Tuesday 12 August 2014

rahsia kebahagiaan rumahtangga

ok, tajuk kali ni poyo.
ye aku ni bukan la pakar perkahwinan,
kahwin pun tak sampai 10 tahun,

tapi melihatkan orang keliling yang mula bermasalah dan ambil perceraian sebagai jalan penyelesaian,
aku rasa nak share sikit tips.
moga dengan berkongsi ni makin berkat perkahwinan kitorang and lebih banyak perkahwinan boleh diselamatkan..

tips 1 #suami memimpin rumahtangga mengikut agama
  • cliche kan, tapi percaya lah kalau suami kita ikut landasan agama, insyaAllah rumahtangga bahagia.
  • contoh, islam kata boleh kahwin lebih kalau mampu, tapi kalau suami kita tu tau, beratnya tanggungjawab beristeri satu apatah lagi lebih, agak-agak berani tak dia? mampukah dia zahir dan batin untuk adil? boleh sayang sama rata ke? kalau dia ikut agama, insyaAllah rumahtangga bahagia
  • suami yang ikut agama takkan menzalimi isteri, takkan pukul isteri, kalau isteri salah, ditegur mengikut islam ajar, lemah lembut bukan masa marah, kalau degil asing tempat tidur etc. 
  • suami yang ikut agama takkan keluar berjoli, judi, minum arak, hisap dadah, ambil hasil duit isteri, tak kerja, pukul isteri, main perempuan etc..kan?
  • tapi.....kalau suami kita masih terbabas, bukan mudah kita nak tarik balik. silap-silap kita kena sepak terajang.. jadi yang tinggal cuma ALLAH je yang mampu lembutkan hati dia untuk bali ke jalan agama. hidayah tu hak ALLAH bukan hak kita. jadi satu-satunya cara yang tinggal ialah kita sendiri kena balik ke jalan agama. jadi kita kena jaga solat, doa,doa,doa dan terus la berdoa... insyaALLAH ada jalan keluar..
  • satu lagi tips kita nak tawan hati suami ialah MASAK. k, aku tau kita semua busy,kerja, takde maid, anak kecil-kecil lagi tapi usahalah untuk masak untuk suami, walau seminggu sekali. masa masak tu niat dan selawat dalam hati moga nasi yang kita tanak ni sedap di lidah suami, kenyang di perut suami, moga makin sayang dia pada kita. 
tips2 #isteri patuh selagi suami ikut agama
  • ok, kalau kita dah ada suami yang taat pada agama,ko jangan la jadi bengkeng plak. segala kata suami salah. kalau suami dah suruh dan benda tu tak menyalahi agama ko ikut kan je la..insyaALLAH ada berkat. betullll....
  • contoh, ko tengah drive nak balik, suami call tanya kat mana, ko jawab ko kat tempat A. husband kata ok, memandu elok-elok, ikut jalan B sebab kurang bahaya. tapi ko awal-awal dah check waze jalan B tu jam, dan ko plan nak ikut jalan C. tapi suruhan laki ko takdelah menyalahi agama kan? so ko better ikut je jalan B. sebab? ada berkat. percayalah, suruhan suami tu ada berkat. kalo ko all the time membengkeng je, nanti hilang berkat, haru biru la rumahtangga tuh..
tips3 #pasangan lah sahabat baik, musuh ketat, pengadil dan kekasih tercinta
  • bila kita buat keputusan nak berkahwin, maknanya kita dah bersedia untuk menjadikan pasangan kita tulah kekasih hati, dia lah besfren nak ajak pegi shopping, besfren nak nonton world cup, besfren nak pergi hiking, main bowling, dia lah musuh ketat mas berebut channel tv, musuh ketat berebut nak guna toilet pepagi buta, dialah pengadil terbaik masa komen masakan ko sedap ke tak, baju ko pakai memang truly buat ko nampak cun or macam makcik tua, dialah marka mata air ko dunia akhirat.
  • kalo ko masih rasa nak cling dengan kawan-kawan, masih rasa sayang nak lepaskan masa dengan kengkawan semua, maknanya ko masih belum bersedia untuk berkahwin
  • ikut pengalaman aku, walaupun aku dah kahwin anak dua, aku masih ada kawan. kawan yang baru kenal, kawan dari sejak zaman sekolah, kawan zaman uni, kawan tempat kerja dan sebagainya.kitoramg masih share cerita, borak dan sebagainya. tambah sekarang zaman mudah. whatsapp kan ada, tak semestinya ko kena ada pillow talk or coffee session baru boleh spend time dengan kawan.
