Sunday, 26 January 2014

Coffee maker : Dolce Gusto

aku memang suka minum coffee.
boleh kata caffeine addicted

aku mula belajar minum nescafe atau kopi masa aku masuk matrikulasi.
masa tu baru nak belajar tidur 6 jam sehari.
jadi kalau tak minum kopi, mata aku tak boleh bertahan masa lecture and apa pon tak masuk dalam kepala.
jadi kesudahannya belajar la minum kopi.

kopi pertama yang aku minum - indocafe 3 in 1.
sehari sepeket je, masa breakfast.

lepas tu boleh bertahan sampai 12 malam.

bila kat rumah masa weekend or cuti memang aku tak minum kopi.
masa tu purely minum kopi isnin-jumaat jer.

bila masuk medical school, aku terpaksa stay up lebih 12malam..masa ni aku dah start mnum kpoi lebih dari sekali sehari

masa tu masih minum indocafe. sampai la dah masuk clinical years medical school baru la try pelbagai jenis coffee..

sampai la ni tekak aku prefer nescafe-based.
kopi lain boleh gak telan tapi kureng la.

memandangkan aku suka nau minum starbucks, husband aku akhirnya belikan dolce gusto sebab nak jimat..hehe

 ni bahagian belakang.
tempat isi air.
aku biasanya isi filtered water je


 belakang dia senang nak isi air. ko tanggalkan je dari belakang tu then refill air sampai senggat max tu


lepas tu pasang balik kat bahagian belakang


ni coffee bullet. ada macam-macam coffee bullet. aku suka latte macchiato, cappucino, chococino, cafe au lait 
masukkan coffee bullet kat tempat dia. korang kena ikut turutan.
biasanya ada dua bullet untuk setiap jenis coffee. satu coffe, satu susu. kadang-kadang masuk susu dulu. kadang-kadang masuk coffee dulu. kebanyakan coffee dolce gusto ni favourably korang prepare pakai clear mug.
nanti korang boleh nampak warna dan rupa coffee tingkat-tingkat..sedapppppp..

lepas dah masuk bullet tu, jangan lupa lock. kalo tak memang coffee tak akan diproses

tu dia, coffee nya dah keluar








aku beli dolce gusto machine ni kat parkson KLCC. harga dalam rm600 lebih kurang.
harga coffee bullet satu kotak dapat 8 hidangan rm27
jadi satu cawan dapat dalam rm3.50 berbanding starbucks >rm15 kan
masa prepare memang panas tapi suka hati la ko nak letak ais ke apa

#tips : ko boleh letak gula perang dalam satu sudu teh untuk bagi rasa manis sikit. campur home soy bean yang gula perang tu setengah mug kecil dan topped with whipped cream and serpihan cookies. awesome!

Saturday, 25 January 2014

Tips masuk rumah baru: #3 . Plaster Ceiling



Rumah ni masa beli memang dah siap ada plaster ceiling jadi aku pilih kotak hitam jalur-jalur ni untuk ruang tamu dan ruang makan.
nak kasi cantik sikit la...*konon*


kontraktor yang buat plaster ceiling ni nama dia

Encik Hafiz : 0126396327



ada orang kata encik hafiz ni mahal sikit dari average tapi aku puas hati sangat-sangat sebab tak mahal banyak mana pun dan YANG PENTING encik Hafiz ni menepati janji!
  • dia janji sekian hari datang, dia datang, sekian hari siap memang hari tu gak siap.senang nak deal. bagi idea kalau perlu, tak pushy, ikut kehendak customer dan kualiti kerja memang tip top!

biasanya orang yang buat wiring boleh buat plaster ceiling jugak sebab senang nak tentukan kat mana nak tebuk untuk downlight, kipas etc.

tapi sebab aku ni cheapskate, aku amik wiring orang lain ( of course sebab lebih murah) dan plaster ceiling dengan encik hafiz ni.

masa lepas dapat kunci, aku terus panggil tukang buat rumah naikkan dinding belakang, panggil pasang tint, panggil orang ukur grill, dan buat wiring dulu.

bila wiring dah nak siap baru panggil orang plaster ceiling.

time tu jugak tint dah pasang followed by grill. lepas tu baru cat, then panggil orang wardorbe pasang cabinet semua.

last sekali baru flooring..



tepi tu takde cornice sebab husband nak konsep zen katanya..
fuh..jimat duit..ekeke




ok..ni je rasanya cerita plaster ceiling..
bye..










