayyyyy abg!

hehe..
ok, ok back to the topic, citer kasutnya sikit,
citer benda lain je berlebih-lebih.

ok, kasut tiamo ni brand dari korea
dia rata-rata flat shoes
ada jugak yang ada heels sikit tapi tak la tinggi sangat
dan design dia dedicated to ballerina style

so, memang comel.
padanan warna pun lawa dan meruntun jiwa
rasa macam nak beli semua!

ada yang warna pastel,
ada yang warna garang,
ada yang design casual, formal and comel gittew...

butik dia ada kat sunway pyramidd, KLCC, the Gardens dan alamand
sesuai dengan kasut, butik pun memang comel sama macam kasut gak

harga kasut pun rata-rata harga mampu milik
dalam RM 109- 139( tanpa sale or diskaun)
ni setakat yang aku nampak la.
tak tau la kalo ada yang lagi murah or mahal dari range tu

walaupun harga tak beriban or beratus-ratus sangat,
tapi kasut-kasut dia sangat la comfy!!!
tumit lembut,
tapak memang support bentuk kaki
design lawa, warna menarik
pendek kata memang berbaloi-baloi la!!!









k, lap air liur, sok pi beli eh.

Tuesday, 12 November 2013

Ajal menjemput tak kira masa..

Masya Allah terkejutnya tengahari ahad hari tu dapat khabar
yang salah seorang kenalan kami,
Dr Azman Bin Abdullah telah meninggal dunia
pada pagi 10 November 2013 lepas di lebuhraya Karak.

Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Arwah masa tu dikhabarkan menunggang superbike nya untuk bersarapan bersama kawan bikersnya di hutan lipur.

Arwah terbabas dan jatuh dan superbike tu terseret sejauh 200m.
Arwah meninggal kerana severe head injury.
Nauzubillah ngeri nya masa dengar tu.

Aku dan suami kenal arwah masa kami buat housemanship, posting paediatric.
Arwah masa tu adalah medical officer kitorang.

Arwah jenis tak banyak cakap, banyak buat hal sendiri,
tak pernah buli housemen,
tak pernah cakap benda menyakitkan hati housemen,

cekap bekerja dan bila kitorang dah pindah ke hospital port dickson lepas habis housemanship,
arwah bila oncall dan kitorang refer case tak pernah reject,
sentiasa faham yang kitorang kat hospital daerah ni dalam keadaan kekurangan,
takde specialist,
takde ventilator,
takde icu,
takde backup staff yang cukup,
setiap kali call, always sambut call dengan berhemah,
tak pernah poyo, tak pernah bitchy.

sampai sekarang kitorang terkenang-kenang kebaikan Dr Azman.


harap supaya anak-anak arwah bertabah dengan pemergian beliau,
sabarlah anak-anak, bapa kamu semua adalah manusia yang berhati murni
perginya dikenang sebagai insan yang sangat mulia.

Al -fatihah.

Sunday, 3 November 2013

MAC make-up fever again!

ok, last entry pasal mekap aku tak berapa berkenan dengan MAC foundation
masa tu aku rasa tekstur dia sangat cakey
sebab after a while dalam air-cond or amik wudhu, dia punya rupa tu mak aih..buruk betol

tapi bila di cuba-cuba banyak kali rupanya bila aku combine pakai dengan moisture hydratant strobe cream 
yang foundation tu jadi cakey


tapi bila pakai the foundation alone it was okay
okay sesangat
long lasting
senang nak remove
tak cakey
light texture
medium coverage

so, terus setia pakai foundation MAC matchmaster shade 2.0

aku pakai compact powder sendayu tinggi
dan recently compact powder dah nak habis
jadi last 2 weeks masa pergi alamanda aku pun singgah kaunter MAC

asalnya nak beli compact powder,
tapi sebab kepandaian SA tu maka terus beli benda lain gak

adoi....nangis
tapi hati gembira..hehe




 dan ini gambar masa SA tu tengah make over aku..ecece..kihkih




ini barang yang aku beli
ikut putaran jam dari kiri fix spray, lightful moisturiser spf 20, lightful softening lotion,
lightful facial cleanser, lightful compact powder foundation shade NC35, mineralize rouge lipstick( colour smart and sweet) and mineralize blush(shade Dainty)



 ni shade Dainty
warna dia light pinkish
warna ni SA tu yang pilihkan sebab aku dah ada blusher warna coral so kali ni nak light pink gittew


ni colour smart and sweet
aku memang minta warna light pink yang boleh buat warna bibir aku lebih cerah

Sugarscarf: Aya Ombre best gila wei!!

ok, macam yang korang tau aku memang gilakan sugarscarf ni
so, haritu bil sugarscarf update post kat fb page depa, maka dan dan la bukak website sugarscarf
click,click eh eh tetiba lusa dah dapat tudung:) hehe

alhamdulillah..tudung sugarscarf ni memang best
kualiti awesome, pilihan colour pun menarik.

dari lebih kurang 10 warna yang ada, aku rembat 4 warna yang menawan kalbu aku masa tu..

jom layan gambar




aku beli 4 helai

shawl ni jenis lebar dan panjang
hujung dia curvy
jadi memang nice je tutup dada
material : chiffon. untuk warna hijau pink, teal green brown tu chiffon dia lebih lembut in comparison to purple and red black tu
senang nak pakai dan bentuk awning dia.
jarang sikit kalau direct lighting tapi sebab dia panjang
dan bila ko lilit tak la jarang

aku pakai ni guna inner neck innara, so memang tak nampak leher langsung



ni colour hijau pink




ni colour red black



ni colour teal green brown 


ni warna purple




kesimpulan? puas hati dan berbaloi!!

