Friday 27 December 2013

Bertenang bila demam, jangan menggelupur terus nak pergi unit kecemasan hospital




salam...
ok aku nak bagi nasihat sikit mengenai masalah demam.
sebab ramai orang macam confuse bila nak jumpa doktor urgent,
bila nak kena check darah,
bila boleh makan je dulu panadol kat rumah and rest.



ok, suhu normal badan ialah 36.5 - 37.4 darjah celcius (C).
aku tak mention fahrenheit sebab kita kat malaysia guna celcius.
jadi bila suhu berubah menjadi lebih rendah atau lebih tinggi kita kan guna beberapa term iaitu
hypothermia, fever dan hyperthermia.

dan korang kena faham jugak, ada sedikit beza (tak banyak) bergantung pada tempat ko ukur suhu.
suhu jugak berubah sedikit bergantung pada aktiviti ko buat pada masa tu dan perubahan badan dan hormon dan cuaca dan kitaran siang dan malam.

berapa banyak beza tu semua korang tak payah risau sampai tak tidur malam,
sebab itu kitorang healthcare staff punya kerja,
tanggungjawab korang meh kat bawah ni aku terangkan.

ok, bila badan korang demam,
apa yang berlaku adalah otak korang (hypothalamus) akan set julat suhu yang baru yang mana lebih tinggi dari julat normal tadi (36.5-37.4 (C) sebab nak naikkan suhu supaya demam berlaku

kenapa demam berlaku?

in a simpler words adalah - persiapan badan ko nak lawan jangkitan. bila badan nak lawan kuman maka badan memberikan respons dan salah satunya adalah demam.

jadi bila demam tu, kalau baru start tu ko boleh la pergi klinik swasta atau klinik kesihatan untuk dapatkan ubat demam dan kalau ada diiringi flu, batuk tu boleh la mintak sekali ubat batuk dan etc..

tapi kalau ko malas nak bersapau menunggu sampai kejang bontot kat klinik kesihatan or kedekut nak keluar duit kat doktor klinik swasta, ko pergi je la kedai runcit ke, mydin ke, 7-11 ke pharmacy ke dan beli la panadol dulu.

panadol ni kalau ko takde masalah alergik kat panadol, makan ikut time dan dos yang betul iaitu untuk orang dewasa 1-2 biji setiap 6 jam dan tak lebih 8 biji sehari, panadol ni adalah selamat untuk ko.


kalau untuk budak, bergantung kepada berat badan dan kekerapan ko nak bagi ubat tu.

ko jangan la buat lawak kejang perut depan aku kalau datang panik demam panas, sakit badan, sakit kepala bagai lepas tu bila aku tanya bila last makan ubat demam ialah semalam or dua hari lepas dan alasan ko bagi ialah " saya tak nak bergantung sangat dengan ubat lebih-lebih lagi panadol, takut bahaya"

hmmmm..maknanya kalau tak nak bergantung kat ubat ko nak bergantung kat sape der?

takkan kat bahu aku? ekeke...

aku akhirnya akan bagi gak kat ko ubat demam tu iaitu panadol.
dos yang sama macam aku terangkan awal tadi.

cuba ko fikir kan, kenapa agaknya bila ko ke anak ko masuk wad kan tiba-tiba magik berlaku iaitu demam kebah?

sebabbbbbbb.......misi kat wad tu pastikan ko or anak ko makan ubat demam ikut time. faham?

itu jer keajaiban yang semua orang kagum giler sampai demam start pukul 3pm, datang pukul 3am mintak masuk wad sebab demam tak kebah. ubat tak makan. mandi pun tak. datang hospital berkelubung dengan comforter bagai. acaner la demam ko nak kebah wei......

jadi kalau demam ko baru je start dan ko masih boleh makan minum, takde muntah berterusan or cirit birit melampau, ko boleh je makan dulu ubat demam biasa tu. dengan syarat ko ikut time dan dos yang betul.

TAPI.........

kalau demam tu berterusan sampai hari ke 4, walaupun ubat demam dah makan teratur, sila lah jangan malu dan segan datang la mana-mana hospital or klinik untuk buat blood test, takut kena demam denggi.

atau demam tak sampai 4 hari tapi seriously ko tak boleh paksa diri untuk minum air or makan ubat, muntah berterusan, cirit birit atau pening kepala melampau walaupun dah makan ubat dan mandi, so pergi lah jumpa doktor takut ada ada jangkitan kuman serious..

dan ko kena faham jugak bila ko tak makan ubat, suhu badan ko memang akan mencanak naik,
bila suhu tinggi ko akan ada simptom macam di bawah ni:

1.sakit kepala
2. pening- kepala rasa berat macam nak baring je
3. sakit-sakit badan
4. rasa sejuk menggeletar - sebab badan ko tengah kumpul haba
5. rasa panas bahang - suhu dah cukup tinggi so bdana ko akan rasa bahang

jadi jangan la panik lepas tu kata sepanjang umur ko 40 tahun, ni first time ko menggeletar bila demam.
k?

oh ye satu lagi pasal ubat bontot or suppository.
biasanya ada dua jenis ubat yang boleh kawal demam iaitu acetaminophen/paracetamol
dan NSAIDS.