tips masuk rumah baru: # 2. Wiring rumah

  • nak dapat senarai kontraktor berdaftar ko boleh pergi kat laman web sini. atau ko call je tnb terus, nanti dia bagi ko nombor telefon kontraktor berdaftar. (ko call 103 dapatkan nombor tnb tempatan kawasan ko). sebab bukan apa, kadang-kadang list dalam website nombor phone tu tak updated.
  • nanti kontraktor tu akan datang dan bagitau berapa kos, dan dia akan settlekan semua. dia akan mintak salinan fotostat dokumen penting dan tau-tau je dah siap.
  • untuk electrician dan buat wiring dalam rumah tu, ko bincang habis-habis dulu laki bini mana nak letak suis bagai.
  • ruang tamu 
    • decide ko nak berapa downlight.nak pakai mentol warna apa. decide satu suis control berapa nyalaan lampu. kat mana nak pasang plug- untuk ko letak standing light tu ke, untuk vacuum nanti, untuk charge handphone ke apa.
    • aku letak 4 downlight. 2 mentol kuning. 2 mentol putih. satu suis kawal 2 mentol kuning. satu suis kawal 2 mentol putih. faham?
    • nampak tak yang bawah kiri tu adalah suis - 3 pin.satu pin bila ko turn on, mentol kuning je nyala. macam tu jugak suis yang kawal mentol putih. aku letak dua suis- satu kat ruang tamu, satu kat ruang makan.

    •  downlight tu aku letak kat celah box hitam tu

  • ruang makan 
    • decide atas meja tu nak letak kipas ke chandelier ke apa. sebab aku ni jenis tak tahan panas so aku letak kipas kat ruang makan.


    • ni ruang makan
  • ko kena kira betul-betul berapa banyak kena beli suis dan plug, dan fikir mana nak letak susi, tepi pintu ke, tepi katil ke etc.
  • ko boleh pilih nak warna apa suis tu. nak putih semua ke, hitam putih ke. macam-macam fesyen ada. bergantung pada ketebalan poket memasing ye..
  • ko kena decide jugak nak buat wiring tanam dalam dinding or kat luar dinding.
    • yang best pasal tanam dalam dinding ialah cantik la nampak rumah ko. tapi masalah dia ialaha leboh costly sebab orang wiring kena hack dinding dan simen balik. lepas tu kalo laki ko nak drill dinding ke apa kena hati-hati takut terdrill wire letrik.
    • yang best pasal wiring timbul or kat luar ialah, lebih murah dan lebih selamat.
  • tetapkan lokasi barang elektrik supaya ko boleh mintak orang wirirng tu tarik siap-siap ke tempat khas untuk komputer kat satu sudut dalam bilik study, satu tempat khas untuk jug kettle, coffe maker, satu tempat khas untuk rice cooker, hood dapur dan blender, satu sudut khas untuk oven, micriwave dan fridge..

     ni suis coffe maker, juicer dan jug kettle
     yang atas tu suis hood dapur, bawah tu suis rice cooker dan blender

  • ni suis komputer, printer and lampu study at bilik study. plug asal kat bawah, so kitorang mintak wiremen tu tarik dan satukan kat satu sudut dekat dengan meja study.
bawah ni contoh warna suis or plug yang menawan yang boleh dipilih untuk rumah korang

 #ehsan dari google
#ehsan dari google


# pastikan korang survey beberapa kontraktor elektrik untuk buat wiring rumah korang
always compare quotation. kalau terlalu mahal, mengarut, kalau terlau murah biasanya kualiti takde or jenis hasil okay tapi lambat siap and banyak masalah remeh. always pilih yang harga within average market nye price and bukan jenis janji manismu cakap banyak tapi kerja hampeh.

Tips masuk rumah baru: #1 . General

saat dapat kunci rumah adalah moment terindah dalam hidup.
kannnn? kan?kan?

masa tu hati berbunga-bunga sangat....
macam-macam terbayang dalam kepala apa nak buat.

kalau memang dah plan awal-awal sebelum dapat kunci tu,
masa dapat kunci tu terus rasa nak suruh kontraktor buat kerja jam tu gak..
kalau boleh esok nak masuk dah rumah tu..hehe


ok, ni antara tips dia

  • 1. check defect rumah
    • ok lepas dapat kunci dari pemaju, diorang akan bagi satu borang untuk ko check defect dan isi
    • lepas dah check tu, ko hantar kat pemaju dan diorang akan repair dalam masa 6 bulan
    • tapi masa kitorang haritu, ada defect sikit-sikit sekadar lantai garaj retak sikit tu, kitorang tak report pon sebab hati dah membara weh nak masuk rumah baru. kitorang repair sume sendiri.
    • check tangki air, check kepala paip, bukak semua paip yang ada - tengok piping bagus ke tak, takut sumbat and air melimpah.
    • flush semua jamban- kadang-kadang masa construction diorang tuang simen lebihan dalam jamban so tersumbat and melimpah lepas flush. jadi bayangkan ko dah masuk rumah lepas tu flush semua hasil akhir organik ko terapung dan melimpah..haru weh

