Saturday 25 January 2014

tips masuk rumah baru: # 2. Wiring rumah

  • nak dapat senarai kontraktor berdaftar ko boleh pergi kat laman web sini. atau ko call je tnb terus, nanti dia bagi ko nombor telefon kontraktor berdaftar. (ko call 103 dapatkan nombor tnb tempatan kawasan ko). sebab bukan apa, kadang-kadang list dalam website nombor phone tu tak updated.
  • nanti kontraktor tu akan datang dan bagitau berapa kos, dan dia akan settlekan semua. dia akan mintak salinan fotostat dokumen penting dan tau-tau je dah siap.
  • untuk electrician dan buat wiring dalam rumah tu, ko bincang habis-habis dulu laki bini mana nak letak suis bagai.
  • ruang tamu 
    • decide ko nak berapa downlight.nak pakai mentol warna apa. decide satu suis control berapa nyalaan lampu. kat mana nak pasang plug- untuk ko letak standing light tu ke, untuk vacuum nanti, untuk charge handphone ke apa.
    • aku letak 4 downlight. 2 mentol kuning. 2 mentol putih. satu suis kawal 2 mentol kuning. satu suis kawal 2 mentol putih. faham?
    • nampak tak yang bawah kiri tu adalah suis - 3 pin.satu pin bila ko turn on, mentol kuning je nyala. macam tu jugak suis yang kawal mentol putih. aku letak dua suis- satu kat ruang tamu, satu kat ruang makan.

    •  downlight tu aku letak kat celah box hitam tu

  • ruang makan 
    • decide atas meja tu nak letak kipas ke chandelier ke apa. sebab aku ni jenis tak tahan panas so aku letak kipas kat ruang makan.


    • ni ruang makan
  • ko kena kira betul-betul berapa banyak kena beli suis dan plug, dan fikir mana nak letak susi, tepi pintu ke, tepi katil ke etc.
  • ko boleh pilih nak warna apa suis tu. nak putih semua ke, hitam putih ke. macam-macam fesyen ada. bergantung pada ketebalan poket memasing ye..
  • ko kena decide jugak nak buat wiring tanam dalam dinding or kat luar dinding.
    • yang best pasal tanam dalam dinding ialah cantik la nampak rumah ko. tapi masalah dia ialaha leboh costly sebab orang wiring kena hack dinding dan simen balik. lepas tu kalo laki ko nak drill dinding ke apa kena hati-hati takut terdrill wire letrik.
    • yang best pasal wiring timbul or kat luar ialah, lebih murah dan lebih selamat.
  • tetapkan lokasi barang elektrik supaya ko boleh mintak orang wirirng tu tarik siap-siap ke tempat khas untuk komputer kat satu sudut dalam bilik study, satu tempat khas untuk jug kettle, coffe maker, satu tempat khas untuk rice cooker, hood dapur dan blender, satu sudut khas untuk oven, micriwave dan fridge..

     ni suis coffe maker, juicer dan jug kettle
     yang atas tu suis hood dapur, bawah tu suis rice cooker dan blender

  • ni suis komputer, printer and lampu study at bilik study. plug asal kat bawah, so kitorang mintak wiremen tu tarik dan satukan kat satu sudut dekat dengan meja study.
bawah ni contoh warna suis or plug yang menawan yang boleh dipilih untuk rumah korang

 #ehsan dari google
#ehsan dari google


# pastikan korang survey beberapa kontraktor elektrik untuk buat wiring rumah korang
always compare quotation. kalau terlalu mahal, mengarut, kalau terlau murah biasanya kualiti takde or jenis hasil okay tapi lambat siap and banyak masalah remeh. always pilih yang harga within average market nye price and bukan jenis janji manismu cakap banyak tapi kerja hampeh.

No comments:

Post a Comment