aku tak tau la korang berdepan masalah yang sama ke tak
tapi tiap kali aku nak keluar, selalunya inilah jadi masalah utama
lebih-lebih lagi, kitorang keluar tu dah petang sikit
dan budget memang akan langgar waktu maghrib
jadi memang la panjang musyawarah kitorang laki bini sebelum keluar tu
untuk rancang perjalanan kitorang tu nanti
contoh tempat yang ada masalah ni yang aku perasan la
maksudnya memberi masalah kat aku la
1. KLCC
2. Midvalley Megamall
3. Alamanda
4. Setia City Mall
macam mana isu surau jauh kat hujung dunia ni memberi impak negative kat kitorang?
biaisanya kalo kitorang keluar,
kitorang mesti makan kat luar
sebab kalo orang lain ambil masa dua jam kitorang kena tambah extra sejam setengah
sebab bawak anak kan..faham-faham je la
kalau dah keluar pukul 4 lebih,
nak sampai ke destinasi tu..
lepas tolak jalan jam,
drive slow since children on board,
berhenti petrol pump sebab anak nak kencing berak la,
cari parking lagi,
park kereta, turunkan anak-anak dan letak dalam stroller
time tu la sorang melalak nak turun dulu
sorang berlari sana sini lepas turun kereta
nak kejar lagi supaya tak kena langgar kereta
prepare susu suam dulu,
cari lif nak ke shopping complex.
ye la, shopping complex bagak ni kan mana allow stoller lalu kat escalator
di letak nye tiang besi kat tengah-tengah escalator tu,
jadi by the time ko sampai dalam mall dah pukul 5 or 5 lebih.
pilih-pilih barang dah pukul 6.45pm
masa tu anak dah restless, nak susu la
nak makan la
so ko pun pusing lagi nak cari tempat makan
ye la, dah ada anak ni ko nak pilh tempat makan macam nak pilih kereta apa nak beli
kena consider seating arrangement macam mana
consider laluan mudah tak untuk tolak stroller
tempat makan tu panas or berbahang ke macam kedai makan yang ada steamboat and bbq tu
service kedai makan bagus ke tak
ye la kalo menunggu dapat makanan lama sangat mau anak-anak aku meragam sebab boring
duduk lama dalam stroller and baby chair
ha....susah kan kalo ko keluar shopping bawak toddlers
bukan kata tak suka
tapi that is the bitter sweet of having kids around
i love it so much tapi berpeluh ketiak of course
dan kalo ko keluar berdua dengan husband pun boring jugak
lebih colourful bila bawak anak-anak
especially mendengar hujah anak kenapa kitorang kena belikan barang yang dia mintak..:))
jadi by the time ko reach the dining place dah pukul 7pm
baru duduk order makanan dah masuk maghrib
jadi macam mana ko tengah makan nak, angkat kaki drive balik or pi tempat lain
considering ko tengah jamah makanan,
anak-anak tengah sedap makan,
takkan ko nak bayar bil, then blah je kan
mana nak cari lif lagi
dengan nak tolak stroller di celah lautan manusia seramai-ramainya tu
kalo shoppng complex besar ko bukan boleh bawak stroller kat escalator tu
di block nya dengan tiang besi tuh
puas la ko berpusing keliling nak cari lif
jadi terpaksa la ko laki bini bergilir nak pergi solat
tapi tu pun masalah dunia jugak
punya la jauh surau tu diletakkan
kat basement or lower ground biasanya
kat hujung nun
jenuh la ko berjalan dari tempat ko makan tadi nak pergi surau
kenapa aaaa????
kenapa??????
stress aku!!!!
kenapa mesti disusah-susahkan?
macam senagaja pun ada gak aku rasa
apa ko rasa solat tu tak penting ker???
geram aku.
tension tau!
kalo kat alamanda tu lagi la bercinta
dulu aku suka pergi sebab surau dia kat tengah-tengah mall tu
surau selesa, bersih, cantik, air-conditioned
sekarang?????..
letak kat block baru belakang food court tu
ko kena menapak jauh gila
kalo ko bawak stroller lagi la ko menyumpah-nyumpah kat management alamanada tang seriously aku rasa sengaja letak surau sejauh-jauhnya
lepas tu ko kena naik lif sebab surau tu kat tingkat atas
kena bersesak dengan seramai-ramainya orang
lepas tu dah masuk dalam surau
alhamdulillah ada air cond jadi tak la bahang
cuma dinding dengan lantai tu macam rumah kontrak
macam rumah pekerja kontrak duduk kat tapak pembinaan tu
macam bangunan tak siap
ye... aku tau diorang ada tampal notis surau baru tengah dalam construction
tapi surau baru tu still jauh dan kena keluar dari bangunan utama alamanda kan
hangen..serious aku hangen
bercinta sangat nak pergi tempat-tempat macam tu.
e@curve pun gittew gak
letak kat tingkat atas sekali dengan toilet semua floor tak habis-habis renovate
aku rasa setakat ni tempat yang friendly untuk ko bawak budak-budak and selesa membeli belah cuma ikea
tapi tu la kan ikea mana jual kasut baju shawl semua.........
haih..kalo malaysia ni mengamalkan islam sepenuhnya macam brunei kan bagus..
nak migrate la..
eh tetiba! haha! bye!
nak2 plak klu bulan pose kak..aduhai,frust gak xdpt nk berbuka luar dgn kwn2 klu mkn di mall...sbb,masa tu mmg terasa sgt kciknye surau d mall ni...
ReplyDeleteKaaaannnnn... saya pon selalu pikir bnd yg sama... pernah gi surau kat sogo..?? Lagi teruk...sempit...busuk baru lembab... kat basement bawah lak tu.... haaaiihh... sedih rase...
ReplyDeleteSaya suker singgah solat kat petronas atau shell.. :)
betul. saya kalau berjalan keluar mesti mesyuarat habis-habis kat mana nak makan, kat mana nak solat. timing kena betul. kalo tak memang spoil la masa keluar nanti, stress dengan benda tak perlu.
ReplyDeletesurau kat sogo tu memang saya blacklist dari zaman bujang. kalau pergi shopping area situ, memang saya jalan ke masjid jamek india tu untuk solat. hazab sikit pun takpe dari meloya tekak pergi surau sogo. dah ada anak ni tak jejak dah sogo, tak friendly nak makan, solat, sorong stroller bagai. pergi aeon je. murah pun murah barang. semua senang. daiso pon ada..ekeke:))
kalau bab buka puasa, sejak ada anak memang buka pose kat umah je. tak kose le nak bawak anak, nak cari tempat makan lagi, nak beratur masa solat lagi, dengan manusia seramai-ramainya..ohhhh tidakkkk..:)
alamanda dh ade surau baru yg lbih selesa...alhamdulillah...
ReplyDeleteBegitulah sama seperti pemimpin malaysia yg meletakkkan islam jauh ke dalam dan di belakang2.. surau lebih ke dalam dari tandas.. level yg paling jauh dan yg paling hujung.. sedih ma3laysiaku..
ReplyDelete