  • 2. buat renovation besar dahulu 
    • ni ko kena plan habis- habis. 
    • kalo nak tambah bilik atau tambah bangunan , ko kena pastikan dapat kelulusan majlis perbandaran or daerah. sebab kalo tak lulus, haru ko kena saman or kena robohkan balik nanti.
    • kira kos kasar dulu, pastikan ko survey dan dapatkan sebut harga dari beberapa kontraktor. compare antara kos hire kontraktor( ni all in maknanya ko goyang kaki bayar duit dan siap) or tukang buat rumah (ko bagitau apa ko nak then ko pergi kedai dengan dia, dia order barang dia perlukan untuk buat kerja dan ko bayar. upah dia ko bayar bila kerja dah siap). jangan terlari budget wei...maluuuuuuuuu nanti:) - rumah aku sebab tak buat extension, so takde la buat permohonan kat majlis daerah. aku cuma naikkan dinding kat lantai belakang jadi stor. ni pun aku cari tukang rumah dan bayar upah dia.
    • # tips nak cari tukang rumah - pergi kedai hardware yang jual simen, batu bagai tu dan mintak kat tauke kedai tu nombor kontraktor or tukang buat rumah. mintak yang 'boleh pakai' punya.
    • decide nak pasang plaster siling ke tak. sebab ko kena faham plaster siling ni nanti nak kena liase dengan orang wiring. sebab orang tak pasang lampu kalimantang tau kat plaster siling, ko kena pakai downlight. jadi ko kena tau arrangement downlight, plaster ceiling design apa. nak pasang cornice ke tak. cornice tu yang frame tepi siling tu. yang design roman pun ada, ukir-ukir ke atau just stepping box pun boleh.
    • decide mana nak pasang built in wardrobe, mana cabinet, mana tv panel nak letak, dinding mana nak letak wallpaper, dinding mana nak jadi feature wall. decide warna cat rumah jugak. decide function tiap-tiap bilik.
    • bila nak masuk rumah baru ko mesti ada perabot dari rumah lama betul tak? jadi ko kena fikir awal-awal celah mana ko nak sumbat perabot lama. boleh combine dengan perabot baru or built in wardrobe/ kabinet. takut nanti caca marba dah macam tadika pulak gamaknya. 
    • #tips nak ghaibkan perabot lama yang tak matching or takde ruang nak simpan - jual kat ebay or fb or online or sedekah je kat orang.  
    •  untuk flooring ko kena pasang last sekali. flooring ni maksudnya timber flooring tau. kalo ko nak hack lantai tukar tiles baru tu ko kena buat masa major renovation tu masa ko naikkan bilik or ruang or extend rumah semua tu. ko elok pasang flooring last sebab ko boleh jimat duit in a way that, wardrobe semua dah pasang jadi tak la flooring tu ko buat bawah wardrobe. pe jadahnya wardrobe nak flooring kan... lagipun senang bila dinding dah cat semua. kalo tak nanges tengok lantai timber flooring ko yang mewah posh posh ittew disimbahi cat sana sini..
  • 3. Wiring
    • ok ni sangat penting.
    • masa ko beli rumah tu ko kena tau rumah tu single phase ke 3-phase. aku tak la well-versed pasal 3- phase ni tapi yang aku tau kalau ko nak pasang aircond banyak, ada lampu banyak dalam rumah, banyak guna suis- banyak tv, laptop, pc bagai, harus la ko upgrade ke 3-phase.
    • 3-phase ni untuk tampung keperluan elektrik rumah ko dan elakkan short-circuit.
    • untuk upgrade ke 3-phase ko kena berurusan dengan kontraktor elektrik berdaftar dengan TNB. untuk buat wiring dalam  rumah ( pasang point lampu, aircond bagai ko boleh deal dengan electrician. tapi seelok-eloknya electrician tu adalah kontraktor elektrik jugak la)
    • ni nanti aku cerita detail kat entry lain..
  • 4. pasang tint tingkap
    • ko kena pasang tint dulu sebelum pasang grill
    • sebelum ko dah pasang grill especially grill belah dalam rumah, pengsan la nak bukak balik grill, pasang tint then pasang grill balik. messy wei.
  • 5. pasang grill
    • bila dah siap pasang tint, baru ko boleh pasang grill
    • grill ni ko kena decide nak design macam mana, warna apa, material besi apa. lagi mampat, kukuh dan unik ukirang grill tu maka makin mahal ler harganya..
    • jadi, check nafsu dan poket samada tally ke tak..hehe
  • 6. pasang alarm dan auto gate
    • bila grill dah pasang, auto gate dah boleh buat. 
    • ko kena buat wiring untuk autogate ni siap-siap masa buat witing tau
    • nanti orang alarm dan autogate boleh datang pasang terus.
    • kalau tak messy ler jawabnya ko dah cantik kemas dalam rumah nanti orang nak hack dinding nak buat wiring baru.