  • dan ko pun kena pandai pilih kawan.kalau dia jenis tak reti bahasa, ko dah kahwin pun still ajak ko keluar main snuker, ajak ko keluar tak kena time, marajuk bila ko kata NO untuk ajakan dia, perli-perli kata ko sejak kahwin dah tak peduli member, hmmm..itu adalah orang yang tak berbaloi buat member. sebab kalo ko sakit sok masuk hospital kena strok, dia ke nak cuci taik ko? tak kan? yang buat tu tetap pasangan kita kan? jadi be wise in choosing your friends.
  • merujuk pada whatsapp tadi pun, ko jangan la leka benau dengan talipon sampai laki ko balik pon ko tak entertain dia, tak layan cerita dia sebab busy whatsapp dengan member ko. jadi berpada-pada lah. prioritize benda yang perlu.
tips4 # jauhi anasir orang ketiga
  • ok orang ketiga ni merujuk kepada sesiapa sahaja yang luar daripada keluarga nukleus ko.iaitu selain ko, pasangan ko dan anak-anak korang. yes..termasuk parents. baik parents ko or in law.
  • jauhi ni bukan maksudnya ko menjauhkan diri raya semua tak balik kampung ke apa. maksudnya disini ialah, setiap kali ko buat keputusan untuk keluarga, keputusan tu mesti dibuat untuk kepentingan keluarga dan atas muafakat ko dan pasangan.
  • parents or mana-mana orang ketiga boleh beri pandangan dan sebagainya tapi, tanggungjawab atas keputusan tu kan korang laki bini yang pikul, jadi jangan bagi orang ketiga masuk campur rumahtangga korang.
  • benda ni agak sensitif sebab kadang-kadang tu kalau pasangan kita atau kita sendiri memang anak manja mak, apa mak kata selalunya always right. tu yang selalu jadi masalah. even nak letak anak kat rumah pengasuh or ambik maid pun dia yang tentukan ,mesti ko hangen kan. sebab kata kalo mak kita or dia boleh bertanggungjawab atas keputusan tu takpe jugak, nanti kalau apa-apa jadi, yang mangsa adalah rumahtangga kita dan seterusnya anak-anak kita.. satu cara nak tackle masalah ni ialah kita or pasangan kita kena sedar, ada orang ketiga cuba kawal rumahtangga kita samada diluar sedar atau tidak, dan ko kena slowly move away from that third party dan bersatu untuk bersama-sama bincang semula untuk tak over balik rumahtangga korang.
tips5 #musyawarah dalam setiap keputusan rumahtangga
  • ini super penting. sebab keputusan dalam musyawarah tu ada berkat. suami tak boleh kepala batu ikut keputusan dia dan isteri pun tak boleh membentak ikut apa dia nak je.
  • kena bertenang dan bersabar dan sentiasa balik pada agama. suami mesti ambil keputusan terbaik lepas bincang dengan isteri. bincang ye, bukan ikut kata isteri, dan isteri mesti patuh pada suami selagi keputusan tu tak bercanggah dengan agama.
  • kalo isteri rasa nak sangat keputusan A walaupun suami sedang mempertimbangkan keputusan B, isteri berlemah lembut la dalam meminta suami mebuat keputusan. contoh A - nak beli handbag baru. B suami kata beli jam sebab jam dah rosak, handbag elok lagi. boleh je ko pujuk, rayu dengan lemah gemalai, manja-manja sikit minta handbag...mana tu lembut hati dia. silap-sila handbag dapat, jam pun dapat.
tips6 # sentiasa gunakan perkataan ''kita''
  • ok, perkataan ni sangat powerful. sebab kalau kita masih mengamalkan sikap aku aku kau kau dalam rumahtangga, maka akan banyak la kecil hati, perasaan yang dipendam-pendam yang nanti lepas 15 20 tahun kahwin tiba-tiba bercerai. jadi belajar lah berkongsi dan gunalah perkataan kita..
  • contoh terbaik - duit. katalah osteri tak bekerja. suami adalah single breadwinner. walaupun suami sahaja yang keluar bekerja tapi isteri di rumah pun masih ada bekerja, iaitu memastikan urusan rumahtangga beres, jadi bila suami bagi duit belanja dan menasihati isteri untuk tidak boros, instead of kata ''duit gaji abang bulan ni banyak nak pakai bulan ni, jangan boros'', apa kata guna ayat ni ''yang KITA banyak nak pakai duit bulan ni, KITA punya simpanan pun tak cecah macam selalu, ayang hati-hati belanja ye, nanti penat kita nak kejar balik saving kita"...ha kan sedap..
  • kalau orang tanya, ''sape beli rumah ni, ko ke laki ko''..jawapan dia ialah, ''eh kitorang la beli, mana pulak aku ke dia, kan laki bini?''
  • ko 
tips7 # kawal diri masa pertengkaran

