aku rasa tak.
kalau perempuan tu muslim.
sebab aku pun doktor.
aku rasa wajar untuk perempuan muslim mintak untuk doktor perempuan attend dia...KALAU ada doktor perempuan yang available.
kalo tak available, jadi darurat maka sewajarnya la doktor lelaki yang ada untuk attend dia.
ikut pendapat peribadi aku, kenapa setakat ni Malaysia belum boleh nak cater semua muslim female patient to be attended by female gynaecologist or female gynaecology MO.
sebab...
Masih ramai doktor perempuan tak interested untuk buat O&G as a specialty. cuma sesetengah 'wanita besi' je yang betul-betul gigih untuk sambung belajar kepakaran dalam O&G ni sebab O&G ni sangat torturing. Semua orang asyik la nak marah-marah.
alasan yang selalu diberi kenapa berperangai slutty adalah "we are taking care of 2 lifes - mother and baby" so, stress lebih. jadi wajar la perangai kami macam gampang.
jadi yang join ni biasanya kalau manusia-manusia baik dan lemah lembut maka muka memang zombie habis. eyebag, dark circle eyes, muka stress selalu.
kesian aku tengok.
TAPIIIII..aku tabik spring sebab lebih kuat dan bagus dari aku.
aku tak tahan dengan O&G.
terus terang cakap aku rasa posting ni la paling gampang dalam dunia nih.
bila consultant and specialist semua kaki maki or mulut laser, so MO stressed-up.
MO marah lepaskan kat HO, buli HO, aibkan HO macam dia kena aib dengan specialist.
HO bila dah makan hati, confirm la bersumpah takkan jejak kaki lagi kat department tu once habis housemanship.
dah la workload banyak, patient ramai (orang sentiasa bersalin kan?....)
kena maki pulak tu.
badan penat otak pun penat!
jadi hostile training and working environment ni secara lumrahnya memang perempuan tak tahan sebab mmang fitrah perempuan ni kan jiwanya lembut.
jadi tinggal la kaum lelaki yang lebih bersemangat waja dan hati kental untuk buat specialty ni.
jadi kalau doktor perempuan tak cukup, celah mana la ko nak cari doktor perempuan kalau bini ko datang bersalin dan bermasalah pulak tu tengah-tengah malam buta.
jadi, tak guna kita bertelagah kenapa takde doktor perempuan, kenapa tak boleh doktor perempuan yang rawat bini ko tu, nih aku bagi beberapa suggestion untuk ko:
1. kalau ko mampu, maknanya ada GL ke, or ada duit sikit, menabung la siap-siap untuk bawak bini ko pergi hospital swasta.
kat sana bersepah doktor perempuan.
ko request je, insyaALLah settle
kalo ko berpendapatan sederhana, agak-agak tau je bini ko mengandung, start la menabung.
kos bersalin kat hospital swasta ni dalam 2-3k kalao beranak biasa
kalao beranak caesar or complicated macam vacuum kos dalam 5-6k
kalau planned nak beranak biasa then ter-end up bersalin caesar sebab complication kos maybe cecah 6-7k
ini anggaran je k...
ko jangan nak quote aku pulak kalo ko pergi prince court harga kat sana standard terpaksa pajak spender bagai.
atau kalau nak murah sikit korang boleh pergi 'privte wing' of PPUKM or UMMC
ni memang standard hospital swasta tapi harga cheaper sikit dari hospital swasta biasa.
maknanya wad, makanan, visiting hours macam private hospital.
ok gak kannnnn..