  • 7. landscaping 
    • ini ko boleh hold dulu kalo budget tak berapa nak ada.
    • yang pastinya landscaping cuma boleh buat lepas pagar dan major renovation dah siap.
    • sebab bila ko nak buat piling untuk pagar dan pasang tiles kat porch semua, ko akan guna simen, habis berhabuk dan bersimen rumput carpet ko wei..
    • dan auto gate pun nanti diorang akan tanam bawah tanah, dan ada kabel untuk 3-phase pun diorang tanam bawah tanah, jadi rumput and landscaping tu memang last la

  • 8. tukar tombol pintu
    • ini ko buat masa kontraktor tu serah kunci kat ko balik dan ko pulak serahkan cek bayaran terakhir. yela, kita bukan nak tusuh orang utkang rumah or kontraktor tu nak kelepet duit, tapi kita cuma nak berjaga-jaga. ye la, diorang dah keluar masuk rumah kita berminggu guna kunci tu, dan kunci tu dah di pass sana sini kat pekerja dia, kalo dia duplicate and pecah masuk ke kan..just jaga-kaga la..bukan sangka buruk okayy.

ni je yang aku ingat setakat ni.
next entry nanti aku cerita detail satu-satu

Thursday, 16 January 2014

#surviving housewifeship 2: Review Scotch Brite


sponge cloth scotch brite ni memang awesome!!!!!!
ni lah kain buruk terbaik yang aku pernah guna..

ngengade sangat kan..kain buruk pon nak scotch brite..ekeke

tapi benda alah ni sangat berguna
dia macam span dan jugak kain
aku ni kan jenis psycho kalau tengok sink penuh je restless nak membasuh sampai sink kosong

jadi bila kerpa membasuh, so keliling sink tu selalu la terpercik air kan..
jadi aku dulu guna kain buruk biasa

ala baju kelembak yang dah koyak tu aku siat-siat buat kain buruk,
towel lama yang dah koyak,

dulu laaaaa..

sekarang bila dah jumpa ni, dan guna, tak main dah kain buruk lama dulu tu.

sponge cloth ni menyerap macam sponge
at the same time wipe like cloth
jadi sekali wipe je memang kering terus surface tu..

any surface!

so kalo anak tertumpah milo ke,
aku letak atas air tu, dia serap sampai max, then aku bawak pi sink, perah, basuh dengan sabun then soak lagi air tumpah tu

bila dah takde air milo yang tinggal lagi, 
basuh lagi dengan sabun then wipe for the last time,
terus surface tu clean macam takde air tumpah langsung.

so sebab sekali beli dapat 3 padaharga rm6.90, so satu aku guna untuk lap ruang tamu dan bilik

ye lah gila ko nak campur yang dapur punya???
hanyir la nanti bau sofa dengan wardrobe aku weh

aku memang hygiene freak and psycho. so husband aku asyik panggil aku ketua kebersihan *hangen*

so bila guna sponge cloth ni untuk wipe cabinet tv semua, memang takde particle kapas kalau kita wipe dengan normal towel basah tu.

memang awesome gila...

so ni tips kedua nak survive housewifeship!#

Resipi: Bolognaise spaghetti

aku dapat resipi ni dari kakak ipar aku.
sedap gila...
ikut tekak aku la..
sebab tekak melayu wei..
tak lalu nak makan spaghetti kat restaurant..
masam..tawar

takde pedas. tak cukup rasa 
putus selera aku..

ok ni cara mama siti masak

bahan-bahan:
1. spaghetti - rebus dalam periuk besar. letak minyak sesudu dan garam sikit
tips : nak tau dah empuk belum, ko patahkan spaghetti tu. kekadang rasa lembut da tapi bila patahkan, ada bintik kat tengah empulur spaghetti yang dipatahkan tu. kalau ada makananya masih belum empuk.

2. cili mesin/cili boh - kalo nak guna cili boh, ko guna jenama puteri. cili dia rasa macam cili kita mesin sendiri, cepat tumis, tak pijar bisa dan takde rasa ubat or pengawet

3. bawang merah dan putih - tumbuk halus
4. bawang besar- potong dadu
5. daging cincang - ko boleh guna daging lembu, ayam , kambing or even kepah (rebus dan buang cengkerang siap-siap). nak tambah meatball pon boleh

6. prego ( tomato)  atau tomato puree
7. italian spice/ oregano - kalo ko guna tomato puree
8. lada hitam
9. lada putih.
10. garam dan gula secukupnya.
11. capsicum - potong dadu
12. tomato- cincang halus
13. cendawan butang - hiris nipis

Cara masak-masak:

1. ko tumis bawang besar sampai garing
2, masukkan bawang merah dan putih
3. bila dah garing sebati masukkan cili mesin
4.bila dah masuk cili, terus masukkan gula sesudu
tips: gula ni membantu cili mesin tu caramelize dan garing dan pecah minyak lebih cepat
ko kena pastikan cili mesin ni betul-betul masak sebelum jadikan dia berkuah
kalo tak mau mencirit ko nanti sebab pedas wei pijar cili tu