Home sweet home:Update rumah lepas setahun pindah masuk

Alhamdulillah rumah ni berjaya di'renovate' seadanya mengikut definition kitorang punya renovation dalam masa sebulan dari tarikh dapat kunci.

Walaupun takde renovation besar macam pecah lantai or dinding tapi kos nya boleh tahan gak.

Dulu-dulu masa muda aku nye mentaliti ialah nak beli tanah dan buat rumah sebab aku rasa lebih jimat dan mengikut selera kita.

Tapi bila dah mula pindah randah sebab kerja dan rasa selesa duduk kuala selangor ni aku mula ubah mentaliti tu. so aku mula tertarik untuk beli rumah siap. sebab banyak kes kena kelentong dengan kontraktor masa buat rumah. ye la kita kan jenis bekerja lepas tu kadang-kadang tak sempat nak jengah rumah yang tengah dibina tu macam mana, tau-tau siap nanti tak senonoh etc.

ataupun beli rumah siap tapi masih dalam pembinaan.
dulu sebelum beli rumah sekarang ni, aku dengan suami ada pergi tinjau satu showhouse kat taman melawati jaya.

pemaju ni memang bikin showhouse tu power abis.

kitorang tengok tu terus jatuh hati..fikir-fikir, bincang-bincang kitorang decide nak beli.

masa tu rasa financially in shaa Allah boleh lepas bayar semua.

lagipun pemaju janji rumah tu akan siap september 2012. masa kitorang bayar duit booking rm500 bulan mei 2012. jadi rasa macam confident dapat kunci by september 2012.

sekali lepas seminggu dua masa kitorang tengah survey pasal bank untuk buat pinjaman semua, tiba-tiba aku terfikir nak google pasal syarikat pemaju ni. 

sebab dia kata dia well-established company.
tapi google punya google takde pulak nama syarikat dia.

jadi lepas sepakat bincang dengan husband,
husband buat keputusan untuk cancel kan booking
sebab husband tak sedap hati katanya
lagipun rumah masih dalam pembinaan
masa tu rasa ralat jugak sebab design rumah tu memang awesome.
tapi sebab aku ni isteri yang taat maka follow je..cewah! hehe..

jadi kami pun survey lagi dan decide beli rumah yang sekarang ni sebab rumah ni dah siap dibina
tinggal bayar dan boleh dapat kunci terus.

rupanya berkat taatkan suami, memang betul rumah tu tergendala
sekarang ni kalau lalu pun, pembinaan masih berjalan tapi lot rumah yang kitorang book dulu tak siap pun lagi hoiii!!!


jadi para isteri di luar sana, taatilah suamimu selagi dia tidak melanggar syariat ok??
*ok ini selingan*

so ni aku just nak update rumah sekarang

jom layan gambar..

























In shaa Allah bila rajin nanti aku update details apa yang kitorang mekap kat rumah ni:)







Saturday, 2 November 2013

Resepi beef enchiladas versi mama siti

This weekend balik kuala selangor. Alhamdulillah, tak plan pun tapi ada colleague yang katanya free and nak buat locum kalau aku nak ambil cuti, then apa lagi. peluang depan mata jangan dilepaskan.

so hari ni aku masak beef enchiladas dan ayam panggang untuk lunch.
simple je sebab pagi tadi dah mencekik nasi lemak berkalori tinggi
budget beef enchiladas tu sihat la sangat kan *mata keatas*..haha

ok, ini bahan-bahannya
*actually aku dah adjust sikit dari resepi asal sebelum ni*

A. Bahan-bahan untuk beef enchiladas:

1. Tortilla -4-5 keping ( bergantung pada besar loyang pembakar korang)
2. Loyang pembakar
3. Butter/planta untuk di griskan pada loyang pembakar
4. Oven
5. Sos Merah
6. Inti daging
7. Keju - cheddar dan mozarella

B. Bahan-bahan Sos Merah

1. Prego spaghetti sauce - 1 tin
2. Cili sos - 1/2 cawan
3. Serbuk lada hitam - 2 sudu teh *bergantung toleransi pedas korang ye*
4. Serbuk lada putih - 2 sudu teh
5. Bawang putih dan besar - cincang halus