NSAIDs yang biasa digunakan adalah diclofenac acid atau voltaren atau voren atau neurofen.



biasanya aku punya praktis adalah kalo ko dah datang demam >38.5 dan ko tak bagi apa ubat lagi dan takde alergik ubat, aku akan bagi ubat bontot supp voren (bergantung pada berat dan saiz badan)

lepas tu bawak balik syrup paracetamol/panadol.

ada jugak ubat bontot paracetamol/poro. kalo dah bagi supp paracetamol/poro, makan ubat syrup neurofen.

ko boleh combine dua-dua syrup dan ubat bontot tapi pastikan ko tak bagi dua-dua jenis yang sama dan pastikan ko tau dose yang betul.

jadi bila doktor terang macam mana nak serve ubat kat rumah, sila dengar dan fahamkan. ok?

antara cara untuk ko kawal suhu badan or demam adalah

1. MAKAN UBAT DEMAM IKUT TIME dan DOS yang BETUL.
2. MANDI selama 15 minit bawah air paip (bukan air suam panas) sebanyak 3-4 kali sehari atau sekerap yang ko suka
3. Letak towel basah ( bukan lembab) atau cool fever gel kat ketiak dan pangkal paha

3 step kat atas adalah cara untuk ko menangani demam sebelum ko nak pergi jumpa doktor.

jangan la ko bikin hangen kat doktor kecemasan yang kerja macam orang tak cukup nafas nak selamatkan patient yang kritikal dan nyawa-nyawa ikan yang ramai tu semata-mata sebab demam tengah-tengah malam buta.

harus la diorang buat muka kan kalau ada pakcik yang tengah kena serangan jantung yang mana setiap minit adalah nyawa yang kena dirawat serta merta  kat bilik zon merah, dan ko datang komplen demam panas menggeletar rasa sakit badan dan seram sejuk menggigil  dan bila ditanya lagi bila last makan ubat, jawapan ko adalah semalam. lepas tu ko or family ko siap mengamuk kata ko demam panas tapi takde orang attend
ko...

adoi...


so, cukup la sampai sini na....

dan untuk anak kecil yang demam,

kalau anak ko still active, boleh minum air macam biasa, tak muntah or cirit berterusan, takde perubahan kelakuan mendadak macam banyak tidur or cakap merapu or melalak tak berhenti dan demam kurang dari 3 hari biasanya doktor akan bagi ubat je dulu dan antibiotik kalau betul-betul perlu dan kalau ada tanda-tanda diatas doktor akan admit straight walaupun demam tak sampai 3 hari.

sebab anak kecil doktor kena lebih berhati-hati sebab kita tak boleh biar anak kecil dehydrated and bila dia dehydrated, threshold untuk masukkan dalam wad tu sangat rendah.

k, chow..penat da. double shift then 3 night shift...pengsan.....*zzzzzZZZZZZZZZ*



8 comments:

  1. tq utk info...anak baru je baik demam sebab gatai gusi gaknye...klu penggunaan "ubat bontot" ok x?

    ReplyDelete
  2. Nak tumbuh gigi ye? Boleh. Tapi tengok ubat bontot tu diclofenac/voren atau pcm/poro/paracetamol. Sebab kalo bagi supp(ubat bontot) voren untuk demam tinggi boleh combine dengan syrup pcm. Kalo ubat bontot ocm boleh combine syrup neurofen. Provided anak takde allergy ubat.

    ReplyDelete
  3. tq doc!ihihi...nti balik nk tgk ubat di umah nama pe..

    ReplyDelete

  4. Artikel yang menarik mengenai demam. Memang demam harus diberi perhatian yang sewajarnya. Namun demam juga boleh mendatangkan kebaikan. Antara kebaikan demam ialah ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan.

    ReplyDelete

  5. Artikel yang menarik mengenai demam. Memang demam harus diberi perhatian yang sewajarnya. Namun demam juga boleh mendatangkan kebaikan. Antara kebaikan demam ialah ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan.

    ReplyDelete
  6. Assalam.. puan, blh bg mnta hubungi wasap sy 0123677839.. ank sy dh 2 mggu demam.. dh pegi ambil darah 2 kali, ao doktor ckp jangkitan kuman dlm darah.. sy monitor suhu dkt rumah smpi 41, bla g hspital dia x admit, just bg ubat demam je..skrg ni, on off demam.. antibiotik pn dh nk hbis.. batuk brterusan.. pls contact sy ye puan..

    ReplyDelete
  7. Ubat bontot boleh bg makan serentak dengan antibiotics?

    ReplyDelete