5. bila cili dah mula pecah minyak masukkan daging cincang dengan meatball
6. kecilkan api dan tutup periuk.
7. jangan tambah air sebab daging tu akan keluarkan air dia sendiri
8. bila dah garing daging dan air dah start terbentuk dari daging tu baru kuatkan balik api tu
9. masukkan prego or tomato puree
10. tambahkan air secawan
11. masukkan oregano, lada hitam dan lada putih - bergantung kepedasan yang ko suka
12. perasakan garam gula
13. masukkan capsicum, tomato cincang dan cendawan butang hiris.
14. bila dah menggelegak, test sekali lagi. kalo dah cukup garam gula boleh matikan api






try la wei..
aku suka sebab pedas..

k, chow

Sunday, 12 January 2014

Satay station Ampang : Drive Thru

sejak satay haji samuri dah kurang nih aku jarang gila makan satay
sampai satu hari tu nurse tempat kerja aku bawak sate
amazingly sate daging lagi sedap dari satay ayam
lembut dan tak liat dan sedap cukup rempah dan saiz besar

rupanya dia beli kat satay station selayang
memandangkan kat ampang pun ada cawangan satay station so haritu aku ajak husband pergi

rupanya ada drive thru weh
macam MC D lak
macam cendol bakar kuala selangor pun ada..hehe

so kitorang pun try la beli via drive thru ni
diorang takde la speaker or kaunter amik order

all uneed to do is just queue je kereta ko
nanti awek cun sate tu datang amik order

harga tak ingat
tak silap aku rm1.40 sebatang untuk daging
ayam serius aku tak ingat

so lepas siap nanti dia hantar kat kereta then bayar la




tu orang yang tengah bakar sate





tu kereta depan kitorang



satay station ampang ni terletak kat jalan besar ampang

kalau ko datang dari KL, lepas waterfront ampang just teruskan journey and ko akan nampak satay station ni belah kiri just before traffic light ke hulu langat/ taman tasik/ taman tasik tambahan

Salty Caramel Praline Cake SEDAPPPPPP giler!!


haha..meleleh tak tengok?????
member aku post gambar kek ni masa birthday dia
dia beli kat member dia
sebenarnya aku beli ni masa anniversary kahwen aritu
so entry ni dah berkepuk lamanya..haha

aku beli kat alyssa's cakes and bakes
ada delivery sekali tau

nama kek ni SALTY CARAMEL PRALINE CAKE
sedapnya ya ampun ko memang tak fikir weighing scale dah
pergi mampus nak gemok ke apa
sebab...memang sedap giler..

harga dia rm 95- berat estimated 3kg
besar lagi dari kek secret recipe
aku tambah malteaser kat dalam tu yang biji

untuk hidden treasure dalam tu ko boleh pilih apa ko suka
ko nak M&M boleh, ferrero rocher boleh, kit kat boleh apa-apa la yang ko suka

tambah hidden treasure malteaser ni add rm 20
delivery rm 30

total rm 95+20+30 = rm145

ada orang rasa mahal tapi aku rasa tak sebab berbaloi dengan rasa, kuantiti (aku perlukan seminggu nak makan kek ni anak beranak denga nmaid sekali) dan kualiti termasuk delivery
hantar pakai lori yang ada peti ais tau.
delivery seluruh semenanjung malaysia tau!

dan menu dia ada banyak
ko boleh order kek seketul bagak ni atau dalam jar
menu dia termasuk walnut carrot cake, cheese cake, brownies..macam-macam laboleh tengok kat fb page dia

dah malas nak cerita, ko layan je gambar tangkap leleh nih!
contact number ada kat bawah
*ni bukan entry berbayar ke iklan
aku memang nak share dengan korang sebab kek ni memang sedap!








contact number Alyssa's cakes and bakes -
http://www.facebook.com/alyssasbakes
tel : 0192666160

Resipi : Chilli fatty crab

ok haritu masa blogwalking there was this lady talking about the amazing chilli fatty crab somewhere in kelana or subang jaya

survey nye survey kedai ni agak ambiguous about halal status
ye aku tau malaysia ni dah macam US
susah nak cari yang halal

jadi sebab husband memang suka makan ketam
so aku google dan try banyak resipi untuk chilli fatty crab

alhamdulillah try macam-macam resipi then aku adjust sendiri ikut selera chef siam akhirnya dapat rasa yang paling sedap ni





bahan-bahan:

1. ketam - biasa aku pilih ketam yang kaler biru sikit tu. tak tau nama apa. isi lebih pejal dan sedap
pilih ketam betina ye..yang belakang dia lebar
pilih kalau boleh yang fresh sikit, isi nye nanti pejal wallah! macam ayam!

