Monday 18 August 2014

Pai Family travels to Penang: Noble Villa, Jalan Macalister, Georgetown

alhamdulillah, hujung minggu lepas ada rezeki ke Penang lagi kami sekeluarga..

tapi kali ni pun pergi sebab suami ada urusan di Penang.
kali ni bukan kami 4 beranak je tapi pergi dengan maid, mak mertua dan adik ipar.
alang-alang adik ipar nak fly ke Jordan, tu yang bawa dia jalan-jalan last kopek sebelum sambung belajar.

kali ni sebab travel beramai-ramai kitorang stay kat NOBLE VILLA
noble villa ni sebenarnya adalah apartment.
ada sebuah syarikat ni beli sebanyak 8 unit dan sewakan harian pada orang luar
macam serviced apartment
cumanya tak ada receptionist dan room service la

husband dapat tau pasal villa ni melalui booking.com.

apartment ni ada dua jenis
satu max orang dewasa 5pax
satu max orang dewasa 7 pax

budak asalkan pakai katil sedia ada tak ada limit

kitorang ambil yang maximum 5pax dewasa
kakak tidur sekali dengan bibik
adik tidur dalam baby cot

mula-mula tu yes aku skeptikal tapi alhamdulillah apartment ni sangat selesa
interior memang macam hotel
dan bersih..

harga kitorang duduk rm 320 semalam


apartment ni terletak kat Jalan Macalister kat Georgetown
ada hospital Pulau Pinang, Penang Medical College berdekatan sini

Jadi sesiapa yang ada urusan macam nak ambil exam MRCS ke MRCP Ke whatever la yang berkaitan hospital dan Penang medical college, boleh la duduk kat apartment ni.

apartment ni jugak relatively dekat untuk ke tempat makan yang best sekitar georgetown
contohnya
nasi kandar kg melayu
kapital lebuh chulia
nasi kandar line clear
mee sotong padang kota lama

ini gambar apartment Noble Villa dari tempat letak kereta


apartment yang kitorang dapat ni 3 bilik dan 2 bilik air
apartment ni sangat luas
aku tak tau berapa bukaan sebenar
tapi yang pasti lagi besar dari apartment kitorang kat prisma perdana yang 1000kps tu
dan setiap bilik termasuk ruang tamu ada penghawa dingin...






apartment ni menghadap jalan besar,
view sangat cantik dan cerminnya pintu gelongsor dan tingkap semua tinted ye
jadi dalam rumah sangat redup dan nyaman
ada banyak poko besar depan rumah yang buat udara rasa bersih walaupun apartment ni tepi jalan besar yang sibuk dengan kereta lalu lintas depan rumah

ruang tamu
 kakak dan pak su nya sedang lepak kat L-sofa yang sangat besar dan comfy

 warna pastel ni memang memberi impak macam hotel walaupun apartment ni dah berusia 20 tahun lebih
ni husband lepak dekat dengan balkoni
tapi sebab balkoni tak ada grill, dan adik dengan kakak sangat lasak jadi pintu gelongsor ni memang tak dibuka


  • ada L-sofa disediakan
  • meja kopi
  • meja belajar dan kerusi
  • meja kedai kopi dengan 3 kerusi
  • TV 29 inci dan astro asas dan DVD disediakan
  • penghawa dingin



bilik utama
 katil queen di bilik utama

 view pintu masuk 


 built-in wardrobe





baby cot ni ada extra charge rm30


  • ada satu katil queen
  • 2 meja tepi katil
  • satu meja solek
  • satu built-in wardrobe 
  • penghawa dingin

bilik kedua


  • dua katil single 
  • satu built in wardrobe
  • satu meja solek
  • penghawa dingin

bilik ketiga


  • satu katil single
  • satu built in wardrobe
  • satu meja dan kerusi
  • satu side table
  • penghawa dingin


bilik air pertama





  • ada satu toilet duduk
  • ADA paip air dan getah untuk istinjak *benda ni sangat crucial hokeyyyy
  • satu bath tub
  • satu cermin dan sink
  • ada hot shower
  • basic toiletries diesediakan

bilik air kedua



  • ada hot shower
  • ada toilet duduk
  • ada cermin dan sink
  • TIADA paip untuk istinjak tapi gayung dan baldi disediakan
  • basic toiletries disediakan


balkoni ruang tamu

  • sangat luas
  • TIADA grill kat sliding door
  • menghadap jalan besar

balkoni dapur

  • luas
  • bersih
  • ada mesin basuh dan tempat sidai kain disediakan
    • tempat sidai kain cukup untuk dapat cahaya matahari and yet terlindung kalau hari hujan jugak
  • DETERGENT bawak sendiri
    • jadi kalau kita nak travel ramai tentu kita cuba minimizekan bonet sebab dah ramai tentu banyak beg kan, jadi tak perlu bawa baju banyak sebab boleh basuh dan sidai


dapur



  • keperluan memasak asas disediakan
  • ada kuali, sudip, pisau,daput gas, tong gas, 
  • ada microwave
  • ada toaster
  • ada rice cooker
  • ada sinki dan dishwashing liquid jugak
  • pinggan mangkuk dan cawan sudu untuk 6 orang satu set 



keperluan asas


  • gymnasium
    • rasa nya tidak dibuka untuk orang luar sebab company tak bagi access key ke gym
  • kolam renang
    • terbuka untuk tenant 
  • jogging track
    • terbuka untuk tenant
  • playground
    • terbuka untuk tenant
  • lif
  • gated and guarded


parking berbumbung


so kalau ko berminat ko book la awal-awal ye
sebab apartment ni selalu penuh masa weekend

k bye



No comments:

Post a Comment