ok, aku tak berani nak kata lebih-lebih.
ye betul, kesian kat adik tu, ditinggal macam mayat hidup, kurus-kering..
dan sebab teknologi canggih manggih terus kita dapat detect dah sape mak dia, sape jiran dia, apa komen jiran ,apa komen artis-artis, siapa bapaknya, siapa bapak tirinya...................
TAPI aku still rasa tak adil untuk sesiapa pun berlebih-lebih untuk mengutuk mak dia.
ye, betul tak wajar mak dia buat anak istimewa macam tu, tapi hal dalam kain orang kita tak tau.
mungkin kita boleh dapat maklumat gaji kononnya, semuanya dari internet, fb, blog etc tapi macam mana kalau benda tu salah?
macam mana kalau ada benda tersirat yang kita tak tau..
kita ni takde anak cacat,
kita ni ALLAH bagi anak sihat cukup sifat, bijak...jadi kita tak pernah dan mungkin takkan merasa membela anak cacat macam mana, apa masalah yang diorang hadapi, tekanan, etc..jadi jangan la kita berlebih-lebih bab mengutuk mak dia..
ye aku tau ada yang bila baca ni akan mula rasa berbulu dan kata aku poser or poyo ke apa, tapi aku still rasa tak wajar la lebih-lebih maki mak dia..
- ko ada anak cerebral palsy yang berak merata-rata, airl iur meleleh tak berhenti?
- ko ada anak cacat yang tak tau bercakap, menangis merengek je sepanjang masa?
- ko tau berapa harga sekeping pampers dewasa?
- ko tau berapa harga alatan khas untuk kanak-kanak cerebral palsy?
- ko tau macam mana azab nak cari pengasuh yang sanggup jaga anak cacat?senang ke nak cari pengasuh yang sanggup basuh berak bau busuk macam berak ko tapi perlu dicuci macam baby dan harga upah pengasuh lebih murah or sama harga dengan ko hantar anak kat nursery?
- ko tau berapa kerap nak pergi follow-up rehab untuk anak cacat? dan boleh ke bos ko bagi ko cuti semudah2nya untuk ko pergi follow up semua?
- ko rasa bos ko sangat understanding ke dengan masalah anak ko? kalau sekadar pegawai biasa takde maknanya bos ko caring loving sangat nak bagi ko cuti gitu. lain lah ko CEO ke apa kan.
- ko tau tak anak yang cacat ni kalau sekali dia sakit, sakitnye mudah melarat? dari simple flu boleh melarat jadi very bad chest infection?dan kena masuk wad? dan siapa nak jaga kat wad?siapa nak bagi dia pelepasan kerja dengan gaji jalan supaya boleh jaga anak kay wad berhari-hari?
- ko tau berapa banyak je hospital yang ada rehab department yang lengkap?tau tak berapa jauh nak pergi hospital rehab dari rumah untuk follow-up?
- ko tau ke dia ada kenderaan yang fit ke tak untuk travel jauh ke hospital untuk follow-up? mungkin dia ada kereta tapi kalau kereta tu kereta uzur second hand yang tak pernah hantar servis, tak pernah bayar road tax dengan insurans sebab takde duit, ko rasa cemana dia nak travel all the way ke hospital untuk follow-up?
- ko jangan kata la kenapa tak mintak tolong sedara mara. ko ada ke sedara mara yang sentiasa nak tolong jaga anak cacat ko, tolong hantar ko dgn anak ko pergi hospital, jemput anak ko yang lain balik sekolah, tolong bantu urusan runcit rumah for FREE. ada?
nampak tak yang semua masalah ni orang takde anak cacat tak pernah ada, tak pernah tau dan tak pernah terfikir untuk dapat pun.
aku kerja hospital,
aku tau macam mana bermasalahnya ibu bapa yang ada anak cacat, anak yang kerap sakit etc
macam mana menebal muka mintak doktor isi borang permohonan kebajikan, zakat, datang banyak kali sebab permohonan tak lepas..
muka stress sebab terpaksa ambil cuti kerap sangat sebab anak sakit sampai terpaksa berhenti kerja,
muka tak cukup tidur, jaga anak cacat malam, siang kena kerja,
mana nak urus anak yang lain,
urus rumah
dan sebagainya..
so, beringat la.
jangan berlebih-lebih.
aku pun tak tau apa masalah puan lola tu tapi apa pun, kita tak layak untuk lebh-lebih sebab kita takkan pernah tau samada kita mampu jadi lebih mulia dari dia atau tak kalau ALLAH uji kita dengan anak istimewa macam tu.
wallahu'alam.
selamat berpuasa!
SETUJUUU....SUSAH OWG LAIN KITA TAK TAU..JADI JANGAN JUDGEMENTAL..DOA YG BAIK2 JE..
ReplyDelete