2. cili mesin/ cili boh
3. bawang putih - tumbuk or cincang halus
4. daun limau purut -WAJIB
5. minyak untuk menggoreng
6. cili sos
7.tomato sos
8. sos ikan
9.susu cair- WAJIB
10, daun ketumbar dan daun bawang - hiris halus
11. kiub ikan bilis


Cara masak:

1. ketam dibersihkan dan basuh air asam dan toskan air
2. cap ketam tu jangan buang
3. ketam boleh gaul kunyit garam or goreng kosong pun boleh. goreng garing dan angkat ketepikan.
4. minyak lebihan goreng ketam tadi panaskan balik
5, tumis bawang putih dan daun limau purut
6. bila garing masukkan cili mesin
7. masukkan gula dua sudu
8. tumis sampai pecah minyak
9. tambah air sikit supaya tak kering dan senang hangus
10. bila rasa dah hilang bisa cili tu, masukkan ketiga- tiga sos 
11. masuk kiub ikan bilis
12. tambah air sikit-sikit ( sebab bila dah letak sos, dia akan jadi pekat sikit)
13. bila dah ngam rasa masin masam manis masukkan ketam
14. tambah air sikit kalau pekat sangat
15. bila ketam dah sebati dengan kuah tu baru masukkan susu cair dan gaul rata samapi menggelegak
17. last tabur duan bawang dan daun ketumbar.
18, siap!

serious wei sedap gila
husband aku kalau ketam dah habis, kuah memang kena simpan
sampai esok pagi dia tanya
siap pesan jangan buat breakfast esok sebab nak ratah kuah dengan roti

anak-anak aku pun suka makan kuah dengan nasi walaupun ketam dah habis
dadarkan telur je....
sedap weh!!

#Surviving housewifeship no 1: Tips nak senang kat dapur

sejak bibik takde dah dua minggu ni
aku fikir banyak cara untuk mudahkan kerja aku kat dapur

serius aku kagum dengan housewife kat luar sana
busy wei keje surirumah ni..
tak habis-habis.

dari celik biji mata lepas subuh tu memang jangan mimpi la nak berkeruh balik wei..

tapi cemana pun aku happy jadi housewife
tengok anak membesar setiap saat

seronok gila...

ok ni antara cara aku nak survive as housewife

aku memang akan letak minyak dalam botol kecik ni
satu - senang nak sumbat dalam bekas putih
dua - senang nak tuang



ni bekas simpan sayur tupperware kat fridge
alhamdulillah memang mudah simpan dan sayur tahan lebih lama dalam bekas tu
sayur macam carrot, capsicum, keledek bersihkan siap-siap
jangan cuci dulu then balut dengan cling wrap




ni pulak aku beli plastik 7x10 dan 9x12 yang jernih tu dua bekas
plastik ni banyak gunanya
nak simpan ayam dengan ikan yang dah di siang and bersihkan
leoas tu asing-asingkan ikut portion banyak mana nak masak per session
so takdelah ayam or ikan tu di beku, nyahbeku, beku balik banyak-banyak kali.

yang gambar atas ni aku asing-asingkan halia, lengkuas, serai, daun limau purut, daun kesum, bunga kantan ikut masakan.

lepas tu label.

yang aku buat tomyam - daun limau purut, serai, lengkuas, cili api
                      asam pedas - lengkuas, kunyit, halia, daun kesum, bunga kantan,serai
                      gulai - daun kunyit, kunyit, serai, cili api
                      tempoyak - daun kesum, kunyit,serai, cili api
                      laksa - daun kesum, bunga kantan
                      paprik - daun limau purut, serai, cili api

so bila nak masak takde lah nak punggah satu peti ais
nak cari mana kunyit, lengkuas semua
so jimat masa.
masa yang lebih tu boleh la ber fb ke, berblog ke..hehe



ni pulak bekas tupperware yang aku rasa untung sangat beli
tahan lama,
tak berbau,
jernih - senang nampak content

macam yang ko nampak aku kupas bawang besar, bawang putih, buang tangkai dari cili api
lepas tu rendam dalam air garam then tos dalam tapis
lepas tos...selerakkan atas suratkhabar biar kering betul

kenapa aku buat ni?
supaya cili dan bawang yang ko mesin tu nanti tahan lama dan tak cepat masam

so bila nak masak memang senang..
keluarkan semua then aturkan tepi kuali
buka tutup siap-siap
letak sudu


so bila nak tumis, just cedok je la. senang huh?




ni kat chilled vegetable compartment
plastik yang aku dah asing-asingkan rencah masakan dan mee yang dah divide ikut portion mak bapak and anak-anak aku letak kat sini





ok ini rupa tupperware yang dah siap label dalam peti ais

alhamdulillah cara ni banyak membantu aku untuk survive housewifeship for this whole month!

