Thursday 21 August 2014

Pai family travels to Penang: Bukit bendera

trip ke penang kali ni sekali lagi aku dengan gigihnya naik ke bukit bendera lagi
sebabnya kali ni bawak mak mertua
kali terakhir dia naik bukit bendera masa tu cable car tu masih kaler merah lagi

sekarang kan tren baru, dan lebih laju dan senyap
so, sebab husband stay kat apartment,
kitorang pergi la anak beranak termasuk maid aku.

bukit bendera ni terletak kat ayer itam
on the way nak ke sana ko akan jumpa kg melayu di sebelah kiri
situ la terletak nasi kandar kg melayu yang famous tuh..

dari georgetown, perjalanan ambil masal lebih kurang 15minit.
sampai je nanti ada banyak signboard untuk parking kereta

harga parking masa tu RM4.00
sekali masuk.
takde caj ikut jam


lepas letak kereta, kitorang ikut jalan belakang pergi ke stesyen cable car bawah tu

ok, bukit bendera ni dibuka setiap hari
Isnin- Jumaat - 630am - 10pm
Sabtu- Ahad dan cuti am - 630am - 11pm

tapi....sebelum ko pergi adalah lebih baik ko call dulu
sebab ada sekali aku pergi dulu tahun 2010 diorang tutup for renovation
hampa weh datang jauh-jauh tapi tutup kannn

ni nombor dia na  04- 8288880


ini view masa kitorang tengah beratur tunggu giliran naik tren


harga tiket dua hala

pemegang my kad
  • dewasa rm 8.00 
  • kanak-kanak rm 4.00 
  • orang tua dan budak sekolah /universiti rm 4.00 


tanpa my kad
  • dewasa rm 30
  • kanak-kanak rm 15
  • orang tua dan budak sekolah/kanak-kanak rm 15


harga tiket satu hala

pemegang my kad
  • dewasa rm 5.00
  • kanak-kanak rm 2.00
tanpa my kad 
  • dewasa rm 17
  • kanak-kanak rm10
pakej keluarga

pemegang my kad

  • 2 dewasa + 1 kanak-kanak rm 17
  • 2 dewasa + 2 kanak-kanak rm 18
  • 2 dewasa + 3 kanak-kanak rm 19

tanpa my kad

  • 2 dewasa + 1 kanak-kanak rm 68
  • 2 dewasa + 2 kanak-kanak rm 70
  • 2 dewasa + 3 kanak-kanak rm 75

jadi masa nak beli tiket tu KUTIP MY KAD SIAP - SIAP 
nanti tak la jadi macam aku
dah beratur half way baru perasan kena tunjuk my kad then only dapat harga murah
tu yang terpaksa keluar dari queue dan beratur balik...haih..

so total tiket kitorang masa tu adalah:

aku dan mak campur kakak dan adik rm 18
adik ipar rm 8
bibik rm 30

total rm 56


so lepas beli tiket, kitorang terus beratur untuk naik cable car

alhamdulillah tempat menunggu ada aircond
dan waktu menunggu untuk naik cable car pun dalam 10 minit je

dalam cable car tu ada tempat duduk dan juga tempat berpaut yang selesa kalau terpaksa berdiri

perjalanan nak sampi ke puncak pun tak ambil masa lama
dalam 10 minit dah sampai atas


dekat atas ada orang jual kacang rebus
jual souvenir
food court menarik
muzium burung hantu
salah satu tempat menarik nak bergambar kat atas bukit bendera
 ini replika tren asal yang digunakan masa zaman British
dan stesyen bukit bendera ni ambil masa 17 tahun untuk disiapkan
dan stesyen keretapi ni dirasmikan sendiri oleh Queen Elizabeth

 ini dataran yang ada di atas bukit bendera


 walaupun komuniti kecil yang menghuni bukit bendera, balai polis tetap ada




 ini dataran yang kita boleh berehat

 ini pemandangan dari tempat teropong berbayar


 ada cafe di bahagian atas bukit ni
terletak disebelah bahagian teropong berbayar





dan perkhidmatan buggy car pun disediakan

buggy ni kos dia rm30
boleh bawak 6 orang dewasa termasuk pemandu

buggy ni akan bawak kita keliling bukit bendera
ada banyak banglo lama di sekitar bukit bendera
hampir kesemuanya berusia lebih 100 tahun

dan setiap satu ada cerita tersendiri







ada salah satu banglo tu milik ananda krishnan
yang mana dia bertemu satu-satunya anak lelaki dia yang menghilangkan diri sebab meninggalkan duniawi dan menjadi sami

bila ananda membeli banglo tersebut yang bernilai jutaan ringgit, dia bertemu balik anak dia yang dikatakan bertapa di bukit bendera

ada juga banglo milik perseorangan yang mana pemiliknya cuma datang sesekali untuk bercuti

rata-rata banglo mewah lama diatas tu ada penjaga masing-masing
kebanyakan pemilik pun datang cuma sekali dua semenjak rumah dibeli..
ye la duit dah banyak kan, apa nak heran beli berjuta-juta pun datang sekali dua je...

dan pemilik banglo ni semua naik ke banglo ni mengikut laluan peribadi melalui hutan dengan kenderaan pacuan 4 roda

tak main la nak naik tren sume nih..hehe

jadi yang aku boleh nampak kat sini,
walaupun kita rasa pemilik banglo ni membazir beli rumah mahal-mahal tapi tak mendiami pun,
yang dapat rezeki adalah penjaga banglo tu sendiri

setiap penjaga banglo ada rumah sendiri bersebelahan yang dibina khas
untung juga kalau fikir, bangun pagi-pagi, kemas rumah, cuci apa yang patut, kemas laman banglo
then petang lepak..hujung bulan gaji masuk
boss bukan ada nak marah-marah ke apa
 masa naik buggy car dia akan berhenti dekat dua tempat
ni station pertama
ada view station
boleh ambil gambar



ni kitorang bergambar kat station pertama






 ini station kedua - ada peti surat pertama di penang
tak ingat pulak berapa umur peti surat ni
dah tak boleh guna lagi nak pos surat tapi dikekalkan sebagai nilai sejarah

 ini gambar ihsan pemandu buggy tolong ambilkan
 ini gambar koc yang terawal yang digunakan untuk angkut barang 



ok ,berbalik pada trip kitorang..lepas naik buggy kitorang lepak makan tengahari kat food court


itu foodcourt /cafe


food court ni pelik sebab tingkat 2 cuma menjual makanan dan souvenir
tingkat 1 bawah cuma menjual minuman dan souvenir

so kalo ko dah terparking kat bawah, salah sorang kena naik atas beli makanan
kalo dah terparking kat atas, sorang kena turun pi beli air..rumit sikit la kalo ko datang berdua
sebab kalo dua-dua bangun, habis meja ko kena kebas..



so kalo nak pergi ni ringkasan nya

Lokasi: ayer itam
Jarak dari noble villa, georgetown: 10-15minit

Waktu Operasi:

  • Isnin -Jumaat - 630am -10pm
  • Sabtu, Ahad dan Cuti am - 630am -11pm
harga tiket seperti diatas
Harga Tempat Letak Kereta RM4.00

NO Telefon 04- 8288880









No comments:

Post a Comment