  • kalau dah kahwin tapi tak pernah gaduh tu kelentong jela kan...biasa la tu ada friction sikit dalam rumahtangga..tapi................nak gaduh pun ada cara
  • first, jangan sampai tinggi suara. meninggikan suara ni banyak effect tak bagus dari bagus.
  • jangan guna perkataan 'aku', 'kau'
  • maintain panggilan manja sebelum tu walaupun tengah bergaduh, hati membara nih, cuba..cuba untuk maintain nih
  • kalau rasa keadaan di luar kawal, cuba keluar dari situasi tu. bagi masa kat diri sendiri dan pasangan bertenang
  • yang perempuan jangan membebel tak berhenti-henti. sebab lelaki kalau tengah hangen dia tak suka diasak bertalu-talu.
  • yang lelaki jangan sampai naik tangan kepada isteri
  • jangan ungkit benda tk relevan masa gaduh. ni kes tak puas hati zaman tok kaduk semua keluar masa gaduh isu pagar tak kunci, apa cer kan?
tips8 #jangan sampai cerita dalam kain sampai ke pengetahuan orang luar

  • kalau tak perlu tak payah jaja cerita kat orang luar especially cerita dalam kain
  • tak pelu berapa kali beromen pun nak cerita kat member, beromen macam mana, dan sebagainya tu kan kisah sulit. kenapa lah nak diaibkan pasangan kita tu..
  • ada dua orang je kalau terdesak untuk ko bukak cerita dalam kain 1. doktor - kalau ko perlukan nasihat perubatan 2. tok kadi kalau ko perlukan nasihat rumahtangga(kalau memerlukan ye maksudnya dah parah sangat samapi ke mahkamah syariah sume, baru cerita, kalau perlu..kalau tak takpayah)

tips9 # cerita masam rumahtangga tak perlu di share ke laman sosial


  • ha, ni trend terbaru. baru kahwin seminggu dah post macam-macam. gaduh sikit, mula post keagamaan yang menaikkan darjat isteri, gaduh sikit post pasal isteri derhaka.. please la wei. orang boleh misinterpret korang nye status tu tau. atau terus judge bukan-bukan
  • jangan la mudah sangat nak post benda-benda berkaitan rumahtangga. nanti lepas gaduh ,dah baik post pulak dah ngandung. orang baca pon cakap ''aik siang gaduh, ''malam'' lagi hebat gaduh''... korang padahal dah lupa hal gaduh, tapi orang yang baca tak lupa tau..
  • jadi be careful, sebab kalau orang nak ambil kesempatan diorang just stalk fb or instagram ko je dan boleh buat macam-macam. tak semua benda kita boleh share kat fb.
tips10 # carilah berkat


  • berkat ni penting untuk kebahagiaan dan kenikmatan hidup. biarlah hidup tak mewah melata tapi bila berkat tu hati senang, tidur nyenyak, badan sihat, anak-anak bijak, urusan kerja dimudahkan, rumahtangga bahagia dan sebagainya.
  • jadi nampak tak penting tak berkat tu? berkat ni jugak beri kita perasaan cukup. kalau kita ada duit melimpah -limpah tapi asyik rasa tak cukup. asyik nak beli beg, nak beli kasut etc..tu kan bala namanya. perasaan tak cukup tu adalah bala. jadi jangan lah kita samapi dapat bala mcm tu..
  • so macam mana nak cari berkat?
    • jadilah isteri yang taat pada suami yang baik
    • jadilah suami yang mithali ikut agama
    • carilah rezeki yang halal 
      • penting rezeki halal ni sebab kita bagi anak bini makan, kalau dah suap duit yang tak tau halal haramnya, mana nak datang isteri solehah, patuh dan sebagainya, mana nak datang anak-anak bijak dan sihat dan sebagainya. jadi penting rezeki halal ni. biar sikit jabji halal dan hak
    • berdoalah selalu moga berkat ALLAH turun dalam rumahtangga dan hidup kita
ok, panajn nau rasa entry kali nih.
k bye!

No comments:

Post a Comment