Saturday, 11 January 2014

Resipi: Pancake gebu dan mudah

ok ni breakfast favourite husband dan anak-anak aku

senang gila nak buat

Bahan-bahan:

1. 1 cawan tepung + 1 sudu teh baking powder
    nak senang guna tepung MFM naik sendiri tu jer

2. 1 cawan susu segar - aku guna dutch lady full cream (kotak)
3. 3 sudu besar gula
4. 1 biji telur -asingkan putih dan kuning
5. 1 susu besar minyak
6. esen vanilla - sikit


Cara buat:

1. pukul putih telur dengan whisker sampai kembang putih gebu
2. dalam bekas lain tepung satukan dengan semua bahan. kacau rata
3. kalau tak rata- ko tapis sampai sebati takde ketul-ketul
4. lepas tu tuang putih telur tadi.

lepas tu boleh masak atas non stick fry pan


tips: jangan bukak api besar
     

 ha, api cinonet macam ni je
kalau ko besarkan lagi api dia confirm hangusssss..


 tuang dalam sesenduk kecik lepas tu golek-golekkan pan tu biar dia merebak sendiri


 ni part bila ko nak tau bila nak balikkan pancake nih
bila dah ada lubang-lubang tu baru boleh balikkan


 ni maple syrup.
aku beli kat tesco
sedap ya ampunnnn...


 ni bila dah ready nak ngap
tepek butter
lepas tu tuang maple syrup


lepas beberapa minit jadi macam ni
sedapppppppppppppppppppp..


haha,k bye!

Friday, 10 January 2014

Home Sweet Home: Tips masuk rumah baru: Dapur -jantung rumah

Budget macam masterchef sangat kan bila kata dapur -jantung rumah..haha..

Ok aku sangat passionate pasal dapur aku.
Tak la mewah mana.
Tapi sebab kontraktor tu buat ikut citarasa aku,jadi aku puas hati.

Aku hire kontraktor ni lepas jumpa kat home deco expo kat shah alam.

Sebab dapur aku kecik,
Jadi pening gila fikir macam mana nak maximize kan ruang.

Dah la aku dengan husband jenis tak suka pecah-pecah tembok extend rumah.
Satu,malas nak menghadap habuk,
Dua,kitorang dah meroyan nak masuk rumah cepat lepas dapat kunci.
Tiga,nak save budget..;))


So meh layan gambar




Ini gambar ambil dari meja kerja kat dapur.
Pintu tu asalnya terus ke luar belakang rumah.
Memandangkan rumah ni takde stor jadi kitorang naikkan dinding belakang.
Sebab lantai,tiang,bumbung dah ada.
Jadi tambah dinding je.
Ok la sekadar nak buat stor dan laundry room.





Stove ni aku beli satu set dengan built-in oven dan hood.
Beli kat houz depot Jln TAR(depan pertama complex)

Tak ingat harga specific tapi yang aku sure less than 4k.
Sebab aku dah ada microwave so aku beli 3 tu je la.

Yang bekas rempah dan tempat gantung kat dinding tu macam biasa la aku beli kat ikea.
sama jugak bygel rail dan hook untuk gantung sudip, senduk bagai tu

Bekas rempah tu boleh gak beli kat nilai 3
atau dapat free masa kenduri:))
tapi yang kat ikea gak bagus sebab tak berkarat.
Kalau yang beli kat nilai 3 tu bila kena minyak semua terus berkarat.
Lepas tu sisi dia jadi tajam
And ko ada tendency to hurt yourself.
So aku still prefer beli kat ikea.
mahal sikit tapi berkualiti.

Bekas putih empat segi yang isi sos semua tu pun aku rembat kat ikea.
Awesome gila bekas tu
Sebab bila datang feeling chef siam so nak masak senang
Semua sos,kicap dah ready.
Minyak pun aku letak dalam botol kecik
Senang nak tuang.
Tak la cramp otot bahu ko nak tonggengkan botol minyak 5kg tu.
Padahal nak guna dua sudu jer.

ni botol minyak kecik tu
senang nak tuang

Bekas putih tu ada dua saiz.
Saiz kecik aku beli letak barang kecik-kecik dalam drawer





Sink tu pun aku beli kat ikea
Yes...memang kecik.
Masa beli nafsu tak beringat.
Ngejar yang lawa jer so beli yang tu.
Masa tu husband dah sound dah "muat ke nak cuci pinggan bagai"..."muat bang..."
Sekali sempit macam tu so terpaksa la beli boholmen yang hitam tepi tu.
Tu la sink kedua bila nak basuh pinggan.

Bila dah habis,bilas then buat tadah tempat kering kan pinggan pulak.

Banyak sikit kerja tapi sebab nak lawa..padan muka aku hehe..

Yang rack putih tu pun aku beli kat ikea
Rack tu bagus sebab boleh jimat ruang
Bawah tu boleh letak benda-benda lain

Ada dua saiz gak.
Kecik and lebar sikit
Kukuh gila
Besi and stable and stainless.
Yang penting kaler dia putih

Oh lupa,aku purposedly pilih putih sebab nak dapur ni nampak luas.
Ye la dapur kecik sempit kena la pandai main warna.

