Thursday 21 August 2014

Tempat Makan Sedap di Penang

kalau untuk yang jarang or kali pertama pergi ke penang, ni meh aku share sikit pengalaman aku yang tak seberapa mengenai tempat makan sedap di penang..

ada beberapa tempat aku dah pergi
ada beberapa tempat masih dalam wishlist je sebab kekangan masa

yang penting ko kena tau map penang ni dulu sebelum ko decide mana tempat ko nak jalan, makan dan tidur nanti

sebab tak semua tempat yang nak dituju ni buka 24 jam
ada yang buka malam je
ada yang buka pagi dan petang je

jadi perancangan tu penting ye...

DAN...untuk ko survive di Penang tanpa member penangites yang boleh tunjuk jalan, maka ko perlukan GPS or google maps pun dah lebih dari cukup untuk memastikan ko tak sesat dan berlegar kat jalan yang sama berkali-kali..

mind you..jalan kat penang ni banyak yang sehala, so kalau tersalah amik exit, ko kena pusing balik.

dan...

ko jangan pakai waze..haram tak guna
tah celah mana ko di tunjuk jalan nanti

ok, kebanyakan tempat makan yang best berada sekitar georgetown dan balik pulau
few other kat jelutong, ayer itam dan batu lanchang


Buka 24 JAM


  • Nasi Kandar Line Clear
    • address: 177, Jalan Penang, Georgetown
    • remark: 'kedai' ni bukan berada dalam kedia tetapi laluan diantara dua kedai. terletak bersebelahan kedai nasi kandar yasmeen
    • must try - nasi kandar
    • komen - nasi kandar sedap dan pekerja semua mesra


  • Kapitan
    • address: 93, Lebuh Chulia, Georgetown
    • remark: kedia board kaler merah, tulisan kuning
    • must try - tandoori, naan dan almond milk. sedap wehhhhhh. aku rasa nasi dan lauk dia lagi sedap cumanya kauknya tak dihidang panas kecuali naan dan tandoori
    • komen - cuma nya cashier dan pekerja kapitan ni sangat kerek dan sombong. maybe dah laku sangat so, sombong nye ya ampun macam mintak penampar




ini la almond milk yang famous tuh
  • Nasi Dalca Kassim Mustafa
    • tak pernah try, masih dalam wishlist
    • berdekatan dengan kapitan
    • tengok review, semua orang kata nasi dalca nya sedap


Buka Malam sahaja

  • Nasi Kandar Beratur
    • tak pernah try jugak, masih dalam wishlist
    • kedai ni bukak pukul 10pm, jangan tersalah sebab waktu siang orang lain berniaga di premis yang sama
    • alamat: 98, Jalan Kapitan Keling, Georgetown
    • must try - nasi kandar
    • remark: wishlist aku

  • Nasi Tomato Batu Lanchang
    • address: Flat Taman Seri Damai, Lintang Batu Lanchang
    • kedai ni bukak tengah malam sahaja
    • remark: tutup setiap ahad, dan ini adalah wishlist aku untuk try for next visit to penang


Buka Siang Sahaja

  • Nasi Kandar Kg Melayu
    • address 
      • pagi - flat kg melayu, ayer itam ( 6am -1pm)
      • petang - astaka kg melayu(5pm sampai tak sure pukul berapa)
    • remark : berdekatan dengan flat kg melayu ada pakcik tua jual apam telur..harus try! sedappp
  • Laksa Janggus - Balik Pulau
    • address: 338, MK1, Kampung Perlis, 11000 Balik pulau
    • Tel: 04 8668819, 019 5567061, 012 4728819
    • remark: tutup hari rabu
    • waktu perniagaan : 3-pm - 8pm
    • wishlist aku untuk next penang trip

  • Mee Udang Ayu- Balik Pulau
    • ni aku takde full address tapi kalau ko google ada je direction pakai google maps
    • mee udang ayu ni pun terletak kat balik pulau
    • katanya kena try nasi goreng udang nya, sebab sedap gila..
    • so ni wishlist aku gak untuk next penang visit

  • Mee sotong /Pata Mee Hameed- Padang Kota Lama
    • ni ko jangan confuse, sebab aku dulu pergi kat food court baru instead of food court lama
    • kat padang kota lama ni ada dua food court
    • food court baru yang jual banyak pasembur yang betul-betul tepi laut tu
    • food court lama pulak betul-betul akt fort cornwallis tu, tengah-tengah padang
    • nampak buruk dan selekeh dari luar tapi mee sotong dia memang sedap gilaaaaa
    • remark: tutup hari ahad
    • waktu perniagaan: siang sahaja



 ni mee sotong yang dah di ngap separuh baru teringat nak ambil gambar

 ni hameed pata mee/ mee sotong


belakang tu jalil coconut shake
  • Coconut Shake Jalil- Padang Kota Lama
    • coconut shake ni adalah pasangan mee sotong
    • gerai coconut shake ni betul-betul sebelah mee sotong
    • so kalo dah order mee sotong tu ko order la coconut shake ni sekali
    • remark: tutup hari ahad
    • waktu perniagaan: siang sahaja
Buka siang dan malam bukan 24 jam
  • Pasembor -Padang Kota Lama
    • kat sini ada juga makanan panas lain yang kita boleh order tapi yang famous nya pasembor la
    • tapi aku rasa kuah dia kureng sikit, tak berapa sedap
    • so kitorang pergi sekali je dalam pukul 8pm lepas tu tak pergi dah.
ini semua ikut pengalaman dan citarasa aku eh
korang boleh la try..

yang penting survey awal-awal mana tempat nak pergi sebelum pergi tuh..

k bye!




No comments:

Post a Comment