Saturday 25 January 2014

Tips masuk rumah baru: #1 . General

saat dapat kunci rumah adalah moment terindah dalam hidup.
kannnn? kan?kan?

masa tu hati berbunga-bunga sangat....
macam-macam terbayang dalam kepala apa nak buat.

kalau memang dah plan awal-awal sebelum dapat kunci tu,
masa dapat kunci tu terus rasa nak suruh kontraktor buat kerja jam tu gak..
kalau boleh esok nak masuk dah rumah tu..hehe


ok, ni antara tips dia

  • 1. check defect rumah
    • ok lepas dapat kunci dari pemaju, diorang akan bagi satu borang untuk ko check defect dan isi
    • lepas dah check tu, ko hantar kat pemaju dan diorang akan repair dalam masa 6 bulan
    • tapi masa kitorang haritu, ada defect sikit-sikit sekadar lantai garaj retak sikit tu, kitorang tak report pon sebab hati dah membara weh nak masuk rumah baru. kitorang repair sume sendiri.
    • check tangki air, check kepala paip, bukak semua paip yang ada - tengok piping bagus ke tak, takut sumbat and air melimpah.
    • flush semua jamban- kadang-kadang masa construction diorang tuang simen lebihan dalam jamban so tersumbat and melimpah lepas flush. jadi bayangkan ko dah masuk rumah lepas tu flush semua hasil akhir organik ko terapung dan melimpah..haru weh

  • 2. buat renovation besar dahulu 
    • ni ko kena plan habis- habis. 
    • kalo nak tambah bilik atau tambah bangunan , ko kena pastikan dapat kelulusan majlis perbandaran or daerah. sebab kalo tak lulus, haru ko kena saman or kena robohkan balik nanti.
    • kira kos kasar dulu, pastikan ko survey dan dapatkan sebut harga dari beberapa kontraktor. compare antara kos hire kontraktor( ni all in maknanya ko goyang kaki bayar duit dan siap) or tukang buat rumah (ko bagitau apa ko nak then ko pergi kedai dengan dia, dia order barang dia perlukan untuk buat kerja dan ko bayar. upah dia ko bayar bila kerja dah siap). jangan terlari budget wei...maluuuuuuuuu nanti:) - rumah aku sebab tak buat extension, so takde la buat permohonan kat majlis daerah. aku cuma naikkan dinding kat lantai belakang jadi stor. ni pun aku cari tukang rumah dan bayar upah dia.
    • # tips nak cari tukang rumah - pergi kedai hardware yang jual simen, batu bagai tu dan mintak kat tauke kedai tu nombor kontraktor or tukang buat rumah. mintak yang 'boleh pakai' punya.
    • decide nak pasang plaster siling ke tak. sebab ko kena faham plaster siling ni nanti nak kena liase dengan orang wiring. sebab orang tak pasang lampu kalimantang tau kat plaster siling, ko kena pakai downlight. jadi ko kena tau arrangement downlight, plaster ceiling design apa. nak pasang cornice ke tak. cornice tu yang frame tepi siling tu. yang design roman pun ada, ukir-ukir ke atau just stepping box pun boleh.
    • decide mana nak pasang built in wardrobe, mana cabinet, mana tv panel nak letak, dinding mana nak letak wallpaper, dinding mana nak jadi feature wall. decide warna cat rumah jugak. decide function tiap-tiap bilik.
    • bila nak masuk rumah baru ko mesti ada perabot dari rumah lama betul tak? jadi ko kena fikir awal-awal celah mana ko nak sumbat perabot lama. boleh combine dengan perabot baru or built in wardrobe/ kabinet. takut nanti caca marba dah macam tadika pulak gamaknya. 
    • #tips nak ghaibkan perabot lama yang tak matching or takde ruang nak simpan - jual kat ebay or fb or online or sedekah je kat orang.  
    •  untuk flooring ko kena pasang last sekali. flooring ni maksudnya timber flooring tau. kalo ko nak hack lantai tukar tiles baru tu ko kena buat masa major renovation tu masa ko naikkan bilik or ruang or extend rumah semua tu. ko elok pasang flooring last sebab ko boleh jimat duit in a way that, wardrobe semua dah pasang jadi tak la flooring tu ko buat bawah wardrobe. pe jadahnya wardrobe nak flooring kan... lagipun senang bila dinding dah cat semua. kalo tak nanges tengok lantai timber flooring ko yang mewah posh posh ittew disimbahi cat sana sini..
  • 3. Wiring
    • ok ni sangat penting.
    • masa ko beli rumah tu ko kena tau rumah tu single phase ke 3-phase. aku tak la well-versed pasal 3- phase ni tapi yang aku tau kalau ko nak pasang aircond banyak, ada lampu banyak dalam rumah, banyak guna suis- banyak tv, laptop, pc bagai, harus la ko upgrade ke 3-phase.
    • 3-phase ni untuk tampung keperluan elektrik rumah ko dan elakkan short-circuit.
    • untuk upgrade ke 3-phase ko kena berurusan dengan kontraktor elektrik berdaftar dengan TNB. untuk buat wiring dalam  rumah ( pasang point lampu, aircond bagai ko boleh deal dengan electrician. tapi seelok-eloknya electrician tu adalah kontraktor elektrik jugak la)
    • ni nanti aku cerita detail kat entry lain..
  • 4. pasang tint tingkap
    • ko kena pasang tint dulu sebelum pasang grill
    • sebelum ko dah pasang grill especially grill belah dalam rumah, pengsan la nak bukak balik grill, pasang tint then pasang grill balik. messy wei.
  • 5. pasang grill
    • bila dah siap pasang tint, baru ko boleh pasang grill
    • grill ni ko kena decide nak design macam mana, warna apa, material besi apa. lagi mampat, kukuh dan unik ukirang grill tu maka makin mahal ler harganya..
    • jadi, check nafsu dan poket samada tally ke tak..hehe
  • 6. pasang alarm dan auto gate
    • bila grill dah pasang, auto gate dah boleh buat. 
    • ko kena buat wiring untuk autogate ni siap-siap masa buat witing tau
    • nanti orang alarm dan autogate boleh datang pasang terus.
    • kalau tak messy ler jawabnya ko dah cantik kemas dalam rumah nanti orang nak hack dinding nak buat wiring baru.




  • 7. landscaping 
    • ini ko boleh hold dulu kalo budget tak berapa nak ada.
    • yang pastinya landscaping cuma boleh buat lepas pagar dan major renovation dah siap.
    • sebab bila ko nak buat piling untuk pagar dan pasang tiles kat porch semua, ko akan guna simen, habis berhabuk dan bersimen rumput carpet ko wei..
    • dan auto gate pun nanti diorang akan tanam bawah tanah, dan ada kabel untuk 3-phase pun diorang tanam bawah tanah, jadi rumput and landscaping tu memang last la

  • 8. tukar tombol pintu
    • ini ko buat masa kontraktor tu serah kunci kat ko balik dan ko pulak serahkan cek bayaran terakhir. yela, kita bukan nak tusuh orang utkang rumah or kontraktor tu nak kelepet duit, tapi kita cuma nak berjaga-jaga. ye la, diorang dah keluar masuk rumah kita berminggu guna kunci tu, dan kunci tu dah di pass sana sini kat pekerja dia, kalo dia duplicate and pecah masuk ke kan..just jaga-kaga la..bukan sangka buruk okayy.

ni je yang aku ingat setakat ni.
next entry nanti aku cerita detail satu-satu

No comments:

Post a Comment