Dan kitchen kabinet ni aku purposedly jugak buat mount sampai siling

Satu,nak jimat ruang.
Dua, tak la cicak berak bagai. Jenuh heh nak memanjat bersihkan atas tu kalo dibiar ternganga..















Kalau korang dah ada dapur luas tu tak payahlah buat kabinet sampai siling
Jenuh lak ko nak ngambik barang kena pakai tangga padahal uang bawah banyak kan.

Korang boleh je mintak kontraktor tu tutup atas kabinet tu dengan oanel cover yang sama.
Just nak elak habuk or taik cicak bertakung
Jimat duit.








Ok meja ni sangat praktikal
Aku letak meja ni sebab senang kalo nak buat kwrja dapur sambil duduk ke ada meja and kerusi.
Lepas tu dulu maid aku suka makan kat dapur instead of meja makan kat depan.
Takkan zalim sangat nak suruh makan atas lantai pulak kan or berdiri kan
Jadi meja ni sesuai la.

Kalo rasa tak nak guna boleh flip dan jatuhkan.
Jimat ruang.

Bakul comel poyo tu aku beli kat daiso. RM10.
Praktikal sebab nak letak roti,punjut2 keropok,punjut2 jajan yang anak-anak aku makan.
Lapang otak tengok sikit.
Kalau tak berterabur atas tu.
Sakit jiwaaaaa....





Sebab dapur kecik so aku tak merasa la nak ada tall cabinet bagai.
Jadi macam ni pun jadi la.

Masa kontraktor tu nak datang buat measurement and pilih design,
Aku dah survey siap-siap fridge ni kat sen heng.
Dah book kat budak sen heng tu by the time kabinet siap aku nak beli terus fridge.

Penting untuk ko ada measurements yang tepat sebab takut nanti masa install fridge ko tak boleh fit in.
Disaster wei...nangis nanti hari2 tengok ada ruamg kosong untuk fridge lepas tu fridge tu terjojol keluar kat sudut lain.


Bawah oven tu aku buat letak pinggan mangkuk.
Sebab poyo masuk rumah baru aku pakai senua pinggan yang set je.
Yang tak set habis bagi kat orang..hehe
Kurang sikit barang dapur aku:)






Ni tuplur roller blind.
Beli kat ikea. Alhamdulillah muat-muat je tingkap.
Aku pasang tint jugak kat tingkap dapur.
Tapi bila malam kan ko on kan lampu orang still boleh nampak.
Jadi bila pakai roller blind ni tak la orang nampak chef siam jn action malam-malam dan..
aku tak nampak apa ada kat luar....taakuuuuutttt..







Ok ni tong sampah favourite aku
Best sebab boleh tarik keluar.
Tak la azab belakang ko nak menonggeng nak buang sampah.
Dengan nak aim supaya masuk dalam tong
Nak jaga supaya tak tumpah lagi
Jadi dengan tong ni insyaAllah masalah selesai.

Aku letak ni bawah sinki.
Standard la kan tong sampah dekat-dekat dengan sinki.

Tong ni jugak best sebab ada baldi.
Bila husband aku pergi buang sampah senang
Dia angkat dengan baldi sekali.
Tak la menitik kalau ada air sampah.
Bersih dan effektif.





Ok ni rak bawah tempat work station aku.yang ada gambar rice cooker tadi.

Aku letak tupperware dan bekas storage.
Contohnya tepung gandum,cili kering,spaghetti etc.

Belah kanan tu bekas bawang.
Aku memang mengidam lama dah benda nih.
Dulu masa sekolah tengok katalog tupperware rasa harga cekik darah.

Tapi sebab lawa dan praktikal,
So lepas kerja dan dapat gaji pertama terus borong tupperware gila-gila punya

Habis rm400
Masa tu dekat nak raya 2008.
Haha gelak macam mak tiri cinderella masa tu
Puas hati hoi.

Hujung sekali tu aku letak periuk kukus.
Kan bertingkat-tingkat jadi makan space.
Solution nya aku beli rak putih
Macam ikea tapi tak sepenuhnya besi
Tak sekukuh ikea
Tapi lagi murahhhhhhhh
Beli kat daiso. Rm5.
Suka. Suka. Suka.

Jadi kalau periuk kuali banyak tu memang jimat ruang lah.





Ni second drawer bawah stove
Letak rempah ratus
Ye la,chef siam kan. haha

Ni la bekas putih aku kata tu.
Ni saiz kecik.
Yang besar tu aku buat letak sos kicap semua.






Ni drawer berul-betul bawah stove
Divider untuk senduk semua tu datang sekali dengan kabinet.
Senang time nak stir lauk bagai semua dah siap kat bawah stove.

Alhamdulillah walaupun dapur ni kecik
Dan tak grand dan mewah tapi cukup untuk chef siam junior cam aku nih..haha..

K,bye.
posted from Bloggeroid