Cara buat sos merah

1. Tumis bawang merah dan putih
2. Masukkan prego
3. Masukkan cili sos
4. Bila dah menggelegak masukkan lada hitam dan putih, garam dan gula diperasakan secukupnya
5.. Bila dah masak, tuang dalam mangkuk dan sejukkan dan ketepikan

C. Bahan-bahan Inti Daging

1. Daging cincang - 400-500g (sebungkus cincang ramlee or azmy)
2. Bawang besar - cincang dadu
3. Bawang putih - cincang dadu
4. Capsicum - potong dadu
5. Cendawan -hiris nipis
6. Serbuk ketumbar or paprika

Cara buat Inti Daging 

1. Tumis bawang *pastikan minyak sedikit sahaja*
2. Masukkan daging dan serbuk ketumbar
3. Masukkan capsicum dan cendawan
4. Masak sehingga daging garing dan airmya kering
5. TAK PERLU MASUK GARAM - sebab kita akan guna keju, nanti masin gila kalau daging ni diletak garam
6. Sejukkan dan ketepikan


Cara Buat Enchiladas

1. Panaskan oven 180degree dan pusing timer ke 40minutes
2. Gunakan pinggan bersaiz besar yang rata
3. Bentang sekeping tortila atas pinggan
4. Tuang 2 sudu sos merah atas tortilla dan ratakan
5. Tuang daging atas sos
6. Tabur keju cheddar yang dicincang
7. Gulung tortilla dan susun dalam loyang pembakar yang dah disapu gris
8. Susun hingga penuh
9. Bila ada lebihan daging dan sos - tuang sos, dan daging berselang seli atas tortilla gulung tadi dan lapisan atas sekali tabur keju
10. Bila timer oven dah beranjak ke 30mins - bakar selama 30min


so, layan gambar


Ini sos merah nya




 Belah kiri atas - cheddar cincang
Belah kanan atas - loyang yang dah disapu gris


 Ni pinggan rata - guna untuk bentang tortilla


 Tortilla - aku suka guna tortilla kentang


 Ni tortilla yang dah dibentang, disapu sos merah, diletak daging dan ditabur keju



 Bila dah gulung, susun la dalam loyang cenggini
Nanti susun rapat-rapat



Dah siap. Jom bakar!

Sunday, 13 October 2013

YOU are rude, yes, YOU!

betul lah kata orang, kita kena cari yang sekufu

baik dalam berpasangan dan berkahwin
mahupun berkawan

kadang-kadang kita tak nak pilih bulu sangat tapi bila kita cuba berkawan dengan semua orang 
baik especially yang orang masyarakat panggil 'tak sekufu' dengan kita, 
bila kita baik dengan dia, bersangka baik, berbuat baik
sebab kita anggap kita kawan baik, rupanya itu lah kawan baik yang penikam belakang yang paling bermuka baik di dunia

sedih, marah, benci semua ada

haih kenapa la aku bodoh sangat boleh percaya orang macam ni boleh dijadikan kawan
boleh dikongsi rahsia
boleh share masalah 
tapi bila it comes to choosing the dick and friend, yes they chose the dick. cheap, pathetic, loser dick pulak tu.

hmmm.. tapi takpe, i know who i am
i have nothing to lose.

i always have a loving, supportive husband
i have a big and happy family who will do everything for me...yeah just need a phone call *if u get what i meant*

eventhough sometimes i sakit hati at workplace but whenever i go home, all the hatred feelings just goes off
whenever i see my daughters' faces, listen to my husband voice through phone, the negative feelings just disapperared immediately.

and i am so grateful for all the blessings

i have a healthy and adorable kids, a loving and dedicated husband, murah rezeki, i might not be rich but alhamdulillah financially we are stable.

we have a happy and livable home, a reliable maid to take care of my kids so that i  dont have to have a headache whenever i go to work, an understanding and supportive in-laws and a caring parents.

syukur, whenever i look at the people who was very rude to me, people who attempeted to bully me, people who backstabbed me, people who took sides for no apparent reason.... i can only smile. they have nothing in comparison to me. i have everything what people in this world want.

so people, you can continue harassing me with your bitchy attitude and rude words. but i am telling u i dont give a damn.

so go and ******** the cheap loser pathetic *****

I DO NOT GIVE A DAMN.

thanks. :))







selamat hari raya aidiladha

alhamdulillah dipanjangkan umur dimurahkan rezeki untuk sambut aidiladha

syukur....

tahun ni kali pertama kena kerja masa aidiladha
tahun-tahun sebelum ni pun tak adalah ambil cuti panajng
tapi kurang-kurang masih cuti pada hari raya pertama

tapi kali ni kerja malam masa malam raya
dan malam raya pertama.
kiranya raya kedua la baru cuti
then raya ketiga kena kerja petang sebab swap shift dengan member sebab kena attend course next week and he will cover my shift.

masa mula-mula dapat roster tak rasa apa sangat
tapi bila dah dekat nak raya ni rasa syahdu pulak..

tapi takpe la.
mujur kampung dekat and next 2 weeks nak balik kampung pun

so hari ni nak masak special sikit sebab husband puasa sunat.

k, bye!