2. kalo memang tak mampu nak pergi private hospital or takut kalo ada complication lepas tu memang tak boleh tanggung kos tu semua, so korang pergi je la hospital kerajaan.
doa la banyak-banyak supaya isteri korang tak memerlukan doktor lelaki untuk attend.
doa supaya doktor yang oncall tu perempuan
doa supaya semuanya lancar.
cuba cakap elok-elok kat staff yang ada, korang harap sangat dapat doktor perempuan untuk rawat bini korang.
bak kata dr harlina halizah, doktor dan staf ni manusia, kalau ko doa banyak-banyak mintak dipermudahkan, cakap elok-elok, insyaAllah semua orang cuba untuk penuhi hasrat ko tu.
tapi kalo korang pun datang macam gampang, muka kerek tak boleh blah,
suara macam petir, mintak benda tak relevant,
macam mana la orang nak usaha penuhi kehendak hati ko tu???
dapat pulak bini ko banyak songeh.
tak mau masuk ubat untuk cepatkan bersalin la
tak mau check bukaan rahim setiap 4 jam la
nak natural birthing la..
tak nak ubat tahan sakit la..
ko agak-agak la kan
kalo ko fikir guna akal yang Allah bagi tu
ko rasa ada ke orang yang ikhlas dan senang hati merawat bini ko dan seterusnya anak ko yang bakal lahir tu?
hati staff semua menyumpah,
doktor pun rasa berbulu
ko rasa mudah tak delivery tu nanti?
ko kena ingat Allah tu Maha Adil. kalo ko macam arse sangat, biasanya akan ada masalah
dan masa tu jangan la sekadar ko nak suruh wife ko je mintak ampun dengan ko,
ko dengan wife ko cuba mintak maaf denagn staff dan doktor tu kot-kot ko terkurang ajar, terkurang budi bahasa ke kan,
lepas tu tengok macam mana, mudah tak lepas tu?
aku rasa setakat ni ini je la dua solution yang ada.
selagi training system untuk O&G tak diubah selagi tu la masalah ni takkan selesai.
aku rasa la...
ni aku rasa..kalo ko rasa lain tu ko punya pasal..hehe
saya dapatkan rawatan Prof.Hamid Arshat pakar bidan n awal2 lg mmg saye dh open mind utk di rawat oleh doc lelaki dan mndpat restu suami n dia pun bersetuju..Alhamdulillah rezki Allah beri ada,dapatlah kami menimang cahaya mata setelah 5tahun menunggu...
ReplyDeleteAlhamdulillah rawatan sis berjaya. Anak dr hamid arshat ni surgeon kat tempat saya kerja sekarang. sama dedicated anak beranak ni:) Kalau dah kita tak jumpa cari doktor pakar perempuan yang sesuai, yang jumpa dr hamis arshat dan seangkatan dengannya, nak buat macam mana. saya tak nampak ada masalah atau isu yang patut orang ramai bisingkan. Isu ni sebenarnya boleh diselesaikan kalau semua orang tak ikut emosi dan memainkan peranan masing-masing. kalau head of service of o&G malaysia pastikan semua specialist dan consultant tak hostile, insyaALLAH ramai doktor perempuan yang join bidang ni. dan doktor perempuan pun berjihad join o&G sebab fardu kifayah, dan para suami berjihad tabung duit untuk pergi hospital swasta untuk memastikan isteri dirawat oleh doktor perempuan..dan begitulah seterusnya. tapi masalah sekarang ni semua orang asyik tuding jari kat orang lain(kadang-kadang saya pun gitew..ekeke..) jadi wajar amik pengajaran untuk diri sendiri isu ni:) Wassalam
ReplyDeletejadi mcm mane nk realisasikan yg wanita utk byk @ cenderung bidang perbidanan ni? @ adakah sbab mereka ni takot d marah @ d tengking waktu wanita nk bsalin?fhm2 jela..mane yg tgh teran tu mcm2 kuar "ayat"..ihihi...tp acap kali saya dgr,org tua akn marahkan doc yg menyambut kelahiran cucunya,kononnya "doc tu p tarik kuat2,doc tu jahit xelok,doc tu xajaq nk teran.."ish mcm2la..saya xde pngalaman normal.hrtu czer..tp saya fhm tugas doc n bidan lain yg bntu waktu nk sambut kelahiran..tp kdg kesal dgn mentaliti sesetengah org..
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
ReplyDeleteWe are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Regards
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com