Sunday 5 January 2014

Jangan Pandang Rendah Masalah Alahan Ubat

ramai orang pandang rendah alahan ni,
walaupun yang sebenarnya alahan kalau teruk boleh membawa maut

kita boleh jadi alahan pada banyak benda
alahan pada makanan,
alahan pada habuk,
alahan pada bulu binatang,
alahan pada ubat,
dan....alahan pada orang...ekeke....pun boleh membawa maut kalau tak kena gaya..hehe:)

alahan ni adalah respon badan yang sensitif terhadap sesuatu allergen

allergen adalah benda ( contohnya bulu /habuk/makanan/ubat dan lin-lain) yang mana bila masuk dalam badan boleh sebab kan badan bertindak balas menghasilkan alahan.

alahan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk bergantung bahagian badan mana yang lebih sensitif untuk menghasilkan respons alahan tu.

contoh:
ada orang alahan dalam bentuk resdung
tiap pagi bersin, gatal hidung atau tekak
dalam kes ni alahan tu localized di kawasan hidung dan tekak
dan allergen nya adalah cuaca sejuk

apa yang jadi bila hidung sedut udara sejuk, akan berlaku respons di mana sel immunity di kawasan mucosa hidung keluarkan histamine yang seterusnya sebabkan lendir keluar dan tisu dalam hidung membengkak

jadi tu la yang ko hidung sumbat pagi-pagi tu.

sama jugak konsep kalau ko bersin-bersin bila makan belacan.
hidung akan alami respons yang sama.


kalau alahan berlaku pada kulit, contohnya adalah eczema atau gegata (hives/urticaria)

boleh berlaku pada tisu mukosa contoh pada bibir dan mata
kan kadang-kadang ada orang alahan sampai bengkak mata dan bibir
nak gelak pun ada kan bila ko tengok, tapi kesian woooo..ko ingat dia selesa?
dia akan rasa burning tau kat bibir dan mata, sakit sebab bila tisu bengkak akan himpi urat saraf, jadi rasa sakit je sampai la bengkak surut

konsep alahan ni sama iaitu histamine dikeluarkan bila sel immunity dalam badan ko yang terlebih sensitif pada sesuatu ubat/ makanan/ binatang/ bulu etc tu mengesan barang-barang alahan tu masuk dalam badan ko.
cuma kat mana je alahan tu manifested berbeza bergantung pada sensitivity seseorang

dan kalau alahan berlaku dalam ekstrem lebih teruk iaitu respon alahan pada salur pernafasan (tekak dan peparu), tekak boleh bengkak or dinding salur nafas bengkak so, saluran ke peparu tertutup habis dan seterusnya boleh bawa maut.

jadi, sangat penting untuk korang ambil berat isu alahan ubat ni.

dan, kita tidak akan tahu kita alahan pada sesuatu sampai kita try benda tu.

dan kalau itu berlaku pada pertama kali dalam hidup ko, ko mesti red tag benda yang ko alahan tu.
jangan la baru first time jadi, ko hangen tak tentu pasal dengan doktor yang prescribe ubat tu.
dia pun mana tau ko alahan kan?ko pun tak tahu kan?

jadi penting untuk ko tau apa ubat ko alah masa jumpa doktor bila sakit supaya doktor tak ter bagi ko ubat yang alahan tu.

ni yang aku perasan korang kalau korang nye alahan sekadar gegata tu korang tak heran pon nak ingat nama ubat yang ko alergik tuh..

kalau alergik sampai bibir bengkak macam negro tu ko rajin lak ko ingat yer..
apesal?

sebab benda tu orang nampak?

ish korang ni, tolong la prihatin sikit.
sebab kalo korang sepatutnya datang untuk sakit ringan tapi berkahir sampai masuk icu masuk tiub mulut sebab tak boleh bernafas sebab doktor terbagi ubat yang ko alergik sebab ko sendiri tak ambik berat dan tak pedulik..

ok,ini antara tips in handling allergy issue particularly drug allergy.


  • atopy
    • kalo dah tau ko termasuk golongan atopy ni, hati-hati bila makan ubat dan makan makanan baru yang ko tak pernah try
    • atopy ialah masalah hypersentivity atau alahan yang biasanya diwarisi dalam satu keluarga
    • contohnya sorang ada asthma/semput, sorang mungkin ada resdung, sorang mungkin ada sinusitis, sorang mungkin ada eczema
    • bear in mind, ni semua adalah alahan. cuma allergen dan tempat respons alahan je yang berbeza

  • jangan makan banyak jenis makanan sekaligus
    • ni selalu jadi masa ko makan steamboat atau makan malam chinese style. sebab banyak jenis dan 
  • jangan telan ubat sekaligus
    • ambil gap paling kurang 10 minit tapi sebaik-baiknya 30 minit.
    • sebab kalau alahan berlaku pun, o boleh agak ubat yang mana sebab kan ko dapat gegata semua tu
  • dapatkan nama ubat dan indikasi ubat bila alahan pada ubat terjadi
    • terus pergi jumpa doktor yang sama bagi ubat yang ko allergik tu untuk dapatkan anama ubat dan mintak dia tulis clearly nama ubat tu.
    • kalau ubat tu beli dari farmasi pun sama. mintak pharmacist tu tuliskan atas kertas clearly nama ubat tu.
    • kalau ubat tu ubat mak ko yang ko remabt, ko pergi hospital untuk dapatkan rawatan kecemasan alahan dan bawak ubat tu sekali. nanti doktor tu akan tuliskan nama ubat tu pada satu kad merah allergik ubat
  • simpan senarai alahan dalam wallet
    • bila dah ada kad merah tu, letak dalam wallet.
    • kot-kot kalo ko accident and pengsan, jadi masa rawatan kecemasan, doktor tu boleh check apa ubat yang ko allergik dan ko tak la diberi ubat tu.
    • kadang-kadang bila dah kalut tu ko pun bukan tau specifically nama ubat tu kan?
okay..take care guys!

busyyyyyyyyyyyyyyyyyyy nih maid takdak wei!






2 comments:

  1. teringat masa anak masih 2-5 bulan hidap eczema di pipi..guna krim yg klinik bagi,tmasukla yg kwn suggest..rupanya eczema ni msing2 kulit xsama..lastnye p jmpe pakar kulit kanak2..alhamdulillah ok dlm smggu.btul ke krim nama "cort" di blkg nya adalah krim bahaya n xelok utk kulit bayi?

    ReplyDelete
  2. Tak. Cort tu maksudnya salah satu jenis steroid. Krim steroid ni memang rawatan am untuk alahan kulit especially eczema. Ada banyak strength sebenarnya Krim steroid ni dan cort kat belakang tu yang paling mild. Generally steroid ni baik dalam bentuk pil,syrup atau krim sama macam panadol. Kalau diberi preskripso oleh doktor dan untuk tujuan dan dos yang betul insyaAllah takde masalah.

    ReplyDelete