Tuesday 26 August 2014

Tips surviving housewifeship: Tips Packing Barang Masa Bercuti

dulu masa zaman anak dara kalau nak travel aku biasanya bawa beg besar
walau untuk travel 2 malam je
aku biasanya bawa segala macam keperluan
squeeze everything in that bag!
haha!

aku even bawak hairdryer, shampoo, hair mask dan toiletries dalam botol asal!
haha gila psycho
sebabnya aku sentiasa takut shampoo habis ke,
tertumpah ke dan nanti aku susah nak cari shampoo masa tengah on vacation

tapi sebab masa tu pack untuk diri sendiri je
maka tak rasa sangat yang aku ni tak reti pack light bila nak bercuti

bila dah kawen dan beranak pinak ni
bila urusan packing ni aku buat sorang
baik packing untuk diri sendiri, husband dan anak-anak
semua aku buat sendiri

jadi aku mula belajar packing light
sebab husband bising kalau aku angkut banyak beg
ye lah bayangkan kalau 4 beranak bermakna nak kena angkut 4 beg

jadi husband beli satu beg besar yang mana aku akan squeeze barang semua orang dalam beg tu termasuk barang maid!

jadi rasa bangga tak hengat bila bell boy atau concierge turunkan beg dari bonet dan tanya "ini je ke?"
rasa sangat cool dan macho
sebab walaupun travel 4 beranak, cuma bawak 1 beg besar je..*kembang lubang hidung*

tapi masalah datang bila buka je beg, semua benda start bercampur
satgi nak keluarkan pampers, habis kena kembur baju lain
tambah pulak baju anak kan kecil-kecil jadi habis bersepah merata

jadi kat situ dah stresssssss..

so aku dapat satu idea lepas jumpa resealable plastik kat daiso

sebab excited aku lupa nak snap gambar rupa luar sarung plastik ni.

jadi aku beli saiz  besar, medium dan kecil

Saiz plastik besar
  • x 1 isi baju dan seluar aku
  • x 1 isi baju dan seluar husband
  • x 1 isi baju dan seluar maid
  • x 1 isi tudung/shawl aku

Saiz plastik sederhana
  • x 1 isi scarf dan inner
  • x 1 isi pakaian dalam aku dan sarung kaki
  • x 1 isi pakaian dalam suami
  • x 1 isi diapers adik
  • x 1 isi baju dan seluar kakak
  • x 1 isi baju dan seluar adik
  • x 1 isi pakaian dalam maid
  • x 1 isi telekung, kain pelikat dan kain batik
  • x 1 isi berus botol anak dan botol susu x1 sorang


Saiz plastik kecil
  • x 1 isi panties kakak
  • x 1 isi toiletries anak-anak ( minyak yu yee, bedak saiz mini, shampoo 2 in 1, drapolene cream,sikat mini)
  • x 1 isi mini toiletries aku
  • x 1 isi mini toiletries husband
  • x 1 isi ubat-ubatan

jadi aku boleh susun ikut suka plastik ni asalkan boleh muat
sebab bila sampai je kat hotel, terus susun plastik ni kat wardrobe

tak la penat nak lipat kain dan susun dalam luggage
sampai hotel jadi kerja lagi nak lipat lagi kain yang berterabur lepas tu susun pulak kat wardrobe hotel kan?

sonang!


*tips lain supaya tak payah pack banyak sangat
  • pastikan hotel tu sediakan towel jadi tak perlu bawak towel
  • bawak mini sejadah
  • bawak mini telekung dan stokin
  • bawak mini toiletries 
  • cuba cari hotel yang sediakan dobi atau berdekatan dengan dobi jadi tak perlu bawa banyak baju kalau travel lebih 3 malam
  • kalau travel dalam negeri tak perlu bawa susu anak banyak2, boleh beli mini pack kat mana-mana hentian R&R
  • tak payah bawak hairdryer - hotel biasanya sediakan
  • rancang perjalanan percutian - jadi kalau dah tau banyak berjalan, lebih baik bawa sandal sahaja dan sepasang selipar buat basahan kalau nak mandi laut atau kolam. sebab kalau bawa juga high hells tu celah mana nak pakai masa bercuti tu kan
  • bawa gym bag yang senang dilipat kalau korang jenis nak jugak workout masa tengah bercuti, jadi keluarkan semua mp3, calorie watch, gloves letak dalam satu resealable plastic, lipat kecik2 gym bag dan squeeze dalam luggage. nak pi gym nanti baru keluarkan balik


* benda kecil-kecil MESTI bawak masa bercuti
  • plastik sampah saiz S
    • ok ini sebahagian ko simpan dalam kereta supaya kalau anak muntah boleh jadi vomit bag, untuk buang sampah bekas-bekas makanan sepanjang perjalanan tu
    • sebahagian lagi untuk kalau nak buang diapers anak yang ada taik tu supaya tak la bilik hotel tu berbau taik - ikat ketat-ketat ye
  • laundry plastic bag - isi baju kotor/ baju lembab tak sempat kering sebab mandi laut/pool
  • wet tissue - kadang-kadang kan anak main dan makan dalam hotel, takut tumpah ke apa
  • 3 in 1 drinks sachet pilihan - kalau lapar tengah malam buta anak dah tidur takkan ko nak keluar nagkut anak dah todur kan, lepas tu 3 in 1 drink sachet yang hotel bagi tak menepati selera jadi, ko boleh la guna untuk alas perut tuh..
  • ketip kuku, gunting kecil, pisau lipat - kadang-kadang kan kuku kita tiba-tiba terdiat ke terpatah ke jadi jam tu mana la nak cari kedai nak beli ketip kuku kan? pisau dengan gunting untuk banyak keperluan macam buka plastik ke, buka tombol pintu ke etc
  • mini sewing kit - mana tau tiba-tiba kain terkoyak ke butang tertanggal ke, senang la nak jahit
  • getah belacan/ klip - kadang kita beli jajan untuk anak atau diri sendiri lepas tu tak habis makan,nak buang sayang sebab banyak lagi, jadi time ni lah getah belacan atau klip diperlukan
  • kerongsang, hijab pin and safety pin - walau ko confident kerongsang ko memang kukuh sebab tu brand avon, ko bawak je la lebih. kot-kot anak ko buat main ke, tercicir dalam lubang sinki hotel ke kan dah naya?






ni contoh mini toiletries
aku transfer shampoo, conditioner, facial cleanser, toner, make-up remover and moisturiser dalam small packaging

dari kiri warna pink and purple tu aku beli kat ikea
yang tengah tu sample free body shower masa beli perfume
yang 4 botol kecil tu beli kat daiso




ni contoh aku pack baju dalam resealeble plastic




k bye! 

No comments:

Post a Comment